The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan ujian lisan dan penulisan karangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hezira Hazle, 2023-10-04 08:59:09

Bersatu kita teguh (Perpaduan)

Bahan ujian lisan dan penulisan karangan

BERSATU KITA TEGUH HEZIRA 5 IZZUDDIN (PERPADUAN)


Pantun di atas memanifestasikan satu mesej yang eksplisit berkenaan peri pentingnya perpaduan masyarakat dalam halakah penduduk berbilang kaum di negara kita. Jika diselami secara lebih mendalam, perpaduan boleh ditakrifkan sebagai perihal bersepadu yang merujuk bangsa dan komuniti di sesebuah negara. Menteri perpaduan negara, Aaron Ago Dagang mengatakan bahawa perpaduan masyarakat ibarat bangunan yang kukuh. Dahulukala, masyarakat bagai aur dengan tebing membantu antara satu sama lain tidak mengira kaum atau warna kulit. Kini, amalan tersebut sudah sebati dalah kalangan masyarakat tempatan. Melihat kepada perkara ini, terdapat pelbagai kepentingan perpaduan kepada masyarakat. Singgah sebentar di kedai Mutu, Membeli pula buah kiwi, Perpaduan dibentuk negara bersatu, Memberi manfaat ibu pertiwi.


Meluaskan horizon pemikiran kelas pertama, kebaikan perpaduan kepada masyarakat ialah wujudnya masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Contohnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat yang harmoni mampu mengelakkan daripada berlakunya perselisihan atau perbalahan bagai anjing dengan kucing antara penduduk berbilang kaum di negara kita. Disebabkan oleh itu, rakyat yang mampu memberi kerjasama memperjuangkan keharmonian negara dapat mengelakkan sikap individualistik. Oleh itu, izharlah bahawa masyarakat harmoni menjamin keamanan negara. KEBAIKAN PERPADUAN


Melihat kepada perspektif yang berbeza, perpaduan kaum juga dapat melahirkan modal insan yang sentiasa hormat-menghormati . Contohnya, dasar Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program RIMUP mampu menzahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Dalam pada itu, masyarakat yang hormat-menghormati juga dapat menjaga sensitiviti masyarakat selain mengekalkan elemen perpaduan bagai kapur dengan kunyit di negara kita. Disebabkan oleh itu, program RIMUP juga merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Oleh itu, sudah terang bak purnama bahawa sikap hormat-menghormati penting bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu. KEBAIKAN PERPADUAN


Memetik wasitah nirmala seterusnya, perpaduan turut melahirkan perasaan cinta akan negara dalam halakah penduduk tempatan. Sebagai contoh, perasaan cinta akan negara dapat dilihat semasa sambutan Hari Kemerdekaan negara apabila strata masyarakat bersatu hati ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua meraikan kemerdekaan tanah air. Natijahnya, perasaan cinta akan negara menyebabkan masyarakat dapat memperingati jasa pejuang-pejuang tanah air yang komited memupuk perpaduan kaum. Ironinya, sambutan Hari Kemerdekaan melibatkan semua kaum di Malaysia memanifestasikan kemajuan pesat ibu pertiwi. Dengan itu, izharlah bahawa perasaan cinta akan negara dapat disemai melalui masyarakat yang bermuafakat. KEBAIKAN PERPADUAN


Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, sudah terang lagikan bersuluh bahawa perpaduan kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan membangun. Dengan itu, setiap masyarakat seyogia memainkan obligasi masing-masing dalam memastikan perpaduan kaum di negara kita dapat dikekalkan demi kesejahteraan nusa tercinta. Diharapkan perpaduan kaum ini implisit dapat memacu segala matlamat negara dalam memastikan kemajuan tanah air setanding negara luar seiring aforisme duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Konklusinya, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, semua pihak berperanan mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara kita. PENUTUP


Click to View FlipBook Version