The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emaz1371, 2021-06-15 20:31:15

SOALAN 8: NOVEL

M19 PDPR T4IR Soalan 8

Bersama
Cg Mas



Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, jelaskan sebab permulaan
cerita tersebut menarik perhatian
pembaca.

(6 markah)

Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, jelaskan nilai murni yang
terdapat dalam novel tersebut.

(6 markah)

CONTOH SOALAN NOVEL : 8(i)
i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

“ Kau selalu marah-marah kepada orang putih kerana menjajah negeri kita. Tetapi hari ini kau puji pula mereka. Aku tak
fahamlah kau ini, Saidi,” kata Pak Karim pula sambal menggaru-garu kepalanya yang botak.

“Aku marah kerana mereka menjajah negeri kta. Aku suka kerana ilmu yang ada pada mereka. Kita perlu mempelajari
ilmu daripada mereka,” kata Pak Saidi pula.

“Kerana itu kau hantar Adnan belajar di sekolah Inggeris?” kata Pak Karim lagi.
“Itu sahaja caranya untuk anak aku mendapat ilmu pengetahuan. Kalau sekolah Melayu, cuma setakat sekolah rendah
sahaja. Lepas itu anak aku tidak boleh belajar lagi. Tetapi kalau sekolah Inggeris, setelah tamat sekolah rendah boleh
sambung ke sekolah menengah dan sampai ke sekolah tinggi. Mereka yang tamat sekolah tinggi boleh menjadi pegawai.
Apabila banyak anak-anak melayu berpelajaran tinggi dan mejadii pegawai maka hidup kita tidak lagi miskin. Itu sahaja
caranya untuk maju.”

Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Karya Abdul Latip bin Talib Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh oleh anak-anak Melayu apabila dihantar belajar di sekolah Inggeris. [4 markah]

Faedah-faedah yang diperoleh oleh anak-anak Melayu apabila dihantar belajar di sekolah Inggeris ialah…………



“Itu sahaja caranya untuk anak aku mendapat ilmu
pengetahuan. Kalau sekolah Melayu, cuma setakat
sekolah rendah sahaja. Lepas itu anak aku tidak
boleh belajar lagi. Tetapi kalau sekolah Inggeris,
setelah tamat sekolah rendah boleh sambung ke
sekolah menengah dan sampai ke sekolah tinggi.
Mereka yang tamat sekolah tinggi boleh menjadi
pegawai. Apabila banyak anak-anak melayu
berpelajaran tinggi dan mejadii pegawai maka hidup
kita tidak lagi miskin. Itu sahaja caranya untuk
maju.”

Faedah-faedah yang diperoleh oleh anak-anak Melayu apabila
dihantar belajar di sekolah Inggeris ialah anak-anak Melayu akan
mendapat ilmu pengetahuan. Selan itu, anak-anak Melayu boleh
menyambung pelajaran ke sekolah menengahdan sekolah tinggi
apabila belajar di sekolah Inngeris. Seterusnya anak-anak Melayu
juga boleh menjadi pegawai dan tidak akan hidup susah.

CONTOH SOALAN NOVEL: 8(ii)

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:
(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

Soalan
Pemikiran Kritis

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab
peleraian cerita tersebut dapat menyentuh perasaan anda.

(6 markah)

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat
menyentuh perdsaan saya.

Perististiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah
mencadangkan Che Jah Membuat laporan polis. Che Jah telah bersetuju membuat
laporan polis tentang keganasan rumahtangga yang dilakukan oleh suaminya Seman
terhadap dirinya dan anak-anaknya. Che Jah berharap suaminya dapat dipulihkan.
Peristiwa ini dapat menyentuh perasaan saya kerana sayangkan suaminya Che Jah
terpaksa menyerahkan suaminya kepada pihak agar Seman dapat dipulihkan.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa datuk tidak pulang
semalaman kerana mencari akar-akar kayu dan daun-daun herba yang lebih baik di
hutan. Kehilangan datuk amat membimbangkan nenek, abang Rashid dan Lili. Peristiwa ini
sangat menyentuh peraan saya kerana semangat datuk begitu kuat untuk
mempertahankan kaedah perubatan secara tradisional dan bersaing dengan kaedah
perubatan moden.

Ingat!

1. Soalan novel diperuntukkan 10 markah merangkumi 8(i) dan
8(ii) dan LPM tidak menetapkan jumlah markah untuk setiap
bahgian.

2. Untuk memudahkan guru memberi markah bahasa bagi
Soalan 8(ii), kebiasaannya pecahan markah akan menjadi:
Soalan 8(i) : 4 markah
Soalan 8(ii) : 6 markah [ 4 markah : Isi dan 2 markah: Bahasa]
4 markah isi : 2 isi x 2 markah
2 isi : 1 Pernyataan dan 1 Contoh/Huraian

3. Mesti tulis dalam perenggan bukan dalam bentuk ‘point’
[ 1 isi : 1 perenggan]


Click to View FlipBook Version