The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALEX WONG YEW HOW IPG-Pelajar, 2024-02-26 22:50:21

BUKU LOG PENGAKAP ALEX WONG YEW HOW RBT1

1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NEGERI SEMBILAN Persekutuan Pengakap Malaysia BUKU LOG ALEX WONG YEW HOW 2021162340048 PISMP AMBILAN 2021 KELUARAN 2026 RBT1 MPU3451a- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I


2 BIODATA GURU PELATIH Nama Unit Angka Giliran Tahun dan Semester Kursus Pensyarah Tarikh Lahir No. Telefon Alamat Rumah E-mel : ALEX WONG YEW HOW : PISMP RBT1 AMBILAN JUN 2021 : 2021162340048 : TAHUN 2 SEMESTER II : MPU 3451 A UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I : PUAN NOOR MARLINA MOHAMED NOR : 8 JANUARI 2003 : 0111-095-7522 : 1H, LORONG HELANG 3B SIBU, SARAWAK : [email protected]


3 1.0 PENGURUAN DAN PENTADBIRAN MALAYSIA 1.1 Pengurusan dan struktur organisasi Pengakap Malaysia 1.2 Pengurusan dan struktur organisasi Pengakap Malaysia Cawangan IPG KPM 1.3 Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pengakap Malaysia peringkat IPGKPT


4 1.0 PENGURUAN DAN PENTADBIRAN MALAYSIA 1.1 Pengurusan dan struktur organisasi Pengakap Malaysia


5 1.2 Pengurusan dan struktur organisasi Pengakap Malaysia Cawangan IPG KPM


6 1.3 Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pengakap Malaysia peringkat IPGKPT


7 2.0 Prinsip Asas Pengakap 2.1 Perlembagan Pengakap Malaysia 2.2 Persetiaan dan undang-undang Pengakap 2.3 COGAN KATA DAN LAMBANG PENGAKAP 2.4 Isyarat dan hormat Pengakap 2.5 Berjabat tangan Pengakap Malaysia 2.6 Lagu-lagu Pengakap 2.7 Lagu Pengakap Malaysia 2.8 Bendera Malaysia dan maksdnya 2.9 Bendera Persatuan Pengakap Malaysia dan maksudnya 2.10 Lambang pengakap dunia dan maksudnya 2.11 Sejarah perkembangan dan struktur organisasi


8 2.0 Prinsip Asas Pengakap 2.1 Perlembagan Pengakap Malaysia 2.1.1 RASIONAL: i. Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani (IREJ) dan sosial. Untuk mencapai objektif tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method) melalui sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap. ii. Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan keutamaan disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan diterima oleh ahliahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan berdisiplin. iii. Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas (Initial Training) dan menjurus 5ea rah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN, KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk membentuk warganegara yang berguna dan berdisiplin. 2.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN: i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ii. Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap yang memautkan Penyatuan Pengakap seperti yang berikut: a. Pergertian Pengakap Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. b. Matlamat berpengakap


9 Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (IREJS) dalam kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam pembangunan masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap agama dan negara serta masyarakat antarabangsa. c. Prinsip-prinsip berpengakap dan ekpresi mereka dalam perjanjian dan undangundang Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap, iaitu: • Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan • Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara • Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam • Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya i. Undang-undang Pengakap: Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung di dalamnya dan tidak boleh diubah-ubah. ii. Dasar Keagamaan: Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing. a. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama: • Persekutuan tidak menghadkan hanya satu agama sahaja kepada ahlinya kerana mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing serta menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. • Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan mengamalkan satu agama sahaja maka pemimpin kumpulan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat sembahyang atau tempat beribadat untuk mereka menunaikan ibadat. • Pemimpin perlu menyediakan seorang pegawai yang arif tentang rukun agama sebagai pakar rujuk, jika timbul sebarang masalah atau isu.


10 b. Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan: • Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama dan kepercayaan masing- masing. • Dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas meliputi semua ahli dalam kumpulan kerana ia menyalahi peraturan atau tegahan dalam rukun agama ahli dalam kumpulan tersebut. • Pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawasi kumpulan supaya perkara seperti ini tidak berlaku yang boleh mengakibatkan Persekutuan dicemuh oleh masyarakat. iii. Kewarganegaraan: a. Menjadi seorang warganegara yang baik dan rela berkorban untuk mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya dan negaranya. b. Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin-pemimpin untuk memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual. c. Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk. d. Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara agar menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah. e. Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.


11 d. Kaedah atau Cara Berpengakap i. Kaedah atau cara berpengakap ialah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri melalui: a. Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam sebuah pasukan; b. Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan Pengakap; c. Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan daya tahan; d. Berpeluang menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab; e. Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil; f. Belajar dari pengalaman berpengakap; dan g. Menyediakan skim anugerah untuk memberikan galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan terhadap kejayaannya.


12 2.1.3 Pakaian Seragam Pemakaian Baju Seragam Pengakap Kanak-kanak


13 Pemakaian Baju Seragam Pemimpin Pengakap


14 2.2 Persetiaan dan undang-undang Pengakap i. Persetiaan Pengakap


15 Bahawa dengan sesungguhnya. Saya berjanji dan bersetia. Yang saya. Dengan seberapa daya Upaya saya akan: • Taat kepada Tuhan, Raja Dan Negara • Menolong Orang Pada Setiap Masa • Menurut Undang-Undang Pengakap PENERANGAN PERSETIAAN PENGAKAP: a. Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama serta sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap juga mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik. b. Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakilwakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan. c. Taat kepada Negara Ahli pengakap hendaklah menghormati undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.


16 d. Menolong orang pada setiap masa Ahli pengakap mestilah jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Ahli pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan. e. Menurut undang-undang pengakap Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap. ii. Undang-undang Pengakap PENERANGAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP: a. Dipercayai (Trustworthy) Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. b. Taat (Loyal) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang di bawahnya 3.


17 c. Berguna (Useful) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. d. Bersaudara (Friend to all) Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. e. Berbudi (Courteous) Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. f. Kasihkan Binatang (Friend to animals ) Pengakap baik hati dan kasihkan binatang. g. Menurut Perintah (Obedient) Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin- pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. h. Tabah Hati (Cheerful) Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. i. Berjimat (Thrifty) Pengakap itu jimat dan cermat j. Suci fikiran, perkataan dan perbuatan (Reverence) Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia.


18 2.3 COGAN KATA DAN LAMBANG PENGAKAP i. Maksud Lambang atau Logo Persekutuan Pengakap Malaysia a. Pecahan tiga kelopak: Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga iaitu: (i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara (ii) Menolong orang pada setiap masa (iii) Menurut undang-undang pengakap b. Warna Kuning, Hijau dan Merah: Melambangkan unit-unit di dalam pergeraka pengakap, iaitu: (i) Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak (ii) Hijau bagi Unit Pengakap Muda (iii) Merah bagi Unit Pengakap Remaja. c. Bua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan: Melambangkan Undang-Undang Pengakap. d. Ikatan berwarna hijau: Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap. e. Lingkaran tali berwarna kuning: Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia.


19 f. Anak bulan dan bintang: Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam. g. Warna kuning pada anak bulan dan bintang: Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. h. Bintang pecah 14 (warna kuning): Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia. ii. Cogan kata Pengakap Malaysia a. Cogan kata Persekutuan Pengakap Malaysia ialah “Selalu Sedia”. b. Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata masing-masing seperti yang berikut: i. Pengakap Kanak-kanak (PKK): “BUAT HABIS BAIK” ii. Pengakap Muda (PM): “SELALU BERSEDIA” iii. Unit Pengakap Remaja (UPR): “PANDANG LUAS” iv. Pengakap Kelana (PK): “BERKHIDMAT”


20 2.4 Isyarat dan hormat Pengakap Cara melafizkan Persetiaan Pengakap 1. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan 2. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan 3. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas


21 2.5 Berjabat tangan Pengakap Malaysia Seorang pengakap memberi hormat dengan tangan kanan. Tiga jari yang digunakan dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap seperti berikut: 1. Taat kepada tuhan, Raja dan Negara 2. Menolong orang pada setiap masa 3. Menurut undang-undang pengakap


22 2.6 Lagu-lagu Pengakap KAMI PILIH PENGAKAP SAJA Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam SAYONARA Sayonara Sayonara Hingga Berjumpa Lagi Sayonara Sayonara Sampai Berjumpa Lagi Buat Apa Susah Buat Apa Susah Susah Itu Tak Ada Gunanya Buat Apa Susah Buat Apa Susah Susah Itu Tak Ada Gunanya Sayonara Sayonara Hingga Berjumpa Lagi Sayonara Sayonara Sampai Berjumpa Lagi Buat Apa Susah Buat Apa Susah Susah Itu Tak Ada Gunanya Buat Apa Susah Buat Apa Susah Susah Itu Tak Ada Gunanya Ingat Ingat Itu “Remember” Jangan Lupa Itu “DontForget’


23 Saya Sayang Kamu “I Love You’ Hanya Engkau “Only You’ Sayonara Sayonara Hingga Berjumpa Lagi Sayonara Sayonara Sampai Berjumpa Lagi GING GANG GOOLI Ging gang gooli gooli gooli gooli watcha, Ging gang goo, ging gang goo. Ging gang gooli gooli gooli gool watcha, Ging gang goo, ging gang goo. Heyla, heyla sheyla, heyla sheyla, heyla, hooo Heyla, heyla sheyla, heyla sheyla, heyla, hooo Shalli walle, shalli walle, Shalli walle, shalli walle, Ompah, oompah. Ompah, oompah. DI SINI KITA BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi


24 How ma, How ma, How ma, How ma, How ma, ooi Engeh ye, engeh ye, engeh porenge Engeh ye, engeh ye, engeh porenge Vanekem, vanekem, venekem, venekem, Venekem oiii Nengkene, nengkene, nengkene ketemu mering Nengkene, nengkene, nengkene ketemu mering Kabare, kabare, kabare oiii 2.7 Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang Bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana Sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


25 2.8 Bendera Malaysia dan maksdnya


26 2.9 Bendera Persatuan Pengakap Malaysia dan maksudnya i. Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan digunakan sehinggalah sekarang dengan hanya perubahan kecil. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.


27 ii. Spesifikasi Rupa Bentuk Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya mengikut pematuhan tentuan sepenuhnya dimana rupa bentuk dan pembahagian keseimbangan Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia tidak boleh diubahsuai.


28 2.10 Lambang pengakap dunia dan maksudnya


29 2.11 Sejarah perkembangan dan struktur organisasi 2.11.1 Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth BadenPowell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dan dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Semasa cuti persekolahan BP bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah tempat di England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua). Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876. Kemudiannya beliau telah dihantar ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan. LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP


30 PERMULAAN PENGAKAP: Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askaraskarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan. ii. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung musuh. BUKU AIDS TO SCOUTMASTERSHIP Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orangorang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang beliau lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah 13 menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowell berjaya memenangi peperangan itu. Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat tersebut pada masa itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera


31 Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting. POSTER DAN BATU PERINGATAN PERKHEMAHAN PERTAMA PENGAKAP DI PULAU BROWNSEA, ENGLAND Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai 20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak sepanjang perkhemahan dijalankan. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api. Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap.


32 BUKU SCOUTING FOR BOYS OLEH LORD BADEN POWELL Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan Malaysia. Pada tahun 1912, BP telah berkahwin dengan Olave St. Clare Baden- Powell dan dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata. KELUARGA LORD BADEN POWELL Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England


33 GILWELL PARK DI ENGLAND CONTOH MANIK KAYU DAN LENCANA GILWELL Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London.


34 LENCANA JAMBORI PENGAKAP BP kemudiannya telah dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut. Pada tahun 1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya, Lady Baden Powell. Sebelum berpindah, BP sempat menganjurkan Jambori Pengakap di Washington DC pada tahun yang sama. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden-Powell of Gilwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Manakala isteri beliau, Lady BadenPowell yang merupakan pengasas Pandu Puteri meninggal dunia pada 25 Jun 1977.


35 2.11.2 SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanakkanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai “Father of Malayan Scouting”. Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut: • 1913 – Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan • 1915 – Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School • 1915 – Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930). • 1922 – Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield • 1926 – Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar • 1926 – Melaka, oleh R. Brunstone • 1926 – Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith • 1926 – Selangor, oleh Ameen Akbar • 1927 – Terengganu, oleh A.J. Gracle • 1927 – Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong • 1928 – Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar). • 1931 – Perlis, oleh Bird dan Roger Smith. • Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).


36 Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. 2.2.3 TUJUAN PENUBUHAN: i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu: a. Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. b. Menghormati diri sendiri dan orang lain. c. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. d. Beriman serta beramal soleh.


37 iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat. 2.2.4 ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP: i. Pengenalan: a. Mana-mana badan atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri. Terdapat beberapa istiadat yang sama tetapi kebanyakan istiadat adalah berbeza antara satu unit dengan satu unit yang lain. b. Antara unit-unit beruniform tersebut, Pergerakan Pengakap dan Pandu Puterilah yang memiliki paling banyak istiadat. Antaranya, ialah: (i) Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja); (ii) Istiadat Bendera; (iii) Istiadat Melantik; (iv) Istiadat Meningkat Naik; (v) Istiadat Pemeriksaan Pagi; (vi) Istiadat Pengalungan Manik Kayu; dan (vii) Istiadat Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM. ii. Tujuan Pelaksanaan Istiadat: a. Melatihkan diri taat kepada Tuhan b. Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan; c. Menghargai dan menghormati pemimpin; d. Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan; e. Kaedah memberi hormat kepada tetamu; f. Mengingati semula asas atau asal usul Pergerakan Pengakap; g. Menyuburkan semangat Persaudaraan dan Perpaduan; h. Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan; i. Melahirkan semangat bekerjasama, kekitaan, kejelikitan dan bertanggungjawab; dan j. Memahami dan membina perasaan cintakan agama dan negara melalui aktiviti: (i) Hormat bendera (dalam Istiadat Bendera); ii) Nyanyian lagu Negaraku atau lagu Kebesaran Negeri;


38 (iii) Nyanyian lagu Pengakap Malaysia; dan (iv) Bacaan Doa. iii. Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja): a. Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain. b. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh dunia. c. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan. d. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”. e. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK. f. Prosedur pelaksanaan Istiadat Laung Agung: (i) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA). (ii) (Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!” (iii) Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut “P...E....K ....!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA.


39 KEADAAN PKK MENGELILINGI AKELA (iv) AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina). PKK MEMBENTUK BULATAN DENGAN AKELA BERADA DI TENGAH BULATAN (v) Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di tengah-tengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing- masing.


40 (vi) AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit. (vii) AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK! KEADAAN PKK DUDUK MENCANGKUNG (viii) AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak: “KAMU BUAT HABIS BAIK?”


41 KEADAAN PKK SEMASA MENYAHUT CABARAN AKELA (ix) Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!” (x) AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai membalas Tabik Hormat Pengakap menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat. iv. Istiadat Bendera: a. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu: (i) Istiadat Mengibarkan Bendera; (ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan (iii) Istiadat Menurunkan Bendera. b. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK): (i) Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. (ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas. (iii) Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera.


42 KEADAAN PENOLONG PEMIMPIN BERDIRI DI BELAKANG TIANG BENDERA (vi) PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. (v) Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. PKK BERTUGAS SEDANG MENARIK/MENYENTAP TALI BENDERA (vi) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap. (vii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.


43 (viii) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (ix) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. (x) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. (xi)Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” (xii) Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. (xiii) PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masingmasing dengan menundukkan kepala. KEADAAN PEK MENGAMINKAN DOA DALAM ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA (xiv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (xv) Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” (xvi) Pemimpin/AKELAmemberinasihat/kata- kataperangsang,taklimatdan lain-lain kepada PEK. (xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK... SEDIA!” “KELUAR... BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.


44 c. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK): (i) Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. (ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. (iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. (iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. (v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP... SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. (vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. (vii) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap. (viii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. (xi) Pemimpin kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan Trup akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. (xii) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” (xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.


45 (xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. (xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” (xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain- lain kepada Trup. (xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup... SEDIA!” “KELUAR... BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. d. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK): (i) Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. (ii) Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. (iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. (iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. (v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP... SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. (vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. (vii) Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan nyanyian lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang bendera. (viii) Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.


46 (ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. (xi) Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” (xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. (xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. (xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” (xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain- lain kepada Trup. (xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup... SEDIA!” “KELUAR... BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. e. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (PM/PR/ PK): (i) Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan Bendera, iaitu: (a) Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa mengikuti perkhemahan pengakap; dan (b) Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau Breakcamp. (ii) Istiadat Menurunkan Bendera pada sebelah petang dalam aktiviti perkhemahan: (a) Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua orang petugas yang lengkap beruniform dan wisel bergerak ke tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera. PEK/Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil melakukan aktiviti tersendiri.


47 (b) Sebaik-baiknya kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan berkawad ke tiang bendera agar pergerakan tersebut tampak lebih kemas, teratur dan bersistematik. (c) Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri di hadapan tiang manakala petugas kedua akan berdiri di belakang petugas pertama. (d) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera, manakala petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan tali pada tiang bendera dibuka. Semua PEK/Trup yang mendengar tiupan wisel akan berdiri tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera sebagai tanda hormat kepada bendera. (e) Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara perlahan- lahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. (f) Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sekali lagi sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera berakhir dan PEK/Trup kembali dengan melakukan tugas masing-masing. (g) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera dalam bentuk segi tiga secara bersama-sama. (k) Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri dan menyimpan bendera tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada Sekawan/Patrol yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan Bendera akan dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir pada sebelah malam. (iii) Istiadat Menurunkan Bendera setelah selesai perjumpaan atau breakcamp: (a) Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua bendera diturunkan. (b) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. (c) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di tengah-tengah bulatan laung agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.


48 (d) Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP... SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. (e) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/PR/PK daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan, PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. (f) Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup, pemimpin dan penolong- penolong pemimpin pengakap. (g) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK/Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap. (h) Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan. (i) Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. (j) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera secara bersama-sama. (k) Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri. (l) Petugas di hadapan akan berteriak “AP!” secara perlahan dan kedua- dua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di hadapan akan ‘berkawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan bendera tersebut kepada Pemimpin/AKELA, sama ada di tengah bulatan (PKK) atau di sebelah kiri tiang bendera (PM/PR/PK) sebelum kembali ke tempat asal. (m) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. (n) PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala.


49 (o) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (p) Jika UPKK, Pemimpin/AKELA akan „kawad selaku terima gaji‟ untuk menyerahkan bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke sebelah kiri tiang bendera. (q) Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini). (r) Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK/Trup... SEDIA!” “BERSU...RAI!” sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup bersalam- salaman dengan pemimpin dan penolong- penolong pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan). iv. Istiadat Melantik: a. Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana. b. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap. c. Prosedur pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut: (i) Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakalapemimpin/Akela berdiri di tengah bulatan. Penolong pemimpin berada di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera). (ii) Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas. (iii) Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak di hadapan Pemimpin/Akela. Petugas akan kembali ke tempal asal setelah adik baharu berdiri di hadapan pemimpin/Akela.


50 (iv) Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan lalu berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu pengakap. (iv) Pemimpin/Akela akan memulakan dialog dengan Adik Baharu: Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?” Adik Baharu : “Ya, Akela!” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?” Adik Baharu : “Ya, Akela!” (vi) Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu. (vii) Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan berkata, “Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak- kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.” (viii) Pemimpin/Akela kemudian menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada Adik Baharu. (ix) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin/Akela. Adik Baharu berpusing lalu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK. (x) Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada Sekawan. (xi) Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu. (xii) Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain. vi. Istiadat Meningkat Naik: a. Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut: (i) Apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda;


Click to View FlipBook Version