BUKU PANDUAN IBU BAPA 0 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r
BUKU PANDUAN IBU BAPA 1 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r @TunasHikmah [email protected] Cawangan HQ: LOT 20498, Parit Beting, Jalan Salleh, 84000 Muar, Johor. Cawangan 2: No 1-7, Jalan Resak, Taman Beting Indah, Jalan Bakariah, 84000 Muar, Johor.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 2 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r 1 PENGENALAN a. Tadika Tunas Hikmah (TTH) telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2017 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2018. b. Atas pemintaan yang menggalakkan, TTH telah membuka cawangan baru di Taman Beting Indah, Jalan Bakariah yang mula beroperasi secara rasminya pada bulan Mac 2023. c. Tadika Tunas Hikmah merupakan tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Nombor Akuan Pendaftararan J5A5062. d. TTH turut menawarkan program tambahan bagi memenuhi keperluan anak-anak serta masyarakat sekitar. Program tambahan tersebut ialah: Semua murid • Soleh English • Roadschooling • Smart Solat • Program membaca BM & BI secara individu • Pelbagai Projek: Seni Kreatif, Chef Cilik, Little Builder Program Petang • Kelas Mengaji IQRA’ • Kelas PRAKAFA (program petang 5 & 6 tahun) Pilihan • Kelas Memanah • Program Cuti Sekolah (PCS) 2 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN a. Tadika hanya menerima kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun pada tahun semasa. b. Ibu bapa atau penjaga hendaklah melengkapkan borang pendaftaran murid dan menyerahkan salinan mykid, salinan sijil kelahiran, salinan rekod imunisasi dan 4 keping gambar berukuran passport semasa mendaftar.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 3 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r c. Pihak tadika berhak menolak pendaftaran murid yang tidak lengkap maklumat dan dokumen diri. d. Pihak tadika juga berhak menolak pendaftaran murid sekiranya maklumat yang diberikan didapati PALSU atau didapati cuba menyembunyikan latar belakang kesihatan. 3 WAKTU OPERASI TADIKA a. Waktu operasi rasmi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang, Ahad hingga Khamis. b. Tadika dibuka seawal jam 7.00 pagi untuk kemudahan ibu bapa yang perlu menghantar anak lebih awal. c. Mohon anak dihantar di pagar tadika selewat-lewatnya jam 8.15 pagi. Guru akan mengambil anak tuan puan di pagar tadika. Pintu pagar akan ditutup selepas jam 8.30 pagi. d. Ibu bapa hendaklah menghantar anak ke depan pintu tadika sekiranya hadir lewat selepas jam 8.30 pagi. e. Pihak tadika tidak membenarkan anak dibawa pulang oleh individu yang tidak dikenali. Mohon maklumkan nama, hubungan dan nombor kenderaan kepada guru sekiranya anak diambil oleh individu selain ibu bapa/penjaga. f. Mohon ibu bapa tidak menunggu anak di tadika. Adalah diharapkan agar ibu bapa dapat memberikan kepercayaan kepada pihak guru yang telah dilatih menangani anak menangis, meragam dan sebagainya. Caj Lebih Masa a. Anak yang dibawa pulang lewat 15 minit selepas waktu PAKEJ akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi 1 jam pertama. Catatan akan dilakukan oleh guru yang bertugas pada waktu tersebut. Jumlah bayaran
BUKU PANDUAN IBU BAPA 4 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r boleh disemak melalui buku log ‘Lebih Masa’ yang telah disediakan oleh pihak tadika. b. Mohon maklumkan pihak tadika sekiranya perlu mengambil anak pulang lebih awal atau lewat daripada waktu pakej. c. Semua murid pakej C dan program petang hendaklah dijemput pulang sebelum jam 5.30 petang. Guru bertugas akan menunggu anak tuan puan di tadika selewat-lewatnya sehingga jam 5.45 petang sahaja. d. Pihak tadika hanya membenarkan anak diambil awal atau lewat sekiranya ibu bapa ada urusan penting atau kecemasan sahaja. 4 CUTI TADIKA a. Cuti Umum: TTH ditutup pada setiap cuti umum. b. Cuti Peristiwa: TTH ditutup sehari selepas Hari Sukan dan Hari Apresiasi Bakat (HAB). c. Cuti Tambahan: Sebelum/selepas Hari Raya Aidilfitri (tambahan 2 hari). d. TTH dibuka sepanjang cuti sekolah dengan mengadakan Program Cuti Sekolah (PCS). PCS terbuka kepada alumni, adik-beradik dan juga murid luar yang berumur 3 - 8 tahun. Tertakluk kepada keadaan semasa. 5 PAKAIAN SERAGAM TADIKA a. Anak-anak hendaklah memakai pakaian seragam dan baju sukan TADIKA sahaja. Pakaian lain tidak dibenarkan, kecuali jika diberitahu.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 5 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r b. Jadual pemakaian seragam adalah seperti berikut: Pakaian Ahad - Rabu Baju Seragam Khamis Baju sukan + kasut bertutup 6 PENGLIBATAN IBU BAPA a. Tadika amat menggalakkan penglibatan ibu bapa. b. Contoh aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah: • Membantu keceriaan dan hiasan tadika. • Menjadi salah seorang sukarela untuk aktiviti tadika. • Memberikan cadangan-cadangan yang membina. • Membekalkan bahan-bahan dan peralatan bantu mengajar. • Menjadi pakar rujuk (resource person). c. Tanggungjawab ibu bapa termasuk: • Menghantar anak ke tadika sebelum kelas bermula jam 8 pagi dan mengambil anak pulang mengikut waktu pakej. • Menghadiri perjumpaan dan program-program keibubapaan yang dianjurkan. • Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. • Membaca dan memberi respon di dalam group whatsapp ibu bapa. • Berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak tadika dalam memastikan kurikulum tadika berjaya diserap di dalam diri anakanak. • Mengisi borang soal selidik yang disediakan.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 6 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r 7 APA YANG PERLU DIBAWA DARI RUMAH? a. Anak-anak perlu dibekalkan dengan barang dan keperluan individu seperti: Pakej A Pakej B Pakej C & Program Petang Masa 8.00 am -12.30 pm 8.00 am - 3.00 pm 8.00 am - 5.30 pm 12.30 pm - 5.30 pm Keperluan di dalam beg • 1 botol air minuman • 1 pasang pakaian • Tuala muka/kecil • 1 botol air minuman • 1 pasang pakaian • Tuala mandi • Beg baju kotor • 1 botol air minuman • 2 pasang pakaian • Tuala mandi • Beg baju kotor b. NOTA PENTING: 1. Tuala mandi dan pakaian kotor hendaklah dibawa pulang setiap hari. 2. Mohon disediakan beg pakaian kotor untuk mengisi pakaian kotor. 3. Sabun mandian disediakan oleh pihak tadika. Ibu bapa hendaklah membekalkan sabun khas sekiranya anak berkulit sensitif. 4. Mohon labelkan nama anak ke atas kesemua pakaian dan peralatan yang dibawa termasuk beg sekolah, pakaian seragam, baju sukan, tuala, tudung, anak tudung, stokin, buku-buku, dan botol air. 5. Mohon sediakan pakaian ganti dan lampin pakai buang lebih untuk anak-anak yang sedang dalam proses toilet training. 8 APA YANG TIDAK BOLEH DIBAWA DARI RUMAH? a. Segala bentuk makanan ringan (junk food) b. Barang permainan dan alat tulis. c. Barang kemas (dalam apa jua bentuk).
BUKU PANDUAN IBU BAPA 7 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r d. Alat-alat yang merbahaya dan boleh mencederakan. e. Telefon bimbit, telefon pintar atau tab. f. Penggunaan botol susu adalah tidak dibenarkan di tadika. 9 PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pentaksiran terhadap perkembangan anak-anak tuan puan dilakukan secara berterusan. Pihak tadika akan mengadakan Hari Konsultasi Ibu Bapa & Guru sebanyak dua kali sepanjang sesi bagi membincangkan perkembangan dan potensi anak-anak tuan puan. 10 KOMUNIKASI a. Bahasa Melayu Tinggi merupakan bahasa pengantar utama di TTH. Bahasa Inggeris turut diajar sebagai subjek oleh guru yang mahir. b. Bahasa Melayu Tinggi juga hendaklah sentiasa digunakan apabila berurusan dengan pihak pengurusan, guru, murid serta ibu bapa. c. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk menyimpan nombor telefon atau menghubungi guru dan staf tadika atas urusan tadika. Pihak tadika tidak bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang konflik akibat daripada tindakan ini. d. Medium komunikasi utama di antara ibu bapa dan pihak pengurusan ialah melalui group Whatsapp TTH 2024/2025. e. Manakala, channel Telegram digunakan bagi berkongsi gambar aktiviti harian anak-anak. f. Ibu ayah boleh menghubungi pengusaha (pengurus) tadika, Puan Aiman di talian 013 -315 6822 sekiranya berlaku hal kecemasan atau untuk sebarang pemberitahuan.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 8 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r 11 KEMUDAHAN Di antara kemudahan yang disediakan di tadika termasuk: a. Program pembelajaran yang menarik dan merangsang minda. b. Alat tulis yang lengkap. c. Alat permainan dan rangsangan yang bermutu. d. Kelas yang kondusif dan selamat. e. Laman yang luas untuk anak-anak meneroka. f. Perkongsian maklumat perkembangan anak-anak di antara pihak pengurusan, para pendidik dan ibu bapa. g. Staff yang terlatih dan berpengalaman. h. CCTV untuk pantauan menyeluruh. 12 TATACARA PENYEDIAAN MAKANAN a. Tadika berazam menyediakan hanya makanan dan minuman yang berkhasiat untuk anak-anak tuan puan. b. Sambutan hari lahir diadakan secara berkala di tadika. c. Ibu bapa yang berminat untuk menyumbang makanan, kek atau goodies sempena hari lahir anak, perlulah mendapat kebenaran daripada pihak tadika terlebih dahulu. d. Ibu bapa dibenarkan membawa makanan untuk apa-apa majlis/program yang diadakan di tadika dengan mematuhi tatacara berikut: • Tidak boleh menghidang atau memberi goodies yang mengandungi apa jua gula-gula dan jajan. • Makanan/kek/goodies perlu jelas sumber dan status halalnya. • Digalakkan untuk memberi goodies berbentuk barangan yang bermanfaat.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 9 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r • Kek atau brownies yang kurang manis dan tiada pewarna tiruan lebih digalakkan. • Digalakkan anak-anak banyak minum air kosong. 13 DASAR PRIVASI DAN SIARAN GAMBAR Tuan puan adalah dipohon untuk memberikan kebenaran kepada pihak tadika, para pendidik serta penyelidik untuk tujuan berkenaan: a. Anak tuan puan berkemungkinan akan dijadikan responden untuk kajian dalam bidang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. b. Dari semasa ke semasa, gambar dan video anak tuan puan akan diambil untuk tujuan siaran di dalam media sosial, media cetak dan media elektronik seperti Facebook, website, risalah, laporan penyelidikan dan sebagainya. c. Gambar anak tuan puan juga berkemungkinan disiarkan bagi tujuan pemasaran seperti di banner, bunting dan flyers. 14 YURAN DAN BAYARAN PERKHIDMATAN a. Bayaran yuran bulanan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum 5hb setiap bulan. b. Yuran tadika boleh dijelaskan secara online melalui akaun: Bank : Maybank Nama akaun : Tadika Tunas Hikmah Nombor akaun : 5510 4352 2787
BUKU PANDUAN IBU BAPA 10 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r c. Kadar bayaran: PAKEJ/PROGRAM YURAN BULANAN Pakej A 8.00 pagi - 12.30 tengah hari RM 260 Pakej B 8.00 pagi - 3.00 petang RM 320 Pakej C 8.00 pagi - 5.30 tengah hari RM 420 Program Petang 12.30 tengah hari - 3.30 petang 12.30 tengahari - 5.30 petang RM130 RM180 Kelas Memanah RM 45 d. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan PENUH walaupun murid tidak dapat hadir ke tadika dalam suatu tempoh yang lama contohnya bercuti/melancong, mengerjakan umrah, sakit berpanjangan, pulang ke kampung dan seumpanya. e. Namun begitu, jika murid tidak dapat hadir selama sebulan penuh, pihak tadika boleh memberi kelonggaran untuk membayar yuran bulanan sebanyak 50% dengan syarat ibu bapa perlulah membuat pemohonan awal dan mengemukakan dokumen sokongan. f. Pihak tadika membenarkan tempoh maximum selama dua (2) bulan untuk murid dikecualikan daripada hadir ke tadika dengan apa jua sebab yang munasabah. g. Pihak tadika berhak menamatkan pendaftaran murid yang tidak hadir melebihi dua (2) bulan dan membuka pendaftaran baru. Kawalan Penyakit Berjangkit a. Sekiranya tadika diarahkan tutup oleh pihak berkuasa disebabkan oleh penyakit berjangkit seperti Covid-19, HFMD, Chicken Pox dan sebagainya (tempoh kurang daripada sebulan), pihak tadika akan menjalankan sesi
BUKU PANDUAN IBU BAPA 11 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r b. pembelajaran secara online atau apa sahaja kaedah yang dirasakan sesuai. Oleh itu, yuran bulanan hendaklah dijelaskan seperti biasa. c. Walau bagaimanapun, sekiranya tadika diarahkan tutup dalam tempoh melebihi sebulan, pihak tadika akan mempertimbangkan untuk memberi potongan yuran yang akan ditetapkan jumlahnya kemudian. d. Dalam situasi tadika dibenarkan untuk beroperasi, namun ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak kerana bimbang akan kesihatan, yuran hendaklah dijelaskan seperti biasa. Ibu bapa hendaklah memaklumkan pihak tadika ketidakhadiran anak ke tadika. e. Tiada pembelajaran secara online untuk murid yang tidak hadir semasa tadika sedang beroperasi. 15 KECEMASAN / KEMALANGAN a. Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak tadika akan mengambil tindakan awal iaitu dengan memberi pertolongan cemas. b. Ibu bapa atau penjaga akan dihubungi secepat mungkin. c. Sekiranya PERLU, pihak tadika akan membawa anak tuan puan ke klinik yang berhampiran dengan izin daripada ibu bapa. d. Perbelanjaan perubatan dikira mengikut budi bicara dan perbincangan di antara pihak tadika dan ibu bapa atau penjaga. e. Pihak tadika akan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. f. Mohon anak tuan puan direhatkan di rumah sekiranya sakit atau demam melebihi suhu 37.5°C. g. Ini termasuk cirit-birit, muntah-muntah, batuk dan selsema yang keterlaluan. Juga sebarang penyakit berjangkit seperti HFMD, sakit mata, campak, chicken pox dan lain-lain.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 12 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r h. Mohon ibu bapa untuk segera mengambil anak-anak jika mendapat makluman daripada pihak tadika tentang sebarang masalah kesihatan anak-anak. Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab jika penyakit melarat.
BUKU PANDUAN IBU BAPA 13 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r TAKWIM TADIKA SESI 2024/2025 BULAN TARIKH HARI AKTIVITI MAC 02.03.2024 Sabtu Hari Pendaftaran 06 & 07.03.2024 Rabu & Khamis Bengkel Guru 03.03.2024 - 05.03.2024 3 Hari PCS 10.03.2024 Ahad Hari pertama persekolahan 12.03.2024 Selasa Cuti Awal Ramadan APRIL 04.04.2024 Khamis Sambutan Nuzul Al-Quran 07.04.2024 Ahad PCS 08 & 09.04.2024 Isnin& Selasa Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri 10 & 11.04.2024 Rabu & Khamis Cuti Hari Raya Aidilfitri MEI 01.05.2024 Rabu Cuti Hari Pekerja 16.05.2024 Khamis Jamuan Raya/Sambutan Hari Guru/Sambutan Hari Lahir Mac – Mei 22.05.2024 Khamis Cuti Hari Wesak 26 - 30.05.2024 Ahad - Khamis PCS - Cuti Penggal 1 JUN 02.06.2024 Ahad PCS - Cuti Penggal 1 03.06.2024 Isnin Cuti Hari Keputeraan YDPA 13.06.2024 Khamis Simulasi Haji Cilik 17.06.2024 Isnin Cuti Hari Raya Aidiladha JULAI 07.07.2024 Ahad Cuti Awal Muharram 13.07.2024 Sabtu Hari Konsultasi Ibu Bapa & Guru (1) 18.07.2024 Khamis Sambutan Ma’al Hijrah 25.07.2024 Khamis Sambutan Hari Lahir Jun, Julai, Ogos OGOS 08.08.2024 Khamis Roadschooling: Belian Bijak 11.08.2024 Ahad Cuti Hari Hol Sultan Johor 29.08.2024 Khamis Sambutan Hari Kebangsaan
BUKU PANDUAN IBU BAPA 14 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r SEPT 07.09.2024 Sabtu Fun Family Sports Day 08.09.2024 Ahad Cuti Peristiwa 15 - 19.09.2024 Ahad - Isnin PCS – Cuti Penggal 2 16.09.2024 Isnin Cuti Maulidur Rasul/ Hari Malaysia 17.09.2024 Selasa Cuti Hari Malaysia OKT 03.10.2024 Khamis Sambutan Maulidur Rasul 17.10.2024 Khamis Sambutan Hari Lahir Sept, Okt, Nov 30.10.2024 Rabu PCS 31.10.2024 Khamis Cuti Deepavali NOV 10.11.2024 Khamis Lawatan Sambil Belajar 14.01.2024 Sabtu Hari Konsultasi Ibu Bapa & Guru (2) DIS 22 - 26.12.2024 Ahad – Khamis PCS - Cuti Penggal ke-3 25.12.2024 Rabu Cuti Hari Krismas JAN 2025 11.01.2025 Sabtu Hari Apresiasi Bakat 12.01.2025 Ahad Cuti Peristiwa 19 - 28.01.2025 2 Minggu PCS - Cuti Akhir Sesi 29 & 30.01.2025 Rabu & Khamis Cuti Tahun Baru Cina FEB 2024 02 - 10.02.2025 2 Minggu PCS - Cuti Akhir Sesi 08.02.2025 Sabtu Hari Pendaftaran 11.02.2025 Selasa Cuti Thaipusam 12 & 13.02.2025 Rabu & Khamis Bengkel Guru 03 - 09.03.2025 1 Minggu PCS - Cuti Akhir Sesi 2023/2024 06 & 07.03.2025 Rabu & Khamis Bengkel Guru 10.03.2025 Ahad Hari Pertama Persekolahan 2023/2024
BUKU PANDUAN IBU BAPA JADUAL WAKTU PEMBELAMAC - HARI 8.00 - 8.15 8.15 - 8.35 8.35 - 8.45 8.45 - 9.00 9.00 - 9.30 AHAD P E R H I M P U N A N SOLAT DHUHA H A F A Z A N KAD IMBAS BI R E H A T ISNIN KAD IMBAS BM SELASA KAD IMBAS ARAB RABU KAD IMBAS MATEMATIK KHAMIS RIADAH
AJARAN SESI 2024/2025 APRIL 2024 9.30 - 10.30 10.30 -11.30 11.30 - 11.45 11.45 - 12.30 PROJEK BERTEMA PENDIIDIKAN ISLAM P E R H I M P U N A N B A L I K & T A S M I ’ H A F A Z A N S E S I M E M B A C A I N D I V I D U & P L A Y T I M E P A K E J ( A ) CUT & PASTE KELAS FONIK ENGLISH SHARED READING/ BERCERITA COLOUR & READ KEMAHIRAN URUS DIRI ARTS & CRAFT KEUSAHAWANAN
BUKU PANDUAN IBU BAPA 1 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r JADUAL WAKTU PEMBMEI 2024 -HARI 8.00 - 8.15 8.15 - 8.35 8.35 - 8.45 8.45 - 9.30 9.30 - 10.00 4 TAHUN 5 TAHUN 6 TAHUN AHAD P E R H I M P U N A N SOLAT DHUH A H A F A Z A N PAI PAI PAI R E H A T ISNIN BI BI BI SELASA MT MT MT RABU BM BM BM KHAMI S 8.00 - 9.00 RIADAH 9.00 - 9.30 SOLEH ENGLISH *PROJEK: ART & CRAFT (1), COLOURING (2), LITTLE CHEF (3),
ELAJARAN SESI 2024/2025 JANUARI 2025 10.00 - 10.45 10.45 - 11.30 11.30 - 11.45 11.45 - 12.30 4 TAHUN 5 TAHUN 6 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 TAHUN P L A Y T I M E B E R M O D U L BA BA BM BM BM P E R H I M P U N A N B A L I K & T A S M I ’ H A F A Z A N S E S I M E M B A C A I N D I V I D U & P L A Y T I M E P A K E J ( A ) JAWI JAWI SAINS SAINS SAINS PAI PAI BI BI BI SAINS SAINS MT MT MT KEUSAHAWANAN PROJEK* LITTLE BUILDER (4), ROADSCHOOLING (TWICE PER SEMESTER)
BUKU PANDUAN IBU BAPA 2 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r JADUAL PROGRAM HARI 11.45 - 12.30 12.30 - 1.00 1.00 - 2.10 2.10 - 2.30 AHAD SESI MEMBACA INDIVIDU & MANDI MAKAN TENGAHARI TIDUR KHIDMAT DIRI BANGUN TIDUR CUCI MUKA / KUMUR URUSAN TANDAS SZPAPUISNIN SELASA RABU KHAMIS
PETANG SESI 2024/2025 2.30 - 3.00 3.00 - 3.30 3.30 - 4.00 4.00 - 4.30 4.30 - 5.00 5.00 - 5.30 SOLAT ZUHUR AKEJ B: ULANG JAWI FEKAH OUTDOOR PLAYTIME MANDI MINUM PETANG & PULANG TAUHID AKHLAK SIRAH PLAYTIME BEBAS KELAS PRA-KAFA
BUKU PANDUAN IBU BAPA 3 | T a d i k a T u n a s H i k m a h , M u a r MENU TMinggu 1 Pagi Tengahari Ahad Bihun Goreng Lodeh Telur Rebus Isnin Nasi Lemak Ayam Masak Kicap Selasa Mee Goreng Sup Ayam Rabu Kuih-Muih Ayam Sweet Sour Khamis Bihun Sup Ayam Kurma Minggu 3 Pagi Tengahari Ahad Bihun Singapore Sup Telur + Cendawan Isnin Bubur Ayam Ayam Kicap Selasa Mee Goreng Ayam Paprik Rabu Kuih-Muih Ayam Goreng + Labu Lemak Khamis Soto Kari Ayam
TADIKA Minggu 2 Pagi Tengahari Ahad Mee Goreng Kurma Telur Rebus Isnin Nasi Goreng Sup Ayam Selasa Sandwich Tomyam Ayam Rabu Kuih-Muih Ayam Pindang Khamis Mee Hailam Ayam Lemak Minggu 4 Pagi Tengahari Ahad Kuetiau Goreng Telur Dadar + Lodeh Isnin Nasi Goreng Ayam Cendawan Selasa Sandwich Ayam Goreng + Sup Sayur Rabu Kuih-Muih Ayam Merah Khamis Mee Kari Ayam Lemak