MATERIALISME
MPU23042 : NILAI MASYARAKAT
DIPLOMA IN ELECTRONIC
COMMUNICATION
SESI 1 2022/2023
FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH
JASLYN ANAK JIMBAI
(20DEP20F1001)
DESSY ANAK BALAU (20DEP20F1006)
E-BOOK INI DISEDIAKAN OLEH...
PENGHARGAAN
Kumpulan ini ingin merakam
setinggi-tinggi penghargaan dan
mengucapkan ribuan terima
kasih terutamanya kepada
pensyarah Puan Fatin Faqeriah
Binti Hamsah yang memberi
bimbingan dan ajaran secara
terusan terhadap kumpulan
ini.
OBJEKTIF
1.Mewujudkan pemikiran matang
dan rasional dalam diri individu
2.Membuka mata semua pihak
materialisme bukan bersifat
duit semata.
3. Mengajar semua masyarakat
untuk berjimat cermat
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF
3.ISI KANDUNGAN
4. PENGENALAN
5.MAKSUD ATAU DEFINISI
MATERIALISME
6.FAKTOR BERLAKUNYA
MATERIALISME
7.KESAN BERLAKUNYA
MATERIALISME
8.LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
9.KERATAN AKHBAR
10. KESIMPULAN
11.LATIHAN PENGUKUHAN
12. RUJUKAN
PENGENALAN
Materialisme merupakan satu sifat yang
tergolong dalam kehidupan masyarakat masa
kini yang mengutamakan keinginan untuk
mengejar hal kebendaan. Sedar atau tidak,
sebenernya materialisme ini semakin
terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia
yang sedang terkejar kejar untuk mencari
kesnenagan dunia dengan kebendaan yang
ada disekeliling mereka.
MAKSUD ATAU DEFINISI
MATERIALISME
Materialisme merupakan pandangan
hidup yang menilai segala sesuatu
dari benda (seperti jabatan,
kedudukan, kekayaan dan harta)
tanpa memandang cara halal dan
haram untuk mendapatkan sesuatu
atau keinginan itu.
Contoh kecil dari materialisme
adalah:
Orang yang mendapatkan harta
dengan cara mencuri
Orang yang berjudi untuk
memenangkan harta yang
banyak
FAKTOR MATERIALISME
Antara punca berlakunya
materialisme adalah berpunca
daripada mentaliti masyarakat.
Masyarakat kini semakin bersikap
materialistik di mana setiap orang
akan dinilai melalui kemewahan
masing-masing. Budaya seperti ini
amatlah digemari anak-anak muda
seperti berbelanja di tempat-
tempat eksklusif dan memakai
jenama yang terkenal.
Selain itu, sikap rakyat yang ingin hidup mewah di luar
kemampuan mereka. Materialisme ini sudah tidak
asing lagi dalam diri masyarakat. Hal seperti ini
mengakibatkan adanya jurang antara golongan atasan
dan golongan bawahan. Conothnya, golongan tasan
mengarahkan golongan bawahan yang lemah ini
untuk melakukan perkara-perkara yang negatif dan
mereka terpaksa akur kerana ingin mendapatkan
ganjaran mata wang.
FAKTOR MATERIALISME
Perkembangan modenisasi menyebabkan rakyat lebih tertumpu
kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung
mempengaruhi minda dan fikiran masyarakat dari aspek budaya
dan cara hidup.
Media sosial. Wujudnya internet menyebabkan info tersebar dari
sebuah negara ke negara yang lain. Budaya materialisme tersebar di
negara lain yang mendorong masyarakat Malaysia untuk meniru gaya
hidup yang tamak dan ingin hidup mewah untuk menunjuk nunjuk
kepada orang lain.
Kurang didikan agama seseorang mendorong seseorang yang
bersikap demikian kerana pendirian mereka tidak lagi
berunsurkan keagamaan dan hanya kebendaan semata-mata.
KESAN MATERIALISME
PERLUMBAAN DALAM
MENGEJAR KESENANGAN
HIDUP
KES HUTANG SEMAKIN
BERLELUASA
TERJEBAK DALAM CANGGAH
PENIPUAN SCAM ATAU SKIM
CEPAT KAYA
GOLONGAN KURANG
BERKEMAMPUAN
DIPANDANG HINA
KEBENDAAN MENJADI
KAYU UKUR KEJAYAAN
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Langkah pertama yang
perlu dilakuan oleh semua
pihak mahupun sudah
bekerja ataupun belum
adalah sentiasa membuat
senarai yang wajib
diselesaikan dahulu
terutamanya apabila
melibatkan mata wang.
Contohnya, pembayaran
bil rumah atau kereta,
barang basah atau
keperluan rumah. Adalah
tidak wajar apbila kita
mengutamakan membeli
belah pada barang yang
tidak penting. Contohnya,
membeli baju atau
membeli barang secara
atas talian. Ini akan
menyebabkan
pembelanjaan duit kita
tidak terurus.
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Selain itu, setiap individu haruslah menahan diri daripada
berbelanja terlalu banyak dalam segala hal atau dalam
bahasa yang lebih tepat adalah menahan diri dari rasa
tamak atau rakus ketika mengeluarkan duit. Contohnya,
membeli barang yang belum tahu kepastian kualitinya
dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, dalam hal sperti ini,
setiap individu perlulah menjadi pembeli dan pengguna
yang bijak. Hal ini kerana, walaupun membeli dalam kuantiti
yanng banyak tak selamanya kita akan kekal
menggunakannya. Pati ada kala kita ingin menukar produk.
Jadi kita tidak seharusnya tamak. Sikap tamak menyebabkan
wujudnya pembaziran berlaku.
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Di samping daripada menahan diri, setiap individu perlulah
menabung. Hal ini kerana, kaedah menabung ini sangatlah
bagus bagi sesiapa yang sentiasa ingin memberi reward
kepada diri sendiri hasil daripada tungkus lumus bekerja.
Malah, jika kita mempunyai duit tabung sendiri, kita boleh
menggunakan duit tersebut semasa kecemasan tanpa
meminjam duit orang lain. Melakukan peminjaman duit pada
orang lain menyebabkan kita berhutang. Apabila berhutang,
belum tentu pembayaran adalah tepat pada masa nya. Oleh
itu, lakukan lah penabungan meskipun kita tidak tahu bila
kita akan menggunakannya.
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Kemudian, antara yang paling berkesan dalam mengatasi
materialisme ini adalah memilih untuk berada dalam sosial
kehidupan sederhana. Hal ini kerana, sekiranya kita bergaul
dengan golongan yang lebih berkemampuan dari kita ,
jurang perbezaan itu adalah tinggi. Sesetengah orang yang
kurang sedar diri ini mengikut jejak langkah mereka
walaupun kurang berkemampuan sebenarnya. Hal ini boleh
terjadi kerana, mereka juga ingin dilihat sama seperti orang
kaya. Malah, ada yang sanggup berhutang dengan kedai
hanya kerana ingin bersaing dengan orang lain. Perkara
seperti ini boleh dilihat dimana-mana. Contohnya kawasan
kejiranan. Sewajarnya, tidak bolehlah individu mempunyai
mentaliti seperti ini. Oleh itu pilihlah bersosial antara orang
sederhana
KERATAN AKHBAR
SHAH ALAM - Sikap gilakan kebendaan atau materialisme serta kejahilan dalam agama
antara punca utama gejala rasuah masih berleluasa di negara ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ada segelintir masyarakat
sanggup melanggar perintah ALLAH SWT kerana jadi ‘hamba wang’.
“Sebagai manusia, kita perlu bendung kegilaan kepada kebendaan. Selagi manusia
tergila-gilakan dan memuja kebendaan, selama itu masalah rasuah sukar untuk
diselesaikan.
“Nabi bersabda: “Celakalah manusia yang sudah menjadi hamba kepada dinar (wang).”
Demi kebendaan dan hamba kepada wang, manusia sanggup lakukan apa sahaja
walaupun ia haram di sisi agama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Tegasnya, pengetahuan mengenai hukum memberi dan menerima rasuah juga
bergantung kepada iman seseorang.
“Kalau mereka betul-betul beriman kepada ALLAH SWT dan hari akhirat, maka mereka
akan takut walaupun dosa kecil.
“Tetapi disebabkan keimanan kepada ALLAH SWT dan hari akhirat kurang, maka dengan
itu mereka tidak berasa apa-apa (rasuah sebagai dosa besar),” katanya.
Baca artikel penuh
KERATAN AKHBAR
KESIMPULAN
Jelaslah ternyata bahawa budaya
materialistik ini memberi impak yang negatif
dari aspek negara apabila terdapat ramai
rakyat yang sanggup melakukan apa sahaja
demi mencapai kehidupan yang diinginkan.
Oleh itu bersederhanalah dalam setiap
perkara mahupun melibatkan wang,
percakapan atau tingkah laku. Hidup tidak
perlu lah bermegah megah jika ingin
diredhai atau direstui Tuhan dan disenangi
orang lain.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apa itu materialisme? Terangkan
maksud.
2. Antara contoh sikap materialisme
yang dapat kita lihat pada hari ini.
3. Contoh nilai yang perlu
diterapkan dalam diri agar tidak
boros berbelanja.
4.Sebagai individu yang berhemah,
bagaimanakah cara anda untuk
tidak boros berbelanja?
5. Selain daripada kesan di atasa,
nyatakan kesan yang apabila
berlakunya materialisme?
RUJUKAN
https://iluminasi.com/bm/bahayanya-budaya-
materialisme-yang-semakin-menjadi-jadi-dalam-
kalangan-masyarakat-kita.html
https://www.studocu.com/my/document/universiti-
teknologi-mara/falsafah/materialisme-negara-
notes/15092527
e book ini menjelaskan tentang sikap materialisme yang
semakin berleuasa dalam diri setiap individu di Malaysia.
Antara yang dibincangkan dalam topik materialisme ini
adalah mengupas serba sedikit tentang kesan daripada
materialisme, punca yang menyebabkan wujudnya
materialisme serta langkah mengatasi. Harapan kami, agar
ebook ini dapat membuka mata seluruh individu agar tidak
tamak berbelanja, tidak perlu berlumba dalam mencari
kesenangan hidup dan hiduplah berhemah agar tidak
susah atau ditimpa bencana dikemudian hari.