The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00142441, 2023-03-16 09:14:54

MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BIL. 1 TAHUN 2022/23

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BIL. 1 TAHUN 2022 Tarikh : 18 Mac 2022 Hari : Jumaat Masa : 8.30 – 10.30 pagi Tempat : Bilik Jahitan KEHADIRAN : Hadir : 1. En. Hishamudin Bin Abu Talib (Pengerusi Mesyuarat &Ketua Bidang TVET) 2. En. Mohd Fitri Bin Ismail (Ketua Panitia RBT & Guru M/P RBT) 3. En. Mohd Shahril Nizam Bin Malek (Guru M/P RBT ) 4. Pn. Nurul Hazwani Binti Abd Kudus (Guru M/P RBT) 5. Pn. Wan Masni Binti Wan Mansor (Guru M/P RBT) 6. Pn. Noor Rafiza Binti Ramli (Guru M/P RBT) 7. Cik Maizatul Akmal Binti Md Noh (Ketua Panitia &Guru M/P Perakaunan) 8. Pn. Syazwani Binti Abd Ghani (Ketua Panitia & Guru M/P Sains Pertanian) 9. Pn. Norzila Binti Zakaria (Ketua panitia & Guru M/P Automotif) 10. Pn. Lee Yoke Hong (Guru M/P Ekonomi T6) 11. En. Azmi Bin Mohd Ali (Guru M/P Pengajian Am T6) 12. En. Stanley Xavier A/L Sauwariyar (Guru M/P Pengajian Perniagaan T6) 13. Nor Azriyah Binti Abdul Latif (Guru M/P Pembuatan Pastri PPKI) Tidak Hadir Bersebab: 1. Nurul Syafikah Binti Zamri


AGENDA MESYUARAT: 1. UCAPAN PENGERUSI En. Hishamudin Bin Abu Talib selaku pengerusi mesyuarat dan juga Ketua Bidang Teknik dan Vokasional mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Bidang Teknik dan Vokasional Kali Pertama bagi tahun 2022. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana hadir mesyuarat pada hari ini dan memberikan ucapan tahniah kepada guru- guru kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik pada tahun 2021. Pengerusi juga berharap pada tahun 2022, bidang teknik dan vokasional akan jadi lebih bersedia, cemerlang dan menyerlah dalam semua aspek. Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL Cadangan : Pn. Noor Rafiza Bt Ramli Sokongan : Pn. Norzila Bt Zakaria Makluman 3. PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit. 4. AGENDA 4.1 PERANCANGAN STRATEGIK Semua ketua panitia diminta untuk menghantar perancangan strategik dan OOPM untuk setiap panitia masing- masing kepada ketua bidang mengikut format terbaru. Makluman 4.2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Pengerusi meminta guru- guru untuk melaksanakan PBD pada waktu pdp. Pengerusi juga mengingat supaya selalu kemaskini PBD bagi memudahkan urusan murid pindah. 4.3 PENTAKSIRAN PUSAT SAINS PERTANIAN- Pn. Syazwani memaklumkan pentaksiran bagi subjek pertanian sudah selesai bagi tingkatan 5 2021. AUTOMOTIF - En. Hishamuddin memaklumkan LPM banyak mengugurkan modul dan memperkenalkan MPKK Alternatif iaitu terdiri 5 modul sahaja. MPPK Alternatik menyumbang sebanyak 60% dalam peperikasaaan SPM. Sekolah kita telah di pantau oleh LPM pada bulan Oktober 2021. Pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik. Makluman


4.4 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (PDPR) Pengerusi meminta semua guru untuk melaksanakan pdpr mengikut jadual yang telah disediakan. Kelas subjek RBT dilaksanakan seperti sebelum ini iaitu gabungan 3 kelas dan 2 orang guru. Makluman 4.5 JADUAL WAKTU Pengerusi memaklumkan guru-guru untuk mengambil jadual waktu di pejabat dan tiada perubahan. Makluman 4.6 PCG Pengerusi meminta semua ketua panitia untuk membuat perancangan peruntukan penggunaan pcg sebaiknya. 4.7 PENGURUSAN PANITIA 4.5.1 Pengerusi meminta ketua panitia untuk mengemaskini fail dari semasa ke semasa. Makluman dan tindakan: semua guru 4.8 MINGGU STEM 4.8.1 Pengerusi memaklumkan tiada lagi bulan Tvet, digantikan dengan minggu STEM iaitu gabungan bagi subjek Sains dan Matematik dan TVET termasuk subjek Tingkatan 6. 4.8.2 Sehubungan dengan itu, pengerusi meminta ketua panitia rancang aktiviti minggu STEM dan serahkan kepada setiausaha. 4.8.3 Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik: Pengurus projek : En. Azmi bin Mohd Ali Setiausaha : Pn. Nor Azriyah bt Abdul Latif Makluman dan tindakan : semua guru 4.9 POSTMORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021 4.9.1 Rujuk Lampiran 1 Makluman 4.10 KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI 4.10.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik En. Mohd Shahril Nizam sebagai Guru Inovatif. 4.10.2 Setiap panitia perlu melaksanakan kajian tindakan. Ketua Panitia perlu melantik seorang dari ahli panitia masing-masing untuk melaksanakan kajian tindakan. Makluman


4.11 PERANCANGAN PANITIA 4.11.1 Pn. Lee Yoke Hong memaklumkan perancangan panitian matapelajaran Ekonomi Tingkatan Enam iaitu; 1. Target-A STPM 2. Program Kecemerlangan Akademik 3. Program Gilap Minda 4. Kuiz Ekonomi 4.11.2 Lain-lain matapelajaran rujuk Lampiran 2. Makluman 4.12 PPKI 4.12.1 Pn. Nor Azriyah bt Abdul Latif memaklumkan perancangan aktiviti atau projek matapelajaran Pembuatan Pastri, iaitu; Pertandingan masterchef. Riang Ria Biskut Raya. Jualan PPKI. Kursus atas talian kolaborasi bersama Kolej Komuniti Tampin. Guru dalam proses mengambil sijil penuh SKM pembuatan pastri. 4.12.2 Turut memaklumkan isu ruang bengkel pembuatan pastri sedia ada sempit dan tidak dapat menampung murid KVS semasa pdpc, alatan dan perkakasan. Plak suiz yang tidak mencukupi juga menganggu aktiviti PdPc. 4.12.3 Pengerusi memberi cadangan untuk memohon Bilik Matematik sebagai penambahan ruang kelas PPKI . Makluman 5.0 HAL- HAL LAIN 5.1 Pn. Norzila memohon pertimbangkan kesesuaian kerusi kayu diletakkan di dalam bilik khas. 5.2 Pengerusi memohon guru-guru untuk maklum awal ketiadaan guru atas urusan rasmi di dalam telegram kehadiran guru. 5.3 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru bijak mengurusakan penggunaan sosial media masing-masing. Makluman dan tindakan : semua guru


6.0 PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran dan kerjasama dan sumbangan idea dan pendapat. Semoga bidang teknik dan vokasional bergerak dengan lebih maju. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ………………………………… …………………………………… Nor Azriyah bt Abdul Latif En. Hishamuddin b. Abu Talib SU Bidang T&V Ketua bidang T&V SMK Dato’ Mohd Taha SMK Dato’ Mohd Taha


Click to View FlipBook Version