The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elliahernani, 2021-01-23 08:42:27

Ebook_Misteri_Syiling_Lama

Ebook_Misteri_Syiling_Lama

Keywords: NOVEL

M I STE RI
SYILING

LAMA

Anita berjalan seorang diri
menyusuri lorong tepi padang
sekolah setelah tamat waktu
pembelajaran. Itu merupakan
jalan pintas pulang ke asrama.
Sambil melangkah, sekali sekala
kakinya menyepak tanah yang
sudah tidak ditumbuhi rumput
akibat sering dipijak. Maklumlah
sudah jadi laluan utama. Debu-
debu yang berterbangan setiap

MISTERI SYILING LAMA

kali kasutnya bergesel dengan
tanah kering seolah menjadi satu
hiburan baginya.

Ting! Bunyi sesuatu melantun
di atas padang memberhentikan
langkah si gadis yang sendirian.
Eh... apa yang disepaknya tadi?
Aras pandangan mula menghala
ke bawah memulakan pencarian.
Setelah hampir 15 saat matanya
melilau, akhirnya benda yang
dicari berjaya ditemui. Dia lantas
tunduk mengambil objek asing
tersebut.

3

MISTERI SYILING LAMA

“Oh, duit syiling rupa-rupanya.
Tentu ada orang yang tercicir
ketika bermain di padang ini,”
getus hati Anita sendiri.

“Tetapi nampak gaya...
bukan duit syiling yang diguna
pakai zaman sekarang. Hmm...
syiling negara mana agaknya?”
Anita terkebil-kebil sendiri.
Keadaan duit yang diselaputi
tanah, tambah menyukarkan
sesi mengenal pasti. Dengan
menggunakan jari, dia menenyeh
permukaan duit tersebut
beberapa kali. Setelah itu ditiup

4

MISTERI SYILING LAMA

agar habuk yang melekat terus
tertanggal.

Seketika Anita membelek
tulisan pada duit syiling yang
berjaya dibersihkan. Kelihatan
ukiran sisi seorang wanita
memakai mahkota dan tertera
tulisan QUEEN ELIZABETH
THE SECOND. Kemudian
dipusingnya duit syiling tersebut
lalu kelihatan pula simbol
nilai 50 cents dan tulisan 1955.
MALAYA AND BRITISH
BORNEO.

5

MISTERI SYILING LAMA

“Wah! Ini duit tanah Melayu
sebelum merdeka!”

Mata Anita terbeliak
dengan riak wajah yang penuh
keterujaan umpama bertemu
harta karun. Duit seperti ini
bukan senang ditemui pada
zaman sekarang. Kalau ada pun,
mungkin di muzium ataupun di
kedai pengumpul koleksi duit
lama. Kiranya dia sudah berjaya
menemui artifak tinggalan
sejarah. Anita jadi kagum
sejenak.

6

MISTERI SYILING LAMA

Gadis itu kemudian
meneruskan perjalanan menuju
ke blok asrama sekolah. Duit
yang ditemui disimpan di dalam
kocek.Entah tiba-tiba seakan ada
bisikan dalam fikiran, memberi
ilham melakukan sesuatu dengan
duit tersebut. Sesuatu yang bagi
dirinya agak mencabar tetapi
menyeronokkan. Benda apakah
agaknya?

7

MISTERI SYILING LAMA

“Cuba tengok apa yang saya
jumpa di padang tadi.” Anita
menghulurkan tapak tangan
di tengah-tengah dua orang
sahabatnya yang sedang berbual
di dalam bilik asrama. Mereka
memang tiga sekawan yang
akrab. Namun fizikal masing-
masing begitu berbeza.

Anita – si gadis tinggi lampai.
Ketinggian mengalahkan lelaki-
lelaki sebaya.

8

MISTERI SYILING LAMA

Lily – si kecil comel... badan
macam budak darjah 5, walhal
sudah tingkatan 5.

Nisda – bertubuh saiz XL.
Sekali pandang dari belakang
persis guru dewasa.

Walaupun berbeza luaran,
keakraban tiga sahabat ini amat
hebat dan berkongsi segala
perkara lain yang dalaman. Itu
sebabnya apa yang dijumpai
Anita, laju sahaja diberitahu
pada kawan-kawan. Masing-
masing mula memanjangkan

9

MISTERI SYILING LAMA

leher. Teruja mahu melihat item
yang ingin ditunjukkan.

“Eh... ini duit syiling lama.
Saya pun tak pernah tengok duit
macam ini.” Nisda membelek
duit yang diambil dari tapak
tangan Anita, melihat dengan
penuh teliti gaya pakar barang
lama.

“Nak tengok, nak tengok!” Lily
cuba merampas duit tersebut
pula.Tidak padan kecil! Masing-
masing berebut demi mahu

10

MISTERI SYILING LAMA

memegang duit syiling kategori
barang antik.

“Setahu saya, selalunya
barang-barang macam ni mahal
harganya. Cubalah awak jual...
nanti dapat untung... boleh buat
belanja kami semua makan.”
Nisda memberi cadangan dengan
kening yang terangkat-angkat.
Makanan memang keutamaan
buatnya, lebih-lebih lagi aiskrim
vanila dan kek coklat.

“Setuju!” Lily memberi
sokongan kemudian mengekek

11

MISTERI SYILING LAMA

ketawa gaya terhibur
sangat.

Anita kekal menggeleng
kemudian berkata, “Cadangan
ditolak! Saya ada idea yang
lebih bagus. Haa... apa kata kita
main spirit of the coin?” Matanya
menyorot ke arah dua sahabat
yang sudah berubah riak. Wajah
terkejut sehingga gelak tawa tadi
terus terhenti.

Sememangnya pelajar asrama
itu mengetahui, spirit of the
coin adalah permainan ritual

12

MISTERI SYILING LAMA

memanggil roh. Menggunakan
kertas yang sudah ditulis abjad
dan angka di atasnya atau
lebih dikenali sebagai ‘spirit
board’... kemudian sekeping
duit syiling akan digunakan
sebagai alat perantaraan apabila
ingin berkomunikasi dengan
roh yang datang. Selalunya ia
dimainkan secara berkumpulan
di mana setiap orang akan
meletakkan jari di atas duit
syiling. Sambil masing-masing
kemudiannya akan membaca
mentera memanggil roh.

13

MISTERI SYILING LAMA

Entah siapalah yang mencipta
permainan ini? Apa yang pasti,
ia banyak memberi keburukan
dari membawa kebaikan.
Pendek kata langsung tidak
berfaedah!

“Awak tahu cara main
permainannya?” Nisda bertanya.
Sememangnya dia juga pernah
dengar tentang permainan
tersebut tetapi belum sekali
pun mencuba. Apabila Anita
menyuarakan hasrat bermain
permainan tersebut, dia seakan
nampak peluang merasai

14

MISTERI SYILING LAMA

pengalaman permainan mistik
yang begitu tersohor.

Anita mengangguk, “Mestilah
tahu sebab saya pernah tengok
kakak sendiri main permainan ini
dengan rakan-rakannya.”

“Roh apa yang kakak awak
panggil? Ada yang datang?”
Lily pula bertanya dengan mata
terbeliak, teruja mahu tahu cerita
seram.

Anita menggeleng kepala
sambil mencebik, “Tak jadi...
sebab duit yang mereka

15

MISTERI SYILING LAMA

guna ketika itu, duit syiling
baru.”

“Maknanya kena guna duit
syiling lamalah ya?” Nisda
bertanya, begitu lurus bendul
orangnya.

“Ya. Semakin antik duit itu,
makin mudahlah untuk panggil
roh datang. Memandangkan
saya baru jumpa duit syiling
sebelum zaman merdeka,
apa kata kita cuba?” Anita
menyuarakan pendapat yang
timbul dari bisikan sewaktu dia

16

MISTERI SYILING LAMA

bertemu dengan duit syiling
tersebut.

Lily yang sedari tadi
memegang duit itu... perlahan-
lahan meletakkannya di atas
lantai dan menolak kembali ke
arah Anita. Seram pula dengar
kisah duit lama boleh panggil
roh.

“Saya okey sebab memang
dah lama mahu cuba permainan
ni.” Nisda pantas menyatakan
persetujuan.

17

MISTERI SYILING LAMA

“Lily? Awak main sekali ya?
Ramai-ramai barulah seronok.”
Anita mengajak lagi.

“Hah? Tak mahulah!” Lily
menggeleng laju tanda tidak
setuju.

“Tak payah takutlah.
Bukannya panggil hantu datang
bertenggek depan kita. Panggil
roh duduk dalam duit syiling
sahaja. Marilah! Please...” Anita
cuba memujuk.

“Jangan jadi penakut sangat
boleh tak? Bila lagi nak merasa

18

MISTERI SYILING LAMA

main benda begini?” Nisda
berkata dengan nada tegas. Dia
tidak mahu perancangan terbatal
gara-gara Lily yang tidak mahu
ikut serta.

“Yalah... Lily, kita main sekali
sahaja. Just for fun...” Anita
cuba berdiplomasi memujuk
dengan raut wajah meminta
simpati.

Lily yang kecil tubuhnya,
rupa-rupanya kecil juga
semangat. Ketakutan menguasai
buatkan bibirnya diam membisu

19

MISTERI SYILING LAMA

memandang dua sahabat. Dua-
dua mempamerkan muka garang,
bahaya jika tidak diikutkan.
Nanti dia dipulaukan, mahu
berkawan dengan siapa pula?
Akhirnya dia bersuara, “Hmm…
okeylah.”

Persetujuan akhirnya berjaya
dimeterai. Mereka bertiga
berpakat melakukan permainan
spirit of the coin selepas tamat
waktu belajar sebelah malam
atau istilah yang digunakan
oleh pelajar asrama adalah
‘prep’. Oleh kerana Anita yang

20

MISTERI SYILING LAMA

mencadangkan permainan,

maka gadis itu mengambil

tanggungjawab menyediakan

spirit board yang akan dijadikan

tempat memanggil roh.

Semua sudah tidak sabar
menanti waktu malam, mahu
mencuba sesuatu yang berbeza
kelak!

Malam itu... habis sahaja waktu
pembelajaran tambahan... Anita,
Nisda dan Lily secara sembunyi

21

MISTERI SYILING LAMA

telah menyusup pergi ke sebuah
kelas yang berhampiran. Bagi
mengelak ditangkap oleh
warden, lampu kelas tersebut
tidak dinyalakan. Lagi pun
sumber kalimantang dari
koridor sentiasa terpasang, maka
secara tidak langsung cahayanya
menerangi kelas. Jadi tidaklah
takut sangat.

Di dalam kelas tersebut...
mereka duduk di atas lantai
antara meja-meja pelajar
yang tersusun. Nanti bolehlah
bersembunyi sekiranya warden

22

MISTERI SYILING LAMA

atau pengawal keselamatan
membuat rondaan. Sungguh
teliti perancangan yang dirangka
oleh tiga sekawan!

Sebaik mahu bermula, Anita
mengeluarkan kertas lukisan
yang sudah dilukis rajah
sehingga menjadi lakaran persis
sebuah spirit board. Ia bukanlah
perkara yang sukar kerana dia
pernah melihat kakaknya sendiri
melakukannya. Masih tersimpan
rapi dalam memori otak dan kini
tiba masanya mempraktiskan
semula. Kertas lukisan tersebut

23

MISTERI SYILING LAMA

diletakkan di atas lantai dengan
berhati-hati... biar jangan
berkeroyok.

Kini tiga sahabat masing-
masing duduk berhadap-hadap.
Anita di bahagian tengah, Nisda
di kiri dan Lily pula mengambil
tempat di lokasi kanan.

Selaku ketua permainan,
Anita pantas mahu memulakan
sesi. Menyeluk poket seluar,
duit syiling lama yang ditemui
kemudiannya diletak di atas
kertas papan permainan.

24

MISTERI SYILING LAMA

Sebentar sahaja lagi... mereka
akan memulakan satu
eksperimen mahu mencuba
sesuatu yang baru.

“Macam mana cara mainnya?”
Nisda bertanya kepastian. Takut
nanti tersilap cara, tidak menjadi
pula. Sia-sia duduk bergelap
dalam kelas!

“Okey, saya terangkan ya?
Mula-mula setiap orang akan
letak jari telunjuk masing-
masing atas duit syiling ini.
Letak sahaja, jangan tekan pula.”

25

MISTERI SYILING LAMA

Anita memberi penerangan
sambil menunjuk kaedah yang
betul.

“Jari telunjuk sebelah kiri atau
kanan?” Lily mengaju soalan,
bodoh-bodoh alang.

“Ikut suka. Mana-mana pun
boleh.” Anita menjawab dengan
mata dijulingkan ke atas. Aduh,
ini soalan yang tidak penting
langsung!

Anita menarik nafas sebelum

kemudian menyambung

penerangannya, “Bila sudah

26

MISTERI SYILING LAMA

letak jari, kita semua akan
baca mentera. Saya akan baca
sekali, selepas itu awak berdua
ikut.”

“Kena baca berapa kali?” Nisda
bertanya pula.

“Tak kisah berapa kali sampai
jadi.” Anita tanpa rasa jemu
menjawab semua pertanyaan.
Kalau marah takut ada yang
merajuk tarik diri pula. Nanti
langsung tak boleh main dan
merasai pengalaman unik
ini.

27

MISTERI SYILING LAMA

“Macam mana nak tahu
jadi ataupun tak?” Nisda
berusaha mahu memahami cara
permainan tersebut. Kalaulah
dalam pelajaran ada sikap seperti
ini, pasti boleh skor cemerlang
dalam peperiksaan.

“Kakak saya kata,permainan itu
akan bermula sebaik duit syiling
itu bergerak sendiri. Tetapi ingat
pantang larang permainan...
jangan sesekali diangkat jari
dari duit syiling selagi roh
masih ada.” Anita memberi

28

MISTERI SYILING LAMA

peringatan dengan mata yang
dijegil-jegilkan.

“Baik... faham! Marilah
mulakan cepat. Kita kena
berhenti main sebelum lampu
asrama ditutup.” Nisda seakan
tidak sabar... terus meletakkan
jari telunjuk di atas duit syiling.
Anita dan Lily akhirnya
menurut.

Mentera mula dibaca, berulang

kali dilafazkan sehingga Nisda

dan Lily yang pada mulanya

tergagap-gagap akhirnya

29

MISTERI SYILING LAMA

menjadi lancar setiap sebutan
dan patah perkataan. Sambil
membaca, mata memandang ke
arah jari yang terletak di atas duit
syiling. Entah jadi ataupun tidak.
Jantung berdebar menunggu
hasilnya.

Seketika mulut berhenti
terkumat-kamit tatkala duit
syiling mula bercuit dengan
perlahan. Jari masing-
masing turut mengikut setiap
pergerakan.

30

MISTERI SYILING LAMA

“Nisda… awak janganlah
main-main.” Anita mula syak
duit syiling itu bergerak adalah
dari perbuatan rakannya. Dia
merenung dengan pandangan
tajam.

“Hish... mana ada! Saya
tak buatlah!” Nisda berkerut
seakan marah apabila dituduh
sedemikian rupa. Dia kemudian
memandang ke arah Lily.

Pantas Lily menggeleng dengan
muka cuak menandakan bukan
dia yang melakukan.

31

MISTERI SYILING LAMA

Tiga sahabat saling
berpandangan. Sah! Roh yang
dipanggil sudah datang. Apa
yang mereka lakukan nampaknya
sudah berhasil. Sekarang tiba
masa meneruskan permainan
iaitu bertanya soalan.

“Wahai roh, boleh saya
tahu nama awak?” Anita mula
bertanya soalan. Awal-awal
kenalah bertanya perkara yang
mudah dahulu. Berkenalan
sesama sendiri.

32

MISTERI SYILING LAMA

Duit syiling mula bergerak
menuju ke petak abjad satu
persatu yang telah ditulis di atas
kertas. Manakala Anita dan dua
rakannya akan mengeja setiap
kali duit syiling itu berhenti.
S-E-R-I-Y-A-N-T-I.

“Seri Yanti, berapa umur
awak?” Nisda mengambil giliran
bertanya soalan. Dia juga mahu
merasai pengalaman berinteraksi
dengan roh. Namun jantung
berdegup kencang kerana
pertama kali terlibat dalam
aktiviti paranormal ini.

33

MISTERI SYILING LAMA

Duit syiling bergerak lagi, kali
ini ke petak bahagian angka pula
dan menyatakan umurnya sudah
menjangkau 200 tahun.

Dari satu soalan ke satu soalan
tiga gadis itu bertanya. Dari
soalan mengenai peperiksaan
hinggalah soalan mengarut
seperti siapa antara mereka
akan berkahwin dahulu habis
ditanya. Ada jawapan yang boleh
dipercaya dan ada jawapan yang
mereka tidak percaya. Semakin
lama ketakutan mereka semakin

34

MISTERI SYILING LAMA

berkurangan dan bertukar
menjadi seronok.

“Lily, awak tanyalah pula.
Asyik kami berdua sahaja yang
beri soalan sampai kering idea.”
Anita memberi arahan kepada
Lily yang kurang bertanya dan
sekadar menjadi pendengar
sahaja.

“Okey, saya tanya. Seri Yanti,
awak mati sebab apa?” Lily
terus mengajukan soalan secara
spontan.

35

MISTERI SYILING LAMA

Duit syiling perlahan-
lahan bergerak dan mengeja,
B-U-N-U-H.

Ketiga-tiga mereka terkedu
seketika dan mula rasa
seram. Nampaknya roh yang
berkomunikasi dengan mereka
sekarang ini bukan sebarang
roh tetapi roh orang mati
dibunuh! Suasana menjadi sunyi
seketika.

“Anita, kita berhenti setakat ini
sahajalah. Sekejap lagi asrama
akan tutup lampu.” Nisda

36

MISTERI SYILING LAMA

cuba mencipta alasan setelah
melihat kesemua mereka seakan
sudah tiada soalan yang mahu
diajukan.

Anita mengangguk lalu
berkata, “Seri Yanti, sekarang
awak boleh pergi.”

Duit syiling bergerak ke
petak yang tertulis perkataan
‘TIDAK’. Apa lagi, terus
berderau darah mereka.

“Seri Yanti... kami bertiga
sudah mahu pulang. Jadi awak
boleh pergi.” Anis pula memberi

37

MISTERI SYILING LAMA

arahan namun jawapannya tetap
sama. Roh tersebut tidak mahu
pergi. Jantung mula berdegup
laju. Terasa seakan mahu
menggigil sampai terkencing
pun ada. Tanda panik mula
melanda.

“Anita, saya takut.” Lily seakan

mahu menangis. Bibirnya

terketar-ketar menahan

jeritan.

Anita cuba bertenang. Sekali
lagi dia memberi arahan dan
jawapan yang diterima kali ini

38

MISTERI SYILING LAMA

lebih menakutkan. Syiling itu
mengeja perkataan D-A-R-
A-H berulang kali. Mungkin itu
adalah syarat sekiranya mereka
mahu roh tersebut pergi... maka
perlu diberi hidangan darah.
Kini sedarlah tiga gadis bahawa
sesungguhnya mereka sudah
masuk dalam perangkap syaitan
durjana!

“Anita, ikut sahaja apa yang
dia minta asalkan kita dapat
tamatkan permainan ini. Nah,
awak cucuk jari saya sampai

39

MISTERI SYILING LAMA

berdarah.” Nisda seakan tidak
berfikir panjang. Padanya
asalkan dapat pulang dengan
selamat, itu sudah cukup baik.
Dia segera menghulurkan
kerongsang tudungnya kepada
Anita.

Pada mulanya Anita seakan
teragak-agak melakukan apa
yang diarahkan. Tetapi setelah
berulang kali didesak, akhirnya
dia akur. Jarum kerongsang
ditusuk ke jari rakannya itu

40

MISTERI SYILING LAMA

sehingga berdarah dan dibiarkan
menitis.

Duit syiling yang tadinya
berhenti buat seketika... kembali
bergerak dan menuju ke arah
titisan darah yang berada di atas
kertas. Dua tiga kali duit syiling
itu melalui kawasan darah
tersebut. Semakin lama semakin
laju ia bergerak seperti mendapat
tenaga.

“Anita, kenapa duit ini makin
laju bergerak? Saya takut.” Lily
hampir menjerit apabila melihat

41

MISTERI SYILING LAMA

situasi seram yang sedang
dialami ketika ini. Jari masing-
masing terpaksa mengikut
rentak pergerakan duit syiling
yang bergerak seperti orang
gila.

“Sabar Lily... roh ini mahu
duga kita. Ingat, apa yang
berlaku jangan angkat jari dari
duit syiling ini.” Anita cuba
memberi peringatan agar mereka
tidak melanggar pantang larang
permainan.

42

MISTERI SYILING LAMA

Lampu koridor yang menyala,
secara tiba-tiba berkelip-
kelip dan tidak semena-mena
datang angin kuat yang bertiup
hinggakan suasana di dalam kelas
bagaikan dilanda ribut.

BAM! Pintu kelas dihempas
kuat sehingga menyebabkan
mereka bertiga terperanjat
sehingga jari terlepas dari duit
syiling tersebut. Disebabkan
sudah melanggar pantang, tanpa
berlengah masing-masing terus
membuka langkah seribu berlari

43

MISTERI SYILING LAMA

menuju ke asrama. Langsung
tidak menoleh ke belakang.
Namun di pertengahan
jalan... mereka menyedari
sesuatu.

“Eh,mana Lily?”Anita bertanya
apabila melihat sahabat bersaiz
paling kecil itu tiada bersama
mereka. Ah, sudah!

“Saya ingatkan dia ada di
belakang. Aduhai. Apa kita perlu
buat sekarang?” Nisda seakan
sudah hilang arah. Tergaru-

44

MISTERI SYILING LAMA

garu kepala sambil berjalan
mundar-mandir.

“Nampaknya kita kena pergi
cari dia. Mungkin kakinya
terseliuh ketika berlari tadi.”
Anita cuba menyedapkan
hati. Demi sahabatnya itu,
hati terpaksa melawan rasa
takut dan kembali ke tempat
kejadian.

Dalam keadaan terpaksa,
mereka berdua berpatah
balik menyusuri jalan yang

45

MISTERI SYILING LAMA

dilalui sebentar tadi sambil
mengharapkan akan bertemu
dengan Lily. Namun hampa.
Pencarian diteruskan, kelas
yang ditinggalkan sebentar tadi
semakin dihampiri. Dengan
perasaan takut dan sambil
berpegangan tangan, Anita
dan Anis mengintai di balik
pintu.

“Ya Allah, Lily!” Anita separuh
menjerit apabila melihat rakan
baiknya kini dengan mulut yang
berdarah sedang mengunyah

46

MISTERI SYILING LAMA

kaca tingkap. Sah... Lily sudah
dirasuk! Suasana makin cemas,
ketakutan menguasai tahap
maksima!

“Apa kita nak buat sekarang?”
Anis bagaikan tidak tentu
arah. Perasaan ketika ini cemas
bercampur bimbang.

“Kita minta bantuan warden.
Cepat!” Anita segera menarik
tangan Nisda menuju ke rumah
kediaman warden. Dengan
sekuat hati mereka berlari.
Saat kelas itu ditinggalkan,

47

MISTERI SYILING LAMA

kedengaran suara Lily mengilai
ketawa. Memang sangat
menyeramkan!

Dua puluh minit berlalu, kini
dua gadis kembali bersama
warden asrama dan juga seorang
ustaz yang dipanggil membantu.
Mujurlah Lily masih berada
di dalam kelas tersebut. Kalau
hilang entah ke mana... pasti
akan menambah lagi masalah
yang melanda.

48

MISTERI SYILING LAMA

“Bagaimana perkara ini
boleh berlaku?” Cikgu Azri
selaku warden bertanya.
Pada mulanya mereka berat
berterus terang tetapi setelah
didesak barulah punca sebenar
didedahkan.

“Astaghfirullah… kamu berdua
tahu tak, permainan menyeru
roh ini ibarat memuja dan
boleh membawa kepada syirik?
Berdosa besar hukumnya!
Syaitan itu sentiasa mencari
jalan mahu menyesatkan umat

49

MISTERI SYILING LAMA

manusia. Panggil-panggil dia...
memang macam nak berkawan
dan berdampingan dengannya!”
Ustaz Halim menggeleng kepala
saat mengetahui apa yang
telah dilakukan oleh pelajar
tersebut.

Anita dan Nisda tertunduk
seolah menyesal dengan
perbuatan mereka yang hanya
mencari keseronokan semata-
mata. Lupa langsung, ia
melanggar hukum agama dan

50


Click to View FlipBook Version