INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
PRKA 2031
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH – LAPORAN PEMERHATIAN
Nama : UMMI NADHIRA BINTI MAT YUSOF
No. K/P : 950610-11-5016
Angka Giliran : 2021122390131
Program : PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH
Ambilan
PENDIDIKAN (PDPP)
: JUN 2021
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 1 (PAI 1)
Nama Pensyarah : PUAN SITI FATIHAH BINTI
OTHMAN
Tarikh Hantar : 7 DISEMBER 2021
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:________N__a_d_h_i_r_a___________Tarikh : 7 DISEMBER 2021
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
PEMERIKSA
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki:
MODERATOR
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki:
Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :
Tarikh: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah :
Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
Tandatangan Pelajar
( UMMI NADHIRA BINTI MAT) YUSOF
Tarikh : 7 DISEMBER 2021
4
7
7.1 PEMERHATIAN
Dalam menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), selama 2 minggu di
sekolah saya berkhidmat iaitu SK Kota Masai 2, saya diberi tugasan untuk mengenal pasti dan
mengumpul maklumat tentang pelaksanaan pihak pengurusan sekolah dari aspek pentadbiran
kurikulum, kokurikulum, penyediaan prasarana sekolah, amalan budaya dan komuniti serta
disiplin sekolah dalam menjayakan pembentukan sahsiah dan akademik murid secara
menyeluruh dan berkesan. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah
pemerhatian, senarai semak dan kaedah temu bual bagi melengkapkan tugasan saya.
Sehubungan dengan itu, saya telah peruntukkan beberapa saoalan bagi laoran
pemerhatian saya. Antara soalan-soalannya seperti berikut:
a) Bagaimanakah keadaan prasarana di sekolah ini?
b) Apakah kemudahan yang terdapat di sekolah ini?
c) Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas?
d) Adakah persekitaran kelas dan sekolah kondusif?
e) Apakah budaya yang diamalkan di sekolah ini?
f) Bagaimanakah peranan komuniti di sekolah membantu pengurusan pihak sekolah?
g) Apakah unit beruniform, sukan dan persatuan yang ada di sekolah?
h) Apakah cabaran dalam pentadbiran pengurusan di sekolah ini?
Semua jawapan bagi setiap soalan di atas telah saya ulaskan pada Laporan Pemerhatian.
7.2 SENARAI SEMAK
Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan
tugasan ini di mana saya turut dibekalkan dengan satu senarai semak sebagai panduan untuk
saya melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi
yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-masing.
Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti biodata,
pernyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi, ilmu, dan
amalan refleksi. Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang
perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan segala
aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya mendapati bahawa dalam proses mencari dan
mengumpul maklumat, senarai semak ini menjelaskan kekaburan saya mengenai penulisan
format PBS di sekolah. Selain itu, senarai semak ini jugalah yang memudahkan saya mencari
maklumat agar tidak tercicir dan senarai semak ini telah saya bina dan jelaskan pada Laporan
Pemerhatian saya 9.1 di bawah.
7.3 TEMU BUAL
Seterusnya, saya juga telah mengaplikasikan kaedah temu bual dalam melaksanakan
tugasan PBS. Kaedah temu bual ini dilaksanakan dengan cara mengemukakan beberapa soalan
kepada guru-guru dan staf sekolah bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci seperti
menemu bual Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
pengurusan sekolah,kaedah pembelajaran mengikut Abad ke-21, latar belakang sekolah dan
kurikulum serta kokurikulum. Terdapat beberapa orang guru yang saya telah menemu bual
seperti:
a) Encik Mohd Haszam Bin Mohd Husin selaku Guru Besar
b) Encik Zaharel Bin Atan selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
c) Encik Roslee Bin Satar selaku Guru Penolong Kanan Petang.
d) Puan Rosmawaty Binti Mamat selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu
e) Puan Tuan Nur Haliza Binti Tuan Halim selaku Ketua Penyelaras Kajian Tindakan
f) Encik Hassan Bin Awang Selaku Pengawal Keselamatan
g) Puan Suhaila Binti Mohamad selaku AJK BONDA PIBG
h) Amisha Binti Abdullah sebagai Penolong Kelas 3UKMB6
Secara umumnya, melalui kaedah temu bual ini, ia amat membantu saya melengkapkan
tugasan terutamanya dalam proses pengajaran kerana saya turut menimba pengetahuan baru
dalam meningkatkan kemahiran dan keberkesanan pengajaran dalam pembelajaran. Oleh itu,
sebelum saya berinteraksi bersama warga sekolah, saya telah menyediakan beberapa soalan
yang berkaitan untuk ditemubual. Soalan yang diajukan adalah seperti berikut :
Nama :
Umur :
Negeri Asal :
Kelayakan Akademik :
Bidang Pengkhususan :
Tahun Mula Berkhidmat :
1. Apakah kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk murid yang lemah?
2. Bagaimana guru mengawal bilik darjah yang bising?
3. Kongsikan beberapa tips untuk melaksanakan PdPC yang menarik dan bermakna kepada
murid dalam subjek Pendidikan Islam.
4. Bagaimanakah PBD dilaksanakan di dalam kelas?
8
8.0 KOLABORATIF
Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam
lampiran 4 yang disediakan oleh pihak IPG. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan isi
perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapan. Kolaborasi yang telah saya laksanakan
ialah :
4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah
4.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
4.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah
4.4 Interaksi dengan murid
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 8 November 2021 Masa : 12.30-1.30 petang
Tajuk / Perkara : Mendepani Cabaran PdPR & Pengurusan Organisasi Sekolah
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Menerima kekurangan & kekangan yang 1. Guru perlu mahir berkomunikasi apabila
dihadapi oleh murid-murid dengan pemikiran berhadapan dengan ibu bapa murid ketika
yang terbuka seperti masalah capaian PdPR dijalankan.
internet, kekangan peranti telefon dan
kekangan masa bagi ibu bapa yang bekerja. 2. Guru perlu bijak mencari inisiatif dan usaha
untuk menarik minat murid dalam penglibatan
2. Menyediakan set nota dan soalan secara PdPR.
ha dc e ada id cici a abi a J h
telah masuk ke fasa PKPB. 3. Guru perlu merancang pengajaran dan
penyampaian maklumat dengan lebih sistematik
3. Menjalankan kepimpinan demokratik dan dan jelas serta mempelbagaikan kaedah
autokratik iaitu menggalakkan perbincangan e gaja a e e i ad ide e di i di
bersama warga sekolah sebelum membuat Youtube untuk memudahkan murid-murid
suatu keputusan. faham.
4. Guru Besar menentukan matlamat 4. Barisan panitia perlu memainkan peranan
organisasi selaku ketua/pemimpin sekolah penting seperti mengadakan pertandingan
di mana matlamat yang ditentukan ini mengikut subjek dan sebagainya.
mestilah mencapai visi & misi sekolah.
5. Nasihat dari Guru Besar agar sentiasa bersedia
5. Ciri-ciri pemimpin mestilah orang yang menerima kritikan daripada ibu bapa dalam
menepati masa, tidak boleh menangguh mendepani cabaran PdPR dan menjadikan
kerja dan berfikiran terbuka. kritikan itu sebagai motivasi bagi menghasilkan
PdPR yang berkualiti.
HaszamTandatangan : ____________________________________
Nama : Encik Mohd Haszam Bin Mohd Husin
Jawatan : Guru Besar SK Kota Masai 2
Sesi Kolaboratif bersama Tuan Guru Besar SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 11 November 2021 Masa : 5.00-6.00 petang
Tajuk / Perkara : Pengurusan Jadual Guru Sesi Petang & Program Murid Pemulihan
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Menyenaraikan peruntukan masa bagi 1. Guru perlu bertimbang rasa sebelum
setiap subjek. memohon cuti kerana sesi petang sentiasa
mempunyai masalah kekurangan guru.
2. Lihat kepada bilangan guru dan opsyen
guru-guru tersebut. Kemudian, masukkan 2. Guru seharusnya ikhlas dalam menggantikan
semua senarai tersebut ke dalam sistem kelas guru lain kerana ia juga menjadi
supaya jadual kelas menjadi seimbang. tanggungjawab bersama.
3. Guru sesi petang selalunya tidak cukup 3. Memperbanyakkan lagi program pemulihan
dan perlu relief kelas guru lain yang mohon kepada murid pemulihan seperti pertandingan
cuti. secara dalam talian.
4. Guru perlu memberi semangat kepada murid
4. Murid Pemulihan akan dipanggil mengikut pemulihan dan dorongan supaya mereka
jadual waktu pemulihan yang telah disusun seronok untuk belajar membaca dan menulis.
oleh guru pemulihan.
5. Seramai 33/46 murid pemulihan berjaya
masuk ke aliran perdana kerana telah
pandai membaca.
6. Pengurusan murid petang semakin
bertambah baik selepas wujudnya sistem
penggiliran yang dibuat oleh KPM.
RosleeTandatangan : ____________________________________
Nama : Encik Roslee Bin Satar
Jawatan : GPK Petang SK Kota Masai 2
Sesi Kolaboratif bersama GPK Petang SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 17 November 2021 Masa : 12.00-12.30 tengahari
Tajuk / Perkara : Kehadiran Murid dalam PdPR & Program Jom Kongsi Rezeki SK Kota Masai 2
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Kehadiran murid dalam PdPR tidak begitu 1. Guru mata pelajaran boleh menghubungi
memuaskan bagi semua tahun. murid-murid yang tidak dapat hadir dalam
2. Kebanyakan yang tidak dapat hadir talian dan bertanya kepada mereka masalah
mempunyai masalah peranti dan dan sebab yang meunasabah tidak hadir ke
kekangan masa kerana ibu bapa yang kelas.
bekerja. 2. Guru menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian dan luar
3. Pihak HEM melaksanakan program antara talian supaya murid yang tidak dapat hadir
guru, ibu bapa dan murid supaya semua
juga boleh menyiapkan tugasan tersebut.
dapat sama-sama berkongsi rezeki
terutamanya ibu bapa yang telah hilang 3. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah dan
pekerjaan.
teknik pengajaran supaya murid-murid lebih
seronok dan tidak tertekan dengan PdPR.
4. Semua data yang berkaitan tentang status
pendapatan ibu bapa murid telah dikemas
kini supaya memudahkan untuk memberi 4. Guru kelas perlu mengambil peranan dan
mengambil berat tentang status pendapatan
sebarang bantuan kepada murid ibu bapa murid.
berkenaan.
5. Pihak sekolah membuat kutipan derma
kepada murid yang kehilangan ibu bapa
akibat Covid-19.
ZaharelTandatangan : ____________________________________
Nama : Encik Roslee Bin Satar
Jawatan : GPK Petang SK Kota Masai 2
Sesi Kolaboratif bersama GPK HEM SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 17 November 2021 Masa : 1.00-1.30 petang
Tajuk / Perkara : Cara Penulisan RPH yang berkesan & penyediaan BBM yang menarik
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Penyediaan RPH mestilah dilakukan 1. Guru mata pelajaran boleh berkongsi ABM
sebelum mengajar. dan BBM dengan rakan guru lain supaya
2. Kenalpasti Objektif dan Hasil bahan itu tidak membazir malah dapat
Pembelajaran pada hari tersebut mengikut memberi manfaat kepada guru lain juga.
kemampuan murid. Sebagai contoh, 2. Guru perlu memikirkan bahan bantu mengajar
meletakkan objektif aras rendah bagi yang tidak menggunakan bahan yang terlalu
murid kelas hujung. mahal. Ataupun yang lebih mudah, gunakan
bahan-bahan kitar semula untuk dijadikan
3. Penyediaan BBM dan ABM yang menarik ABM.
pasti akan menarik minat murid untuk
belajar pada hari itu. 3. Guru juga perlu mahir menggunakan
4. Pembelajaran yang berunsurkan projek kemahiran teknologi di dalam kelas selaras
juga sangat disukai oleh murid kerana dengan Pembelajaran Abad Ke-21.
mereka dapat menonjolkan bakat dan
kreativiti masing-masing.
5. Teknik nyanyian juga amat disukai oleh
pelajar terutamanya murid-murid Tahap 1.
6. Pentaksiran Bilik Darjah juga perlu
dilaksanakan oleh semua guru supaya
dapat mengetahui objektif yang dirancang
itu tercapai ataupun tidak.
Tandatangan : __________R__o_s_m__a_w_a_t_y________________
Nama : Puan Rosmawaty Binti Mamat
Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu
Sesi Kolaboratif bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 15 November 2021 Masa : 2.00-3.00 petang
Tajuk / Perkara : Keberkesanan Pelaksanaan Kajian Tindakan Guru SK Kota Masai 2
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Setiap tahun semua guru perlu 1. Guru mata pelajaran boleh berkongsi ABM
menghasilkan satu kajian tindakan dan BBM dengan rakan guru lain supaya
mengikut subjek dan bidang yang diajar. bahan itu tidak membazir malah dapat
memberi manfaat kepada guru lain juga.
2. Ramai guru telah menonjolkan bakat dan
kreativiti yang menarik semasa 2. Guru perlu memikirkan bahan bantu
melaksanakan Kajian Tindakan ini. mengajar yang tidak menggunakan bahan
yang terlalu mahal. Ataupun yang lebih
3. Guru berpangkat DG 41 perlu mudah, gunakan bahan-bahan kitar semula
melaksanakan Kajian Tindakan manakala untuk dijadikan ABM.
guru berpangkat DG 44 membina Inovasi.
4. Kajian Tindakan ini boleh membantu guru 3. Guru juga perlu mahir menggunakan
dalam memudahkan proses PdP berjalan.
kemahiran teknologi di dalam kelas selaras
5. Guru yang terpilih dan mendapat markah dengan Pembelajaran Abad Ke-21.
yang tinggi akan mendapat sijil dan
menyertai ke peringkat daerah atau
negeri.
6. Bahan yang digunakan boleh dijadikan
ABM atau BBM di dalam kelas.
HalizaTandatangan : ____________________________________
Nama : Puan Tuan Haliza Binti Tuan Halim
Jawatan :Ketua Penyelaras Kajian Tindakan
Sesi Kolaboratif bersama Ketua Penyelaras Kajian Tindakan SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 16 November 2021 Masa : 12.30-1.00 petang
Tajuk / Perkara : Pengurusan Keselamatan di Sekolah Terutamanya di musim Covid-19
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Prosedur sepanjang mengawal 1. Guru perlulah sentiasa mengesan kod QR
keselamatan sekolah ialah menjaga SOP MySejahtera setiap kali masuk ke dalam
supaya semua guru dan murid selamat. sekolah.
2. Antara kekurangan sampingan yang 2. Mana-mana guru yang kurang sihat
dihadapi oleh mereka ialah : dinasihatkan untuk mengambil cuti atau
menjaga jarak dari rakan-rakan lain
- Tandas untuk pengawal sangat jauh sekiranya bergejala seperti batuk dan
dan menyukarkan mereka untuk selsema.
bergilir bertugas di pondok
3. Pihak sekolah perlu memaklumkan
- Kurang komunikasi antara guru dan sebarang aktiviti kepada pengawal
pengawal kerana mereka tidak tahu keselamatan supaya mereka lebih prihatin
aktiviti sekolah yang dijalankan dan sama-sama mengambil berat isu
sekiranya ibu bapa bertanya kepada keselamatan antara satu sama lain.
mereka.
4. Dicadangkan agar mewujudkan satu tandas
yang berdekatan dengan mereka supaya
dapat memudahkan tugas pengawal
keselamatan.
5. Dicadangkan juga agar mewujudkan satu
peti kecemasan yang terdapat ubat-ubatan
sekiranya berlaku apa-apa kecemasan
terhadap pengawal keselamatan.
HassanTandatangan : ____________________________________
Nama : Encik Hassan Bin Awang
Jawatan :Pengawal Keselamatan SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 17 November 2021 Masa : 4.00-5.00 petang
Tajuk / Perkara : Sumbangan BONDA (PIBG) Kepada SK Kota Masai 2
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Antara sumbangan PIBG terhadap 1. Pihak sekolah perlu sentiasa membuat
sekolah ialah mengerah tenaga dan perjumpaan atau mesyuarat lebih awal
membuat kolaborasi bersama pihak bersama pihak BONDA. Ini kerana dapat
sekolah dalam majlis-majlis khas dan memudahkan pihak BONDA untuk lebih
besar seperti bersedia dan merancang aktiviti pada hari
program tersebut.
- Memasak bubur lambuk
2. Pihak sekolah memberi penghargaan
- Program Jom Kongsi Rezeki kepada pihak BONDA atas segala bantuan
dan tenaga yang diberikan kepada sekolah.
- Program bantuan khas Covid 19 dan
sebagainya. 3. Bina hubungan yang baik dan cakna
dengan mereka antara satu sama lain.
2. Antara kekurangan yang didapati dari
program yang telah dilaksanakan ialah 4. Mengadakan satu program seperti Hari
pihak BONDA PIBG tidak dapat Keluarga SKKM2 yang melibatkan pihak
makluman yang jelas dan awal dan kerja BONDA, guru, ibu bapa dan murid setelah
a g dib a eca a a i i e a i e a virus Covid-19 reda.
menjadi.
3. Kerja mengecat dan mural di sekolah ada
juga yang melibatkan BONDA PIBG.
SuhailaTandatangan : ____________________________________
Nama : Puan Suhaila Binti Mohamad
Jawatan : AJK BONDA PIBG
Sesi Kolaboratif bersama AJK BONDA PIBG SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 15 November 2021 Masa : 1.10-1.30 petang
Tajuk / Perkara : Tanggungjawab Pengisian Buku Kawalan Kelas dan Isu di dalam Kelas
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Antara tanggungjawab ketua atau 1. Penolong kelas perlu membawa buku
penolong kelas ialah memastikan buku kawalan kelas tersebut dan memberikan
kawalan kelas sentiasa diisi oleh semua kepada guru yang mengajar bagi
guru yang mengajar setiap kali masuk ke mengelakkan guru tersebut lupa untuk
dalam kelas. mengisi dan tandatangan.
2. Setelah selesai diisi, murid perlu 2. Guru kelas perlu menyediakan bakul atau
menghantar buku kawalan kelas tersebut tempat khas untuk meletakkan pemadam
kepada guru kelas setiap kali sebelum papan putih tersebut bagi mengelakkan kes
pulang. hilang lagi.
3. Pemadam papan putih sentiasa hilang 3. Guru kelas perlu sentiasa mengingatkan
walaupun baru sahaja membelinya. murid agar tidak hadir ke sekolah sekiranya
mereka bergejala dan kurang sihat.
4. Murid-murid kelas 3UKMB6 masih dapat
dikawal kerana setiap kumpulan yang
hadir adalah separuh daripada bilangan
asal.
AmishaTandatangan : ____________________________________
Nama : Cik Amisha Binti Abdullah
Jawatan : Penolong Kelas 3UKMB6
Sesi Kolaboratif bersama Penolong Kelas 3UKMB6 SK Kota Masai 2
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Pelaksanaan pemerhatian suasana sekolah dan bilik-bilik khas.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan:
Setiap bilik khas ditugaskan oleh seorang guru dan dibantu dengan guru lain.
Semua kemudahan lengkap, cantik dan kreatif.
2.2 Kelemahan:
Kipas dan lampu di dalam kelas banyak yang tidak daoat berfungsi dengan baik.
Bilik khas banyak yang sudah berhabuk kerana telah lama ditinggalkan seperti makmal
sains dan bengkel RBT.
Tiada laluan khusus untuk murid ke dewan. Jika hujan menyukarkan guru dan murid
untuk pergi ke dewan.
3. Cadangan Penambahbaikan :
Mengambil senarai kelas yang mempunyai masalah kipas dan lampu.
Membaiki kipas dan lampu yang rosak supaya murid lebih selesa untuk belajar.
Mengemas dan menyapu bilik khas sebelum memulakan pembelajaran.
Membina laluan susur gajah daripada laluan kantin ke dewan.
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Sesi temu bual bersama guru penyelaras Bilik Kesihatan yang berfokuskan tentang status
kesihatan murid dan fasiliti Bilik Kesihatan.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
a. Kekuatan:
Struktur dan kemudahan Bilik Kesihatan yang selesa dan kemas.
Pengedaran pelitup muka dan sanitasi tangan diberikan percuma kepada
semua guru dan murid.
2.2 Kelemahan:
Perlu penambahan katil untuk kemudahan murid yang sakit jika lebih dari 2 orang.
Botol sanitasi kelas sentiasa berterabur selepas digunakan.
3. Cadangan Penambahbaikan :
Membuat permohonan untuk belian katil dan beberapa kemudahan lain yang
sesuai.
Perlu mengadakan jadual guru bertugas untuk mengisi botol sanitasi kelas dan
sediakan bakul atau tempat supaya lebih tersusun.
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Pemerhatian bahan bacaan dan program Nilam di Pusat Sumber.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan:
Persekitaran dan suasana Pusat Sumber yang selesa dan kondusif.
Terdapat banyak bahan rujukan yang dapat digunakan.
Terdapat bahan bacaan secara maya di laman web rasmi Pusat Sumber
2.2 Kelemahan:
Kurang sambutan daripada murid.
Pusat Sumber jarang dilawati oleh murid semenjak Covid 19.
3. Cadangan Penambahbaikan :
Mengadakan Pertandingan Nilam secara berkala.
Menyusun jadual murid yang mewajibkan semua murid untuk datang ke Pusat
Sumber.
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Perbincangan bersama GPK Petang berkenaan pengurusan guru kuarantin dan PdPC
semenjak Covid 19.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
a. Kekuatan:
Jumlah murid yang tidak ramai menyebabkan SOP mudah dijaga.
Sesi pembelajaran lebih berfokus kerana bilangan murid menjadi separuh daripada jumlah
asal.
2.2 Kelemahan:
Guru sesi petang terpaksa mengikut jadual relief dan anjal kerana kekurangan guru.
3. Cadangan Penambahbaikan :
Meminimumkan bilangan guru yang CRK.
Mengimbangkan bilangan guru sesi pagi dan sesi petang.
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Menemu bual beberapa orang murid Tahun 3 tentang persediaan mental dan fizikal untuk
datang ke sekolah.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
a. Kekuatan:
Murid memberi kerjasama dalam sesi temu bual tersebut. Antara topik perbincangan ialah
persediaan mental dan fizikal murid datang ke sekolah.
Terdapat murid yang seronok datang ke sekolah kerana rindukan kawan-kawannya.
2.2 Kelemahan:
Ramai murid yang sudah lupa tentang pelajaran yang telah dipelajari.
Terdapat murid yang suka duduk di rumah kerana tidak suka belajar di sekolah.
3. Cadangan Penambahbaikan :
Guru mengambil peranan untuk beri kesedaran tentang kepentingan ilmu dan
pelajaran.
Guru memberi penekanan latih tubi supaya murid ingat kembali pelajaran yang telah
dipelajari.
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Perbincangan bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam tentang prestasi Tasmik murid dan
penggunaan BBM dalam PdPC Pendidikan Islam.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
a. Kekuatan:
Terdapat bacaan segelintir murid yang semakin lancar dan baik selepas PdPR.
Buku Latihan dan aktiviti murid hampir habis dibuat oleh murid sepanjang PdPR.
2.2 Kelemahan:
Keba a a id e ah a da bacaa a g e a g a e a a a I a
Terdapat murid yang tercicir ketika PdPR dijalankan.
3. Cadangan Penambahbaikan :
Guru memohon bantuan daripada ibu bapa untuk memantau anak membaca Iqra di
rumah atau menghantar audio kepada guru.
G e be i La iha eca a ha dc e ada id cici .
9
9.0 LAPORAN PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian awal saya pada sekolah ini ialah terhadap persekitaran sekolah
yang sangat kreatif serta inovasi dan banyak menggunakan bahan-bahan terpakai untuk
membuat replika gergasi. Sebagai contoh, replika Menara berkembar Petronas, rumah limas,
bunga raya gergasi dan pelbagai replika lain lagi yang akan saya tunjukkan pada lampiran
prasarana sekolah di mana ia amat menarik perhatian saya untuk lebih mengenali dan mendalami
para guru dan pentadbir di sini. Ini kerana bagi mendapatkan hasil kerja yang begitu cantik dan
kreatif, pastilah bermula dengan pemimpin sekolah.
Oleh itu, saya telah berjumpa dan menemu bual dengan Guru Besar sekolah saya dan
apa yang dapat saya perhatikan, beliau amat tegas dan berdisiplin orangnya. Beliau merupakan
orang yang sangat menepati masa, tidak suka menangguh kerja dan sangat komited dengan
kerjanya. Oleh kerana itulah, apa-apa kerja yang perlu dibuat atau dihantar oleh guru, mereka
akan cepat-cepat menyiapkan kerja tersebut dan sentiasa bertindak pantas. Rupa-rupanya, inilah
budaya kerja yang sentiasa diamalkan oleh semua guru di sekolah ini. Maka, tidak hairanlah jika
sekolah ini memperoleh banyak anugerah dan pencapaian yang memuaskan. Perkara inilah yang
membuat saya kagum dengan sekolah ini.
Bahkan bukan itu sahaja, prasarana di sekolah ini juga lengkap dengan pelbagai
kemudahan seperti padang, dewan besar, tapak perhimpunan, bilik frog, makmal sains dan
pelbagai lagi kemudahan lain yang telah disediakan untuk pelajar di sekolah ini sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Malahan, terdapat banyak laman ilmu dan laluan yang sarat
dengan maklumat tidak kira akademik mahupun kata-kata hikmah termasuklah tandas. Apa yang
paling menarik ialah, tandas di sekolah ini pernah mendapat tempat kedua tandas tercantik
peringkat negeri Johor yang membawa tema hidupan laut dan pelbagai tema lain lagi yang dapat
dilihat seperti di lampiran prasarana sekolah.
Selain itu, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
Apa yang dapat saya perhatikan ialah, sekolah ini sering mengalami masalah kekurangan guru
terutamanya guru sesi petang. Ini kerana guru sesi pagi lebih ramai berbanding guru sesi petang.
Akibatnya, saya melihat guru-guru sesi petang hampir setiap hari mereka perlu relief kelas guru
lain yang sedang cuti. Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah ini tetap mengajar dengan
penuh semangat dan dedikasi. Terdapat juga guru yang sangat suka menggunakan kemahiran
teknologi untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Di samping itu, sepertimana sedia maklum bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekolah ini, KPM telah memberi arahan
kepada semua sekolah untuk membuat sistem penggiliran iaitu murid perlu dibahagikan kepada
2 kumpulan. Jadi, apa yang dapat saya perhatikan ialah sistem ini sangat membantu guru dalam
mengawal pelajar terutamanya dalam penjagaan SOP. Ini kerana bilangan murid menjadi
separuh daripada bilangan asal dan keadaan murid dapat dikawal dengan baik oleh guru-guru
yang bertugas.
Dalam pada itu, terdapat juga pihak komuniti yang sentiasa menjadi tulang belakang pihak
sekolah iaitu PIBG atau lebih dikenali sebagai BONDA. Mereka senantiasa membantu pihak
sekolah dalam pelbagai program tidak kira program yang besar mahupun kecil. Saya dapati ada
juga pihak BONDA yang rajin datang ke sekolah hanya untuk mengawal lalu lintas murid dan
mengimbas suhu murid sebelum masuk ke perkarangan sekolah. Saya perhatikan dan dapat
mengenal pasti mereka kerana mereka memakai jaket seragam ketika bertugas. Ini menunjukkan
pihak komuniti sangat memberi kerjasama dalam membantu mengawal murid di samping
mengeratkan hubungan mereka dengan pihak sekolah.
Seterusnya, antara cabaran yang saya hadapi di sekolah ini ialah bilangan guru sesi
petang yang sentiasa tidak cukup sehingga dalam seminggu, ia menjadi kewajban kami akan ada
relief dan jadual anjal. Akibatnya, sesi PdP menjadi berubah kelas dan mengganggu sesi
pembelajaran di kelas induk. Bukan itu sahaja, murid-murid turut akan ketinggalan silibus dalam
pelajaran. Walau bagaimanapun, apabila dilihat dari sudut positifnya, murid-murid akan lebih
mengenali ramai guru di sekolah ini. Bukan sahaja guru subjek yang diajar, tetapi guru-guru yang
masuk dalam kelas mereka dan relief guru lain.
9.1 SENARAI SEMAK
Saya telah menyediakan senarai semak persekitaran sekolah bagi mengumpul data untuk
menghasilkan laporan ini. Kemudian, data-data yang diterima akan diproses dengan baik dan
disimpan dengan cara yang efektif. Berikut adalah senarai semak yang telah saya bina:
BIL KEMUDAHAN PRASARANA ADA TIDAK
1. Dewan Sekolah
2. Pejabat
3. Bilik Guru Besar
4. Bilik Guru Penolong Kanan (GPK)
5. Bilik Guru
6. Perpustakaan
7. Kantin
8. Tandas Guru
9. Tandas Murid
10. Bilik Darjah
11. Bilik Darjah Pra Sekolah
12. Bilik Darjah Pendidikan Khas
13. Makmal Komputer
14. Bilik Frog
15. Bilik SPBT
16. Bengkel RBT
17. Makmal Sains
18. Stor Sukan
19. Bilik Bahan Bantu Mengajar
20. Bilik Mesyuarat
21. Bilik Kokurikulum
22. Bilik Transformasi
23. Bilik Seni
24. Bilik guru agama
25. Surau
26. Bilik Isolasi
27. Padang Sekolah
28. Bangsal Basikal
29. Parkir kereta guru
30. Bilik Bimbingan dan Kaunseling
31. Bilik Disiplin
32. Koperasi
33. Pondok Pengawal
34. Bilik Pekerja
35. Bilik Fail
36. Bilik Peperiksaan
Jadual 1 : Senarai Semak Kemudahan Prasarana SK Kota Masai 2
Memandangkan sekolah ini mempunyai bilangan murid yang melebihi 2000 orang, maka
tidak hairanlah prasarana yang disediakan telah lengkap. Walau bagaimanapun, kemudahan
seperti padang hanyalah terhad kepada permainan yang melibatkan padang. Ini kerana
gelanggang seperti bola jaring, gelanggang badminton tidak ada dan sukan tersebut perlu
menggunakan tempat yang sama seperti sukan lain iaitu di padang juga.
Kemudahan Dan Aspek Keselesaan Bilik Baik Kurang
Bil Sederhana
Darjah Baik
1. Kipas dan lampu
2. Meja dan kerusi
3. Papan Putih
4. Komputer
5. LCD
6. Tong Sampah
7. Alat Kebersihan
8. Wi-fi
9. Pensanitasi Tangan
10. Pelitup muka
11. Alat Pengimbas suhu
12. Dettol
Jadual 2 : Senarai Semak Kemudahan & Aspek Keselesaan Bilik Darjah SK Kota Masai 2
Sepertimana jadual di atas, kipas dan lampu berada di tahap sederhana kerana terdapat
beberapa kelas yang berada dalam keadaan kurang memuaskan. Ini kerana kondisinya yang
sudah lama dan tidak dicuci dengan baik. Begitu juga lampu yang kurang berfungsi dengan baik.
Walaubagaimanapun, tidak semua kelas yang mempunyai masalah sebegitu. Seterusnya, wi-fi
juga kurang memuaskan kerana tidak semua tempat mendapat wi-fi. Sebagai contoh, hanya bilik
guru utama sahaja yang akan mendapat jaringan wi-fi manakala bilik guru agama, dan bilik-bilik
khas lain tidak mendapat jaringan tersebut dan terpaksa menggunakan jaringan internet sendiri.
Bil Kemudahan Dan Aspek Keselamatan Sekolah Baik Kurang
1. Peti Kecemasan Sederhana
Baik
2. Alat Pemadam Api
3. Pengawal Keselamatan
4. Tempat Berkumpul
5. Peti Pertolongan Cemas
Jadual 3 : Senarai Semak Aspek Keselamatan SK Kota Masai 2
Senarai semak di atas menunjukkan dari segi aspek keselamatan sekolah ini telah
lengkap kemudahannya kecuali peti pertolongan cemas untuk simpanan pengawal keselamatan.
Walaupun peti pertolongan cemas telah ada di Bilik Kesihatan, tetapi menjadi kepentingan juga
untuk setiap pengawal keselamatan mempunyai peti ini terutamanya ketika waktu kecemasan.
Oleh itu, cadangan penambah baikan yang dapat saya utarakan ialah menyediakan peti
pertolongan cemas kepada pengawal keselamatan di sekolah ini.
9.2 TEMU BUAL
Kaedah temubual juga digunakan ketika menjalankan tugasan ini bagi melengkapkan
tugasan PBS ini. Saya telah membuat menemubual responden seperti Guru Besar, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ketua panitia Bahasa Melayu, ketua penyelaras Kajian
Tindakan, pihak Komuniti iaitu BONDA, pegawai sekuriti sekolah, dan juga murid. Sewaktu
proses temu bual ini, saya akan merekodkan maklumbalas para responden untuk proses
menterjemahkan maklumat yang didapati di dalam tugasan ini dan seterusnya mendapat jawapan
yang diinginkan. Sepanjang proses temu bual, para responden memberikan kerjasama yang
sangat baik dan tidak kedekut dalam ilmu pengurusan. Mereka menjawab soalan yang diberi
dengan baik dan tidak kedekut dalam memberikan dokumen-dokumen perjalanan harian sekolah
untuk dilampirkan sebagai dokumentasi di dalam tugasan ini. Segala laporan dokumentasi telah
saya lampirkan pada borang Kolaboratif dan borang Amalan Refleksi.