NUR ATIRAH BINTI RAZANI PISMP 22/26 TESL SK1
1. BIODATA DIRI NAMA NUR ATIRAH BINTI RAZANI TARIKH LAHIR 18 FEBRUARI 2003 JANTINA PEREMPUAN AGAMA ISLAM BANGSA MELAYU ALAMAT NO. 24, KAMPUNG SUNGAI PUTIN, SADONG JAYA NO. TELEFON 014-2856527 ANGKA GILIRAN 2022042340185 PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 KUMPULAN TESL SK 1 E-MEL [email protected]
1. Prinsip Pengakap Terdapat tiga prinsip pengakap. Tiga prinsip-prinsip itu adalah: • Kepercayaan Kepada Tuhan • Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara • Perkhidmatan kepada Diri Sendiri Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesunguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya Dengan seberapa daya upaya saya akan: TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP Undang-undang Pengakap Dipercayai Taat, berguna Bersaudara berbudi Kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati Berjimat Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
2. Bendera Pengakap 3. Sejarah Pengakap Dunia (World Organization of the Scout Movement) Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. BadenPowell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. BadenPowell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids to Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids to Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya
diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting for Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Biodata BP Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir: London, England Pendidikan Awal: Charter House, London Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia: 8 Januari 1941
4. Sejarah Pengakap Malaysia Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 (Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930). 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930). 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis. Secara Ringkasnya: 1. F.C Sands di Singapura (1910) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928) 3. I.R Wheeler di Perak (1926) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka (1925) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925) 7. Ameen Akhbar di Selangor (1926) 8. A.J Cracle di Terengganu (1926) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927) 10. Perlis dibawah naungan Kedah (1931) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (1913) 12. Sarawak (1915) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
5. Istiadat Rasmi Pertubuhan • Laung Agung • Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. • Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan: • Akela berteriak PEK! (bermaksud PEK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). • Akela berteriak PEK! PEK! PEK! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. • Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. • Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. • Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak” KAMU BUAT HABIS BAIK” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK”. • Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).
6. Carta Organisasi Pengakap
7. Kaedah Pendaftaran Ahli Pengakap • Kad keahlian pengakap akan diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang berdaftar. Proses untuk mendapatkan kad ini mengambil sedikit masa untuk diuruskan oleh pihak pentadbiran bagi setiap negeri. Jadi, kita perlu uruskan borang pendaftaran seberapa segera yang boleh. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari pautan Persatuan Pengakap. Bayaran yuran adalah RM7 dari pengakap kanak-kanak ke pengakap remaja, dan RM10 untuk ke atas. • Kad keahlian bagi pemimpin berwarna ungu kebiruan, manakala kad keahlian ahli biasa berwarna merah. Di kad tersebut akan terpapar nama ahli dan juga nombor keahlian. Nombor WOSM juga akan dipaparkan sekiranya ada. • Guru-guru atau pemimpin pengakap boleh memuat turun borang pendaftaran pengakap melalui pautan di bawah. Disertakan juga dokumen iringan seperti surat pemakluman kenaikan kadar yuran tahunan untuk rujukan semua. • Pautan borang pendaftaran pengakap kanak-kanak, muda dan remaja: https://drive.google.com/file/d/1UVyUsQNaNVvav14E4akMjQDUdedc WnkQ/view?usp=sharing • Pautan borang pendaftaran pengakap ke atas: https://drive.google.com/file/d/1m89S59isrbL6805oJYOReuCPezCpuJ Uz/view?usp=sharing
8. Pakaian Seragam Pengakap
9. Pertolongan Cemas Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu. Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan. Matlamat Pertolongan Cemas • menyelamat nyawa • mengurangkan atau melegakan kesakitan\ • mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk Keutamaan Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan. Perhatian • Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. • Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja. • Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika. - mangsa tidak sedarkan diri - disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman - jika memerlukan pembedahan
Dapatkan bantuan (1) telefon ambulan – 994 (2) berikan keterangan tentang tempat kemalangan Sumber bantuan kecemasan o polis o bomba o hospital o klinik o pasukan sukarela o penduduk setempat.
10.Simpulan/Ikatan Ikatan Tali – Simpulan Buku Sila Fungsi: 1. Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz. 2. Biasanyan digunakan untuk menyambung tali khemah, bungkusan hadiah dan ikatan kain anduh. kerana ianya mudah dibuka semula. Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka. Ikatan Tali – Simpulan Bunga Keti Fungsi: 1. Menyambung dua hujung tali yang tidak sama jenis dan saiz. 2. Biasa digunakan untuk mengikat tali kapal atau perahu di jeti Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka. Ikatan Tali – Simpulan Manuk Fungsi: 1. Digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. 2. Kelebihan ikatan ini adalah mudah diikat dan ditanggalkan. Ikatan Tali – Simpulan Tindih Kasih Fungsi: 1. Digunakan untuk mengikat leher binatang, benda dan sebagainya tanpa menjerut lehernya. 2. Biasa digunakan oleh penternak lembu, kambing dan juga kuda.
11.Gajet/Pioneering Dalam dunia perkhemahan, gajet-gajet direka dan dibina untuk memaksimumkan keselesaan semasa berkhemah. Gajet untuk meletak cawan dan pinggan mangkuk Tempat duduk perbincangan Gajet Nama Ahli dalam patrol. Gajet tempat letak kasut Gajet pacak bendera
12.Asas Kawad Kaki Kawad Kaki Pengakap Asas Perbarisan Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan. Masuk Baris Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. Sedia Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 45 darjah. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. Senang Diri Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh. Rehatkan Diri Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’. Ke Kanan Pusing Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. Ke Kiri Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. Keluar Baris Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. HUKUMAN KAWAD • Skuad, sedia… • Skuad, senang diri…. • Skuad, rehatkan diri…. • Skuad! • Ke kanan lurus, • Skuad, Pandang depan…., • Skuad, akan menghadap ke kanan, ke kanan pusing… • Skuad, akan menghadap ke kiri, ke kiri pusing… • Skuad, akan menghadap kehadapan, ke kiri pusing…, • Skuad, akan menghadap kehadapan, ke kanan pusing…, • Skuad, akan menghadap kebelakang, ke belakang pusing…, • Skuad, akan menghadap ke hadapan, ke belakang, pusing…, • Skuad……Keluar…Baris.
13.Asas Perkemahan Matlamat: 1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab. 2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah. 3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran. 4. Melatih Berdikari. 5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa 6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian. 7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan. • Daripada berkhemah, pengakap dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang di ajar dalam pengakap. Pengakap dapat berlatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan bersuka ria bersama rakan-rakan pengakap lain. Perancangan Awal Sebelum Berkhemah: 1.1 Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan: . Objektif perkhemahan. . Bilangan peserta. . Tempoh perkhemahan. . Kemudahan asas yang ada dan diperlukan. 1.2 Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai: . Mendapatkan kebenaran dan maklumat. . Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air. . Banyak bahan bakar. . Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta . Tiada gangguan bahaya. . Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan. . Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari. . Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumput.
. Ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan: . Cuaca dan arah angin. . Dahan atau pokok yang reput. . Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya. . Kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir. 1.3 Pembentukan Ahli Jawatankuasa: ~ Mengikut keperluan program. 1.4 Perancangan: ~ Merancang program: . Pemilihan kawasan yang sesuai . Keselamatan terjamin. . Bersesuaian dengan objektif. . Berkaitan setiap aktiviti. . Mengembirakan peserta . . Keseimbangan masa. . Persiapan peralatan. ~ Aktiviti yang dirancang dalam bentuk : ~ Penilaian ~ Pengujian ~ Pertandingan / kuiz ~ Berhalangan ~ Merancang makanan . Tempoh perkhemahan. . Mempunyai sumber air yang bersih. . Cara memasak berpusat atau latihan memasak. . Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar. . Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.
~ Surat-menyurat: . Surat kebenaran. . Surat keselamatan. . Surat pemberitahuan dll. 1.5 Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan: ~ Sebelum Berangkat perlu ada perbincangan: . Tempat yang hendak dituju. . Hari dan masa bertolak. . Tempat berkumpul. . Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan. . Pengangkutan yang digunakan. . Pembahagian tugas. ~ Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti : . Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap. . Semua peserta berada dalam keadaan sihat. . Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik. . Memakai pakaian seragam pengakap. ~ Semasa tiba di tapak perkhemahan: . Menghubungi orang berkenaan. . Mendapatkan sedikit maklumat. . Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah. ~ Sepanjang perkhemahan : . Semua peserta terlibat secara langsung dalam program. . mengetahui segala peraturan. . Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong ~ Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan : . Perlukan ada mesyuarat khas. . Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gajet.
. Membersihkan kawasan perkhemahan. . Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan. . Memastikan tiada bara api. . Menimbus lubang yang dibuat. 1.6 Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan (bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta) ~ Keperluan peribadi: . Pakaian seragam . Baju-T . Pakaian sukan / pakaian beribadat . Selipar / kasut . Duit poket . Berus gigi dan ubat gigi . Sabun mandi dan sabun basuh . Jam . Kompas . Mancis . Pisau dan parang . Lampu suluh . Tali . Alat tulis . Sudu dan garpu . Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas. . Bekas air . Perkakas memasak . Wisel . Tikar . Ubat peribadi . Dan lain-lain
1.6 Keperluan Kumpulan: . Khemah . Cangkul . Tali . Parang / Kapak / Pisau / Gergaji . Tukul besi . Lampu gasoline atau lain-lain. . Ubat nyamuk . Dapur minyak atau lain-lain . Mancis . Baldi . Bendera kumpulan . Lilin . Dan lain-lain 1.7 Keperluan Memasak (sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan ) . Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil . Kuali / Cerek . Baldi / Besen . Papan cincang . Penapis . Pencedok air . Kain pencuci / Kain pelapik . Pembuka tin . Tali . Span / Serbuk pencuci . Berus dawai / sabut . Beras . Rempah-ratus . Bahan mentah . Bahan-bahan lain
1.8 Mendirikan Khemah : ~ Ciri-ciri yang perlu diketahui : . Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah. . Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas. . Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan. . Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa. . Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan aktiviti pada siang hari. Mendirikan Khemah: 1. Bersihkan kawasan tapak khemah. 2. Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah. 3. Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang khemah. 4. Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul. 5. Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang. 6. Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah ke pancang. 7. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung. 8. Kemudian taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.
Menurunkan Khemah : 1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah. 2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah. 3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman. 4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah. 5. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari. 6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam. 7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter. 8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan. 9. Bersihkan kawasan perkhemahan
Cara melipat khemah
14.Jalan Lasak dan Pandu Arah’ TUJUAN 1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut proseduryang ditetapkan. 2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN 1. Kebenaran • Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekaliialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perludan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupunorang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. • Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. • Titik kawalan bukanlah “checkpoint” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagaibahan bukti atau pengesahan. • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersediapetak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. Peta utama • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan • Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenaikedudukan titik kawalan. • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. Landasan • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalanyang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalinoleh peserta kemudiannya. • Tanda yang berkenaan landasan adalah: - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. - ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. KOMPAS • Untuk menentukan arah. • Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. • Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
Kompas bearing sudut: Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah Kompas mata angin 16 Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dantepat.ii. ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yanghendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yangberada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: i. letakkan peta di atas permukaan yang rata. ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukisgarisan yang selari dengan manamana garisan gred yang berhampiran. iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut
15.Malam Kebudayaan Malam Pengakap (Malam Kebudayaan) • Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh Kumpulan pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah. 1. Tujuan Malam Pengakap • merupakan acara kemuncak - diada di tempat-tempat lapang dan terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghibur. • menghilangkan rasa bosan selepas penat bekeria & berkhemah • melatih bertatatertib • taat dan mengikut perintah • mencungkil bakat terpendam • bekerjasama dan tolong menolong • latihan mengukur masa • tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain • menghilang rasa malu • berkeyakinan dan mempercayai diri sendirl • untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk 2. Prosedur acara Malam Pengakap • Siapakah yang merasmikannya? Ketua/juruacara • Selepas perasmian beberapa buah lagu rancak nyanyian beramai-ramai - semua peserta
3. Pertuniukan (acara di selang-seli) contoh: nyanyian beramal-ramal • Lakonan pendek • Nyanyian kumpulan • Tarian • Nyanyian "round song" • Stunt • Selitkan juga cerita pendek bertemakan nasihat • Selepas setiap acara, selitkan “Yell”. • Lagu yang mengandungi pantun seperti " Rasa Sayang dan Trek TekTek " di pertengahan acara • Acara yang baik dikemudian persembahannya • Penutup dengan lagu Negaraku dan dilakukan tatkala acara sedang memuncak
16. Lagu Pengakap • Lagu Rasmi Pengakap Malaysia Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan Binatang Menurut perintah Tabah hati, berjimaT Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan YIPPI YE YIPPI YIPPI YE Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
TANYA SAMA POKOK Tanya sama pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang Apa sebab goncang Nanti jawab angin Langit nak hujan Tanya sama langit Apa sebab hujan? Nanti jawab langit Tanyalah awan Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat sejuk Aku pun cair Tengok dalam air Nampak bayang-bayang Campak satubatu Bayangpun hilang Pautan lagu-lagu pengakap: https://jasinscout.blogspot.com/p/lirik-lagu-la.html
17.Ikhtiar Hidup Definisi Ikhtiar Hidup Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisi sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the will to live, to outlive,the will to survive, state of continuing to live dan keupayaan atau keadaan sesuatu ituuntuk terus hidup. Menurut buku Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusof Abdullah; ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi sesuatuancaman. Menurut Wikipedia; Survival Skills adalah kemahiran yang dapat membantu seseorang mengharungi keadaan merbahaya (seperti ribut petir ataugempa bumi); atau dalam kawasan merbahaya (seperti di gurun, kawasanpergunungan dan di dalam hutan rimba). Kita seharusnya bersikap selalumengingatkan diri bahawa ikhtiar hidup itu adalah melakukan sesuatu yang perludilakukan untuk meneruskan hidup dan mati itu bukanlah satu pilihan. Situasi - Kehabisan bekalan makanan dan minuman - Ancaman hidupan liar - Masalah perlindungan Prinsip Asas Ikhtiar Hidup - Penggunaan alam sekeliling - Berkeyakinan - Berprinsip - Bekerjasama dalam Kumpulan - Berkemahiran tinggi - Tidak mudah putus asa
Undang-undang Asas Ikhtiar Hidup - Menyediakan tempat perlindungan - Menghidupkan api - Mencari sumber makanan - Rehat yang mencukupi Perkara Penting dalam Asas Ikhtiar Hidup - Hidupkan api menggunakan bahan bakar yang ada (kayu kering, kertas, dan lain-lain. Api perlu dihidupkan dahulu sebelum membina tempat perlindungan untuk haba dan cahaya). - Dirikan perlindungan (khemah, pondok kayu dan lain-lain) untuk berlindung dari cuaca dan dijadikan tempat tidur. Pastikan tempat perlindungan selamat, bersih, bertebat dan tidak mendatangkan bahaya. - Buat isyarat untuk menarik perhatian penyelamat (situasi latihan sesat hutan). Isyarat asap dengan menutup unggun api dengan daun lembap, tiga tompok api di kawasan lapang, isyarat cermin, lampu strob kecemasan dan sebagainya boleh digunakan. - Makanan/air adalah penting untuk ikhtiar hidup. Tapis dan masak air dengan betul untuk mengelak sakit perut. Jangan makan buahan atau tumbuhan yang tidak dikenalpasti atau tidak pasti. Bersihkan buahan dan tumbuhan yang boleh dimakan sebelum makan. Pengakap juga boleh menyediakan makanan rimba dengan asas masakan rimba. - Pastikan ada alat pertolongan cemas. Lokasi perkemahan mungkin jauh dari hospital atau klinik. Kit pertolongan cemas penting untuk memastikan kecederaan tidak terlalu teruk.
18.Permainan Kecil Pengakap Kanak-Kanak Permaian Pengakap Kanak-kanak 1. Meraba dengan kaki - membahagikan peserta kepada 2 kumpulan. - semua peserta menutup mata dan tidak memakai kasut. - ketua malam budaya akan menabur guli,biji kacang atau benda-benda kecil di atas lantai. - peserta hendaklah memungut seberapa benda dengan kaki dan dikumpulkan dalam plastik yang diikat di pinggang. - masa akan diberi selama 5 minit. - kumpulan yang paling banyak mengumpul benda dikira menang. 2) Deria rasa - peserta diberi peluang untuk merasa dengan tangan lapan atau sepuluh bahan. - peserta diminta menyenaraikan bahan-bahan mengikuti masa yang ditetapkan. - peserta yang menyenaraikan banyak bahan yang betul dikira menang. 3) Deria pandang - letakkan kira-kira 20-30 barang kecil dalam sebuah bekas. - peserta diberi 1 atau 2 minit untuk melihat. - apabila cukup masa,mata ditutup. - peserta dikehendaki menyenaraikan kembali barang yang dilihat.
4) Deria Pendengaran - seorang peserta membuat satu cerita ringkas dan memberitahu kepada peserta lain -kemudian peserta kedua perlu ingat dan memyampaikan cerita itu kepada peserta ketiga -cerita akhirnya di sampai ke peserta yang terakhir. -peserta terakhir perlu ceritakan apa yang disampaikan. -peserta terakhir kumpulan mana yang dapat mengulangi cerita itu paling tepat dikira pemenang. 5) Ibu Ayam - seorang peserta menjadi helang dan peserta lain menjadi ibu ayam. - peserta dibahagi kepada kumpulan.Setiap kumpulan memilih nama seekor burung. - ibu ayam akan melaung nama sesuatu kumpulan bergilir-gilir apabila anak burung berlari ke arah ibu ayam. - helang cuba menangkapnya. - ulangi gelak kerja dengan mereka helang baru. - ibu ayam berdiri di tengah bulatan. 6) Lembu Kena Kepung - ahli kumpulan memegang tangan dan membuat bulatan. - seorang peserta menjadi lembu dan berdiri di tengah bulatan. - lembu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan peserta yang membuat bulatan cuba menahan lembu keluar dari bulatan. - jika lembu dapat keluar dari kepung,tukar dengan paserta lain sebagai lembu.
19.Cerita Hutan – Mowgli
20.Ujian Lencana Pengakap • Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. • Sebelum dilantik menjadi Pengakap Muda Udara seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut: 1. Peraturan pakaian seragam Pengakap. 2. Prinsip Rukun Negara. 3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 4. Persetian Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 5. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap. 6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell. 7. Simpulan & ikatan: • Buku Sila (Reef Knot)
• Bunga Geti (Sheet Bend) • Simpul Manuk (Clove Hitch) • Tindih Kasih (Bowline) • Lilit Dua Simpul (Round Turn & Two Half Hitches) • Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) • Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-Kanak, mereka tidak perlumenjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-Kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda Udara. • Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.
21.Perancangan Takwim yang Berorientasikan Sekolah Rendah Minggu Aktiviti Penerangan Aktiviti Tindakan 1. Asas Kawat Kaki • Kawat statik/berjalan • Kawat selaku terima gaji/sijil Belajar koman untuk aktiviti kawat statik dan kawat berjalan dan kawat selaku terima gaji/sijil: • “Skuad, akan menghadap ke kanan/ke kiri/ ke hadapan/ ke belakang, pusing…” • “Skuad, hormat kehadapan, hormat…” 2. Asas pertolongan cemas • Tujuan dan prinsip pertolongan cemas • Anduh dan balutan Belajar prinsip dan asas pertolongan cemas: • “Pertolongan cemas adalah untuk memastikan mangsa yang tercedera stabil sebelum dikerjakan ke hospital…” Belajar cara membuat anduh dan balutan: • Anduh dan balutan dibuat menggunakan skarf 3. • Merawat luka dan gigitan Cara menggunakan kit pertolongan cemas dan ubatan di dalamnya.
• Melecur, pitam dan keracunan • Ubat krim gatal, krim lecur, smelling salt, dan ubat untuk keracunan 4. Asas pertolongan cemas • Patah tulang dan terseliuh Menggunakan skarf dan bahan-bahan lain untuk dijadikan anduh dan splint • Kayu kering dijadikan splint untuk menyokong anggota yang terseliuh, patah 5. Asas pertolongan cemas • Pemulihan pernafasan (CPR) Belajar cara CPR yang betul: • Kompres dada, pernafasan mulut ke mulut, dan lain-lain 6. Kemahiran Simpulan & Ikatan • Jenis-jenis tali dan penjagaan tali Cikgu menerangkan jenis-jenis tali dalam ikatan dan cara untuk menjaga tali • Tali diikat dan disimpan dalam tempat sendiri 7. Kemahiran Simpulan & Ikatan • Cara membuat ikatan dan simpulan serta kegunaannya Belajar membuat simpulan seperti simpulan buku sila, simpul manok dan bunga geti • Cikgu turut menerangkan kegunaan ikatan yang berbeza
8. Kemahiran Simpulan & Ikatan • Jenis-jenis tali dan penjagaan tali Cikgu menunjukkan pelbagai jenis tali yang berbeza dan cara untuk menjaga tali
22.Laporan Perjumpaan Aktiviti Tarikh: 10 Januari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGM KBL Masa: 7.15 pagi Nama Fasilitator: Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi bagi Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 Pengerusi: Allison Galang Anak Jubin Naib Pengerusi: Mohd Syazani Bin Nasir Setiausaha: Vanessa Voon Naib Setiausaha: Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Bendahari: Muhammad Zaril Adieb Bin Mohamad Zulkifli Naib Bendahari: Muhammad Faez Bin Bahren • Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 • Penentuan nama KLM IPGM KBL PISMP 2021/2026: Pelangi II • Pembentukan dan pemilihan nama sekawan berdasarkan warna Kumpulan 1: Hijau Kumpulan 2: Merah Kumpulan 3: Jingga Kumpulan 4: Maroon Kumpulan 5: Biru Kumpulan 6: Geranium Kumpulan 7: Indigo
Tarikh: 17 Januari 2024 Tempat: Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa: 7.15 pagi Nama Fasilitator: Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, Yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap • Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati
9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan • Menyanyikan satu lagu pengakap kanak-kanak : Rumput Yang Hijau Atas rumput ada kaki, Kaki cantik tak pernah lihat, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas kaki ada betis, Betis cantik tak pernah lihat, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas betis ada lutut, Lutut cantik tak pernah lihat, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas lutut ada paha, Paha cantik tak pernah lihat, Paha atas lutut, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau