The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elliahernani, 2021-01-24 01:50:22

Ebook_Raya_Si_Ayah_Khianat_v3_FINAL

Ebook_Raya_Si_Ayah_Khianat_v3_FINAL

Keywords: NOVEL

Si AYAH KHIANAT

Ini kisah tragik seorang
lelaki yang berusaha mencari
rezeki. Rezeki yang dicari
mencampakkan diri sendiri
pada murka Ilahi. Terdampar
kesedihan dalam relung neraka
jiwa yang dihimpit perasaan
bersalah sampai mati!

“Mana boleh hidup setakat
buka bengkel kereta begini?
Ingat bila disekalikan servis
menyenggara kereta dengan
servis basuh kereta, ada
orang datang? Hei... sedarlah

2

Si AYAH KHIANAT

diri! Kau itu mekanik cabuk!
Ada hati nak kahwin dengan
anak aku? Puih, cermin muka
sikit! Nanti nak beri anak aku
makan apa? Pasir ke batu?”
Jari telunjuk lelaki separuh
abad itu menunjal ganas dahi
Hafiz.

Lelehan peluh si anak muda
20-an itu mengeluarkan
bau tengik masam. Muka
comot akibat menukar
minyak hitam pelanggan jelas
terserlah. Dia tidak cukup
masa membersihkan diri

3

Si AYAH KHIANAT

sendiri apabila diterjah melulu
sebegitu.

Muka Hafiz merah padam

seperti ketam masak… malu

dan segan kerana dua orang

pekerjanya asyik memandang-

mandang. Kredibilitinya

sebagai majikan terasa

tercabar hebat oleh bakal bapa

mertuanya sendiri! Panas hati

apabila telinga kualinya dapat

menangkap kekekan ketawa

sayup di belakang.

“Pak cik maki saya seolah-
olah saya seorang pacal yang
hina. Sekurang-kurangnya, diri

4

Si AYAH KHIANAT

ini cuba bekerja dan mencari
rezeki demi memperisterikan
anak pak cik secara baik…”
Suara Hafiz bergetar perlahan
menuturkan kata-kata itu.
Serasa lututnya longlai dan
kaki mahu terjelepok jatuh.
Namun digagahkan demi
berhadapan dengan ‘singa’ si
polis pencen ini.

Bekas sarjan itu melirik dari
bawah ke atas fizikal Hafiz.
Bertubuh ceding dan bermuka
cengkung. Persis penagih
dadah tidak mandi sebulan!
Tidak berbadan kekar seperti

5

Si AYAH KHIANAT

anak-anak buahnya dari
jabatan polis sendiri.

Ish! Tidak tahulah kenapa
anak perempuan sulungnya
beria sangat mahu berkahwin
dengan pemuda ini. Siap
mengugut mereka suami
isteri… jika tidak dinikahkan,
dia tidak akan berkahwin
seumur hidup. Lebih rela
bunuh diri ataupun kahwin lari!
Astaghfirullahalazim!

Padahal restu ibu bapa itu
pun adalah salah satu bentuk
keredaan Ilahi. Menjadi anak-
anak yang keras kepala dan

6

Si AYAH KHIANAT

membuatkan ibu bapa tidak
suka serta rela… sedikit-
sedikit bakal menyebabkan si
anak mendapat percikan api
neraka! Yakinkah perkahwinan
dan kehidupan berumah
tangga sesudahnya akan
bahagia selama-lama?

Allah berfirman dalam Surah
Luqman ayat ke-14 yang
bermaksud,

“Dan Kami wajibkan

manusia berbuat baik kepada

kedua ibu bapanya; ibunya

telah mengandungnya dengan

menanggung kelemahan

7

Si AYAH KHIANAT

demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya adalah
dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).”

“Buktikan dulu boleh hidup
selesa... baru anak aku boleh
dilepaskan berkahwin dengan
kau!”

8

Si AYAH KHIANAT

Jeritan dan hinaan itu
bergema, sebelum si lelaki
separuh usia meninggalkan
bengkel milik Hafiz.

Mengeluh lemah, hari ini
perniagaannya tidak bagus.
Apalah nasib… pagi-pagi
lagi sudah diherdik. Bakal
pelanggan yang mahu berhenti
singgah dan menggunakan
servis bengkelnya tadi pun
tidak jadi. Paling sadis, ada
pula manusia berhati busuk

9

Si AYAH KHIANAT

dan merakam adegan dia
dimarahi.

Entah apalah niat

manusia sebegitu… mahu

dia dimomokkan sebagai

lelaki yang tidak sedar diri,

ataupun mahu menagih

simpati buatnya di Twitter

dan FB? Sememangnya sudah

menjadi ‘trend’ menegur

perbuatan seseorang melalui

media sosial gara-gara takut

diri sendiri terjebak dengan

konfrontasi.

“Abang Hafiz! Azan zuhur
sudah masuk… kami nak

10

Si AYAH KHIANAT

solat di masjid sekejap.
Mari ikut sekali? Boleh kita
makan mi kari Maggi selepas
ini…” Pelawaan Saleh salah
seorang pekerjanya itu hanya
dipandang kosong dan
dianggap sekadar ajak-ajak
ayam sahaja.

Hafiz menahan dirinya
sendiri daripada mengeluarkan
kutukan dengan sindiran kasar,
‘Huh! Tadi gelakkan aku! Ada
hati berbaik-baik lagi? Kau
boleh pergi mati! Ini mesti
takut kena potong gaji sebab
gelakkan bos sendiri!’

11

Si AYAH KHIANAT

Buruk sangka dan

memandang seseorang dengan

pandangan negatif sudah

berakar umbi dalam diri Hafiz

sejak dahulu lagi. Semuanya

bermula dengan perasaan

cemburu melihat kekayaan

dan kejayaan seseorang.

Dia sekadar menyedapkan

hati sendiri dengan menjadi

suudzhon (bersangka buruk).

Thinking he is holier than

thou has forever been his

stigma!

Tetapi dia masih bermuka-
muka dengan menampal

12

Si AYAH KHIANAT

raut wajah plastik, “Hmm…
solatlah dulu. Aku solat
selepas siap baiki kereta Audi
pelanggan ini…”

Muhsin yang berada di
sebelah Saleh mengerling
tajam melihat kondisi
kenderaan pelanggan. Sekali
tengok sahaja, mata mekanik
yang berpengalaman ini
sudah tahu bahawa kereta
mewah keluaran Jerman
ini akan mengambil masa
lebih daripada empat jam
jika dibaiki! Kalau masuk
waktu asar, sudah pastilah

13

Si AYAH KHIANAT

termasuk dalam waktu haram
bersolat!

“Lambat jika tunggu siap
baiki kereta ini. Marilah kita
solat dulu... nanti sekejap
lagi, saya dan Saleh boleh
tolong Abang baiki kereta
Audi A6 ini ya?” Muhsin
masih memujuk. Dia kurang
berkenan dengan perangai
majikannya yang satu ini.
Suka sangat lambatkan solat!
Kadang-kadang tinggalkan
terus! Ish! Macam manalah
rezeki mahu berkat?

14

Si AYAH KHIANAT

Hafiz masih beralasan tetapi
mula bengang apabila dua
orang pekerjanya mahu masuk
campur urusan peribadinya.
“Panaslah cuasa hari ini. Aku
berpeluh gila... tak bersih pun
badan nak bersolat. Lagipun
ini pelanggan penting kita. Dia
nak ambil cepat kereta. Kalau
tak siap, nanti dicari bengkel
lain. Haa… siapa yang rugi?
Siapa nak bayar gaji pekerja?
Aku juga!”

Saleh dan Muhsin hanya
menggeleng kecewa. Tidak
menyangka ada manusia yang

15

Si AYAH KHIANAT

begitu berkira dengan urusan
akhirat berbanding dunia
yang sementara! Lupa bahawa
Allah yang Maha Memberi
Rezeki boleh menarik balik
‘pemberian’ itu bila-bila
masa!

Beberapa tahun berlalu sejak

detik hitam pinangan Hafiz

ditolak mentah-mentah

menjadi sejarah. Terpaksa

mengalah... mahu atau tidak,

sarjan yang telah bersara itu,

Encik Hashim dan isterinya,

16

Si AYAH KHIANAT

Puan Hasnah telah menerima
Hafiz sebagai menantu tidak
sekufu mereka.

Mereka berdua hanya
mampu menebalkan muka
tatkala menjawab pertanyaan
para tetamu yang hadir ke
majlis perkahwinan anak
perempuan mereka. Setiap kali
timbul persoalan ~ Pengantin
lelaki kerja di mana? ~ pasti
mulut Encik Hashim terasa
berpasir.

Malah ada tetamu yang talam
dua muka dan berpura-pura
bertanya. Sengaja menyakiti

17

Si AYAH KHIANAT

hati keluarga yang terkenal
cukup bongkak dan sombong.
Mentang-mentanglah anak
perempuan mereka belajar
di luar negara… dengan
semua orang pun mahu
dicanang-canang.

Disebabkan itulah

mereka yang busuk hatinya

menyeringai apabila si

pengantin perempuan

memilih seorang mekanik

cabuk sebagai suami!

“Saya dengar pengantin
lelaki bekerja di syarikat
minyak. Betul begitu, Abang

18

Si AYAH KHIANAT

Hashim? Bukankah mekanik
pun turut bergelumang dengan
minyak? Tetapi minyak hitam
keretalah! Hahaha!”

“Untunglah Abang Hashim
dan Kak Hasnah... anak
perempuan pandai. Menantu
pula ‘kaya’…”

Walaupun selepas sedekad

Hafiz dan Amni dinikahkan,

Encik Hashim dan Puan

Hasnah tidak mungkin dapat

melupakan penghinaan

masyarakat terhadap

keluarganya yang menerima

19

Si AYAH KHIANAT

seseorang berlainan
darjat.

Pasangan suami isteri ini

menganggap anak sendiri

telah mencoreng arang di

muka mereka lalu membuat

keputusan memutuskan

pertalian kekeluargaan!

Sehinggakan sudah bergelar

datuk dan nenek kepada lima

orang cucu pun, mereka masih

tidak sanggup mengiktiraf

darah daging sendiri! Memang

melampau sekali!

20

Si AYAH KHIANAT

‘Aduh… rugi lagi! Bilalah
bengkel ini boleh buat untung
dan stabil…’ Hafiz kerap kali
merungut apabila merenung
data aliran tunai perniagaan
yang diusahakan selama
beberapa tahun ini.

Orang kata, kalau selepas
lima tahun satu-satu
perniagaan itu tidak sekurang-
kurangnya mendapat balik
modal… huh memang
tunggu masa mahu gulung
tikar!

Terngiang-ngiang suara Saleh
memberi cadangan ketika

21

Si AYAH KHIANAT

perjumpaan bulanan antara
mereka bertiga. Hafiz yang kini
jelas berumur lebih memilih
berkongsi pendapat dengan
para pekerjanya. Mungkin
mereka mempunyai idea
bagaimana mahu menaikkan
pendapatan bengkel lalu
dibuat sesi perkongsian idea
sebegini.

“Abang Hafiz, apa kata kita
jadikan rutin mengerjakan
solat sunat duha dan
membaca Yasin selepas solat
subuh supaya Allah murahkan
rezeki kita? Itu salah satu cara

22

Si AYAH KHIANAT

keberkatan rezeki dengan
berpagi-pagi…” Muhsin
mengangguk laju.

Kalau setakat dia dan Saleh
yang buat solat sunat, tetapi
pemilik bengkel sendiri
tidak langsung peduli mahu
mendekatkan diri dengan
Ilahi… ah, mana boleh
jadi!

“Boleh beri cadangan yang
realistik? Mana bukti solat
itu punca kita kaya? Tak ada
bukti saintifik pun kan? Aku
nak tengok cadangan yang
memang terbukti berjaya!

23

Si AYAH KHIANAT

Bukan pergantungan dengan
solat semata-mata! Usaha...
kita kena usaha!”

Saleh dan Muhsin mengunci
mulut. Pendapat mereka
ditolak bulat-bulat bagai
langsung tiada nilai. Entah
kenapa selepas beberapa
tahun, mereka berdua masih
betah bekerja di bengkel si
Hafiz ini.

Kalau tidak mengingatkan
pekerjaan ini dekat dengan
rumah sendiri dan senang
dapat berbakti kepada kedua
orang tua mereka… sudah

24

Si AYAH KHIANAT

lama Saleh dan Muhsin
lari mencari kerja di KL
sana.

Ketika termenung itulah,
fikiran jahat mula merasuk diri
Hafiz. Bagi seseorang yang
tidak percaya kepada konsep
rezeki daripada Allah, hanya
satu perkara yang bermain di
fikirannya.

“You reap what you sow.
You simply get what you
give.”

25

Si AYAH KHIANAT

Kalau selama ini dia bekerja
kuat tanpa rehat… malah
telah membuat hebahan
promosi secara online dan
offline, tetapi masih tidak
menampakkan hasilnya…
maka dia terpaksa berpegang
kepada mantera ~ by hook
or by crook.

Hafiz kadang-kadang

bukan sekadar meninggalkan

suruhan solat wajib tetapi

kerap memperlekeh fadilat

solat sunat duha. Dia hanya

percayakan usahanya sahaja.

Usaha baik ataupun jahat.

26

Si AYAH KHIANAT

Apabila usaha baik tidak
menjadi, dia mula berura-
ura mahu membuat usaha
jahat.

Kreek!
Bunyi syiling 20 sen diseret

atas pintu kereta terlalu
perlahan. Tidak disedari
oleh penduduk kawasan
perumahan. Rata-rata mereka
sudah pergi bekerja awal pagi
lagi. Mencari rezeki halal
untuk hari ini.

27

Si AYAH KHIANAT

Lelaki yang memakai hoodie
dan topeng mulut hitam
ala-ala artis KPOP kekal
berkelakuan curiga. Matanya
meliar dan melilau. Risau
kalau-kalau ada manusia
yang memandang. Beberapa
buah kereta tidak terlepas
menjadi mangsa jenayah
vandalisma.

Sebelum bergegas

meninggalkan tempat

kejadian, figura itu cepat-

cepat menampal dua tiga helai

kertas iklan promosi pada

28

Si AYAH KHIANAT

batang tiang lampu sepanjang
jalan.

HAFIZ’S CARWASH
POLISH & WAX

Let’s Get Clean
&

Make Your CAR Shine!

29

Si AYAH KHIANAT

Berduyun-duyun kereta

keluar masuk ke bengkel

dan ‘car wash’ milik Hafiz.

Malah ada beberapa kereta

masih berjujuk-jujuk beratur

menunggu menggunakan

servis menghilangkan calar

sehinggakan tidak menang

tangan Hafiz dan dua orang

pekerjanya!

Saleh dan Muhsin termangu-
mangu tidak percaya. Hanya
Hafiz tersenyum lebar.
Perancangan berjaya!

30

Si AYAH KHIANAT

Ini pertama kali bengkelnya

mendapat keuntungan

berlipat kali ganda dalam

masa sehari. Hafiz terlampau

gembira sehingga sanggup

membelanja anak-anaknya

dengan ayam goreng KFC.

Sebenarnya sudah lama

anak-anaknya itu meminta

namun baru hari ini dapat

ditunaikannya.

“Mulai sekarang kita akan
kaya-raya, Amni! Nanti
Abang cukup duit, kita

31

Si AYAH KHIANAT

pindah dari rumah buruk ini
ya?” Tangan si isteri diramas
lembut. Lunak suara si suami
cuba memujuk si isteri yang
semakin lama semakin diingin
dengannya.

Amni hanya tersenyum
hambar. Ini bukan kali
pertama dia mendengar janji
atau harapan sebegitu. Rumah
usang yang disewa bertahun-
tahun hasil belas ihsan Pak
Cik Kasim, hanya menunggu
masa menanti rebah. Kalau
hujan, habis bocor satu
rumah!

32

Si AYAH KHIANAT

“Suka hatilah. Saya nak
tidur... penat. Mulai esok, ada
van sewa akan ambil anak-
anak ke sekolah. Saya tak larat
ulang-alik dua tiga kali hantar
anak-anak ke sekolah guna
motor lama itu. Bayarlah RM
150 sebulan untuk lima orang
anak. Orang lain sudah lama
ada kereta. Kita? Kancil pun
tak ada…”

Amni yang dahulunya ceria
dan berseri mukanya… kini
menyedari bahawa cinta yang
diagung-agungkan semakin
tidak bersisa. Perasaannya

33

Si AYAH KHIANAT

kian mati dengan kesempitan
hidup bersuamikan mekanik
cabuk!

Ingatkan kehidupan mereka
akan berubah kerana kuasa
cinta… tetapi dia sendiri
seolah-olah telah menempah
neraka dunia! Hidup sebagai
papa kedana! Bertahun-
tahun lamanya. Beberapa
kali hatinya terdetik perasaan
menyalahkan takdir dengan
kata-kata ‘kalaulah…’

“Kalaulah aku tak ikutkan
hati berkahwin dengan
dia…”

34

Si AYAH KHIANAT

“Kalaulah aku dengar cakap
ibu bapa…”

Sebenarnya perkataan

‘kalau’ ada tikanya baik,

dibolehkan malah digalakkan.

Tetapi adakalanya dilarang

syarak.

Penggunaan perkataan

‘kalau’ yang dilarang adalah

apabila berlaku sesuatu yang

buruk atau nasib malang

menimpa seseorang. Lalu dia

pun berkata, “Kalau aku tak

buat ini, takkan jadi begini…”

dan sebagainya.

35

Si AYAH KHIANAT

Penggunaan ‘kalau’ seperti

ini adalah amalan syaitan.

Sebagaimana diriwayatkan

dalam hadis sahih

Muslim,

Daripada Abu Hurairah
R.A. bahawa Rasulullah saw
pernah bersabda: “Sekiranya
engkau ditimpa sesuatu
musibah, maka jangan
engkau berkata: KALAULAH
aku lakukan begini maka
sudah pasti lain yang
berlaku. Tetapi katakanlah:
Itu merupakan takdir Allah
dan Dia melakukan apa

36

Si AYAH KHIANAT

yang dikehendaki-Nya,

sesungguhnya ‘KALAU’ akan

membukakan pintu amalan

syaitan.”

Hal ini kerana ia membuka
pintu kesedihan, penyesalan
dan mungkin kebencian
yang sukar dihilangkan.
Malah, ia merupakan satu
adab buruk terhadap Allah
yang mentakdirkan setiap
sesuatu.

Pandangan mata si isteri
merendahkan janji sang suami

37

Si AYAH KHIANAT

ibarat sembilu yang menikam
kalbu. Hafiz semakin
menggelepar mahu jadi kaya
secepatnya bagi mendapat
kembali kepercayaan sebagai
kepala keluarga.

‘Okay. Next plan…’
Hafiz mula membuat khianat
lagi. Kali ini lebih ekstrem. Dia
tegar menabur paku di atas
jalan raya supaya tayar kereta
yang melalui jalan tersebut
akan bocor! Malah sanggup
pula merosakkan jalan dengan
membuat lubang.

38

Si AYAH KHIANAT

Lalu dicurahkan air
tanah ke dalamnya pada
waktu malam semata-mata
demi mengotorkan kereta
orang. Dia tidak peduli jika
perbuatannya membahayakan
pemandu kenderaan asalkan
dapat buat duit ribuan
ringgit!

Itulah yang berlaku kini,
demi meningkatkan kewangan
keluarga dan memberi anak-
anak kesayangannya makan
yang enak-enak… Hafiz
sanggup membuat kerja
haram! Walhal, setiap titik

39

Si AYAH KHIANAT

peluh yang diperolehi dengan
cara yang tidak baik, akan
menggelapkan hati dan perut
anak-anak terbabit.

Akibatnya anak-anak itu
akan sukar mendalami dan
memahami ilmu agama
gara-gara disuapkan dengan
rezeki yang tidak halal lagi
berkat.

Sepanjang hari Hafiz

memerhatikan kawasan

jalan tersebut. Perbuatannya

ternyata berhasil apabila

40

Si AYAH KHIANAT

kenderaan-kenderaan yang
menjadi mangsa, ada yang
rosak teruk dan terpaksa
diseret ke bengkelnya
(disebabkan dekat). Puas betul
hatinya.

Baru sahaja Hafiz mahu

memusingkan badannya

untuk beredar dari situ…

tiba-tiba…

“BUMMM!”

Sebuah van terbabas dan
merempuh teruk kereta dari
arah bertentangan gara-gara
mahu mengelak lubang di
atas jalan raya. Kemalangan

41

Si AYAH KHIANAT

itu menyebabkan van sekolah
terbalik beberapa kali. Para
penumpangnya yang terdiri
daripada murid-murid sekolah
semuanya meninggal dunia
di tempat kejadian akibat
kehilangan darah yang sangat
banyak!

Kemalangan tragik

bermandikan hanyir pekat

darah manusia membuatkan

mata Hafiz terbeliak besar.

Hatinya berdebar kuat tidak

keruan kerana dia cam van

tersebut… kenderaan yang

membawa kesemua anaknya

42

Si AYAH KHIANAT

ke sekolah kini terperosok dan
terbalik di tepi jalan!

“Argh! Tidak... tidak! Anak-
anak aku! TIDAK!”

Hafiz meluru ke arah jasad
kaku lima orang anaknya yang
Allah jemput sekali gus dengan
sebab dirinya sendiri. Dialah
‘pembunuh’. Dia hampir
hilang akal. Rezeki yang
dicari-cari kini tiada lagi erti.
Dialah yang menyebabkan
anak-anaknya mati. Setiap
hari dosanya menghantui
diri.

43

Si AYAH KHIANAT

Hafiz disahkan gila selepas

isterinya menuntut cerai. Dia

sendiri menganggap dirinya

sebagai ahli neraka kerana

dialah sebenarnya dalang

kematian anak-anaknya.

Cintanya pada anak-anak,

melebihi cinta pada Tuhan.

Membuatkan cinta si ayah ke

neraka jahanam.

44


Click to View FlipBook Version