MATERIALISME
MPU23042 : NILAI MASYARAKAT
DIPLOMA IN ELECTRONIC
COMMUNICATION
SESI 1 2022/2023
Disediakan oleh:
Jaslyn Anak Jimbai 20DEP20F1001
Dessy Anak Balau 20DEP20F1006
DEP5A/5B
Nama Pensyarah:
Fatin Faqeriah Binti Hamsah
E-BOOK INI DISEDIAKAN OLEH...
JASLYN ANAK JIMBAI
(20DEP20F1001)
DESSY ANAK BALAU
(20DEP20F1006)
1
PENGHARGAAN
Kumpulan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih
terutamanya kepada pensyarah Puan Fatin Faqeriah Binti
Hamsah yang banyak memberi bimbingan dan ajaran secara
terusan terhadap kumpulan ini.
Selain itu, saya juga turut berterima kasih kepada rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha dalam
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik. Akhir kata ribuan terima kasih kami ucapkan.
2
OBJEKTIF
1.Mewujudkan pemikiran matang dan rasional
dalam diri individu
2.Membuka mata semua pihak materialisme
bukan bersifat duit semata.
3. Mengajar semua masyarakat untuk berjimat
cermat
4.Berkongsi maklumat tentang materialisme
5.Mengupas topik materialisme tentang langkah
mengatasi materialisme
6.Mengkaji kesan dan punca berlakunya
materialisme
3
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF
3.ISI KANDUNGAN
4. PENGENALAN
5.MAKSUD ATAU DEFINISI
MATERIALISME
6.FAKTOR BERLAKUNYA
MATERIALISME
7.KESAN BERLAKUNYA
MATERIALISME
8.LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
9.KERATAN AKHBAR
10. KESIMPULAN
11.LATIHAN PENGUKUHAN
12. RUJUKAN
4
PENGENALAN
Materialisme merupakan satu sifat yang tergolong dalam
kehidupan masyarakat masa kini yang mengutamakan keinginan
untuk mengejar hal kebendaan. Sedar atau tidak, sebenernya
materialisme ini semakin terserap ke dalam sanubari masyarakat
dunia yang sedang terkejar kejar untuk mencari kesnenagan
dunia dengan kebendaan yang ada disekeliling mereka. Sikap ini
sentiasa diwarisi oleh generasi-generasi baru, iaitu dari ibu bapa
ke anak-anak sehinggalah ke anak cucu mereka. Maka wujudlah
susur budaya baru yang semakin mendominasi global iaitu
budaya materialisme.
Lebih membimbangkan lagi apabila budaya ini membawa impak
negatif yang terlalu dahsyat kepada persekitaran. Memanglah
kita sebagai individu tidak dapat melihat kesannya yang besar itu
api apabila kita renung renungkan apa yang berlaku pada dunia
hari ini semuanya berkait rapat dengan budaya materialisme
yang semakin kerap diamalkan manusia sekarang..
5
MAKSUD ATAU DEFINISI MATERIALISME
Materialisme Materialisme
merupakan pandangan
merupakan sebahagian hidup yang menilai
segala sesuatu dari
dari ciri peribadi yang benda (seperti jabatan,
kedudukan, kekayaan
dimiliki setiap individu. dan harta) tanpa
memandang cara halal
Materialisme ini dan haram untuk
mendapatkan sesuatu
mempunyai empat atau keinginan itu.
elemen iaitu
kecenderungan untuk
mempertahankan atau
mengawal pemilikan
harta individu,
keengganan untuk
memberikan harta
dengan orang lain
ketidaksenangan atau
berniat jahat.
Contoh kecil dari materialisme adalah:
Orang yang mendapatkan harta dengan cara
mencuri
Orang yang berjudi untuk memenangkan harta
yang banyak
6
Antara punca berlakunya
materialisme adalah berpunca
daripada mentaliti masyarakat.
Masyarakat kini semakin bersikap
materialistik di mana setiap
orang akan dinilai melalui
kemewahan masing-masing.
Budaya seperti ini amatlah
digemari anak-anak muda seperti
berbelanja di tempat-tempat
eksklusif dan memakai jenama
yang terkenal.
Selain itu, sikap rakyat yang ingin
hidup mewah di luar kemampuan
mereka. Materialisme ini sudah
tidak asing lagi dalam diri
masyarakat. Hal seperti ini
mengakibatkan adanya jurang
antara golongan atasan dan
golongan bawahan. Conothnya,
golongan tasan mengarahkan
golongan bawahan yang lemah ini
untuk melakukan perkara-perkara
yang negatif dan mereka terpaksa
akur kerana ingin mendapatkan
ganjaran mata wang.
7
FAKTOR MATERIALISME
Perkembangan modenisasi menyebabkan rakyat lebih tertumpu
kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung
mempengaruhi minda dan fikiran masyarakat dari aspek budaya
dan cara hidup.
Media sosial. Wujudnya internet menyebabkan info tersebar dari
sebuah negara ke negara yang lain. Budaya materialisme tersebar di
negara lain yang mendorong masyarakat Malaysia untuk meniru gaya
hidup yang tamak dan ingin hidup mewah untuk menunjuk nunjuk
kepada orang lain.
Kurang didikan agama seseorang mendorong seseorang yang
bersikap demikian kerana pendirian mereka tidak lagi
berunsurkan keagamaan dan hanya kebendaan semata-mata.
8
KESAN MATERIALISME
PERLUMBAAN DALAM MENGEJAR
KESENANGAN HIDUP
KES HUTANG SEMAKIN
BERLELUASA
TERJEBAK DALAM CANGGAH
PENIPUAN SCAM ATAU SKIM CEPAT
KAYA
GOLONGAN KURANG
BERKEMAMPUAN DIPANDANG
HINA
KEBENDAAN MENJADI KAYU UKUR
KEJAYAAN
9
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Langkah pertama yang
perlu dilakuan oleh semua
pihak mahupun sudah
bekerja ataupun belum
adalah sentiasa membuat
senarai yang wajib
diselesaikan dahulu
terutamanya apabila
melibatkan mata wang.
Contohnya, pembayaran
bil rumah atau kereta,
barang basah atau
keperluan rumah. Adalah
tidak wajar apbila kita
mengutamakan membeli
belah pada barang yang
tidak penting. Contohnya,
membeli baju atau
membeli barang secara
atas talian. Ini akan
menyebabkan
pembelanjaan duit kita
tidak terurus.
10
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Selain itu, setiap individu haruslah menahan diri daripada
berbelanja terlalu banyak dalam segala hal atau dalam
bahasa yang lebih tepat adalah menahan diri dari rasa
tamak atau rakus ketika mengeluarkan duit. Contohnya,
membeli barang yang belum tahu kepastian kualitinya
dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, dalam hal sperti ini,
setiap individu perlulah menjadi pembeli dan pengguna
yang bijak. Hal ini kerana, walaupun membeli dalam kuantiti
yanng banyak tak selamanya kita akan kekal
menggunakannya. Pati ada kala kita ingin menukar produk.
Jadi kita tidak seharusnya tamak. Sikap tamak menyebabkan
wujudnya pembaziran berlaku.
11
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Di samping daripada menahan diri, setiap individu perlulah
menabung. Hal ini kerana, kaedah menabung ini sangatlah
bagus bagi sesiapa yang sentiasa ingin memberi reward
kepada diri sendiri hasil daripada tungkus lumus bekerja.
Malah, jika kita mempunyai duit tabung sendiri, kita boleh
menggunakan duit tersebut semasa kecemasan tanpa
meminjam duit orang lain. Melakukan peminjaman duit pada
orang lain menyebabkan kita berhutang. Apabila berhutang,
belum tentu pembayaran adalah tepat pada masa nya. Oleh
itu, lakukan lah penabungan meskipun kita tidak tahu bila
kita akan menggunakannya.
12
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Kemudian, antara yang paling berkesan dalam mengatasi
materialisme ini adalah memilih untuk berada dalam sosial
kehidupan sederhana. Hal ini kerana, sekiranya kita bergaul
dengan golongan yang lebih berkemampuan dari kita , jurang
perbezaan itu adalah tinggi. Sesetengah orang yang kurang
sedar diri ini mengikut jejak langkah mereka walaupun kurang
berkemampuan sebenarnya. Hal ini boleh terjadi kerana,
mereka juga ingin dilihat sama seperti orang kaya. Malah, ada
yang sanggup berhutang dengan kedai hanya kerana ingin
bersaing dengan orang lain. Perkara seperti ini boleh dilihat
dimana-mana. Contohnya kawasan kejiranan. Sewajarnya, tidak
bolehlah individu mempunyai mentaliti seperti ini. Oleh itu
pilihlah bersosial antara orang sederhana
13
LANGKAH MENGATASI
MATERIALISME
Langkah kelima mengatasi materialisme ialah
menyedarkan diri kita sendiri bahawa duit datang dan
pergi. Pada zaman sekarang ini ramai orang berjuang
dengan materialisme dalam semua hal. Contohnya ingin
memiliki barang yang terbaharu dan terbaik. Tetapi kita
mesti kurangkan sikap itu dengan cara kita harus dapat
mempertimbangkan berapa banyak kita dapat
menjimatkan wang.
14
KERATAN AKHBAR
SHAH ALAM - Sikap gilakan kebendaan atau materialisme serta kejahilan dalam agama
antara punca utama gejala rasuah masih berleluasa di negara ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ada segelintir masyarakat
sanggup melanggar perintah ALLAH SWT kerana jadi ‘hamba wang’.
“Sebagai manusia, kita perlu bendung kegilaan kepada kebendaan. Selagi manusia
tergila-gilakan dan memuja kebendaan, selama itu masalah rasuah sukar untuk
diselesaikan.
“Nabi bersabda: “Celakalah manusia yang sudah menjadi hamba kepada dinar (wang).”
Demi kebendaan dan hamba kepada wang, manusia sanggup lakukan apa sahaja
walaupun ia haram di sisi agama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Tegasnya, pengetahuan mengenai hukum memberi dan menerima rasuah juga
bergantung kepada iman seseorang.
“Kalau mereka betul-betul beriman kepada ALLAH SWT dan hari akhirat, maka mereka
akan takut walaupun dosa kecil.
“Tetapi disebabkan keimanan kepada ALLAH SWT dan hari akhirat kurang, maka dengan
itu mereka tidak berasa apa-apa (rasuah sebagai dosa besar),” katanya.
Baca artikel penuh
15
KERATAN AKHBAR
LAPORAN Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai hutang isi rumah
di negara ini, antara tertinggi di Asia, iaitu sebanyak 89 peratus
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) amat
menggemparkan. Lebih-lebih lagi apabila Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan sejak penubuhan AKPK
pada 2006 hingga 30 September 2016, lebih 482,138 pelanggan
mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan seramai 161,739
daripada jumlah itu berjaya dibantu melalui Program Pengurusan
Kredit AKPK.
Mengamati angka itu, saya fikir adakah masalah keberhutangan ini
disebabkan mudahnya akses kepada kemudahan kredit dan
pinjaman dalam sistem pasaran dan kewangan negara kita? Atau
sememangnya rakyat Malaysia perlu dibantu untuk mengurus
pinjaman atau hutang kerana kurangnya pengetahuan, kemahiran
dalam soal pengurusan kewangan peribadi serta sikap ambil tidak
kisah terhadap hutang yang dibuat? Atau ia mendedahkan sikap
orang Malaysia yang suka berhutang!
16
KERATAN AKHBAR
KUALA LUMPUR: Di sebalik pelbagai usaha
dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkepentingan
bagi menangani isu rasuah di negara ini, masalah itu
terus berleluasa, dan paling membimbangkan apabila
didapati gejala makan suap mempunyai generasi
'pelapis' dalam kalangan belia.
Hal ini dapat dilihat daripada statistik Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh
2007 hingga Ogos 2022 yang menyaksikan 57.8
peratus daripada 5,652 orang yang ditangkap kerana
rasuah adalah penjawat awam berusia bawah 40-an.
Pada 2020 sahaja, seramai 275 orang muda berusia
18 hingga 30 tahun, merangkumi pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) dan penjawat awam, ditahan
kerana terbabit gejala makan suap.
Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2021
berkenaan tingkah laku mahasiswa berhubung rasuah
mendapati 14.3 peratus daripada 2,254 penuntut IPT
awam dan swasta yang terbabit soal selidik itu
mengaku pernah ditawarkan rasuah.
KERATAN AKHBAR
SHAH ALAM - Memerdekakan negara daripada rasuah adalah dengan
memerdekakan diri daripada penjajahan minda materialisme, kata Ketua
Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati
Nordin.
Beliau menegaskan individu yang bermindakan materialisme atau kebendaan
lebih cenderung mengutamakan kepentingan dunia dan mengambil hak orang
lain dengan cara yang tidak betul.
Justeru katanya, rakyat Malaysia perlu kembali merujuk dan mengamalkan
Rukun Negara sebagai panduan asas kehidupan.
“Dalam menghayati kemerdekaan, perkara paling pokok adalah dengan
memahami rukun yang membina negara.
“Kita nak menjadi rakyat yang benar-benar merdeka bukan hanya dari sudut
fizikal atau tarikh semata-mata tetapi merdeka minda sehingga boleh
meletakkan diri pada satu tahap yang cukup dibanggakan negara, keluarga dan
seluruh rakyat secara umumnya,” katanya ketika ditemui selepas sesi ceramah
Mak Kata Jangan Rasuah yang diadakan pada Sabtu.
17
KERATAN AKHBAR
Capaian internet dan kewujudan media sosial pantas serta meluas
menjadikan ruang melontarkan idea dan ekspresi pandangan
politik tersebar lebih cepat dan meluas. Kesan ledakan maklumat
ini sangat signifikan kepada belia termasuk di negara ini.
Lihat sahaja bagaimana pelbagai naratif politik dibangunkan
hingga membawa kepada penciptaan imej negatif kepada kerajaan.
Naratif seperti kerajaan kleptokrasi dan kerajaan gagal antara
berjaya ditularkan dalam ruang media sosial yang majoritinya
diikuti kumpulan belia. Ini memperlihatkan kuasa media sosial
begitu efektif hingga memberikan kesan kepada pengaruh
kerajaan, parti politik dan individu.
18
KESIMPULAN
Jelaslah ternyata bahawa budaya materialistik ini
memberi impak yang negatif dari aspek negara
apabila terdapat ramai rakyat yang sanggup
melakukan apa sahaja demi mencapai kehidupan
yang diinginkan. Oleh itu bersederhanalah dalam
setiap perkara mahupun melibatkan wang,
percakapan atau tingkah laku. Hidup tidak perlu lah
bermegah megah jika ingin diredhai atau direstui
Tuhan dan disenangi orang lain.
19
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apa itu materialisme? Terangkan maksud.
2. Antara contoh sikap materialisme yang dapat kita lihat
pada hari ini.
3. Contoh nilai yang perlu diterapkan dalam diri agar
tidak boros berbelanja.
4.Sebagai individu yang berhemah, bagaimanakah cara
anda untuk tidak boros berbelanja?
5. Selain daripada kesan di atasa, nyatakan kesan yang
apabila berlakunya materialisme?
20
RUJUKAN
https://iluminasi.com/bm/bahayanya-budaya-
materialisme-yang-semakin-menjadi-jadi-dalam-
kalangan-masyarakat-kita.html
https://www.studocu.com/my/document/universiti-
teknologi-mara/falsafah/materialisme-negara-
notes/15092527
21
e book ini menjelaskan tentang sikap materialisme yang
semakin berleuasa dalam diri setiap individu di Malaysia.
Antara yang dibincangkan dalam topik materialisme ini
adalah mengupas serba sedikit tentang kesan daripada
materialisme, punca yang menyebabkan wujudnya
materialisme serta langkah mengatasi. Harapan kami, agar
ebook ini dapat membuka mata seluruh individu agar tidak
tamak berbelanja, tidak perlu berlumba dalam mencari
kesenangan hidup dan hiduplah berhemah agar tidak
susah atau ditimpa bencana dikemudian hari.
22