KAJIAN TENTANG
SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM DI KUALA
LUMPUR
NAMA: NUR AMNI INTISAR BINTI MD ASRI
KELAS: 2 IKHLAS
PERANCANGAN TUGASAN
. AKTIVITI
TARIKH Mendengar taklimat dari Cikgu
27 JULAI 2021 Ruzianah dan menyiapkan objektif
kajian
3 OGOS 2021
Menyiapkan penghargaan,
17 OGOS 2021 pendahuluan, peta topografi dan
24 OGOS 2021 tafsiran peta
5 SEPTEMBER 2021
Menyiapkan hasil kajian
Menyiapkan kesan negatif,
cadangan serta rumusan
Menghantar tugasan
OBJEKTIF
01 Menerangkan konsep dan 02 Menjelaskan latar belakang Kala
takrifan sistem pengangkutan Lumpur
awam
03 Menghuraikan kepentingan 04 Menghuraikan kesan
perkembangan system perkembangan sistem
pengangkutan awam di Kuala pengangkutan awam terhadap
Lumpur alam sekitar dan manusia di Kuala
Lumpur
05 Mencadadangkan langkah-langkah
untuk mengurangkan kesan
perkembangan system pengngkutan
awam di Kuala Lumpur
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat diberi peluang untuk
melakukan kajian lapangan pada tahun 2021. Saya Nur Amni
Intisar Binti Md Asri ingin berterima kasih kepada Pn Ruzianah
binti Abdul Hamid kerana membimbing saya dan rakan-rakan
yang lain dalam menghasilkan kajian lapangan ini.
Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Pn Sabariah binti Darus dan Md Asri bin Md Taha
yang memberi semangat kepada saya untuk menjalankan
kajian ini sewaktu negara dilanda wabak Covid-19.
Akhir sekali saya ingin berterima kasih kepada kakak saya
iaitu saudari Shazwani binti Md Asri kerana membantu saya
dalam menyiapkan kajian lapangan ini
PENDAHULUAN
Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan sistem
pengangkutan awam di Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Saya mengkaji tentang sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur
kerana Kawasan ini ialah Kawasan bandar yang padat dengan
kegiatan manusia. Selain itu Kawasan kajian saya juga terdapat
pelbagai jenis kemudahan pengangkutan awam yang mudah didapati.
Tempoh yang diberi untuk menyiapkan kajian ini adalah selama 5
minggu.
PETA DI KAWASAN KUALA LUMPUR
U PETUNJUK
JALAN RAYA
PETEMPATAN
SUNGAI
+ GEREJA
Pinta Island POlar Bear
Tortoise
TAFSIRAN PETA
Peta topografi menunjukkan Kawasan Kuala Lumpur. Ciri pandang darat
fizikal yang terdapat di kawasan peta tersebut ialah sungai. Manakala ciri
pandang darat buaya di Kawasan peta pula adalah terdiri daripada jalan raya,
petempatan, dan gereja.
Sebahagian besar bentuk muka bumi di Kawasan peta adalah terdiri
daripada kawasan tanah pamah yang yang rata. Kawasan tanah pamah
digunakan untuk petempatan, pengangkutan dan perniagaan.
Kawasan ini juga pesat dengan kegiatan ekonomi seperti perniagaan.
Berdasarkan peta, terdapat landasan LRT ( Light Rail Transit) di mana
penduduk di kawasan tersebut menggunakannya untuk ke tempat kerja.
HASIL KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian berkaitan
pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Antara maklumat yang telah saya
memperolehi ialah:
JENIS PENGANGKUTAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap Kawasan Kuala Lumpur, saya
dapati bahawa di kawasan ini menggunakan pengangkutan darat
dan tertumpu kepada pengangkutan awam, terutamanya LRT
(Light Rail Transit), MRT (Mass Rapid Transit), bas dan teki. Hal ini
jelas dilihat kerana, kawasan ini merupakan bandar yang pesat
dengan pembangunan serta mempunyai penduduk yang padat.
Contohnya, penduduk di sekitar Kuala Lumpur menggunakan
pengangkutan awam seperti LRT ke tempat kerja bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas.
FAKTOR 1
Berdasarkan rujukan saya di pautan internet, saya telah dapati faktor
yang mempengaruhi pengangkutan awam di Kawasan tersebut ialah
bentuk muka bumi.
Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang jaringan
pengangkutan awam di Kuala Lumpur dimana Kawasan tersebut
merupakan kawasan tanah pamah.
Kawasan tanah pamah membolehkan salah satu pengangkutan awam
seperti LRT dapat diwujudkan bagi memudahkan pergerakan
penduduk.
FAKTOR 2
Berdasarkan rujukan saya di pautan internet, saya telah dapati faktor yang
mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah kegiatan
ekonomi.
Kuala Lumpur merupakan bandar yang padat dengan kegiatan ekonomi. Hal ini
kerana terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang berpusat disini.
Penduduk di sekitar Kuala Lumpur perlu menggunakan pengangkutan seperti
LRT untuk ke tempat kerja sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
KEPENTINGAN 1
MENGURANGKAN KOS
Berdasarkan kajian saya penggunaan pengangkutan awam
juga dapat mengurangkan kos. Hal ini kerana, lebih murah
berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian.
Sebagai contoh, tambang bas dan teksi lebih murah daripada
kita membawa kenderaan sendiri.
KEPENTINGAN 2
MEMPERTINGKATKAN DARJAH KETERSAMPAIAN
Kepentingan yang kedua ialah dapat mempertingkatkan darjah ketersampaian. Hal ini
kerana pengangkutan awam memudahkan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan
cepat dan mudah. LRT tidak menggunakan jalan raya untuk bergerak, hal ini menjadikan
kita tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
KESAN NEGATIF
PENCEMARAN BUNYI
Pertambahan pengangkutan awam seperti LRT di kawasan bandar
Kuala Lumpur boleh menghasilkan bunyi yang bising dan
mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal
berhampiran dengan lebuh raya akan terganggu.
Sebagai contoh, bunyi yang dihasilkan melalui pengangkutann
awam seperti LRT. Sumber-sumber pencemaran bunyi tersebut
kerap berlaku dan ianya sering menggangu kehidupan seharian kit
terutama seali ketika kita ingin bereha atau tidur di waktu malam.
KESAN NEGATIF 2
KEMALANGAN
Kemalangan sering berlaku akibat kecuaian pemandu teksi atau bas. Hal ini demikian kerana
sikap pemandu yang cuai serta tidak berhati-hati ketika memandu. Sebagai contoh, pemandu
akan memandu dengan laju kerana hendak cepat sampai ke destinasi untuk mengambil
penumpang.
CADANGAN
Kawalan oleh manusia dapat menangani masalah bunyi. Hal ini kerana lapan
puluh peratus daripada pencemaran bunyi datangnya dari manusia sendiri.
Sebagai contoh, pencipta pengangkutan awam perlulah mengambil inisiatif untuk
mencipta pengangkutan yang mempunyai enjin yang kurang menghasilkan bunyi.
Selain itu, kita boleh mengadakan kempen kepada pemandu-pemandu
pengangkutan tentang memandu dengan berhemas. Hal ini dapat mengurangkan
masalah kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu teksi dan bas.
RUMUSAN
Setelah sebulan saya mengkaji serta menyiapkan kajian lapangan ini, saya
dapat mengetahui banyak perkara tentang pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Terdapat banyak jenis pengangkutan awam yang dapat saya kaji. Antaranya
ialah LRT ( Light Rail Transit), MRT ( Mass Rapid Transit), Teksi dan Bas. Saya
juga dapat mengetahui tentang faktor-faktor, kepentingan dan kesan negatif
pengangkutan awam di Kawasan kajian saya. Selain itu, saya berasa amat
gembira kerana dapat mencadangkan beberapa cadangan untuk menangani
masalah kesan negatif pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Akhir sekali, saya berasa bangga dengan kemudahan pengangkutan awam
yang sedia ada kerana hal ini dapat memudahkan penduduk sekitar. Saya
berharap agar lebih banyak penambahbaikan akan dilakukan pada masa akan
datang.
TERIMA
KASIH☺