The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elliahernani, 2021-06-06 03:20:44

Handbook CoVID19 & Vaksin FH

Handbook CoVID19 & Vaksin FH

PANDUAN
Fahmi Bin Hassan,
RINGKAS COVID-19 Pharmacist
DAN VAKSIN B.Pharm (IIUM)
M.Sc (Pharmacy) (UiTM)
www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

MAKLUMAT PENGGUNAAN
DOKUMEN INI

HAK CIPTA TERPELIHARA

PANDUAN RINGKAS COVID-19 DAN VAKSIN © Fahmi Bin Hassan 2021

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau
ditukar dalam apa jua bentuk dengan apa cara jua sama ada elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
Fahmi Bin Hassan .

Diterbitkan oleh:
www.fahmihassan.net

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 2

May 2021

MAKLUMAT PENGGUNAAN
DOKUMEN INI

KANDUNGAN

1. Maklumat Penggunaan Dokumen Ini
2. Apakah COVID-19?
3. Double Mask
4. Pemilihan Hand Sanitizer
5. Apa Fungsi Vaksin
6. Jenis-jenis Vaksin COVID-19
7. Bagaimana Vaksin Untuk COVID-19 Boleh Dihasilkan Dengan Cepat?
8. Kenapa Dua Dos?
9. Kesan Sampingan Vaksin
10. Kesan Sampingan Serius
11. Risiko Darah Beku
12. Apa Manfaat Vaksin?
13. Adakah Vaksin Ini Sesuai Untuk Saya?
14. Hamil, Merancang Hamil atau Menyusu
15. Nak Makan ’Panadol’ Apa Jika Demam Selepas Vaksin?
16. Vaksin AstraZeneca Murah dan Tak Berkualiti?
17. Benarkah Ada Babi Dalam Vaksin?
18. Janin Dalam Vaksin
19. FAQ Vaksinasi

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 3

May 2021

MAKLUMAT
PENGGUNAAN
DOKUMEN INI

• Penulis telah sedaya upaya menyemaksilang
maklumat yang diletakkan di dalam dokumen ini
dengan sumber-sumber saintifik yang sah.

• Maklumat dalam dokumen ini adalah maklumat
umum dan bukan pengganti kepada konsultansi dan
pemeriksaan. Dapatkan rawatan dan pemeriksaan
dari doktor jika anda tidak sihat dan mempunyai
kerisauan berkaitan kesihatan.

• Sentiasa patuh kepada arahan rasmi dari pihak
berwajib jika ia bertentangan dengan apa-apa
maklumat dari dokumen ini.

• Jika terdapat kesilapan maklumat atau komen
berkaitan fakta di dalam dokumen ini, sila emel
kepada [email protected].

• Kandungan di dalam dokumen ini boleh disebarkan,
disalin semula, dan diolah dengan syarat ia bukan
dengan tujuan mendatangkan keuntungan.

• Layari www.fahmihassan.net atau
twitter.com/fahmibinhassan untuk maklumat lanjut
mengenai penulis.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 4

May 2021

APAKAH COVID19?

• Penyakit “Coronavirus Disease 2019” akibat jangkitan
dari virus “SARS-CoV 2”.

• Pada awalnya didapati menjangkiti melalui titisan air
(droplets) yang disebarkan melalui sentuhan,
pernafasan, bersin, batuk dll.

• Terdapat bukti terkini yang menyokong teori yang
virus ini boleh tersebar melalui udara (airborne).

• Sangat mudah tersebar dan boleh membawa maut.
• Kini wujud pelbagai varian virus baru yang lebih

berbahaya.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 5

May 2021

DOUBLE MASK

• Pemakaian pelitup muka berganda dicadangkan
untuk meningkatkan perlindungan dari virus
memasuki saluran pernafasan.

• Gunakan 1 pelitup muka pakai-buang di bahagian
dalam, dan 1 pelitup muka fabrik di bahagian luar.

• Tak perlu 2 lapisan penutup muka jika anda
menggunakan pelitup muka jenis N-95

(Gambar diambil dari laman web CDC)

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 6

May 2021

PEMILIHAN HAND
SANITISER

• Penggunaan hand sanitiser hanyalah digalakkan
apabila ketiadaan sabun dan air.

• Mencuci tangan menggunakan sabun dan air dengan
sempurna sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 saat
adalah lebih berkesan membunuh virus dan bakteria
berbanding hand sanitiser.

• Hand sanitiser berasaskan alkohol dengan kepekatan
65% atau lebih adalah digalakkan.

• Keberkesanan membunuh bakteria dan virus menurun
pada kepekatan rendah.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 7

May 2021

APA FUNGSI VAKSIN?

• Vaksin adalah satu cara pencegahan penyakit yang
berfungsi dengan merangsang sistem imuniti badan
untuk melindungi diri dari jangkitan penyakit.

• Virus yang dilemahkan atau dimatikan/komponen
virus akan diproses dan disuntik ke dalam badan.

• Bahan ini akan merangsang badan untuk
menghasilkan antibodi.

• Apabila jangkitan sebenar berlaku, badan akan
bersedia untuk melawan jangkitan.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 8

May 2021

JENIS JENIS VAKSIN
COVID-19

• Setakat 31 Mei 2021, terdapat 3 jenis vaksin untuk
pencegahan COVID-19 digunakan di Malaysia.

• Vaksin-vaksin ini telah melalui proses pendaftaran
oleh NPRA bagi memastikan keselamatan dan
keberkesanannya.

• Oleh itu, tiada isu untuk mendapatkan mana mana
vaksin yang ditawarkan melalui program imunisasi.

• Banyak lagi vaksin-vaksin yang akan didaftarkan bagi
memenuhi keperluan semasa.

PFIZER S I N O VAC ASTRAZENECA

Jenama Comirnaty CoronaVac Vaxzevria,
Covishield
Teknologi mRNA Virus tidak
Dos aktif Vektor virus

2 dos, sela 2 dos, sela 2 dos, sela masa 4 –
masa 21 hari masa 21 hari 12 minggu

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 9

May 2021

BAGAIMANA VAKSIN
UNTUK COVID-19
BOLEH DIHASILKAN
DENGAN CEPAT?

1. COVID-19 datang dari keluarga yang sama dengan
mers dan sars. Kita telah mengkaji virus ini lebih 10
tahun malah pernah ada percubaan menghasilkan
vaksin untuk ini. Ilmu tersebut memendekkan masa
kajian berbanding jika mula dengan sifar.

2. Memandangkan ia pandemik yang memberi impak
seluruh dunia, semua pihak, kerajaan dan swasta
sanggup menyumbang puluhan bilion ke atas
penghasilan vaksin. Berbanding penyakit lain, hanya
segilintir yang sanggup melaburkan duit dalam
usaha seperti ini.

3. Terdapat kolaborasi seluruh dunia dari segi ilmu,
teknologi dan kepakaran. Malah kebanyakan jurnal-
jurnal antarabangsa mengecualikan bayaran untuk
ahli sains membaca kertas kajian berkaitan COVID-19.
Secara tidak langsung ia membantu dalam
pemecutan ilmu dalam topik ini.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 10

May 2021

KENAPA DUA DOS?

1. Dos pertama vaksin akan menyediakan badan untuk
menghasilkan antibodi.

Dos kedua akan meningkatkan kuantiti antibodi
dan memanjangkan tempoh perlindungan.
2.















3. Sela masa di antara dua dos vaksin adalah
ditetapkan oleh pengilang berdasarkan kajian
mereka.

4. Setakat ini, setiap orang hanya boleh dapat dua
dos vaksin yang sama.

5. Kajian sedang dijalankan ke atas keselamatan dan
keberkesanan menggunakan dua dos dari jenis
vaksin berbeza.

11

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan May 2021

KESAN SAMPINGAN

VAKSIN

• Sakit di tempat suntikan
• Keletihan
• Demam
• Sakit badan
• Batuk
• Sakit tekak
• Cirit-birit
• Sakit kepala

Majoriti kesan sampingan adalah ringan. Ia akan hilang
sendiri atau boleh dirawat dengan mengambil ubatan
seperti paracetamol.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 12

May 2021

KESAN SAMPINGAN SERIUS

1. Alahan teruk selepas suntikan (anaphylaxis) 13
• Berlaku dalam 2-5 insiden bagi setiap 1 juta suntikan
• Reaksi dalam 5-30 minit selepas suntikan May 2021
• Boleh dirawat serta merta

2. Darah beku (Blood clots)
• Berlaku dalam 4-21 insiden bagi setiap 1 juta suntikan
• Boleh berlaku dalam tempoh 30 hari selepas suntikan
• Simptom:-
• Sakit kepala yang terlalu teruk
• Masalah penglihatan
• Kaki sakit dan bengkak
• Loya dan muntah teruk
• Kesukaran bernafas
• Tompokan merah di bawah permukaan kulit
• Boleh dirawat

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan

RISIKO DARAH BEKU

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 14

May 2021

APA MANFAAT
VAKSIN?

• 70% - 90% berkesan dalam menghalang sebarang
komplikasi berkaitan COVID-19.

• Hampir 100% berkesan dalam menghalang
komplikasi serius berkaitan COVID-19.

• 75% - 90% berkesan mengelakkan kemasukan
hospital akibat COVID-19.

• Hampir 100% berkesan mengelakkan kematian
berkaitan covid COVID-19.

• 70% - 80% keberkesanan mengelakkan jangkitan
COVID-19.

• 50% keberkesanan mengelakkan menjangkiti orang
lain dengan COVID-19.

• Sumber:
https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2021.05.20
.21257461v1

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 15

May 2021

ADAKAH VAKSIN INI
SESUAI UNTUK SAYA?

• Semua orang berumur 18 tahun dan ke atas
disarankan untuk mengambil vaksin COVID-19
termasuklah mereka yang berpenyakit kronik.

• Sekiranya mempunyai sebarang penyakit berkaitan
imuniti, masalah pembekuan darah, dan sejarah
alahan teruk, dapatkan pemeriksaan dan pengesahan
“pre vaccination assessment” dari mana mana doktor
terlebih dahulu.

• Anda tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin
sekiranya mempunyai sejarah alahan serius dengan
mana mana kandungan dalam vaksin yang diberi.

16

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan May 2021

HAMIL, MERANCANG
HAMIL ATAU MENYUSU

1. Jika sedang hamil, boleh disuntik dengan vaksin keluaran Pfizer
semasa kandungan berusia 14 - 33 minggu.

2. Pada umur kandungan yang lain, tidak disyorkan untuk divaksin
dengan mana-mana vaksin.










fi


3. Ibu menyusu sesuai untuk divaksin dengan vaksin keluaran P zer
dan Astrazeneca. Tidak disyorkan untuk vaksin jenis lain setakat ini.

4. Jika merancang untuk hamil, boleh menerima suntikan vaksin.
Dapatkan penjelasan di pusat pemberian vaksin atau daripada
mana-mana doktor/ahli farmasi.

5. Maklumat ini hanyalah berbentuk saranan berdasarkan bukti 17
semasa. Semua keputusan adalah bersifat individu dan perlu
dibincang bersama semasa konsultansi.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan May 2021

NAK MAKAN
‘PANADOL’ APA JIKA
DEMAM SELEPAS
VAKSIN?

• Sebenarnya, panadol hanya jenama. Bahan aktif
dalam panadol adalah paracetamol.

• Paracetamol inilah yang berfungsi untuk
mengurangkan suhu bila demam, dan mengurangkan
rasa sakit-sakit badan.

• Jenama “Panadol” sendiri ada banyak jenis sediaan.
Majoritinya hanya berbeza dari sudut formulasi.

• Contohnya Actifast diformulasi untuk diserap dengan
pantas. Panadol Optizorb pula direka supaya tidak
memberi rasa tak selesa dalam perut.

• Untuk orang dewasa, dos maksimum paracetamol
adalah 1000mg, 4 kali sehari.

• Hati hati jika ambil Panadol Extend untuk Muscle
Pain. Dosnya sekitar 650mg setiap tablet. Maksimum
2 tablet, 3 kali sehari.

• Jadi, ambil lah mana mana jenis pun jika anda demam
atau sakit badan setelah suntikan.

• Ikut dos yang betul. Tak kisah jenama atau jenis.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 18

May 2021

VAKSIN ASTRAZENECA
MURAH DAN TAK
BERKUALITI?

• Ada orang tak nak vaksin dengan Astrazeneca sebab
ia vaksin murah. Nak tahu kenapa harganya murah?
1. Ia tak memerlukan kawalan suhu yang rumit
seperti vaksin Pfizer. Proses penghantaran,
simpanan, lebih nudah dan kurang kos berkali
ganda.
2. Proses penghasilan vaksin astrazeneca banyak
menggunakan dana awam. Ia hasil kerjasama
dengan Oxford University.
3. Pihak Astrazeneca berjanji untuk tidak mengaut
keuntungan dari vaksin ini sepanjang tempoh
pandemic.

• Murah bukan bermaksud tak berkualiti. Vaksin yang
telah diluluskan oleh NPRA adalah yang dijamin
kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

• Vaksin apa yang paling bagus? VAKSIN YANG
DITAWARKAN KEPADA ANDA

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 19

May 2021

BENARKAH ADA BABI
DALAM VAKSIN?

• Penghasilan ubatan ni bukan macam masakan. Buka
buku resepi, letak bahan aktif, letak pelarut, letak
babi secukup rasa, siap ubat. Bukan! Bukan!

• Dalam ubat/vaksin biasanya ada 2 kandungan utama.
Bahan aktif dan ‘excipients’.

• Penghasilan bahan aktif adalah satu proses yang
kompleks. Kebiasaannya, jika terdapat unsur haiwan,
ia digunakan sebagai pemangkin dalam penghasilan
bahan aktif.

• Contoh, bagi sesetengah vaksin, ada yang guna unsur
babi sebagai tapak semaian dalam membiak sel.

• Sel ini kemudiannya akan digunakan untuk
penghasilan bahan aktif/membiak virus. Virus itu pula
kemudian akan diproses. Hasilnya baru digunakan
untuk menghasilkan vaksin.

• Sebab itu dalam kebanyakan fatwa antarabangsa,
penggunaan unsur begini dihalalkan kerana proses
istihalah dianggap telah berlaku. Tiada langsung
unsur babi dalam produk akhir. Tetapi jangan risau,
vaksin-vaksin covid dan program imunisasi
kebangsaan bebas dari unsur ini.

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan
20

May 2021

JANIN DALAM
VAKSIN?

• Kebiasannya, isu ini adalah berkaitan penggunaan sel
MRC-5 dalam pembuatan vaksin.

• MRC-5 cells sememangnya dihasilkan pertama kali
dari janin yang digugurkan 50 tahun yang lalu.

• Selepas itu, ia dihasilkan semula di makmal-makmal.
• Tiada lagi janin digunakan untuk proses ini. Sel ini

menjadi tempat untuk pembiakan virus.
• Virus ini kemudiannya akan diasingkan dan “purified”

sebelum digunakan untuk proses menghasilkan
vaksin.
• MRC-5 cells boleh dianggap hanya sebagai tapak
semaian untuk virus.
• Tiada MRC-5 cells yang terkandung di dalam mana
mana vaksin!

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan 21

May 2021

FAQ Vaksinasi

1. Perlukah makan panadol 11. Boleh bersenam lepas vaksin?
sebelum suntikan? TAK PERLU BOLEH (jika rasa sihat)

2. Pernah dapat covid berapa 12. Perlu pantang makanan pedas
lama baru boleh suntik? atau lain-lain? TIDAK PERLU
SEBAIKNYA SELEPAS 3
BULAN 13. Saya ada asthma. Boleh
vaksin? BOLEH (melainkan tak
3. Ada darah tinggi kencing terkawal. Penilaian di PPV)
manis boleh suntik? BOLEH
(penilaian di PPV/Dr merawat) 14. Saya dah terambil panadol
sebelum suntikan. Boleh
4. Ada sejarah alahan suntik? BOLEH (tak perlu
ubat/makanan boleh suntik? ambil tapi jika dah ambil tak
BOLEH (penilaian di PPV) mengapa)

5. Arahan kuarantin akibat 15. Penyakit jantung,
kontak rapat boleh datang? pembedahan dan lain lain
TIDAK BOLEH (akan boleh? BOLEH (penilaian di
dijadualkan semula) PPV/Dr merawat)

6. Ada ubat pencair darah boleh 16. Boleh derma darah selepas
suntik? BOLEH (penilaian di vaksin?) BOLEH (7 hari selepas
PPV/Dr merawat) suntikan/tiada kesan samping)

7. Tak demam lepas vaksin 17. Boleh ‘bersama’ dengan
normal atau tidak? NORMAL suami isteri selepas suntikan?
BOLEH
8. Berapa ml suntikan akan
diberi? BERBEZA IKUT 18. Boleh mandi selepas
VAKSIN (boleh tanya suntikan? Takut kena air.
jurusuntik untuk pengesahan) BOLEH (letak pek ais di
tempat suntikan juga boleh)
9. Dah vaksin perlu asingkan diri
tak? TAK PERLU (patuh sop 19. Boleh makan vitamin/
dan PKP macam sebelum supplements sebelum atau
vaksin) selepas suntikan? BOLEH

10. Berapa lama perlu tunggu 20. Kalau tak tahu positif covid
untuk makan panadol? BILA masa dapat vaksin macam
MULA RASA SAKIT ATAU mana? Bahaya ke? TIDAK
DEMAM BAHAYA

22

www.fahmihassan.net @fahmibinhassan May 2021

MAKLUMAT PENGGUNAAN
DOKUMEN INI

www.whitecoat.com.my

23


Click to View FlipBook Version