SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN
08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN
MESYUARAT
AGUNG PIBG
Kali ke - 48
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN
08100 BEDDONG, KEDAH
08100 BEDONG, KEDAH
[email protected]
16 OKTOBER 2021 (Sabtu)
9.30 - 12.00 Tengahari
Pelantar
Google Meet
Dirasmikan oleh:
Tn Haji Md Bakri Bin Abdullah
Guru Besar 1
Sekolah Kebangsaan Seri Aman
MOTO
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
VISI
BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN SKSA
MISI
PERMUAFAKATAN UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK.
IKATAN ERAT BAGI MENINGKATKAN KEMAJUAN MURID DAN IMEJ SEKOLAH.
BERUSAHA MEMBANTU UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN MURID DAN SEKOLAH.
GANDING BAHU MENINGKATKAN KECERIAAN DAN KEHARMONIAN SKSA .
ISI KANDUNGAN ms
2
Bil Kandungan 3
1 Moto, Visi dan Misi PIBG 4
2 Kata Alu-aluan Guru Besar 5
3 Kata Aluan-aluan NYDP 6
4 Tentatif Program 7-8
5 JawatanKuasa PIBG 2019-2021 9 -17
6 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2021 18
7 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-47 19
8 Laporan Aktiviti dan Program Tahunan PIBG 2020-2021 20
9 Penyata Kewangan
10 Usul dan Isu 21
11 Penghargaan
2
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK SERI AMAN
Bismillahirrahmaanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada hari ini, sempena Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-48 SK Seri Aman, Bedong, Kedah. Saya bagi pihak sekolah merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG pada kali ini. Tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan para waris SK Seri Aman
kerana dapat hadir. Anda sebenarnya adalah ibu bapa dan waris yang cemerlang.
Sekali lagi tahniah dan syabas saya ucapkan. Sekalung penghargaan juga saya
ucapkan kepada NYDP yang telah mengambil alih tugas dan menerajui PIBG. Tahniah
juga semua AJK PIBG, para guru serta staf sekolah kerana telah merancang,
mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat secara maya pada kali ini.
Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi
pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah
dalam semua aspek khususnya untuk kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-
anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai
kejayaan yang diharapkan.
Dalam melonjakkan pencapaian SK Seri Aman setanding dengan sekolah arus perdana
yang lain, pelbagai program telahpun dirancang dan diharapkan semuanya dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara
berterusan, anak-anak didik sekolah ini dapat menjadi insan yang cemerlang dari segi
sahsiah, akademik dan kokurikulum. Semoga Allah memberkati segala usaha dan
kerjasama dalam menjalankan tangggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi
insan yang berilmu dan cemerlang duniawi ukhrawi.
Sekian, terima kasih.
TN HJ MD BAKRI BIN ABDULLAH
Guru Besar SK Seri Aman
3
KATA ALU-ALUAN NYDP PIBG
Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera
Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatNya, maka kita dapat bersama-sama berkumpul di alam maya dalam norma
baharu pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Seri
Aman ke-48 tahun 2021. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya
kepada Guru Besar SK Seri Aman iaitu Tuan Hj. Md. Bakri bin Abdullah yang juga
merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah
bertungkus lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Aman kali ke-48
tahun 2021.
PIBG merupakan satu medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan
antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru itu, PIBG sewajarnya bergerak seiring
dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumpang kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami
banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang.
Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana ia menuntut
perancangan strategik yang teliti dan perlukan kos yang besar serta jentera pelaksana
yang cekap. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan
selaras perkembangan global. Antara cabarannya adalah melestarikan tahap profesion
dan menjadikan kualiti perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti. Negara
akan kehilangan daya saing, ketinggalan dan terpinggir dari kemajuan global jika
bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan dengan cekap dan
berkesan.
Tahniah, saya ucapkan kepada para murid dan waris murid yang telah berjaya
mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa
sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai
kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Saya percaya di bawah
kepimpinan dan keprihatinan Tuan Guru Besar SK Seri Aman Tuan Hj. Md. Bakri bin
Abdullah, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir
kata, saya mengucapkan ribuan terima sekali lagi kepada Tuan Guru Besar, Ahli
Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48, para waris SK Seri Aman dan hadirin
yang dihormati sekalian. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan berada
bersama-sama di alam maya dalam norma baharu ini. Saya menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan
datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak kita jua.
Sekian, Terima kasih.
MOHD SURAHBIL BIN M KADIRI
NYDP PIBG SK Seri Aman
Sesi 2019/2021
4
TENTATIF PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
16 OKTOBER 2021 (SABTU)
9.00 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru-guru (Google Form)
9.30 pagi : Majlis dimulakan
: Ucapan aluan pengerusi majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Bacaan Al-Quran
: Persembahan murid (1)
: Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG (En Mohd Surahbil Bin M Kadiri)
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
(Tn Hj Md Bakri Bin Abdullah – Guru Besar SK Seri Aman)
: Penyampaian Sijil Penghargaan Digital - (AJK PIBG 2019/2021)
: Persembahan video Koprat sekolah
: Persembahan murid (2)
10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 dimulakan
Agenda I : Ucapan Aluan Naib Yang Dipertua PIBG
Agenda II : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 47
Agenda III : Perkara berbangkit
Agenda IV : Membentang Laporan Tahunan PIBG 2020 -2021
Agenda V : Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2020 - 2021
Agenda VI : Membentang dan membahas usul
Agenda VII : Melantik pengerusi sementara - Cikgu Mahadzir
Agenda VIII : Pemilihan YDP & NYDP PIBG 2021/ 2023
: Roda Bertuah
Agenda IX : Hal-hal lain
Agenda X : Ucapan penangguhan - YDP PIBG 2021/ 2023
: Sesi bergambar
12.00 tgh hari : Bersurai
5
JAWATANKUASA PIBG SK SERI AMAN 2019/2021
Penasihat : Tn. Hj Md Bakri Bin Abdullah (Guru Besar)
Pengerusi (YDP) : En. Wan Mohammad Termizi bin Sulaiman
Naib Pengerusi (NYDP): En. Mohd Surahbil bin M Kadiri
Naib T/Pengerusi I : Pn. Fauzah Binti Mohd Amin (PK HEM)
Naib T/Pengerusi II : Pn. Zaharah Binti Pawanchee (PK Pentadbiran)
Naib T/Pengerusi III : Pn. Zaitun bt Hasan (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Muhammad Redzuan bin Mohd Noor
Naib setiausaha : Pn. Habsah binti Hassan
Bendahari : En. Ajoris bin Jamaluddin
Naib Bendahari : Cik Khadijah binti Abd Rahman
AJK Guru : En. Zaimi bin Hashim
En. Mohd Rohaizal bin Aziz
AJK Waris : Pn. Pathiyah binti Md Yusuf
Pn. Haslinda binti Saidin
Juru Audit : Pn. Siti Radiah binti Mat Sharif
Pn. Noor Hazaina binti Mohammad Yusoff
En. Muhammad Musyaddad bin Kasim (Guru KAFA)
En. Nasaruddin bin Shuaib
En. Abdul Malik bin Abu Bakar
Pn. Siti Aminah binti Hashim
Pn. Zarina binti Abu Seman
Pn. Norhayati binti Mohd Taib
Pn. Haslina binti Harun
Pn. Ruslizawati binti Ghazali
En. Azri bin Kamis
En. Shahferoz Mehtab bin Akhtar Ali
6
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, 08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Pelantar : Google Meet
JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48
PENASIHAT : Tn. Hj Md Bakri Bin Abdullah (Guru Besar)
PENGERUSI (NYDP)
TIMB. PENGERUSI : En. Mohd Surahbil Bin M Kadiri (NYDP PIBG)
NAIB TIMB. PENGERUSI 1
: Pn. Fauzah Binti Mohd Amin (PK HEM)
NAIB TIMB. PENGERUSI 2
SETIAUSAHA : Pn. Zaharah Binti Pawanchee (PK Pentadbiran)
NAIB SETIAUSAHA
BENDAHARI : Pn. Samira Binti Said (PK Kokurikulum)
NAIB Bendahari
: En. Muhammad Redzuan Bin Mohd Noor
: Pn. Habsah Binti Hassan
: En. Ajoris Bin Jamaluddin
: Cik Khadijah Binti Abd Rahman
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48
1. J/K SAMBUTAN (MAYA) : Tn. Hj. Md Bakri Bin Abdullah (Guru Besar)
Pn. Zaharah Bt Pawanchee (PKP)
Pn. Fauzah Bt Mohd Amin (PKHem)
Pn. Samira Bt Said (PK KK)
En. Mohd Surabil Bin M Kadiri (NYDP)
2. J/K SIARAYA / TEKNIKAL : En. Mohamad Shukri Bin Baharom (K)
(LINK GM/ BANNER/ En. Zaimi Bin Hashim
En. Mohd Fazlan Bin Ishak
LAGU NEGARAKU/ SIJIL DIGITAL En. Krishnamoorthy A/L Sannasi
En. Nasaruddin Bin Shuaib (AJK PIBG)
3. J/K BACAAN DOA : Ustaz Khairul Fikrie Bin Bahari (Guru KAFA)
Ustaz Muhammad Musyaddad Bin Hj. Kasim (Guru KAFA)
4. J/K BACAAN AL-QURAN (MURID) : Pn. Naziroh Bt Wahab (K)
Pn. Hamimiwati Bt Abu Hasan
Ustazah Siti Enshah Bt Abdul Rahman (Guru KAFA)
5. J/K PENDAFTARAN WARIS / GURU : Pn. Mazlina Binti Manah (K)
DAN PENYEDIAAN GOOGLE FORM Pn. Rodziah Bt Md Isa
(UNDIAN YDP/NYDP/ AJK) Pn. Roselina Bt Shafei
( Google Form) Cik Intan Zarina Bt Zakaria
Ustazah Jamnah Bt. Baharom (Guru KAFA)
Ustazah Nor Asiah Bt. Saad (Guru KAFA)
Pn. Zarina Bt. Abu Seman (AJK PIBG)
7
6. J/K SIJIL DIGITAL : En. Mohd Eddy Izzuwan Bin Mazlan (K)
(PENGHARGAAN) Pn. Norhafidzoh Bt Aznan
Pn. Siti Radiah Bt Mat Sharif
7. JURUACARA PEMBUKAAN :
8. JURUACARA : En. Mohamad Zumaidi Bin Abdul Manap
MESYUARAT AGUNG : En. Mohamad Mahadzir Bin Hashim
9. J/K DOKUMENTASI / LAPORAN/
En. Muhammad Redzuan Bin Mohd Noor (K)
SURAT JEMPUTAN/ USUL Pn. Habsah Bt Hassan
Cik Khadijah Bt Abdul Rahman
10. J/K PENYEDIAAN TEKS UCAPAN : Pn. Norhayati Bt Mohd Taib (AJK PIBG)
: Pn. Zauwiyah Bt Shafie (Teks GB)
Pn. Anita Bt. Mustafa
11. J/K JURUFOTO :
Pn. Pathiyah Bt Md Yusuf (Teks NYDP)
12. J/K MULTIMEDIA : Pn. Rokiah Bt Ismail
13. J/K BUKU PROGRAM / BROSUR : Pn. Roslena Bt Che Kar (K)
Pn. Noor Hazaina Bt Mohammad Yusoff
14. J/K PENCATAT UCAPAN DAN : Pn. Mazziana Bt Marzuki
Ustazah Nor Haslinawati Bt. Mansor (Guru KAFA)
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG Pn. Siti Aminah Bt. Hashim (AJK PIBG)
En. Mohd Rohaizal Bin Aziz
En. Azri Bin Kamis
Pn. Vellaseni a/p Rave
Pn. Norhasida Bt Kassim
Pn. Norhafeeza Bt Abidin (K)
Pn. Nurhafiza Hamim Bt Saad
Pn. Haslinda Bt Saidin
Pn. Ruslizawati Bt Ghazali (AJK PIBG)
Pn. Zuriah Binti Yaacob (K)
Pn. Sarifah Bt Din
Pn. Maznizasham Bt Mazlan
Pn. Zariza Bt Bohori
Cik Kee Pei Chen
Pn. Munespry a/p Kalidass
Ustazah Norashimah Bt Chalamed (Guru KAFA)
Ustazah Nurlyana Akasyah Bt.Bukhari (Guru KAFA)
Ustazah Wan Fairuzah Binti Hassan (Guru KAFA)
Ustazah Noor Shuhada Bt Mohamad Yusoff (Guru KAFA)
Ustazah Siti Sarah bt Hamzah (Guru KAFA)
8
SK.SERI AMAN,BEDONG KEDAH
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
TARIKH : 2 FEBRUARI 2020 (AHAD)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI BAKAWALI SKSA
KEHADIRAN : 218 ORANG
PERASMI : TN.HJ.ABDUL HALIM BIN HAMZAH
AGENDA I : UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG
( EN.WAN MOHAMMAD TERMIZI BIN SULAIMAN)
1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, ucapan salam dan selamat
petang serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran waris-waris SK.Seri Aman.
2. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Tn.Hj Abdul Halim bin Hamzah
3. Beliau turut menghargai kesudian ibubapa dan waris yang menghadirkan diri sebagai
tanda sokongan kepada pihak sekolah dan juga pihak PIBG.
4. Beliau menyatakan pendidikan sekarang berpusat kepada 4 elemen dalam membentuk
keluarga,Masyarakat dan Negara.
5. Proses pembelajaran bermula di rumah iaitu dari ibubapa dan diperkasakan oleh guru-
guru di sekolah.Ibubapa dan guru berperanan yang besar dalam membentuk anak-anak.
6. Beliau juga menjelaskan tahun 2020 ini merupakan penggal ke-3 beliau memegang
jawatan sebagai YDP PIBG atas komitmen dari waris-waris SKSA. En.Wan Mohammad
Tarmizi juga menyatakan atas sifat keikhlasan guru- guru dan waris seramai 8 orang
murid berjaya mendapat 6A dalam UPSR pada tahun 2019.
9
7. Akhir kata beliau melahirkan ucapan penghargaan kepada guru-guru, AJK PIBG dan
ibubapa yang menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke-47 dengan kerjasama yang baik
untuk kejayaan sekolah.
AGENDA II : UCAPAN PENASIHAT ( TUAN GURU BESAR SK.SERI AMAN)
(TN.HJ MD BAKRI BIN ABDULLAH)
8. Tn.Guru Besar memanjatkan kesyukuran dan merakamkan ucapan terima kasih kepada
para hadirin yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG ke – 47.
9. Beliau menerangkan pada tahun 2020 ini, MesyuaratAgung PIBG diawalkan kerana
sebarang kutipan atau sumbangan dari ibubapa perlu mendapat kelulusan dan
mendapat kebenaran dari JPN.Setakat hari ini belum ada sebarang kutipan yang dibuat
oleh pihak sekolah.
10. Beliau melahirkan rasa bersyukur kerana kehadiran ibubapa dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ini sangat memberangsangkan.
11. Beliau juga menerangkan agar sebarang teguran dari pihak guru diharap pihak waris
dapat menerima dengan baik serta memohon kepada ibubapa supaya apabila
mendengar aduan dari anak-anak jangan terus membuat keputusan, seharusnya
datang ke sekolah dan berbincang dengan pihak pentadbir.
12. Ibubapa juga perlu mengambil berat hal anak-anak dan sentiasa memantau
perkembangan anak- anak di rumah.
10
13. Tn.Guru Besar juga memaklumkan pada tahun 2020 ini, SK Seri Aman mempunyai 43
orang guru dan masih kekurangan 4 orang guru,walaubagaimanapun PDPC berjalan
seperti yang dirancangkan.
14. Beliau juga memaklumkan pencapaian UPSR (6A) pada tahun 2017 seramai 3 orang
manakala tahun 2018 seramai 5 orang dan pada tahun 2019 seramai 8 orang.
15. Murid tahap 1( tahun 1-3)tidak ada peperiksaan dan hanya diuji berdasarkan PBD.
Manakala tahap 2( tahun 4-6) ada peperiksaan seperti biasa.
16. SKSA ada Bahasa pilihan bagi murid-murid tahun satu ( BahasaArab,BahasaCina dan
Bahasa Tamil)
17. Guru besar juga berpesan agar murid-murid yang tidak sihat dinasihatkan agar
berehat di rumah.
18. Murid – murid yang mendapat RMT digalakkkan datang awal ke sekolah untuk makan
RMT.
19. Jadual pulang bagi murid-murid SKSA
Tahap 1 Tahap 2
Ahad dan Khamis - 12.45 Tengahari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu - 1.15 Tengahari
Isnin,Selasa dan Rabu – 1.15 Tengahari Khamis – 12.45 Tengahari
20. Semua murid SK. Seri Aman layak mendapat buku teks,tetapi ada sebahagian murid
yang tidak menjaga dengan elok.
11
21. Bagi ibubapa yang ingin berurusan dengan anak-anak hendaklah berjumpa dengan
guard sekolah ataupun ke pejabat sekolah.
22. Bantuan- bantuan yang diberi kepada murid-murid adalah diambil maklumat dalam
system APDM.Ibubapa hendaklah sentiasa telus dalam mengisi apa-apa borang yang
diberikan kepada murid.
23. Laporan ( bilangan murid):
a) RMT = 42 orang
b) KWAMP = 121 orang
c)BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN = 300 orang
d) ANAK YATIM =18 orang
e) OKU = 2 ORANG
24. Tuan Guru Besar memohon agar semua waris dapat menyokong tentang kutipan yuran
bagi tahun 2020 ini.Harapan beliau juga jika ada dikalangan waris yang ingin memberi
sebarang sumbangan untuk sekolah adalah dialu-alukan.
25. Harapan Tn.Guru Besar juga semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 ini dapat
berjalan dengan lancar.
AGENDA III : UCAPAN PERASMI (TN HJ ABDUL HALIM BIN HAMZAH)
(KETUA EXECUTIVE PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)
26. Beliau mengucapkan salam dan bersyukur serta berterima kasih kepada Tuan Guru
Besar,pihak sekolah dan PIBG atas kesudian menjemput beliau hadir dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-47 ini serta memaklumkan tentang ketidakhadiran Tn.Haji Ahmad
bin Shaari atas sebab-sebab tertentu.
27. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah dapat mengadakan
Mesyuarat PIBG pada hari ini.
12
28. Kekayaan dan kebahagian adalah impian setiap manusia,tetapi Islam mengajar kepada
umatnya untuk mendapat kebahagian sebagai matlamat utama.
29. Banyak negara-negara maju sekarang rakyatnya bermasaalah contohnya Jepun
( rakyatnya berdisiplin dan menepati masa) tetapi banyak berlaku kes bunuh diri
manakala Singapura pula walaupun sudah tua terpaksa bekerja untuk menampung kos
hidup yang tinggi.
30. Setiap apa yang berlaku pasti ada peraturan dan kita mesti mengikut peraturan tersebut
kerana peraturan tersebut pasti akan membuahkan hasil yang baik.
31. Kita harus mengisi sebanyak mungkin ilmu yang diperoleh dan dalam hidup kita tidak
pernah ada masa terlambat .mula kita adalah masa kesudahan kita.kita perlu berusaha
dan mampu buat.Untuk berubah kita tidak mampu mengubah orang lain melainkan diri
kita sendiri.
32. Akhir kata beliau mengucapkan sekali lagi terima kasih kerana menjemput beliau hadir
dalam Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. Seterusnya dengan lafaz
“Bismillahirrahmanirrahim” beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 .
AGENDA IV : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LALU
33. Ustaz Muhammad Redzuan bin Mohd Noor selaku setiausaha PIBG
membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-47 untuk diterima dan disahkan.
- Puan Syakila bt Manhuri mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan
disahkan
- Puan Norma bt Abdullah menyokong
AGENDA V : PERKARA BERBANGKIT
- TIADA-
13
AGENDA VI MEMBENTANG LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019/2020
34. En.Wan Mohammad Termizi bin Sulaiman membentangkan aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019/2020:
34. 1.Mesyuarat AJK sebanyak 3 kali
34. 2.Pemasangan satu water cooler yang disumbangkan oleh salah seorang guru yang
sudah bersara.
34. 3.Pertukaran penandatangan akaun bank di Bank Islam ( cawangan Sungai Petani
atas nama PIBG SK.SERI AMAN)
34. 4. Membantu dalam aktiviti perkhemahan dan gotong royong
34.5.Sumbangan mengecat bangunan dan memperbaiki pintu-pintu dan tingkap yang
rosak
34. 6.Sumbangan kepada pengawal keselamatan
34. 7.Sumbangan persaraan guru
34. 8.Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang
34. 9.Sumbangan kecemerlangan UPSR dan KAFA 2019
34. 10.KIOSK PIBG ( sewaan RM 150 sebulan)
34. 11.Sumbangan Majlis Bacaan Yassin
AGENDA VII : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
2019/2020
35. En.Ajoris bin Jamaludin, Bendahari PIBG membentangkan penyata kewanagn
yang bermula pada 1 Januari 2019 hingga 31 Januari 2020.
- Puan Rahimah binti Sulaiman mencadangkan penyata kewangan diterima dan
disahkan.
- Puan Sabrina binti Md Sobri menyokong.
14
AGENDA VIII : MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL-USUL
36.USUL WARIS
- Puan Aziah bt Naim mencadangkan agar kantin sekolah perlu memperbanyakkan
menu yang berkhasiat dan mengenyangkan serta memperbaiki mutu kebersihanan
makanan.
* Encik Wan Mohamad Termizi menyatakan isu ini akan dibincangkan oleh Tn Guru
Besar dengan Pihak pengusaha kantin dan menyatakan setiap makanan yang
disediakan ada garis panduannya.
- Puan Qotrun Nada binti Idris mencadangkan murid- murid tahap 1( tahun 1,2,3) tahun
1,2,3 hanya membeli buku latihan mengikut cadangan guru matapelajaran bagi
mengelakkan membeli buku tetapi tidak digunakan.Selain itu,murid tahun 1,2,3 sudah
mempunyai buku aktiviti masing-masing.
*Tuan guru Besar memberitahu bahawa ada buku yang wajib di beli contohnya buku
PSPPK yang diwajibkan setiap murid membeli sebanyak 6 buah dan wang ini
disalurkan ke JPN.Walaubagaimanapun pembelian buku aktiviti ini adalah hasil
perbincangan dengan guru-guru panitia.Beliau juga akan mempertimbangkan
cadangan pengurangan buku tulis bagi tahap 1.
-Puan Norliana binti Mohd Nor mencadangkan mengadakan group Whatsapp @
Telegram untuk setiap kelas bagi memudahkan ibubapa mengetahui aktiviti@
perubahan waktu habis kelas atau sekolah anak-anak.
*Tn YDP PIBG menyatakan cadangan ini ada kebaikan juga tetapi ibubapa boleh
menggunakan medium-medium lain seperti SYNC, Facebook SK Seri Aman,,melalui
AJK PIBG atau datang sendiri kesekolah untuk mendapatkan maklumat.Beliau juga
menyatakan telefon awam di pondok pengawal keselamatan sudah boleh digunakan.
15
37.USUL PIBG
37.1 - Encik Nasaruddin bin Shuaib mengusulkan sumbangan waris bagi perkara
berikut:
1.keceriaan : RM5.00
2.Kecemerlangan : RM 20.00 (Tahun 1-5)
3.Kecemerlangan : RM190.00 (Tahun 6 sahaja)
4.PIBG : RM 20.00 (1 waris sahaja)
5.PKG : RM 2.00
6.Hari Kantin : RM 10.00
- En.Mohd Safwan bin Jamaludin mencadangkan usul ini diterima
- En.Mohd Khairi bin Osman menyokong
- Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara
37.2 - En.Zaimi bin Hashim mengusulkan sumbangan waris bagi perkara berikut:
1. Ko-kurikulum : RM 5.00
- En.Saiful Lizam bin Abdul Rahim mencadangkan isu ini diterima
- Pn.Qotrun Nada bt Idris menyokong
- Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara
AGENDA IX : HAL-HAL LAIN
38.Tn.YDP PIBG menyebut semula berkaitan penggunaan buku tambahan yang telah
di persetujui dalam mesyuarat AJK akhir Tahun.
39. Penggunaan buku tambahan mengikut keperluan mata pelajaran tertentu yang
dipersetujui dalam mesyuarat Panitia.
16
AGENDA X : UCAPAN PENANGGUHAN
40. En.Wan Mohammad Termizi bin Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah dan semua ibubapa yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-47.
41. Beliau memohon maaf andai ada salah dan silap serta terkasar bahasa dan majlis
disudahi dengan bacaan Tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 5.20 PETANG
Diminit kan oleh:
Muhammad Redzuan
(MUHAMMAD REDZUAN BIN MOHD NOOR)
Setiausaha PIBG
SK.Seri Aman,08100 Bedong Kedah.
Disahkan oleh:
Wan Mohammad Termizi
(WAN MOHAMMAD TERMIZI BIN SULAIMAN)
YDP PIBG
SK.Seri Aman,08100 Bedong Kedah.
17
LAPORAN
AKTIVITI DAN PROGRAM TAHUNAN PIBG (2020-2021)
SK SERI AMAN, BEDONG, KEDAH.
1. Mesyuarat AJK sebanyak 5 kali.
2. Penyerahan modul untuk murid tahun 1-6.
3. Menyambut murid ke sekolah semula selepas PKP.
- 1 Mac 2021 (prasekolah,tahun 1 dan 2)
- 8 Mac 2021 (tahun 3,4,5 dan 6)
4. Bekerjasama dengan pihak sekolah mengendalikan “SKSA CARE”.
5. Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah.
6. Sumbangan persaraan guru SK Seri Aman
7. Membuat bonggol jalan dan petak kuning di hadapan sekolah.
** tidak banyak aktiviti dan program yang dapat dilaksanakan
disebabkan pandemic Covid 19.
18
19
PEMBENTANGAN USUL DAN ISU
Borang usul rujukan PIBG.SKSA 60I002I4IJLD5 bertarikh 15 Mac 2021 telah diedarkan kepada
semua ibu bapa dan waris. Terdapat beberapa usul / isu yang telah dikemukakan iaitu:
Usul Daripada Waris Usul I isu
Bil Pembawa Usul I isu
En. Zubir b. Ahamd Mencadangkan supaya waktu pulang tahap satu dan
1 (Muhammad Aril Danish - 5 tahap dua dipercepatkan pada musim covid.
Bijak)
Bertarikh : 21.3.2021
En. Muhammad Haizal bin Ramli Mencadangkan agar PIBG memohon kepada pihak
2 (Nurul Asyiqin - 6 Bijak) berkenaan untuk membuat jejantas bagi
Bertarikh : 21.3.2021 memudahkan anak-anak melintas jalan.
En. Mohamad Ridzuan b. Mihat Mencadangkan agar pondok menunggu ditambah
3 (Nur Aira Insyirah - 3 Bestari) untuk murid kerana ada dikalangan ibubapa yang
terlewat mengambil anak-anak kerana bekerja.
(Ahmad Ammar -2 Bakti)
Bertarikh : 21.3.2021
Usul Daripada Guru Usul I isu
Bil Pembawa Usul I isu
Mencadangkan PIBG menyediakan rangkaian
1 Pn. Zaharah bt Pawanchee internet untuk kemudahan murid-murid dan warga
Bertarikh : 21.9.2021 sekolah.
2 Pn. Mazlina bt Manah Mencadangkan pembelian peranti untuk keperluan
Bertarikh : 21.9.2021 murid yang tiada peranti atau berkongsi peranti
dengan ibu bapa agar meraka dapat mengikuti
kelas pdpr.
3 En. Mohd Rohaizal b. Aziz Mencadangkan supaya PIBG menyumbangkan
Bertarikh : 10.10.2021 laptop i7 untuk meneruskan majlis sekolah seiring
dengan TS25.
20
21