PROJEK MUDAH
Satu pendekatan mengajar yang menarik untuk
dilakukan bersama dengan murid.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK atau
lebih dikenali dengan PROJECT APPROACH dalam
bahasa Inggeris ialah penyiasatan secara mendalam
berkaitan dengan topik dunia sebenar agar dapat
menarik perhatian murid mengenai topik yang ingin
diajar.
Melalui aktiviti ini, murid dapat mengaitkan
pengalaman luar sekolah dengan aktiviti.
CONTOH AKTIVITI PROJEK MUDAH
Pertukangan
Eksperimen Sains
Pertanian
Binaan daripada bahan terbuang
CONTOH INSTRUMEN
• Senarai semak
• Catatan Anekdot
• Lisan (soal jawab guru dan murid)
• Rekod berterusan
• Gambar aktiviti
BERCERITA
Bercerita adalah berupaya untuk
mengembangkan potensi kemampuan
berbahasa anak melalui pendengaran dan
kemudian menuturkannya kembali dengan
tujuan melatih ketrampilan anak dalam
berkata-kata untuk menyampaikan idea dalam
bentuk lisan.
Muh Nur Mustakim (2005)
“ Peranan Cerita Dalam Pembentukan Anak ”
CONTOH AKTIVITI CERITA
Pertandingan cerita
Cerita spontan di dalam kelas
Menyambung cerita rakan
Membaca cerita pendek
Melengkapkan cerita
CONTOH INSTRUMEN
• Senarai semak
• Catatan Anekdot
• Skala Kadar
• Rakaman video
CONTOH INSTRUMEN Bina instrumen
PENTAKSIRAN pentaksiran
Instrumen Pentaksiran Guru
Nama Murid Suara Gaya Penghayatan Prop Jumlah
Cerita
Penilaian Rakan Sebaya
Tandakan
KUIZ
Ini adalah kaedah klasik pembelajaran yang tidak dimamah
zaman kerana Soal dan Jawab itu sudah menjadi lumrah
sejak bermulanya tamadun manusia, bahkan sejak
penciptaan manusia pertama lagi.
Kepelbagaian pendekatan melaksanakan kuiz menyaksikan
guru turut melibatkan aktiviti dan prop (bahan bantu
belajar) untuk murid bersoal jawab dalam aktiviti kuiz.
Banyak unsur dilibatkan (bermaksud banyak deria
dirangsang), bersifat interaktif, serta murid sedikit sebanyak
diberi ruang untuk mengutarakan soalan.
CONTOH AKTIVITI KUIZ
Kuiz bertulis
Kuiz lisan
Kuiz interaktif- online contoh Kahoot, Quizzy
CONTOH INSTRUMEN
• Senarai semak
• Rekod berterusan
• Rubrik penilaian kuiz
PERMAINAN
Pendekatan ini memerlukan kebolehan
guru untuk membuat gamifikasi iaitu
mengadun bahan pembelajaran
bersama dengan permainan.
Walaupun murid bermain, objektifnya
tetap berkaitan dengan sesuatu,
mereka belajar sesuatu yang terselit
dalam permainan itu.
CONTOH AKTIVITI
PERMAINAN
O Permainan bahasa seperti teka silangkata, susun
perkataan dan sebagainya
O Permainan interaktif - gamifikasi
CONTOH INSTRUMEN
• Senarai semak
• Gambar aktiviti
• Penilaian kendiri
MAIN PERANAN
Satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
murid tanpa menggunakan sebarang skrip.
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi
atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Dengan kata lain main peranan ialah dramatisasi yang
tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-
pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi
kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan
kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
disediakan.
CONTOH AKTIVITI
Demonstrasi masakan
Lakonan situasi di tempat awam
Lakonan situasi di sekolah- kantin, pusat
sumber dsbnya.
CONTOH INSTRUMEN
• Penilaian rakan sebaya
• Senarai semak
• Gambar aktiviti
• Catatan anekdot
SEKIAN
TERIMA KASIH