The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intannadhirah88, 2022-06-09 09:50:15

E-FOLIO MPU23032 F1015_F1027_F1031_F1050

E-FOLIO

MPU23032
PENGAJIAN

ISLAM

PERANAN ALAM SEKITAR TERHADAP

MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi

limpahan nikmat, masa dan tenaga untuk kami


menyelesaikan tugasan E-Folio Pengajian Islam dengan

jayanya. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada pensyarah

kami yang tersayang iaitu Ustaz Tobroni bin Mohd Shahlan


yang telah memberi kami masa yang secukupnya untuk

menyelesaikan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan


jutaan terima kasih kepada Ustaz Tobroni kerana telah

membimbing kami untuk menyiapkan tugasan E-Folio ini.

Di samping itu, ucapan penghargaan ini juga ditujukan

kepada rakan sekumpulan yang telah memberi kerjasama


yang baik dalam melaksanakan tugasan E-Folio ini.



Akhir kalam, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua yang terlibat sama ada seacara langsung atau


tidak langsung dalam menghasilkan E-Folio ini. Tanpa

bantuan dari semua pihak, mungkin kami tidak akan dapat


menyelesaikan tugasan ini dengan sebaiknya.



Syukran.

Sidang Editor:

PENSYARAH: USTAZ TOBRONI BIN MOHD

SHAHLAN

NUR FARRA WAHYDHA YASIN LEE

17DDT21F1015

FARHANA NURHUDA BINTI AZMAN 

17DDT21F1027

INTAN NADHIRAH BINTI MOHD HISHAM

17DDT21F1031

ELIYA MAISARAH BINTI MOHD YAHAYA 

17DDT21F1050

Isi Kandungan

Penghargaan
Sidang Editor
Pengenalan

Konsep Alam Sekitar
Peranan Alam Sekitar

Cadangan

Rujukan

Pengenalan

Perkataan “alam sekitar” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Berdasarkan kepada

terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.

Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau

abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan


iklim dan cuaca.
Menurut Islam, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang

menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara

manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar

berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai

khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu

melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau


simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.



Firman Allah SWT:



Terjemahan:"Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya dan sesungguhnya
Allah, Dialah jua yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."



Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia
sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan
dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan

pencemaran alam sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan
manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan
negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah

diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

Konsep Alam Sekitar

Alam sekitar merujuk kepada unsur-unsur yang wujud dalam

persekitaran manusia. Dalam konteks semasa, istilah ekologi

turut dikaitkan dalam perbincangan berkaitan alam sekitar

yang merujuk kepada interaksi sesama makhluk hidup dalam

ekosistem semulajadi. Alam sekitar dapat dibahagikan kepada

dua bentuk yang utama iaitu alam persekitaran semulajadi

dan alam persekitaran buatan. Alam persekitaran semulajadi

merujuk kepada segala unsur yang diciptakan oleh Allah SWT

wujud di permukaan bumi yang terdiri daripada benda-benda


hidup (biotik) seperti tumbuhan dan haiwan serta benda-

benda mati (abiotik) seperti gunung, sungai, lautan dan

sebagainya. Secara rumusannya, alam sekitar dapat

disimpulkan sebagai lingkungan kediaman manusia serta

unsur-unsur yang wujud dalam persekitarannya yang


memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan

hidup manusia serta memenuhi keperluan mereka sama ada


dalam aspek makanan, pakaian, tempat perlindungan dan

medium interaksi antara satu sama lain.

Peranan alam sekitar terhadap

manusia

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan

harian manusia. Alam sekitar yang tidak tercemar akan memberikan

manusia satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping


itu, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti

pembangunan negara sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan


baik.
1) Kesihatan manusia akan terjamin

Pada era globalisasi ini, pelbagai penyakit yang

berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam

sekitar. Tamsilnya, sesak nafas, kanser kulit, dan

sakit mata. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan

pencemaran di bandar-bandar besar seperti banjir

kilat, pencemaran air, pencemaran udara serta
tanah runtuh. Manusia memerlukan udara yang

bersih untuk terus hidup.

Jika udara yang dihidu tercemar, sistem


pernafasan seseorang akan menghirup


pelbagai bahan tercemar ke dalam paru-paru.


Hal ini akan mengakibatkan proses penukaran


karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat


dilakukan dan darah akan mengalami


kekurangan oksigen. Kesannya, fungsi paru-


paru akan terjejas dan sistem pengaliran darah


akan mengalami masalah dan mengakibatkan


pelbagai penyakit.

Jelaslah, bahawa alam sekitar haruslah dijaga dengan


baik agar kesihatan manusia terjamin. Selain itu, Islam


menekankan kepentingan melindungi alam sekitar


dengan meminta pengikutnya tidak menebang pokok,


mencemarkan sungai dan udara. Nabi Muhammad


SAW juga mengajar umatnya agar sentiasa melindungi


haiwan dan tumbuhan. Daripada Anas, beliau berkata,


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada


seorang Muslim pun yang menanam pokok atau


mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau


binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi

sedekah untuknya."(Hadis Riwayat Bukhari dan


Muslim).

2) Air sebagai sumber kehidupan




Air adalah sumber penting dalam kehidupan.
Di dalam al-Quran, ayat 30, surah al-Anbiya’ (21),
menjelaskan dengan maksudnya bahawa "dan
Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup,
maka mengapa kamu tidak mahu beriman? ".Ayat
ini menunjukkan betapa air memainkan peranan
yang penting dalam kejadian pelbagai makhluk
Allah SWT dan untuk itu, makhluk tersebut juga
berhajat terhadap air.Air amat penting demi kelangsungan hidup manusia. Air telah
digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja untuk minum,
air juga digunakan dalam pelbagai bentuk kegiatan harian manusia seperti membasuh,
mandi, beribadat dan sebagainya. Selain kegunaan domestik, air juga penting dalam
kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perkilangan dan pengangkutan.

Malah, air juga memungkinkan penjanaan tenaga
tenaga elektrik berlaku di empangan-empangan.
Oleh itu, membentuk nilai yang betul terhadap
alam sekitar amatlah penting. Nilai di sini bukan

sahaja merujuk kepada nilai alam dan sumbernya
yang boleh digunakan oleh manusia tetapi nilai
yang melihat alam serta isinya sebagai ciptaan

Allah SWT dan mempunyai hak untuk mendiami bumi sama seperti manusia. Jika
manusia tunduk patuh kepada Allah SWT, alam dan isinya juga begitu. Ini ditunjukkan

dalam ayat 18, surah al-Hajj (22), yang maksudnya; Tidakkah engkau melihat semua
yang berada di langit dan bumi, juga matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang,

pokok-pokok dan haiwan serta ramai manusia bersujud kepada Allah.”
Maka, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kuantiti dan kualiti air berada pada
tahap yang tertinggi sehingga boleh digunakan oleh manusia dan makhluk hidup yang
lain dalam generasi ini mahupun generasi akan datang. Bagi tujuan itu, perubahan cara
hidup masa kini perlu dilakukan dengan segera dan harus dilakukan secara bersama
bagi memastikan kesan yang signifikan.

3) Peranan alam sekitar terhadap kegiatan ekonomi

manusia

Alam sekitar juga berperanan dalam
kegiatan ekonomi manusia. Ekonomi ini
dapat dijalankan melalui sumber alam
sekitar seperti air, kayu balak, hasil
tanaman, pertanian dan perikanan.
Dengan ini manusia dapat melakukan
aktiviti bercucuk tanam, perniagaan
makanan, perniagaan perabot dan lain-lain.
Ekonomi alam sekitar menerangkan saling
hubungan antara alam sekitar dengan
ekonomi, iaitu kesan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pencemaran,
dan pengaruh alam sekitar terhadap ekonomi. Dengan perkataan lain,
ekonomi alam sekitar ialah sebahagian daripada ekonomi, dan bidang
ekonomi ini menganalisis masalah pilihan berhubung dengan keadaan
sekeliling, sama ada fizikal atau semula jadi, yang dihadapi oleh manusia dan
masyarakat keseluruhannya.Ekonomi alam sekitar juga mengambilkira nilai
alam sekitar dan aktiviti ekonomi serta membuat pilihan berdasarkan nilai-
nilai tersebut. Tujuannya adalah untuk mengimbangi aktiviti ekonomi dan
kesan alam sekitar dengan mengambil kira semua pengurusan kos dan
faedah.
Tanpa pengurusan sumber yang berkesan akan membawa kemerosotan dan
pembaziran sumber sekaligus akan merugikan manusia ekonomi itu sendiri.
Ironisnya pertumbuhan penduduk dunia yang semakin bertambah. United
Nation(2021) mengunjurkan populasi dunia akan mencapai 10 bilion
menjelang tahun 2050 dan ini sudah tentu memberi bebanan terhadap usaha
penghasilan makanan. Dalam pada itu, sisa buangan hasil interaksi manusia
dengan alam sekitar juga bertambah maka untuk itu Goldsmith, Allen, Allaby,
Davoll & Lawrence(1972) mencadangkan supaya usaha diperlukan untuk
menguruskan sumber serta menguruskan pelupusan bahan buangan untuk
menjamin kesejahteraan hidup manusia.

4)Kepentingan udara kepada manusia




Sejak kebelakangan ini pelbagai yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran udara.
Kesannya daripada pencemaran itu manusia akan menghidap penyakit, khususnya masalah
paru-paru akibat menghidu udara yang tercemar.Udara bersih wujud secara semulajadi.
Udara bersih adalah sangat penting ke arah kualiti hidup yang lebih baik untuk manusia,
haiwan dan juga tumbuhan. Udara tercemar pula adalah campuran udara bersih dengan
bahan bergas ataupun partikel yang dibebaskan ke atmosfera oleh pelbagai aktiviti.Manusia
memerlukan udara yang segar unuk terus hidup dalam keadaan yang selesa. Di samping itu,
pembekalan udara yang segar akan memberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada
masyarakat. Selain itu, udara segar dapat mengelak pelbagai penyakit seperti serangan
jantung dan batuk.Pelepasan dari kenderaan bermotor,perindustrian, pembakaran terbuka
bahan buangan dan lain-lain aktiviti manusia menyumbang kepada kemerosotan kualiti
udara. Tahap pencemaran udara yang umum terutama di kawasan bandar akan
menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, bangunan dan sebagainya.
Kemerosotan kualiti udara ini berpunca dari bahan pencemar yang dilepaskan ke udara
secara terus ataupun melalui tindakan kimia. Secara saintifik pembekalan udara yang segar
akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku. Pencemaran udara akan berlaku
apabila terdapat benda asing dalam kepekatan udara. Benda asing ini adalah dalam bentuk
habuk, asap dan gas seperti karbon monosikda dan nitrogen oksida. Tidak lupa juga bau-


bauan yang tidak menyenangkan .

Cadangan Pen
ambahbaikan




Manusia tidak boleh dibiarkan semata-mata berpandukan

kepada kehendak diri mereka semata-mata,sebaliknya

mereka perlu dipandu dan dibimbing menerusi
penguatkuasaan undang-undang dan pelakasanaan

hukuman khususnya melibatkan pemeliharaan kelestarian


alam sekitar demi menjami

kemaslahatan orang ramai dalam segenap isunya.Selain

itu, usaha pembudayaan menerusi akhlak dan sikap

manusia terhadap alam ini hendaklah sentiasa ditekankan

semenjak dari usia kecil lagi sehingga ia benar-benar

menjadi sikap dan budaya masyarakat. Sikap buruk

terhadap alam seperti suka membuang

sampah merata-rata, membazir sumber alam, dan

mencemarkannya adalah sesuatu perkara yang perlu

Silibus-silibus berkaitan pemeliharaan dan dibendung dari awal usia supaya ia menjadi tabiat dalam
pemuliharaan alam ini hendaklah diperkasakan di diri manusia. Inilah antara elemen akhlak yang perlu
setiap peringkat pengajian.Dalam masa yang sama, dimasukkan ke dalam diri anak-anak kita selain
dari akhlak-akhlak mulia yang lain.
syariat Islam juga telah menggariskan batasan



perlakuan manusia menerusi hukum-hakamnya.telah t

meletakkan ketetapan dalam sesuatu perintah atau

larangan yang mesti dipatuhi oleh manusia. Ia akan

memberikan kesan terhadap amalan seharian

manusia seperti menjimatkan air ketika bersuci dan

berwudhuk,arangan melakukan kerosakan dan

kezaliman menghormati hak makhluk lain dan

sebagainya. Di sini, dapat difahami bahawa keperluan

wujudnya undang-undang dalam memelihara tindak

tanduk manusia ke atas alam ini sangat penting.

Selain itu,antara cadangan yang perlu diambil dalam

. menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah
kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang


berkaitan aspek penjagaankebersihan persekitaran.
Hal

ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar

kita.Jika kita lihat pada hari ini, terdapat hanya segelintir

sahaja kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang

mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes,

pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke

dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka

terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai

enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing- Misalnya, bahan buangan boleh diproses
masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran menjadibaja nutrient bagi menghindarkan
air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan
akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam
mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. minum air”. Melalui cara ini, sumber-sumber alam
Implikasi daripada tindakanini, undang-undang harus seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan
diperketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas
mengurangkan pencemaran alamsekitar.Bukan itu manusia dapat dikurangkan. Bahkan, negara juga
sahaja,bahan-bahan buangan boleh diproses semula dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan
untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak digunakan memelihara kebersihan alam sekitar
ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan

Kesimpulan

Kesimpulan yang kami dapat daripada Peranan Alam Sekitar Terhadap Manusia
Menurut Perspektif Islam ialah kesihatan manusia akan terjamin apabila alam
sekitar dijaga dengan baik oleh manusia dan mampu mengelakkan sebarang
pencemaran alam sekitar atau kerosakan . Selain itu sumber kehidupan manusia
datangnya dari alam sekitar seperti air, udara dan lain-lain supaya manusia dapat
meneruskan kehidupan mereka. Seterusnya, manusia dapat melakukan kegiatan
ekonomi untuk kehidupan seharian dari sumber alam yang diproses di kilang dan
kemudiannya sumber alam yang telah diproses itu akan dipasarkan kepada orang
ramai. Dengan ini, jelaslah bahawa alam sekitar memainkan peranan yang besar
kepada manusia agar manusia dapat meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini.

Rujukan

1)https://www.ikim.gov.my/index.php/2015/03/16/menghargai-air-sebagai-
sumber-kehidupan/



2)https://www.academia.edu/31419497/Alam_sekitar_memainkan_peranan_penti
ng_dalam_kehidupan_harian_kita




3) Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-
sekitar.html



4)https://www.malaysian-ghost-research.org/geografi-ekonomi-kepentingan-
peranan-dalam-hubungan-tradisi-manusia-dengan-alam-sekitar/



5)https://www.usim.edu.my/ms/berita/faces-of-usim-ms/kepentingan-melindungi-
alam-sekitar-dari-perspektif-islam-dr-shamsul-hakim/



6)https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknikal-malaysia-
melaka/marketing-management-and-technology/cadangan-menangani-masalah-

pencemaran-alam-sekitar/11718207


Click to View FlipBook Version