ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN..................................................................................1 2.0 BANDING BEZA PANDANGAN AHLI FALSAFAH BARAT DAN ISLAM BERKAITAN PERKEMBANGAN AFEKTIF KANAK-KANAK.....................2 2.1 Imam al-Nawawi.........................................................................3 2.2 Lawrence Kohlberg....................................................................5 3.0 ANALISIS FAKTOR PEMBENTUKAN KEROHANIAN DAN MORAL...................................................................................................6 4.0 CABARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PADA MASA KINI........................................................................................................7 5.0 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN AFEKTF......................................8 6.0 RUMUSAN........................................................................................9 7.0 RUJUKAN.......................................................................................10
1.0 PENGENALAN Perkembangan afektif merupakan perkembangan emosi serta ekspresi luaran yang bermula pada masa bayi dan berkembang sepanjang masa remaja. Emosi melibatkan tiga komponen: perasaan, kognitif, dan tingkah laku (Affective Development, 2023). Dalam persekitaran pembelajaran kanak-kanak, perkembangan afektif ialah proses di mana kanakkanak belajar memahami dan menguruskan emosi mereka sendiri dan orang lain. Seiring bertambahnya usia, mereka mula mengembangkan kemahiran sosial dan emosi yang lebih kompleks (C, 2023). ini bermaksud, perkembangan afektif merupakan komponen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana ia membina asas untuk kesejahteraan sosial dan emosi kanak-kanak. Oleh itu, untuk membolehkan kanak-kanak meneroka emosi mereka, mereka perlu berasa selamat dan disokong. Pendidik boleh mewujudkan persekitaran ini dengan bersikap mesra dan responsif terhadap keperluan kanak-kanak.
2.0 BANDING BEZA PANDANGAN AHLI FALSAFAH BARAT DAN ISLAM BERKAITAN PERKEMBANGAN AFEKTIF KANAK-KANAK Nama: Yahya Bin Syaraf Bin Al Nawawi Gelaran: Al Nawawi (kerana dilahirkan di Nawa) Tokoh guru dalam bidang pendidikan Tokoh pendakwah dalam bidang dakwah Pandangan dan panduan moral berkait dengan kerangka Islam. Mendefinisikan nilai-nilai moral dan etika berdasarkan prinsip-prinsip agama Islam dan ajaran-ajarannya. Imam al-Nawawi dalam kitab Riyad al-Solihin menyatakan bahawa manusia harus sempurna dari segi kerohanian dan moral berdasarkan lapan asas keperluan. Nama: Lawrence Kohlberg Gelaran : Kohlberg Ahli Psikologi dalam perkembangan moral Memperkenalkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg berdasarkan pandangan psikologi dan falsafah sekular. Cuba memahami perkembangan moral tanpa bergantung kepada agama atau budaya tertentu. Menurut Kohlberg, moral memainkan peranan penting dalam perkembangan manusia, menurut teori perkembangan moralnya, yang terdiri daripada tiga perkembangan, atau enam fasa. Jadual 2 Banding Beza Imam Al Nawawi dan Lawrence Kohlberg Berkaitan Perkembangan afektif kanak-kanak
2.1 IMAM AL-NAWAWI Merujuk pada Jadual 2 di atas, Imam Al Nawawi merupakan salah seorang tokoh Islam yang terkenal dari dahulu hingga sekarang. Menurut paradigma al-Nawawi, kurikulum pembangunan rohani insan mestilah lengkap dalam rangka proses pendidikan dan pendakwahan (Jasmi, Kamarul Azmi & Karjo, Mohd Ismail & Md Saleh, Siti Fauziyani, 2017). Ini bermaksud, pembangunan kerohanian dan moral seseorang haruslah dibina berdasarkan sesebuah panduan yang lengkap dan jelas dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendidikan yang sempurna yang berasaskan pengetahuan dan pengalaman yang berterusan berdasarkan ajaran Islam yang syumul boleh membina keperibadian seorang individu, terutamanya kanak-kanak. Oleh itu, Imam al-Nawawi telah menghasilkan beberapa karya yang menekankan prinsip-prinsip dalam pembentukan rohani dan moral dalam Islam. Kitab Riyad al-Solihin, adalah salah satu daripada karya Imam al-Nawawi yang menerangkan semua aspek pembangunan modal insan, yang menjadikan manusia sempurna dari semua segi, terutamanya dari segi kerohanian. Dalam kitab tersebut, beliau telah membincangkan 8 asas keperluan yang menjadi tonggak utama yang menyeluruh dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) seorang manusia (Jasmi, Kamarul Azmi & Suratman, Azmi Shah & Hisyam, Nasrul, 2007). Lapan asas tersebut ialah pembangunan akhlak kepada Allah, pembangunan akhlak kepada manusia, pembangunan sosial, pembangunan adab kehidupan, pembangunan ibadat, pembangunan jihad, pembangunan ilmu dan pembangunan pengetahuan batasan agama. Kelapan-lapan aspek ini menjadi dasar kepada pembentukan insan dalam Pendidikan Islam. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, lapan aspek ini juga ditekankan dalam Tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Contohnya dalam Standard Kandungan pembangunan akhlak, kanak-kanak harus mengaplikasikan adab dalam kehidupan dengan menunjukkan adab terhadap orang dewasa mahupun rakan sebaya dan tempat beribadah, melafazkan doa dalam amalan harian seperti sebelum makan, dapat membezakan makanan minuman halal dan haram dan lain-lain lagi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah.
Rajah 2.1 Standard Kandungan Pembangunan Akhlak dalam Kurikulum PAKK Malaysia Sumber: KSPK Semakan 2017, Halaman 69 Menurut model kecerdasan emosi Goleman (1995), hati dan jiwa yang bersih membolehkan seseorang membina hubungan baik dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia. Ianya dikenali sebagai kerohanian. Ini bermakna untuk mengurus emosi, seseorang itu harus mempunyai nilai kerohanian dan moral yang tinggi. (Ibrahim, Noor Afzaliza & Mahbob, Maizatul Haizan & Jamri, Mohamad Hafifi & Hassan, PhD, Mohd & Abdul Rani, Nur Shazana & Khairuddin, Khairi, 2022). Oleh itu melalui pendidikan ini, kanak-kanak akan mempelajari tentang cara berkelakuan dengan baik dalam pelbagai situasi sosial dan harian. Mereka akan mempunyai pengetahuan tentang etika berkomunikasi, norma sosial dan moral serta membangun kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini akan membawa kesan yang positif terhadap pengurusan emosi kanak-kanak.
Ahli psikologi perkembangan Amerika Lawrence Kolhberg (1927–1987) terkenal dengan teori perkembangan moralnya. Penyelidikan Piaget didasarkan pada teori perkembangan moral Kohlberg (Sanders, C.E., 2023). Ini bermaksud, teori ini adalah bersifat kognitif kerana ia berfokus pada proses berfikir yang berlaku apabila kanak-kanak mempelajari untuk memilih sama ada sesuatu tingkah laku itu betul atau salah. Dalam tiga tahap perkembangan moral yang dijalani manusia, dari kanak-kanak hingga dewasa, Kohlberg mengatakan bahawa terdapat enam peringkat, dengan setiap tahap mempunyai tingkatan yang lebih tinggi daripada tahap sebelumnya. Menurut Kohlberg, pembangunan afektif adalah penting untuk pembangunan moral. Untuk membuat keputusan moral, kanak-kanak perlu mempunyai keupayaan untuk memahami dan mengawal emosi mereka sendiri. Sebagai contoh, pada tahap moraliti prakonvensional, atau awal kanak-kanak, kanak-kanak diajar untuk membuat keputusan moral berdasarkan kepentingan diri mereka sendiri atau untuk mengelakkan hukuman. Pada tahap ini, kanakkanak berusaha untuk berfikir bagaimana untuk mengelakkan diri daripada dikenakan denda (Dr. Farrah SyuhaidaIsmail e.t al, 2023). Seterusnya, kanak-kanak membuat keputusan moral berdasarkan jangkaan keluarga, komuniti dan masyarakat pada tahap moraliti konvensional, atau masa kanak-kanak. Pada tahap ini, kanak-kanak mula memahami pelbagai perkara yang dapat menjadikan mereka mempunyai sikap yang baik. Mereka percaya bahawa peraturan sosial dan jangkaan orang lain menentukan tingkah laku yang boleh atau tidak boleh diterima (Mcleod, 2023). Dalam tahap perkembangan moraliti lepas konvensional, atau masa remaja, seseorang individu membuat keputusan moral berdasarkan prinsip dan kepercayaan mereka sendiri. Pada tahap ini, mereka mempunyai keupayaan untuk berfikir secara kritis tentang isu moral dan membuat pilihan berdasarkan nilai mereka sendiri, walaupun pilihan tersebut bertentangan dengan norma masyarakat. Kanak-kanak mendapat manfaat daripada teori perkembangan moral Kohlberg apabila mereka berhadapan dengan isu moral dengan cara yang lebih bertimbang rasa dan bijak. Mereka mempunyai keupayaan untuk mempertimbangkan pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan yang sesuai dengan prinsip moral mereka. 2.2 LAWRENCE KOHLBERG
3.0 ANALISIS FAKTOR PEMBENTUKAN KEROHANIAN DAN MORAL Pembentukan kerohanian dan moral dalam diri seseorang haruslah bermula sejak kecil lagi kerana ia merupakan aspek perkembangan yang mempengaruhi pembangunan modal insan. Terdapat beberapa faktor yang membentuk kerohanian dan moral seseorang. Faktor utamanya ialah, ibu bapa. Pendidikan pembangunan modal insan haruslah bermula di rumah. Menurut Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyad alSolihin, kehidupan sosial keluarga haruslah dibangunkan terlebih dahulu sebelum membina sesebuah masyarakat. (Jasmi, Kamarul Azmi & Suratman, Azmi Shah & Hisyam, Nasrul, 2007). Hal ini bermaksud, ibu bapa adalah orang penting dalam keluarga kerana mereka berfungsi sebagai contoh dan pendidik kepada anak-anak mereka. Mereka mesti mengajar anak-anak berkaitan nilai seperti integriti, kejujuran, belas kasihan, kerja keras, dan lain-lain. Apabila nilai-nilai ini diterapkan dalam keluarga, anak-anak lebih cenderung untuk mengekalkan dan menerapkannya dalam kehidupan seharian mereka. Ini lazimnya dapat membina asas moral yang kukuh yang akan membantu kanakkanak menghadapi keadaan dan kesukaran dalam hidup. Selain itu, pendidik juga merupakan salah satu faktor dalam pembentukan kerohanian seseorang kanakkanak. Ajaran Imam al Nawawi menekankan betapa pentingnya guru dan pendidik untuk membimbing dan mempengaruhi perkembangan moral dan rohani kanak-kanak. Sebagai contoh, Imam al-Nawawi menggalakkan para pendidik untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai-nilai asas Islam, seperti kejujuran, kebaikan dan belas kasihan seperti yang terdapat dalam KSPK Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (Pendidikan Islam) Halaman 68. Dalam mendidik kanak-kanak menguasai asas, pendidik juga hendaklah menjadi suri teladan dalam melaksanakan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, mengamalkan adab dari bentuk ucapan dan perbuatan agar kanak-kanak dapat meniru perbuatan yang baik tersebut dan men jadikannya sebagai amalan.
4.0 CABARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PADA MASA KINI Membentuk perkembangan kerohanian dan moral dalam pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini adalah sebuah cabaran yang besar. Perubahan yang telah berlaku dalam lingkungan sosial, teknologi, dan budaya telah membawa kepada beberapa isu yang perlu ditangani. Dalam pendidikan awal kanakkanak di negara kita, terdapat beberapa cabaran yang berkaitan dengan pembentukan perkembangan kerohanian dan moral. Antaranya adalah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat. Walaupun kemajuan ini mendatangkan manfaat kepada negara, namun ia juga merupakan salah satu kekangan yang boleh memudaratkan sekiranya ia disalahgunakan. Menurut Kassim, N.F (2015), dalam usaha negara untuk menjadikan negara yang maju, gejala keruntuhan akhlak juga semakin meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak pada masa kini banyak menghabiskan masa pada peranti elektronik, yang boleh mengganggu proses pembentukan moral dan kerohanian mereka. Kanak-kanak yang terdedah dengan kegunaan gajet pada awal usia lazimnya boleh menyebabkan mereka ketagihan, sehingga mengganggu kegiatan-kegiatan lain yang penting dalam perkembangan mereka, seperti belajar, bermain, berinteraksi sosial, dan melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan. Berdasarkan pemerhatian juga, kanak-kanak ini gemar berhubung dengan rakan-rakan sekolah melalui medium dalam talian di luar waktu sekolah dengan menghabiskan masa berjam-jam lamanya (- BAIK BURUK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL, AWASI ANAK ANDA!, 2022). Kesan daripada itu, ibu bapa dan pendidik haruslah mengambil tindakan untuk memantau penggunaan teknologi dan membantu anak-anak memahami cara menggunakan teknologi dengan bijak. Selain itu, salah satu cabaran dalam pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini ialah kualiti pendidik. Walaupun terdapat Tunjang Kerohanian sikap dan nilai dalam kurikulum KSPK , masih lagi terdapat pendidik yang kurang berpengetahuan dan mahir dalam menyampaikan pengajaran. Hal ini adalah berpunca daripadakekurangan modul yang boleh dijadikan panduan untuk menyampaikan isi kurikulum dalam bentuk pengajaran secara efektif (Kassim, N.F, 2015). Ini menyebabkan pendidik tidak mampu memahami keperluan perkembangan anak-anak pada awal usia mereka. Ini termasuklah pemahaman tentang tahap perkembangan anak-anak dalam hal moral dan kerohanian. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum haruslah membekalkan modul pendidikan yang mencukupi seperti Modul Pendidikan Islam dan Modul Pendidikan Moral. Tambahan pula, modul-modul yang dihasilkan haruslah mengkhususkan kepada asas pendidikan akhlak yang seharusnya diterapkan dalam diri kanak-kanak seawal usia.
5.0 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN AFEKTF Perkembangan afektif, yang termasuk elemen emosi dan sosial, memain peranan yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan afektif penting untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kecerdasan emosi mereka. Mereka belajar mengenali dan mengurus emosi mereka sendiri, serta emosi orang lain. Hal Ini penting untuk membina hubungan yang sihat dan pemahaman diri yang baik. Menurut teori perkembangan moral Kohlberg, dalam peringkat konvensional, kanakkanak mula mempertimbangkan norma sosial dan jangkaan orang lain dalam membuat keputusan moral dan memahami perspektif dan perasaan orang lain. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk memahami dan menghargai perasaan orang lain, yang merupakan komponen penting dalam membina akhlak yang baik. Melalui perkembangan afektif, kanak-kanak juga belajar berkomunikasi, bekerjasama, dan berinteraksi dengan orang lain. Ia adalah asas untuk kemahiran hubungan sosial yang diperlukan untuk berjaya dalam kumpulan dan masyarakat. Kesannya, ini membantu kanak-kanak membentuk identiti peribadi dan harga diri yang positif. Menurut Kohlberg, hubungan sosial dan persekitaran ini dapat mempengaruhi perkembangan moral seseorang. Oleh sebab itu, amat penting sebagai pendidik untuk mewujudkan persekitaran dan pengarahan moral yang tepat kepada kanak-kanak sejak awal usia lagi.
6.0 RUMUSAN Perkembangan afektif merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia membantu kanak-kanak memupuk kemahiran emosi yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan dan di sekolah. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan afektif yang kuat lebih cekap dalam mengendalikan emosi mereka, membuat keputusan yang baik, berani dalam menghadapi cabaran, bijak dalam mengambil keputusan secara bermoral. Oleh itu, pendidik awal kanak-kanak boleh memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan afektif kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang selamat, membantu kanakkanak mengenal pasti emosi mereka, mengajar mereka cara mengurus emosi mereka dengan cara yang sihat, dan memodelkan ekspresi dan peraturan emosi yang sesuai.
7.0 RUJUKAN Dr. Farrah Syuhaida Ismail, Dr Jauriah Md Azali, Norhaizah Abdul Hamid, Rashdi Bin Hamzah, & Noradi Bin Che Muda. (2023). Psikologi Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja. Local Publication (M) Sdn Bhd. Jasmi, Kamarul Azmi & Karjo, Mohd Ismail & Md Saleh, Siti Fauziyani. (2017). Pengaruh Pemikiran Imam al-Nawawi dalam Metodologi Pendidikan dan Pendakwahan Guru Takmir. https://www.researchgate.net/publication/317560064_Pengaruh_Pemikiran_Imam_alNawawi_dalam_Metodologi_Pendidikan_dan_Pendakwahan_Guru_Takmir Jasmi, Kamarul Azmi & Suratman, Azmi Shah & Hisyam, Nasrul. (2007). Pembangunan Modal Insan yang Sempurna Menurut Perspektif al-Imam al-Nawawi. 1-12. https://www.researchgate.net/publication/293097631_Pembangunan_Modal_Insan_yang_Sempurna _Menurut_Perspektif_al-Imam_al-Nawawi Ibrahim, Noor Afzaliza & Mahbob, Maizatul Haizan & Jamri, Mohamad Hafifi & Hassan, PhD, Mohd & Abdul Rani, Nur Shazana & Khairuddin, Khairi. (2022). Kepentingan Kecerdasan Emosi: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7. e001431. 10.47405/mjssh.v7i4.1431. Kassim, N. F. (2015, May). Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Modul pendidikan Akhlak : ISU DAN CABARAN MASA KINI. https://www.researchgate.net/profile/NorKassim/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAKKANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI/links/573f3d0e 08ae9f741b321b36/KURIKULUM-PENDIDIKAN-AWAL-KANAK-KANAK-DAN-MODULPENDIDIKAN-AKHLAK-ISU-DAN-CABARAN-MASA-KINI.pdf Mcleod, S. (2023, October 24). Kohlberg’s Stages of Moral Development. Simply Psychology. https://www.simplypsychology.org/kohlberg.html Sanders, C. E. (2023, June 8). Lawrence Kohlberg’s stages of moral development. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/science/Lawrence-Kohlbergs-stages-of-moral-development - BAIK BURUK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL, AWASI ANAK ANDA! (2022, July 12). BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2144897