Rajah 12: Pakaian Kerja Pegawai Wanita dan Lelaki
52
Rajah 13: Pakaian Istiadat Pegawai Wanita dan Lelaki
53
Rajah 14: Pakaian Petugan Bantuan Bencana Alam
54
Pangkat BSMM
Rajah 15: Pangkat BSMM
55
5.0 PERTOLONGAN CEMAS
5.1 Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada
mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala
kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan
perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
5.2 Tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
56
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan
kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadianatau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi
keutamaanrawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan
kesakitansi mangsa.
57
5.3 Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan
mangsaterhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi
renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari
jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap
atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak
bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
5.4 Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling
yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas
kecederaan mangsa.
58
c) Memberi rawatan sementara
Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada
mangsayang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan
yang telah dilakukan ke atas
59
6.0 ASAS PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung
dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri
dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara
individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi
keutamaan bersama.
6.1 Jenis-jenis khemah
Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar
untukdiklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan
berdasarkankesesuaiannya.
6.2 Struktur khemah
Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka
dan fabrikkhemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket
dalaman.
I. Khemah Struktur A
Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk
khemahbersegi tiga.
Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.
60
II. Khemah Hoop
Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang
lebih luasdengan permukaan yang sama.
Khemah jenis ini kuat dan kukuh.
III. Khemah Rabung
Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu
digunakanuntuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan
cuaca yang elok.
IV. Khemah Dinding
Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan
sebagaidinding dan bumbung.
Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang
jangkamasanya pendek.
Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.
V. Khemah Satu Tiang
Ringan dan senang didirikan
Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.
61
VI. Khemah Ridge
Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di
tepisungai, jambori dan sebagainya.
Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2. Khemah ridge dua tiang
3. Khemah ridge besar
- Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
- Biasanya diperbuat daripada nilon.
- Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
- Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
- Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua
lapisbahagian bumbung.
- Mahal.
- Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta.
- Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
- Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiza dan berat
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.
62
6.3 Mendirikan khemah
PERINGATAN yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:
Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat
mengalir jauhdari khemah.
Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang
supaya tidakmenggelendong.
Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap
khemah. Jarakyang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.
Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan
binatangberbisa memasuki khemah.
6.4 Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum
mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan
kepada penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan
keselamatan juga kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
a) Angin
b) Kecerunan
c) Cahaya
d) Bentuk muka bumi
e) Halangan bahaya semulajadi
f) Laluan air
g) Luas tapak
63
6.5 Ciri-ciri tapak perkhemahan
Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan
keselesaan semasa berkhemah.
Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini
adalah untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat
mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika
musimkemarau.
Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk
mengelakkan binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di
sekeliling kawasan khemah.
6.6 Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1. Penyediaan Kraf Perkhemahan
Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.
Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan kayu dan
buluh tidak dibiarkan berselerak.
Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum digunakan.
Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan kepada
bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika berlakunya
kecederaan
Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.
64
2. Keselamatan Khemah
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain
daripada memasuki khemah.
Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
6.7 Peraturan keselamatan perkhemahan
Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan,
kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dantapak
perkhemahan.
Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti
65
7.0 ASAS KAWAD KAKI
7.1 Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
7.2 Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taatsetia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bombadan
Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib padasetiap
masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasamadan
kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.
66
7.3 Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada pegawai/jurulatih
bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa juaperbarisan.
7.4 Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia
No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSSM
1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.
67
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x
68
37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.
38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)
69
Rujukan
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering.
KualaLumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur:
FajarSdn. Bhd.
Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York:
Amherst:Mass Publishing.
Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan. Kuala
Lumpur:Crescent News Sdn. Bhd.
Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Habitats and
Gardens for theSouthwest. Texas: University of Texas Press.
Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human
Kinetics. Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering. Kuala
Lumpur: Budiman
Publishing.
Persatuan Pengakap Malaysia. (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.
Kuala Lumpur: Persekutuan Pengakap Malaysia.
70
Lampiran
Rajah 1: Lambang Bulan Sabit Merah
Rajah 2: Bendera BSMM
71
Rajah 3: Ukuran Piawai Bendera BSMM
Rajah 4: Lambang BSMM
72
Rajah 5: Sir Henry Dunant
Rajah 6: International Committee Of the Red Cross (ICRC)
Rajah 7: International Federation of Red Cross (IFRC)
Rajah 8: Persatuan-Persatuan Palang Merah Kebangsaan
73
Rajah 9: Contoh Buku Log
Rajah 10: Pakaian Kanak-kanak Perempuan dan Lelaki
74
Rajah 11: Pakaian Kerja PBS Wanita dan Lelaki
Rajah 12: Pakaian Kerja Pegawai Wanita dan Lelaki
75
Rajah 13: Pakaian Istiadat Pegawai Wanita dan Lelaki
Rajah 14: Pakaian Petugas Bantuan Bencana Alam
76
Rajah 15: Pangkat BSMM
https://drive.google.com/file/d/1YGeh1XQu0KT0PaILEacRkny-0ra6DLSI/view
Rajah 16: Kuliah 1
77
https://drive.google.com/file/d/1_0GBQfdUENzOCS9djRzkC6OaYRF0zxoX/view
Rajah 17: Kuliah 2
78