The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104
NUR FATIHAH BINTI MOHD SHAHABUDIN
BM G

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 698-1-fatihah, 2022-03-31 09:11:54

TUGASAN 1: PUISI MELAYU TRADISIONAL

BMMB1104
NUR FATIHAH BINTI MOHD SHAHABUDIN
BM G

Puisi Melayu 1T1r0ad4isional

BMMB

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
MELAYU

NUR FATIHAH
BINTI MOHD
SHAHABUDIN

BAHASA
MELAYU ( SK)

BM G

NAMA PENSYARAH :
DR. NOR ANITA BT

MAT ISA

PENGHARGAAN

ISI
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL

2.1 PANTUN
DEFINISI
BENTUK DAN CIRI-CIRI
FUNGSI
JENIS
CONTOH

2.2 SYAIR
DEFINISI
BENTUK DAN CIRI- CIRI
FUNGSI
JENIS
CONTOH

2.3 GURINDAM
DEFINISI
BENTUK DAN CIRI CIRI
FUNGSI
JENIS
CONTOH

2.4 SELOKA
DEFINISI
BENTUK DAN CIRI- CIRI
FUNGSI
JENIS
CONTOH

3.0 PENUTUP

1.0 PENGENALAN

Puisi Melayu merupakan satu genre
sastera yang dominan di dalam

perkembangan kesusasteraan Melayu,
jika dibandingkan dengan genre sastera
Melayu yang lain seperti cerpen, novel

dan drama.

Puisi juga merupakan genre yang
begitu kuat perkaitannya dengan

kehidupan masyarakat Melayu.
Proses penciptaan puisi juga begitu
akrab dengan budaya masyarakat

Melayu

Fungsi puisi ini untuk menjadi saluran atau
media bagi para penyair mengungkapkan
perasaan dan pemikiran mereka tentang
sesuatu perkara serta berbicara dan
menganalisa apa yang dirasainya lewat

kehidupan yang dilalui.

Puisi Melayu terbahagi kepada dua,
iaitu puisi Melayu Tradisional dan
puisi Melayu Moden. Namun dalam
perbincangan kali ini, puisi Melayu
Tradisional akan dikupas dengan

lebih mendalam

2.0 PUISI MELAYU
TRADISIONAL

Puisi Melayu Tradisional merupakan puisi lama yang
lahir dalam kalangan mayarakat Melayu sejak

berzaman- zaman. Puisi ini adalah puisi rakyat yang
muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk
tulisan lagi. Puisi Melayu Tradisional ini juga dikenali
sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian

rakyat.

CIRI- CIRI PUISI
MELAYU TRADISIONAL

Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi
lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat
tradisional.
Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau
berurutan dalam baris yang sejajar.
Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi oleh unsur muzik,
lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian
bunyi.
Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk
hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaran dan
sebagainya.

JENIS PUISI PANTUN
MELAYU SYAIR

TRADISIONAL GURINDAM

SELOKA

2.1 PANTUN

Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama yang paling
popular dan merupakan milik asli orang Melayu. Pantun ini
menggambarkan cara berfikir masyarakat Melayu. Melalui
pantun inilah masyarakat Melayu meluahkan rasa hati,
keluhan jiwa, kasih sayang, cinta, suka duka, sindiran dan

pelbagai jenis perasaan lagi. Semua perasaan ini
diungkapkan dalam bentuk bahasa yang indah dan menarik

melalui pantun.

CIRI- CIRI DAN

BENTUK PANTUN

Tiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata
Baris pertama dan kedua adalah pembayang manakala baris
ketiga dan keempat adalah maksud.
Pantun mempunyai skima rima hujungan yang sejajar, iaitu:
- a,a untuk pantun 2 kerat
- a b, a, b untuk pantun 4 kerat.
- a, b, c, a, b, c untuk pantun 6 kerat

BENTUK
PANTUN

PANTUN KERAT PANTUN KERAT

Ada ubi ada batas,

Ada hari boleh balas
Banyak udang banyak garam, Adik ke kedai membeli halia
Banyak orang banyak ragam.
Emak memesan membeli laksa

Jadilah insan berhati mulia

Baik hati berbudi bahasa

FUNGSI

PANTUN

Berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan luahan hati seperti rasa
kasih sayang dan kerinduan.
Berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan hajat seperti menzahirkan
penghargaan, ucapan terima kasih dan sanjungan.
Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka.
Alat untuk menyampaikan mesej dan nasihat
Berfungsi sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan
atau berterus terang

JENIS PANTUN

01. PANTUN KANAK- KANAK

Pantun ini bertujuan memberikan hiburan kepada
kanak kanak dan menggambarkan kesukaan dak
keriangan mereka. Isi dalam pantun ini mudah untuk

difahami.

Anak kera pandai meniti, Depan rumah pohon mangga
Anak ayam disambar helang, Sebelahnya ada pohon suji
Tidak terkira besarnya hati,
Melihat ibu sudah pulang. Jika ingin masuk surga
Jangan lupa untuk mengaji.

02. PANTUN ORANG MUDA

Pantun orang muda dikaitkan dengan perasaan cinta,
rindu, pilu, sedih, kecewa dan hiba. Pantun jenis ini

mempunyai pemikiran dan bahasa yang indah sehingga
menyebabkan seseorang mudah terpesona.

Tempua dilastik belum terkena, Diselingi makan bubur,
Memilih tasik menjelum dahulu; bangau pagi terbang tinggi.
Cinta berputik meranum bahagia, Kuakui dengan jujur,
Kasih terdetik mengharum rindu. kau lelaki pujaan hati.

03. PANTUN ORANG TUA

Pantun ini untuk golongan dewasa atau orang
tua . Pantun ini lebih berbentuk budi bahasa,

sopan santun, keagamaan dan juga
sindir,sindiran.

Ikan Arwana ikan Pari , Angkat kaki anak Belanda,
Semua Ikan terdampar mati, Perjuangan hidup sangat bererti,
Ilmu agama harus dicari, Dengarkan semua nasihat ibunda,
Buat bekal akhirat nanti. Jadilah anak yang berbakti.

CONTOH PANTUN
MENGIKUT TEMA

PANTUN AGAMA

Banyaklah rajut perkara rajut,
Rajut bertali bunga bercanggah,

Banyaklah sujud perkara sujud,
Sujud sejati kepada Allah.

PANTUN NASIHAT

Dayung perahu tuju haluan,
Membawa keropok bersama

rempah,
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.

PANTUN JENAKA

Rambut ini memiliki kutu,
Inginku gosok pakai batu,
Ada gajah di mata aku,
Gajahnya itu ialah kamu.

PANTUN CINTA

Air pasang singgahlah dulu,
Dapatlah berhenti di pulau karang;
Hatiku bimbang bertambah pilu,
Ingat kekasih di rantau orang.

2.2 PUISI MELAYU TRADISIONAL

SYAIR

DEFINISI

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair ini
berasal daripada kata Arab, syi'r yang

membawa maksud puisi. Syair muncul sejak zaman
pra- islam. Syair berasal dari Parsi dan telah
dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam.

BENTUK DAN CIRI
SYAIR

Syair tidak Setiap rangkap Rima akhir
mempunyai terdiri bagi syair
pembayang ialah a/a/a/a
daripada 4
baris

Bilangan Syair adalah
perkataan satu pernyataan
sebaris tetap, yang berlarutan
iaitu 4,5
perkataan

FUNGSI SYAIR

Sebagai alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagi.
Sebagai alat hiburan yang sering dilagukan dalam majlis tertentu.
Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
Syair berfungsi bagi mengiringi tarian-tarian tertentu.
Syair digunakan dalam adat perkahwinan.

JENIS SYAIR

SYAIR ROMAN

Syair ini berbentuk cerita dengan lukisan- lukisan melibatkan
golongan atasan khususnya putera dan puteri raja. Syair ini
menamatkan kisahnya dengan penyelesaian yang menggembirakan.

Latar belakang cerita dalam syair iniberkisarkan istana,
khayalan dan inaginatif. Contoh syair roman ialah syair Dandan

Setia, Syair Haris Fadilah dan Syair Jauhar Manikam.

SYAIR SEJARAH

Syair sejarah memaparkan peristiwa- peristiwa sejarah
sahaja tetapi masih lagi berkisarkan golongan feudal,

kehebatan tokoh- tokoh dan peristiwa alam yang menjadi
sejarah. Contoh syair sejarah ialah Syair Sultan

Maulana, Syair Perang Makasar dan Syair Sultan Abu
Bakar Johor.

SYAIR AGAMA

Syair agama menggunakan tema dan persoalan-
persoalan kegamaan. Isi syair menekankan pengajaran
dan moral dalam kehidupan. Antara contoh syair agama

ialah Syair Nabi Bercukur, Syair Nabi Isa dan Syair
Burung Pingai.

SYAIR NASIHAT

Syair nasihat dihasilkan bertujuan memberikan
pengajaran yang berupa nasihat kepada pendengar.
Kebanyakan syair nasihat ini ditemukan dalam karya
Raja Ali Haji yang bertajuk Syair Nasihat Kepada

Anak.

SYAIR PUJI- PUJIAN

Syair puji- pujian menyanjungi atau memuji tokoh- tokoh
tertentu khususnya golongan bangsawan. Pujian tersebut adalah
tentang kebesaran seseorang pemertintah, kecantikan seorang

Puteri atau untu kemakmuran sebuah negara. Contoh syair ini
ialah syai Sultan Iskandar Bermain- main Ke Laut.

SYAIR TEKA- TEKI

Syair teka - teki dicipta dengan ungkapan tertentu
dan biasanya berupa soalan yang memerlukan
jawapan. Syai ini untuk menduga kepintaran

sesorang dalam memberikan jawapan yang tepat.

SYAIR SIMBOLIK ATAU PERLAMBANGAN

Syair ini dicipta dalam bentuk kias ibarat dengan menampilkan
watak-watak tertentu. Syair ini penuh dengan sindiran

terhadap sesuatu peristiwa di samping memberikan nasihat
serta pengajaran. Contoh syair jenis ini ialah Syair Buah-

buahan dan Syair Kupu- kupu.

CONTOH SYAIR
MENGIKUT TEMA

SYAIR AGAMA
SYAIR NASIHAT

SYAIR PERSAHABATAN

SYAIR CINTA

2.3 GURINDAM

Menurut Raja Ali Haji, gurindam ialah satu bentuk puisi
Melayu yang terdiri daripada dua baris yang berpasangan,

bersajak atau berimadan memberikan idea yang lengkap
pada pasangannya. Secara umumnya, gurindam ialah satu

jenis syair melarat yang tidak tetap sukatannya atau
rangkapnya, isinya mengandungi fikiran- fikiran yang bernas

dengan bahasa yang riang, dan suka sebagai nyanyian.

CIRI- CIRI

GURINDAM

Puisi bebas.
Maksud atau isi pada gurindam ada di baris kedua.
Setiap barisnya mempunyai kaitan sebab dan akibat.
Gurindam terdiri atas dua baris pada setiap baitnya.
Isi yang terkandung dalam gurindam berunsurkan nasihat.
Jumlah baris dan perkataan dalam serangkap tidak menentu.
Setiap barisnya mempunyai rima A-A, B-B, C-C, dan
seterusnya.

BENTUK
GURINDAM

TERIKAT TIDAK TERIKAT

Terdiri daripada dua baris Bentuk bebas
berpasangan dan berima. Tidak berpasangan atau
Baris pertama sebagai syarat berangkap.
manakala baris kedua sebagai Tidak tentu jumlah baris dalam
akibat. serangkap.
Contoh : Gurindam Dua Belas. Tidak memakai rima yang sama.

FUNGSI

GURINDAM

Sebagai alat menghibur para pendengar atau pembacanya.
Berfungsi memberi bimbingan kepada manusia untuk menjadi insan
Al- Kamil.
Berfungsi untuk menyampaikan dakwah kerana gurindam
mengandungi isi yang bermakna dan mengandungi ajaran luhur
agama.
Gurindam berfungsi untuk merakam keadaan sosial masyarakat.

JENIS
GURINDAM

GURINDAM Gurindam
BERANGKAI berkait

Gurindam berangkai Gurindam berkait ialah
ialah suatu bentuk salah satu jenis
gurindam yang diberi
tanda dengan kata gurindam yang diberi
yang sama pada baris tanda dengan adanya
hubungan antara bait
pertama setiap pertama dengan bait –
baitnya.
bait seterusnya.

CONTOH CONTOH

Lakukan saja yang Siapa tidak ingin sesat dunia
menurutmu benar akhirat
Lakukan saja yang
menurutmu pantas Maka cepat taubat sebelum
terlambat


Hidup hanya bergantung Namun siapa yang lekas
bertaubat sebelum kiamat
hati
Hidup hanya sesaat dan lalu Maka dapatlah itu yang
dinamakan selamat
mati

CONTOH GURINDAM
MENGIKUT TEMA

GURINDAM AGAMA
GURINDAM NASIHAT

GURINDAM PENDIDIKAN

GURINDAM CINTA

PUISI MELAYU TRADISIONAL

2.4 SELOKA

DEFINISI

Seloka adalah salah satu bentuk puisi Melayu
Klasik yang berisikan pepatah maupun

perumpamaan yang mengandungi senda gurau,
sindiran, nyanyian, asyik, berahi bahkan mimpi.
Aspek perasaan yang terkandung dalam seloka

lebih diutamakan.

BENTUK DAN CIRI
SELOKA

Setiap baris Tidak Berbentuk
seloka mempunyai bebas
rima yang
mengandungi
16 suku kata sama

1 bait terdiri Puisi yang
dari 4 baris terdiri daripada

dua baris

FUNGSI SELOKA

Memberikan pengajaran dan panduan kepada masyarakat dalam
menjalani kehidupan.
Berfungsi sebagai teguran kepada golongan masyarakat yang
berkuasa.
Berfungsi dalam menghasilkan sesuatu cerita yang lebih berkesan
dan menarik jika dituturkan.

JENIS SELOKA

SELOKA GURAU SENDA
SELOKA KHAYAL

SELOKA MENGEJEK
SELOKA PENGAJARAN

SELOKA NASIHAT
SELOKA SINDIRAN

CONTOH SELOKA

SELOKA PAK KADUK




MAKSUD: Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya
sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya

tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada
makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula,
dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh
isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak
Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan
sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah

orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

SELOKA MAK SI RANDANG

MAKSUD : Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela
memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya.

Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya
sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian,
Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu
pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan

beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

3.0 PENUTUP







Pada Puisi Melayu Tradisional yang
dibincangkan dalam tugasan ini

meliputi pantun, syair, gurindam dan
seloka. Setiap bentuk puisi

dibincangkan secara terperinci
meliputi aspek jenis, struktur, fungsi
dan ciri bahasa. Fungsi puisi- puisi
tersebut dalam masyarakat Melayu juga
jelas memperlihatkan persamaan. Selain
menghibur, puisi tradisional ini juga
merupakan medium untuk mendidik dan

menyampaikan pengajaran serta
tatasusila kehidapan masyarakat.
Tambahan pula, puisi- puisi ini kaya
dengan nilai pendidikan dan nilai
estetika yang boleh diterapkan kepada
semua pelajar dalam sistem pendidikan

negara. Oleh itu, kita sebagai
masyarakat Melayu hendaklah
memartabatkan puisi tradisional supaya
tradisi tidak ditelan zaman.


Click to View FlipBook Version