The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM50622 Ahmad Syahir Bin Sanusi, 2023-07-03 09:23:14

E-PORTFOLIO PBS FASA 1 PRKA3151

PORFOLIO PBS FASA 1 PRKA3151

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH I (PBS I) PRKA3151 _________________________________________________________________________ DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR AHMAD SYAHIR BIN SANUSI ANGKA GILIRAN 2022192340026 NOMBOR KAD PENGENALAN 030920030593 KUMPULAN PISMP A2 AMBILAN JUN 2022 TAJUK TUGASAN PORTFOLIO (KPPB) NAMA PENSYARAH PEMBIMBING PN. RUZIATON BINTI JAMROS TARIKH HANTAR 3 JULAI 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


LAMPIRAN 2-10 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________


1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN


1.1 SURAT PENGENALAN DIRI


BIODATA GURU PELATIH IPG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU (IPGKBM) NAMA PELAJAR AHMAD SYAHIR BIN SANUSI NOMBOR KAD PENGENALAN 030920-03-0593 NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENDEK KOD SEKOLAH DBA1088 ALAMAT SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENDEK, 15100, KOTA BHARU, KELANTAN NOMBOR TELEFON SEKOLAH 09-7012866 ALAMAT SEMASA LOT 123, KG BERANGAN KADOK 16010, JALAN KUALA KRAI, KOTA BHARU, KELANTAN NOMBOR TELEFON 017-9886672 EMEL [email protected] AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU (SK) TAHUN SATU SEMESTER TIGA TARIKH PBS 11 JUN 2023 – 22 JUN 2023 NAMA PENSYARAH PN. RUZIATON BINTI JAMROS


LAMPIRAN1-1 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. 3.1 PERNYATAAN PBS 3.1.1 PERNYATAAN PBS (SEBELUM) Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 1 merupakan PBS pertama bagi siswa guru IPG semasa berada dalam Tahun 1 Semester 3. Sebelum menjalankan tugasan PBS ini, kami telah menerima taklimat pelaksanaan PBS secara bersemuka yang diadakan di Dewan Zaaba IPGKBM pada 6 Jun 2023. Kesemua guru pelatih diwajibkan untuk menghadiri taklimat tersebut. Kemudian, diikuti dengan taklimat pentaksiran berterusan PBS fasa 1 yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada 8 Jun 2023. Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Zabedah binti Mohammed selaku pensyarah penyelaras bagi kursus ini. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan atau gambaran awal serta memberi kefahaman kepada para pelajar mengenai tugasan yang perlu dibuat semasa menjalani PBS. Setelah mendengar taklimat dan meneliti soalan tugasan PBS yang telah diberikan oleh pensyarah penyelaras kursus ini, fokus utama bagi tugasan ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran di sekolah yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Pendek. Seterusnya, tujuan tugasan ini pula adalah guru pelatih perlu membina sebuah portfolio PBS dan mendokumentasikan maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut dari aspek kurikulum, Hal Ehwal Murid, kokurikulum, komuniti dan dasar pendidikan terkini yang berkaitan dengan keempat-empat aspek tersebut. Secara tidak langsung, perkara ini akan memberi pengalaman awal kepada bakal guru mengenai cara untuk mengurus dan mentadbir sekolah atau sesuatu organisasi. Oleh kerana tempoh pelaksanaan PBS ini selama 10 hari sahaja, saya perlu membuat perancangan strategi pelaksanaan secara teratur dan sistematik supaya segala maklumat yang perlu diperolehi tidak tercicir atau ketinggalan. Strateginya adalah melaporkan diri dan mengadakan perjumpaan dengan pengurus sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, murid, dan komuniti luar bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan sekolah pengurusan


sekolah tersebut. Kemudian, saya juga menyediakan soalan temu bual, senarai semak, membuat catatan aktiviti harian yang dijalankan dan meninjau persekitaran sekolah serta prasarana yang terdapat di sekolah tersebut. Oleh hal yang demikian, instrumen yang saya gunakan bagi menyiapkan tugasan portfolio ini adalah pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Setelah tempoh PBS selama dua minggu ini tamat, segala maklumat dan data yang diperolehi itu dikumpulkan bagi memudahkan proses pembinaan portfolio. 3.1.2 PERNYATAAN PBS (SEMASA) Selama 10 hari tempoh yang diberikan kepada pelajar guru untuk menjalankan PBS di sekolah pilihan masing-masing merupakan tempoh yang agak singkat. Dalam 10 hari ini, guru pelatih perlu mencari dan mendapatkan info dan maklumat yang penting sebagaimana yang terkandung dalam tugasan yang dikehendaki oleh pihak IPG. Guru pelatih perlulah membuat perancangan yang teliti, jelas dan tepat tentang perkara yang ingin dilaksanakan dalam tempoh PBS. Maka, antara perancangan yang telah saya buat ialah menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh, menyediakan soalan-soalan untuk diberikan atau ditanya kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi tugasan kolaboratif serta mencatat aktiviti harian di sekolah untuk membuat amalan refleksi. Saya juga telah membuat instrumen penilaian yang menjadi salah satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam melaksanakan tugasan PBS ini. Dengan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah, instrumen penilaian sememangnya amat berkesan dan maklumat yang diperoleh adalah benar dan boleh dipercayai. Antara instrumen-instrumen yang digunakan sepanjang PBS ini berlaku adalah seperti senarai semak, temu bual, pemerhatian dan soal selidik. Setiap instrumen yang digunakan adalah mengikut kesesuaian semasa menjalankan tugasan. 3.1.3 PERNYATAAN PBS (SELEPAS) Setelah selesai pelaksanaan PBS 1, saya telah memperoleh suatu pengalaman yang sangat bermakna. Sebagai seorang bakal pendidik, saya perlulah sentiasa bersedia menghadapi cabaran bagi mendidik para murid. Selain itu, strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan serta bersesuaian perlulah dirangka terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Hal ini kerana, bagi menarik minat serta perhatian murid untuk menimba ilmu dan hadir ke sekolah. Hal ini akan meningkatkan peratus kehadiran murid di sekolah. Bukan itu sahaja, pelaksanaan PBS 1 ini dapat mengajar saya supaya lebih berdisiplin dalam menjaga masa dengan baik. Guruguru di SK Pendek sangat baik serta memberi kerjasama yang baik untuk saya menyiapkan tugasan PBS 1. Kehidupan seperti keluarga antara komuniti sekolah ini merupakan sesuatau yang menarik perhatian saya dan menjadikan saya lebih bersemangat dan gembira untuk hadir ke sekolah. Terdapat pelbagai nasihat dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang


dicurahkan kepada saya selama 2 minggu saya berada di SK Pendek. Akhir sekali, semoga setiap ilmu dan maklumat yang diperoleh sepanjang PBS 1 ini dapat membantu saya menjadi seorang guru yang lebih bersemangat dan berkemahiran pada masa akan datang. 3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Sepanjang melaksanakan PBS selama dua minggu, terdapat beberapa aktiviti yang dirancang dengan berpandukan senarai Semak tugasan yang telah disediakan untuk menyiapkan tugasan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendek. Satu jadual telah dibina untuk memperihalkan segala aktiviti yang dilaksanakan selama dua minggu di sekolah tersebut. Bil. Tarikh Aktiviti yang difokus 1. 11/6/2023 (Ahad) - Melapor diri kepada pengurusan sekolah. - Sesi lapor diri dilaksanakan secara bersemuka. - Perhimpunan mingguan. - Sesi perkenalan diri dengan guru-guru. - Mendapatkan maklumat umum berkenaan dengan sekolah 2. 12/6/2023 (Isnin) - Membuat pemerhatian program celik Bahasa. - Temubual bersama pengawal keselamatan untuk melengkapkan borang kolaboratif. - Membuat pemerhatian suasana dan prasarana yang terdapat di sekolah. - Memantau Program Susu Sekolah (PSS) yang diagihkan kepada murid yang berkelayakan mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 3. 13/6/2023 (Selasa) - Membuat pemerhatian program Bijak Sifir Matematik. - Menghadiri pelancaran program semarak nilam. - Temubual bersama ketua kerani sekolah untuk melengkapkan borang kolaboratif. - Masuk ke kelas 5 Jujur Bersama Cikgu Rusmawati bagi subjek Bahasa Melayu dan membuat pemerhatian. 4. 14/6/2023 (Rabu) - Membuat pemerhatian program Bahasa Inggeris “Learn A Word Again” (LAWA) - Temubual bersama Penolong Kanan Pentadbiran untuk melengkapkan borang kolaboratif. - Temubual bersama guru Panitia Bahasa Melayu untuk melengkapkan borang kolaboratif. - Memantau suasana sekolah. - Menghadiri perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform.


- Menghadiri latihan hoki 5. 15/6/2023 (Khamis) - Menghadiri program bacaan Yasin. - Menyertai latihan pra-kebakaran. - Temubual bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 6. 18/6/2023 (Ahad) - Perhimpunan mingguan. - Masuk ke kelas 6 Amanah Bersama Cikgu Sukri bagi subjek Bahasa Melayu dan membuat pemerhatian. - Memantau suasana sekolah dan kelas 7. 19/6/2023 (Isnin) - Membuat pemerhatian program celik Bahasa. - Temubual bersama Penolong Kanan Kokurikulum untuk melengkapkan borang kolaboratif. 8. 20/6/2023 (Selasa) - Membuat pemerhatian program Bijak Sifir. - Menyertai latihan kebakaran bersama BOMBA. - Temubual bersama murid tahun 6 Jujur. - Memantau Program Susu Sekolah (PSS) yang diagihkan kepada murid yang berkelayakan mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 9. 21/6/2023 (Rabu) - Membuat pemerhatian program Bahasa Inggeris “Learn A Word Again” (LAWA). - Membuat pemerhatian Program Bimbingan Kaunseling. 10. 22/6/2023 (Khamis) - Menghadiri program bacaan Yasin. - Perjumpaan bersama guru-guru. - Temubual bersama wakil ibu bapa murid di SK Pendek. - Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan maklumat yang diperolehi. - Mendapatkan tandatangan untuk pengesahan kehadiran sepanjang PBS selama dua minggu. - Mendapatkan ulasan laporan perkembangan PBS sepanjang berlakunya PBS di SK Pendek. - Perjumpaan bersama barisan pentadbir sekolah untuk mengucapkan terima kasih kerana telah banyak membantu dan memberikan kerjasama sepanjang PBS.


3.2.1 LAMPIRAN LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS (11/6/2023) Ahad Perhimpunan mingguan (11/6/2023) Ahad Perhimpunan mingguan (12/6/2023) Isnin Temubual pengawal keselamatan (12/6/2023) Isnin Membuat pemerhatian suasana sekolah (13/6/2023) Selasa Program Bijak Sifir Matematik (12/6/2023) Isnin Program Susu Sekolah


(13/6/2023) Selasa Pelancaran Program Semarak Nilam (13/6/2023) Selasa Pelancaran Program Semarak Nilam (13/6/2023) Selasa Temubual bersama ketua kerani sekolah (13/6/2023) Selasa kelas 5 Jujur Bersama Cikgu Rusmawati (14/6/2023) Rabu program Bahasa Inggeris “Learn A Word Again” (LAWA) (14/6/2023) Rabu Temu bual Penolong Kanan Pentadbiran


(14/6/2023) Rabu Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform (14/6/2023) Rabu Temubual bersama guru panitia Bahasa Melayu (14/6/2023) Rabu Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform (14/6/2023) Rabu Latihan Hoki (15/6/2023) Khamis Bacaan Yasin (15/6/2023) Khamis Latihan Pra-Kebakaran


(15/6/2023) Khamis Temubual Penolong Kanan HEM (18/6/2023) Ahad Perhimpuan mingguan (18/6/2023) Ahad Kelas 6 Amanah Bersama Cikgu Sukri (19/6/2023) Isnin Membuat pemerhatian program Celik Bahasa (19/6/2023) Isnin Temubual bersama Penolong Kanan Kokurikulum (20/6/2023) Selasa Membuat pemerhatian program Bijak Sifir


(20/6/2023) Selasa Menyertai latihan kebakaran bersama BOMBA (20/6/2023) Selasa Temubual bersama murid tahun 6 Jujur (20/6/2023) Selasa Program Susu Sekolah (PSS) (21/6/2023) Rabu program Bahasa Inggeris “Learn A Word Again” (LAWA) (21/6/2023) Rabu Program Bimbingan Kaunseling (22/6/2023) Khamis Bacaan Yassin


(22/6/2023) Khamis Perjumpaan bersama guru-guru (22/6/2023) Khamis Temubual bersama wakil ibu bapa murid di SK Pendek


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Terdapat beberapa instrumen yang saya gunakan untuk mengumpulkan data yang mempunyai kaitan dengan tugasan saya sepanjang tempoh saya menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendek, Antaranya ialah pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Keempat-empat instrumen ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran saya mengumpulkan maklumat-maklumat penting dan diperlukan dalam tugasan ini. Cara ini dipilih berdasarkan kesesuaian saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. 4.1 PEMERHATIAN Setiap pemerhatian yang dilakukan mempunyai tujuan tertentu dan dibuat secara sistematik, mempunyai fokus dan mestilah dicatatkan dengan rapi. Oleh itu, saya banyak menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut, kawasan sekolah, kemudahan yang disediakan kepada murid, susana dalam bilik darjah, budaya yang diamalkan di sekolah dan interaksi guru dengan murid semasa PdP berlangsung bagi mengumpul maklumat yang diperlukan begitu juga interaksi murid dengan murid. Sepanjang sepuluh hari saya menjalani PBS, saya mendapati banyak maklumat yang saya perolehi mengenai cara mengurus dan mentadbir sesuatu sekolah. Pendek kata, pengurusan dan pentadbiran sekolah ini amat baik dan berjalan dengan lancar yang mana kesemua guru menunjukkan kerjasama yang baik dan mempunyai sikap tanggungjawab terhadap bidang tugas masing-masing. Selain itu, pemerhatian berkaitan dengan gaya pembelajaran yang wujud dalam bilik darjah. Malah kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dan gaya pembelajaran yang digunakan murid semasa proses PdP di dalam bilik darjah. Saya juga mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah adalah seimbang dan tidak membebankan guru dan murid sama sekali. Para guru di sekolah juga menerapkan budaya 3S dalam diri murid-murid iaitu senyum, sapa dan salam bagi membentuk sahsiah yang terpuji dan sikap hormat menghormati. Suasana sekolah yang ceria dan bersih juga didapati turut mempengaruhi perkembangan murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Pemerhatian juga dilakukan terhadap keadaan dan kemudahan infrastruktur sekolah. Kemudahan yang disediakan seperti bilik darjah, kantin, dewan, perpustakaan dan lain-lain lagi adalah selesa untuk semua murid, sesuai dengan keadaan sekolah yang menempatkan tidak terlalu ramai bilangan murid. Papan kenyataan yang dipenuhi dengan kata-kata ilmiah, nota bacaan dan hasil-hasil karya seni di setiap kawasan sekolah mahupun di papan kenyataan dalam kelas memberi manfaat sebagai saluran informasi kepada murid serta membantu murid untuk mengingati dengan mudah.


4.2 SENARAI SEMAK Instrumen senarai semak juga telah digunakan bagi mendapatkan maklumat atau data sekolah. Senarai semak ini juga telah dijadikan panduan dan sangat penting kepada saya agar dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. BIl. Perkara Ada Tiada 1. Pengurusan Sekolah • Carta organisasi Sekolah / • Takwim Sekolah / • Pelan Sekolah / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: • Surau / • Dewan / • Kantin / • Bilik Gimnasium / • Makmal Komputer / • Kedai Sekolah / • Bilik SPBT / • Bilik Muzik / • Gelanggang serbaguna / • Perpustakaan / • Bengkel RBT / • Padang / • Pondok / • Tandas / • Pondok Keselamatan / • Bilik Mesyuarat / • Bilik Kesihatan / • Bilik Makmal Sains / • Bilik Kaunseling / • Bilik Pemulihan / • Bilik Akses / • Bilik Guru / • Pejabat Sekolah / 2.2 Rukun Negara / 2.3 Visi dan Misi / 2.4 Bilik Darjah / • Sudut pembelajaran / • Kerusi dan meja (Guru dan Murid) / • Papan putih / • Papan Kenyataan / • Kipas dan Lampu / • LCD (skrin pemancar cahaya) / • Penyapu dan penyodok /


4.3 TEMU BUAL Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberikan, saya telah menjalankan satu sesi temu bual bersama dengan para guru. Melalui sesi ini, saya dapat mengumpul pelbagai maklumat dan data untuk saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Kerjasama yang diberikan oleh para guru amat membantu saya semasa sesi temubual dilakukan. Antara pihak yang terlibat untuk sesi temu bual ini ialah: 1. Penolong Kanan Pentadbiran 2. Penolong Kanan HEM 3. Penolong Kanan Kokurikulum 4. Guru Panitia Bahasa Melayu 5. Kerani sekolah 6. Pengawal keselamatan sekolah 7. Murid 8. Ibu bapa 4.4 SOAL SELIDIK Selain daripada ketiga-tiga instrumen di atas digunakan, saya juga telah menggunakan instrumen soal selidik dalam usaha untuk mengumpul maklumat dan data mengenai sekolah tersebut. Saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada para responden berpandukan tugasan yang diberikan. Resoponden adalah terdiri daripada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pendek. Kerjasama yang diberikan oleh mereka adalah sangat memberangsangkan dan mereka menjawab kesemua soalan tersebut dengan jujur. Kaedah ini digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut.


BORANG SOAL SELIDIK Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pendek NAMA : JAWATAN : 1. Adakah program akademik di bawah Unit Kurikulum dapat meningkatkan prestasi seorang murid? a) Ya b) Tidak c) Tidak pasti 2. Adakah murid di sekolah ini diberikan peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran berasaskan TMK? a) Ya b) Tidak c) Tidak pasti d) Kadang-kadang 3. Pada pendapat anda, adakah murid yang terlibat dengan sukan akan menjejaskan pembelajaran murid? a) Ya b) Tidak c) Tidak pasti 4. Bagaimanakah tahap masalah disiplin murid di sekolah ini? a) Baik b) Sederhana c) Tidak memuaskan d) Tidak pasti 5. Adakah kemudahan di sekolah mencukupi bagi murid dan guru untuk melancarkan proses PdP? a) Ya b) Tidak 6. Adakah sekolah ini mendapat sokongan daripada komuniti tempatan seperti Polis, Bomba, Klinik, Rukun Tetangga dan lain-lain? a) Ya b) Tidak c) Tidak pasti


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :14/6/2023 Masa : 10.00 a.m. Tajuk / Perkara : Pengurusan Pentadbiran Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Apakah skop tugas dan peranan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah? Peranan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran adalah sebagai penggerak bagi sesuatu program akademik dan menyalurkan sebarang input atau maklumat terkini kepada guru-guru di sekolah. • Apakah isu yang menjadi halangan kepada guru-guru sekolah khususnya ketika mengajar Bahasa Melayu? Isu yang dihadapi oleh guru-guru sekolah adalah rangkaian internet. Rangkaian internet di sekolah ini terlalu terhad dan tidak dapat digunakan di seluruh kawasan sekolah sedangkan PdPc sekarang memerlukan teknologi digital. Oleh sebab itu, segala aktiviti PdPc adalah secara lisan dan alat bantu mengajar sahaja. • Adakah sekolah ini mengaplikasikan TS25 dalam sistem PdP dan apakah matlamatnya? Ya, sekolah ini mengaplikasikan TS25 dan matlamatnya adalah dapat melahirkan guru yang berkualiti, memiliki idea yang bernas dan kemenjadian murid. • Apakah contoh program akademik yang dijalankan di sekolah dan adakah program ini mendapat sambutan dari pihak guru dan murid? Contoh program akademik yang dijalankan adalah program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). • Mempertingkatkan lagi rangkaian internet bagi membolehkan guru-guru mendapatkan maklumat tambahan serta bahan bantu mengajar yang lebih sistematik dan menarik. Tandatangan : Nama : Pn Hjh Rusnani binti Taib Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran SK Pendek


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :15/6/2023 Masa : 10.30 a.m. Tajuk / Perkara : Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Apakah contoh masalah disiplin murid di sekolah ini dan mengapa masalah ini berlaku? Terdapat murid membawa rokok elektrik/vape ke sekolah. Selain itu, masalah disiplin seperti murid nakal juga kebiasaannya berlaku di sekolah ini seperti ponteng kelas dan mencuri barang kawankawan mereka. Masalah ini berlaku kerana murid mudah terpengaruh dengan ibu bapa mereka sendiri contohnya terdapat ibu bapa yang merupakan bekas penagih dadah, ibu bapa yang tidak bekerja dan kurang memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. • Apakah tindakan terhadap murid yang bermasalah selain hukuman fizikal? Tindakannya adalah memberi amaran kepada murid-murid terlebih dahulu, memanggil ibu bapa mereka datang ke sekolah untuk perbincangan, kemudian digantung atau dibuang sekolah mengikut kesalahan yang dilakukan. • Bagaimana cara mengatasi masalah disiplin yang berlaku? Caranya adalah menyambut kedatangan murid di pintu pagar sekolah, memberikan hadiah dan sijil kepada murid yang kehadiran penuh, mengadakan program guru penyayang seperti sambutan hari jadi murid dan guru, dan mengadakan banyak aktiviti yang berkolaborasi dengan agensi luar kepada murid seperti latihan kebakaran bersama bomba, ceramah daripada pihak Polis Penghubung Sekolah (PPS) dan ceramah kesihatan dari pihak klinik kesihatan. Dengan cara ini dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah serta dapat memberikan kasih sayang dan perhatian kepada mereka sekaligus dapat mengurangkan masalah disiplin berlaku. • Pihak sekolah mengadakan satu program dengan kerjasama Pihak Kesihatan tentang bahayanya merokok atau menghisap vape. Ini akan memberi kesedaran kepada mereka bahawa merokok membahayakan kesihatan. • Pihak Unit Disiplin perlulah membuat pemeriksaan mengejut kepada semua murid bagi memastikan murid-murid tidak membawa barang terlarang ke sekolah.


• Apakah jenis bantuan yang diterima oleh murid? Contoh bantuan adalah Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M), Bantuan Geran Per Kapita (PCG), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Biasiswa Tengku Anis daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Bantuan daripada Petronas, Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia (RMT1M) dan Program Susu Sekolah (PSS). Tandatangan : Nama : Pn. Aniza binti Ismail Jawatan : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pendek


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19/6/2023 Masa : 11.00 a.m. Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Kokurikulum di SK Pendek Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Bagaimanakah pencapaian kokurikulum di sekolah? Pencapaian kokurikulum di sekolah ini amat memberangsangkan kerana permainan seperti hoki dan ping pong di sekolah ini dapat mencapai ke peringkat negeri Kelantan. Kejohanan Hoki bagi kategori lelaki dan perempuan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), SK Pendek telah dinobatkan sebagai naib juara. Kemudian, 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan di sekolah ini telah terpilih ke MSSK. Selain itu, pencapaian dari segi ko-akademik Bahasa Inggeris iaitu kategori Essay Writing dan Mini Documentary SK Pendek telah mendapat tempat keempat bagi peringkat kebangsaan. • Apakah aktiviti yang murid aktif dalam bidang kokurikulum? Murid-murid di sekolah ini boleh dikatakan aktif dalam kesemua aktiviti termasuk sukan dan ko-akademik tetapi sukan dan permainan lebih menonjol. • Adakah 1 murid 1 sukan ini masih dijalankan? Ya, 1 murid 1 sukan masih dijalankan di sekolah ini. Hal ini kerana, kita ingin melahirkan murid yang bukan sahaja aktif di dalam kelas malah turut aktif di atas padang. Setiap murid haruslah bermain sekurang-kurangnya 1 sukan kecuali yang menghidap penyakit yang merbahaya seperti lelah. • Adakah penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum memuaskan? - Pihak sekolah perlulah memperbanyakkan lagi penyertaan dalam kejohanan hoki dan ping pong di peringkat sekolah dan kejohanan terbuka. Dengan ini dapat melahirkan banyak lagi atlet yang mahir sehingga dapat menyertai pertandingan di peringkat negeri. Hal ini kerana, dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid-murid. - Pihak sekolah juga perlu mengimbangkan antara KoKurikulum dengan akademik murid-murid.


Ya, sangat memuaskan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peratus kehadiran pada hari Rabu sentiasa mendahului berbanding hari-hari lain. • Berapakah badan Unit Beruniform yang terdapat di sekolah ini? Di sekolah ini hanya terdapat 3 Unit Beruniform sahaja iaitu Pengangkap, Kadet Remaja Sekolah, dan Puteri Islam. Hal ini kerana, jumlah murid di sekolah ini sangat sedikit menyebabkan Unit Beruniform juga terhad. Tandatangan : Nama : Pn. Rohaya binti Muhammad Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :14/6/2023 Masa : 10.30 a.m. Tajuk / Perkara : Pengajaran guru Bahasa Melayu sepanjang berada di SK Pendek. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Berapa lamakah cikgu mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah ini? Cikgu telah mengajar subjek Bahasa Melayu di sini selama 31 tahun. • Adakah cikgu menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) di dalam kelas? Ya, setiap kali kelas cikgu akan bawa BBM ke kelas agar dapat menarik minat murid untuk belajar dan memudahkan murid untuk memahami apa yang diajar. • Apakah cabaran yang dihadapi semasa cikgu mengajar? Terdapat murid yang terlalu aktif sehinggakan sukar untuk dikawal. Selain itu, terdapat juga murid yang pendiam atau pasif menyebabkan sukar untuk dikenalpasti sama ada mereka memahami apa yang diajar atau tidak. Dalam pada itu, rangkaian internet juga merupakan cabaran yang dihadapi kerana guru tidak dapat mencari bahan tambahan untuk disampaikan kepada murid dalam PdP. • Adakah cikgu mengamalkan PAK21 di dalam kelas? Ya, kesemua guru pada zaman sekarang wajib mengamalkan PAK21 di dalam kelas. Sebagai contoh, mengadakan pembelajaran secara berkumpulan dan menyelesaikan sebarang tugasan bersama-sama. Melalui pembelajaran berkumpulan dapat memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, berfikir dan interpersonal - Guru perlu mempelbagaikan aktiviti semasa mengajar atau mempelbagaikan kaedah mengajar seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik seperti menayangkan video di hadapan kelas. Dengan ini guru dapat mengawal murid tersebut serta keadaan kelas. - Guru perlulah mengajak murid yang pendiam untuk sentiasa bergaul dengan rakan-rakan yang lain serta guru sentiasa bercakap dengannya dan guru juga bukan sahaja memberi tumpuan kepada murid yang pendiam sahaja malah guru perlu memberi tumpuan kepada semua murid di dalam kelas.


• Adakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan? Ya, pada setiap kali waktu akhir kelas. Tandatangan : Nama : Pn. Rusmawati binti Md Zain Jawatan : Guru Panitia Bahasa Melayu SK Pendek


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13/6/2023 Masa : 10.30 a.m. Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Pekerjaan Kerani Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Macam mana interaksi staf dengan guru dan murid di sekolah? Tiada sebarang masalah. Kesemua staf, guru dan murid berinteraksi dengan baik. • Adakah kelengkapan sekolah mencukupi? Ya, setakat ini kelengkapan sekolah masih lagi mencukupi dan tiada sebarang kerosakan yang berlaku. Oleh sebab itu, segala kerja yang ingin dilakukan tiada halangan. • Isu atau masalah yang dihadapi? Setakat ini keadaan masih lagi terkawal dan tiada isu atau masalah yang dihadapi sepanjang saya bekerja di sini. - Kerani perlu melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya. Tandatangan : Nama : Pn. Zailani binti Omar Jawatan : Ketua Kerani SK Pendek


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12/6/2023 Masa : 11.15.a.m. Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Pekerjaan Pengawal Keselamatan Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Berapa lama encik bekerja sebagai pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Pendek? Saya sudah bekerja di sini hampir 2 tahun. • Adakah encik bekerja mengikut syif? Ya, saya bekerja mengikut syif. Terdapat dua syif iaitu bermula pada pukul 8 pagi hingga 8 malam dan 8 malam hingga 8 pagi. Saya akan bergilir dengan rakan sejawat saya setiap minggu. • Adakah terdapat apa-apa kes yang tidak diingini berlaku sepanjang encik bertugas di sini? Setakat ini tiada apa-apa kes berat yang berlaku. • Selepas pandemik Covid-19 berlalu, adakah berlakunya perubahan SOP? Ya, terdapat perubahan SOP berlaku contohnya seperti kita tidak diwajibkan memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan imbas suhu juga tidak dilakukan. Prosedur yang digunakan oleh Pengawal Keselamatan SK Pendek jika berlaku kes yang tidak diingini -Pengawal keselamatan perlu melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu. -Pihak pengurusan sekolah akan mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini berulang kembali. Prosedur yang digunakan oleh Pengawal Keselamatan SK Pendek jika terdapat murid yang mengalami simptom Covid-19. -Pengawal keselamatan perlu mengasingkan murid yang mengalami simptom tersebut kemudian melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah. Tandatangan : Nama : Muhammad Hafizi bin Awang Jawatan : Pengawal keselamatan SK Pendek


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20/6/2023 Masa : 1.15 p.m Tajuk / Perkara : Suasana di sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Adakah anda berasa teruja untuk ke sekolah dan kenapa? Ya, saya sangat teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan dan terdapat banyak aktiviti atau program menarik yang dijalankan di sekolah ini. • Adakah suasana pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan? Ya, suasana pembelajaran di dalam kelas amat menyeronokkan kerana guru sentiasa membuat aktiviti di dalam kelas seperti permainan, pembentangan, dan lain-lain. • Adakah anda mempunyai guru kesayangan? Mengapa? Semestinya ada iaitu Cikgu Mahani iaitu guru kelas saya yang mengajar subjek bahasa Melayu. Saya suka guru tersebut kerana cara pengajarannya mudah untuk difahami, sangat baik dengan muridmurid, dan sentiasa melakukan aktiviti setiap kali mengajar. - Murid perlu bersemangat untuk ke sekolah untuk menuntut ilmu kerana ilmu adalah penyuluh kehidupan. - Guru-guru perlu peka terhadap murid yang tidak dapat mengikut pembelajaran dan menjadi lebih kreatif untuk menarik minat murid untuk terus belajar. Tandatangan : Nama : Muhammad Amirul Haziq bin Sukri Jawatan : Murid Tahun 6 Jujur


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22/6/2023 Masa : 12.20 p.m. Tajuk / Perkara : Penglibatan ibu bapa di SK Pendek Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Adakah penglibatan komuniti seperti ibu bapa aktif di sekolah ini? Penglibatan ibu bapa boleh dikatakan memuaskan pada mesyuarat PIBG yang diadakan baru-baru ini, Ramai juga ibu bapa yang turut hadir bagi memeriahkan lagi mesyuarat PIBG. Penglibatan bagi ibu bapa yang bekerja ini kurang sedikit kerana mereka sibuk bekerja dan kemungkinan tiada masa terluang untuk menghadiri mesyuarat manakala ibu bapa yang tidak bekerja ini boleh dikatakan ramai yang menyertai mesyuarat tersebut. • Apakah contoh program yang melibatkan ibu bapa di sekolah ini? Contoh program yang melibatkan ibu bapa adalah Program Gotong-royong Perdana yang mana penglibatan ibu bapa memuaskan. Setelah selesai gotong-royong pihak sekolah juga menyediakan sedikit jamuan kepada ibu bapa sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka untuk menjayakan program ini. Selain itu, Hari Sukan peringkat sekolah juga merupakan contoh program yang melibatkan ibu bapa. Oleh itu, pihak penganjur juga mengadakan permainan khas buat ibu bapa dan menyediakan hadiah kepada para pemenang. - Pihak sekolah hendaklah mempelbagaikan lagi program yang melibatkan ibu bapa di sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama ibu bapa dan guru-guru di sekolah.


Tandatangan : Nama : Pn. Wan Nordianawati bt.Wan Ismail Jawatan : Ibu murid tahun 3 SK Pendek


6.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU Terdapat beberapa ilmu pengetahuan baharu yang saya perolehi melalui instrumen-instrumen yang dibuat di Sekolah Kebangsaan Pendek. Antaranya ialah: 6.1 PEMERHATIAN Sepanjang menjalani program PBS fasa 1 di SK Pendek, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan baharu. Meskipun tempoh yang diberikan tidak begitu lama iaitu sepuluh hari sahaja, namun ia tidak menghalang saya bagi memperoleh ilmu pengetahuan baharu sebagai seorang guru pelatih yang mana saya juga akan berada di sekolah sebagai seorang guru pada masa akan datang. Pada pendapat saya, segala ilmu yang diperoleh sepanjang berada di SK Pendek amat penting kepada saya sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan sebenar sebagai seorang guru dan pastinya akan diingatai serta dipraktikkan oleh saya suatu hari nanti. Berdasarkan pemerhatian saya, dari segi disiplin murid di SK Pendek tiada sebarang masalah disiplin besar yang berlaku di sekolah ini dan tahap disiplin murid di sekolah ini sangat memuaskan. Walau bagaimanapun, jika terdapat murid yang menunjukkan masalah disiplin diri, guru-guru, unit disiplin serta PK HEM akan menanganinya dengan efisyen dan cekap supaya masalah tersebut tidak berlarutan demi kebaikan murid-murid serta sekolah. Selain itu, pemerhatian saya terhadap kelas-kelas mendapati bahawa papan kenyataan setiap kelas di sekolah diisi dengan maklumat dan info yang mencukupi bagi murid-murid seperti visi dan misi sekolah, maklumat bagi sesuatu topik bagi mata pelajaran terntentu, jadual tugasan, jadual kelas, maklumat murid dan maklumat-maklumat yang penting. Malah bagi papan kenyataan di bahagian belakang bilik darjah dilengkapi dengan maklumat-maklumat tentang topik-topik tertentu bagi sesuatu subjek dan hasil karya atau hasil kerja murid-murid dalam menyiapkan tugasan. Semasa membuat pemerhatian di dalam kelas juga, guru-guru di SK Pendek menerapkan elemen pembelajaran abad ke-21 semasa mengajar di mana guru bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada murid agar mereka dapat membina serta menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Akhir sekali, kebanyakan murid di SK Pendek menerapkan nilai murni hormatmenghormati antara satu sama lain sesama murid-murid malah mereka juga menghormati guru-guru yang terdapat di sekolah tersebut, dalam pada itu nilai hormat terhadap saya sebagai guru pelatih juga jelas ditonjolkan oleh murid-murid. Hal ini pastinya hasil didikan daripada para guru di SK Pendek. Selain itu, guru-guru di SK Pendek juga menunjukkan sikap yang prihatin dan mesra terhadap kami sepanjang program PBS 1 di sekolah tersebut. Kerjasama yang baik antara kami dan para guru juga dapat dihasilkan.


6.2 SENARAI SEMAK Seterusnya, saya juga telah belajar dengan mendalam tentang penggunaan senarai semak ini. Hal ini kerana, senarai semak sangat penting supaya saya tahu akan perkara yang perlu dilakukan bagi menyiapkan portfolio saya. Perkara ini secara tidak langsung akan menjadikan saya lebih positif semasa menganalisis kandungan portfolio saya kerana sifat disiplin yang diperlukan bagi menyiapkan portfolio ini. Sekiranya kita membuat portfolio ini dengan sambil lewa, sudah pasti akan ada perkara yang kurang jelas atau tidak lengkap. Senarai semak ini telah menjadikan saya seorang yang lebih teliti dan berdisiplin semasa menyiapkan dan menyusun isi kandungan satu per satu mengikut senarai semak. 6.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual digunakan bagi mengumpul maklumat disamping memperoleh pengetahuan baharu. Saya telah menemu bual beberapa responden yang dipilih seperti Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan KoKurikulum, guru panitia bahasa Melayu, pengawal keselamatan, ketua kerani, dan wakil ibu bapa. Seterusnya saya menemu bual seorang murid tahun 6 Jujur bagi mengetahui tentang gaya pembelajaran yang diamalkan olehnya, suasana sekolah serta sifat minat untuk datang ke sekolah. Hal ini secara tidak langsung membantu saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan warga sekolah kerana saya telah menemu bual pihak pentadbir, guru-guru, murid, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Sebagai seorang bakal pendidik, kemahiran berkomunikasi sangatlah penting untuk mendekatkan diri kita dengan murid dan pihak sekolah. Saya mendapat ilmu baharu iaitu saya perlu berjumpa dengan responden terlebih dahulu dan meminta izin untuk menemu bual sebelum mengadakan temu janji bagi menjalankan temu bual supaya tidak menggangu waktu responden. Saya juga perlu menggunakan kata-kata yang baik dan sopan semasa menemu bual.


7.0 REFLEKSI LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkaitan dengan tugasan para pentadbir, cara atau kaedah untuk menguruskan sekolah, cabaran yang dihadapi sepanjang menguruskan sekolah serta pencapaian sekolah mengikut unit masing-masing sepanjang khidmatnya. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Maklumat yang diberikan oleh mereka adalah sangat tepat dan padat. Maklumat yang disampaikan adalah sangat jelas malah, beliau telah memberikan contohcontoh yang bersesuaian, yang digunakan oleh dirinya sendiri untuk mengurus pentadbiran sekolah. 2.2 Kelemahan Kelemahan yang saya dapati adalah saya tidak dapat merekod dan mencatat dengan pantas mengenai input-input penting yang telah diberikan oleh beliau. Hal ini kerana, setiap perkara yang disampaikan adalah sangat banyak menyebabkan banyak tercicir maklumat penting 3. Cadangan Penambahbaikan Untuk menambahbaik dapatan temubual ini, saya mestilah mempelbagaikan kaedah dapatan kajian seperti merekod perbualan saya bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Dengan kaedah ini, sudah pasti tidak wujud keciciran maklumat-maklumat penting.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Menyertai kelas PdP Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh Cikgu Rusmawati dan melihatnya mengajar. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.2 Kekuatan - Dapat melihat suasana kelas semasa proses PdP berlangsung. - Guru dapat mengawal keadaan kelas dengan baik. - Murid sentiasa memberi respond terhadap soalan yang diajukan 2.2 Kelemahan - Terdapat sebilangan kecil murid yang pendiam dan sukar untuk berinteraksi dengan guru. 3. Cadangan Penambahbaikan - Guru perlu sentiasa berintaraksi dengan murid-murid supaya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid-murid. - Guru juga mestilah mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) supaya dapat mewujudkan suasana yang ceria dan murid dapat memahami dengan mudah apa yang dipelajari.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Mengadakan sesi temu bual bersama guru panitia bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Pendek. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Memperoleh maklumat tentang penggunaan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21). - Mengetahui tentang cabaran yang dihadapi untuk mengajar bahasa Melayu. - Menambah pengalaman menerusi temu bual yang dilaksanakan. 2.2 Kelemahan - Sesi temu bual tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana kesibukan guru untuk menguruskan sesuatu program pada hari tersebut. 3. Cadangan Penambahbaikan - Perlu membuat temu janji terlebih dahulu supaya tidak mengganggu guru untuk membuat pekerjaannya. - Merangka terlebih dahulu tentang soalan yang ingin ditanya kepada guru supaya proses temu bual berjalan dengan lancar.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Program Susu Sekolah (PSS) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Kesemua yang berkelayakan mendapat RMT dipilih dengan adil dan saksama mengikut kriteria. - Murid-murid yang kurang berkemampuan mendapat peluang menikmati susu yang berkhasiat dan makanan yang sempurna serta seimbang. 2.2 Kelemahan - Tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa yang mana mereka kurang cakna dalam memastikan anak mereka datang awal ke sekolah untuk mengambil makanan RMT yang disediakan. - Terdapat murid-murid yang cerewet dalam memilih menu makanan dan tidak minum susu menyebabkan berlakunya pembaziran. - Hanya murid yang menerima RMT berkelayakan untuk mendapatkan susu PSS. 3. Cadangan Penambahbaikan - Pihak sekolah perlu mengadakan ceramah berkaitan kebaikan mengambil makanan yang seimbang supaya mereka sedar tentang kepentingan makanan seimbang kepada mereka. Justeru, dapat mengelakkan masalah pembaziran makanan RMT. - Dapatkan sumbangan dan bantuan daripada pihak PIBG atau agensi luar supaya dapat membekalkan susu kepada murid-murid lain.


8.0 LAPORAN AKHIR Saya bersyukur ke hadrat illahi, kerana dengan izinnya saya dapat menjalani dan menghabiskan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa pertama ini selama sepuluh hari dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Pendek, Kelantan. Saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru. Program PBS yang dijalankan ini banyak membantu saya dan siswa pendidik untuk melihat serta mengalami sendiri cara pengurusan sekolah dan keadaan sekolah. Hal ini telah membantu untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya sebagai guru pelatih dengan pihak sekolah tersebut seperti yang dinyatakan dalam matlamat PBS. Tugasan ini merupakan tugasan yang wajib diselesaikan oleh setiap pelajar PISMP dan merupakan PBS fasa yang pertama. Sepanjang menjalankan PBS di sekolah tersebut, saya dikehendaki mendapatkan dan mengumpul maklumatmaklumat untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan melalui kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai semak. Semua warga sekolah tersebut telah banyak menghulurkan pertolongan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar saya mendapat maklumat yang diperlukan. Selain itu, saya juga dapat melihat kesungguhan para guru yang berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mewujudkan suasana kelas yang ceria serta dapat meningkatkan kefahaman murid di dalam kelas semasa proses PdP berlangsung. Guru-guru juga sentiasa bersemangat di dalam kelas semasa proses pembelajaran berlaku. Guru-guru di sini juga banyak membantu guru pelatih untuk membimbing dan memberikan maklumat tentang sekolah dan murid-murid dengan sangat baik. Saya juga dapat memerhati bahawa fasiliti atau prasarana sekolah seperti makmal komputer, makmal sains, bilik reka bentuk dan teknologi, dewan dan pusat sumber yang banyak memberi faedah kepada murid-murid. Prasarana yang terdapat ini membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kepada murid-murid dan menjadi tarikan kepada mereka untuk terus belajar. Hal ini kerana, mereka boleh mendapatkan maklumat tambahan semasa menggunakan kemudahan prasarana ini khususnya makmal komputer dan pusat sumber. Walaupun terdapat rangkaian internet yang terhad saya harap suatu hari nanti mereka dapat menggunakan kembali makmal komputer dengan baik serta fasiliti yang lain. Akhir sekali, PBS fasa 1 ini telah mendidik saya untuk menjadi lebih berani, bersosial, menepati masa dan sentiasa berusaha dalam menimba ilmu pengetahuan yang sedia ada. Saya juga telah belajar tentang kehidupan seorang pendidik dimana pada masa kini terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru-guru bagi memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini telah menunjukkan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang pendidik yang baik, teliti dan beribawa, namun sifat tekun dan kesungguhan perlu wujud dalam dalam diri saya untuk menjadi guru yang cemerlang. Oleh itu, saya akan


menyiapkan diri saya dengan elemen-elemen dan nasihat daripada guru-guru yang diberikan kepada saya untuk menjadi seorang pendidik yang baik.


9.0 LAMPIRAN 9.1 MAKLUMAT SEKOLAH LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN PENDEK,15100, KOTA BHARU, KELANTAN 2 No. Telefon Sekolah 09-7012866 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) LUAR BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah EN. WAN MOHD IKRAM BIN WAN ADIK 6 Nama PK Pentadbiran PN. HJH RUSNANI BINTI TAIB 7 Nama PK HEM PN. ANIZA BINTI ISMAIL 8 Nama PK Kokurikulum PN. ROHAYA BINTI MUHAMAD 9 Nama Penyelia Petang TIADA 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 6 Perempuan: 22 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 26 Bukan Siswazah: 2 13 Bilangan Kelas 12 14 Purata Saiz Kelas 23 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki 133 Perempuan 152 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Kelas-kelas disusun mengikut pembelajaran abad ke-21 Kelengkapan fasiliti sekolah Suasana sekolah yang ceria 285


PRASARANA/KEMUDAHAN SEKOLAH Gambar 1: Stor Sukan Gambar 2: Gelanggang Futsal Gambar 4: Surau sekolah Gambar 5: Bilik Operasi SPBT Sekolah Gambar 6: Pusat Sumber Sekolah Gambar 7: Bilik Sains Gambar 3: Parking Motor


Gambar 8: Tempat letak kenderaan Gambar 9: Makmal Komputer Gambar 12: Bangunan Sekolah Gambar 13: Taman Sekolah Gambar 10: Kedai Sekolah Gambar 11: Dewan Sentosa SK Pendek


Gambar 14: Kantin Sekolah Gambar 15: Pejabat Sekolah Gambar 16: Papan Kenyataan Gambar 17: Bilik Guru Gambar 18: Bilik J-Qaf Gambar 19: Bilik RBT


PELAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENDEK LENCANA SEKOLAH Gambar 20: Bilik Siaraya


CARTA ORGANISASI SEKOLAH VISI DAN MISI SEKOLAH


9.2 MAKLUMAT KURIKULUM CARTA ORGANISASI KURIKULUM VISI DAN MISI


9.3 MAKLUMAT HAL EHWAL MURID VISI DAN MISI 9.4 MAKLUMAT KOKURIKULUM CARTA ORGANISASI


VISI DAN MISI 9.5 MAKLUMAT KOMUNITI CARTA ORGANISASI PIBG TAHUN 2023


9.6 MAKLUMAT BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI Temu bual bersama wakil ibu bapa murid di SK Pendek. Info tentang TS25 Pencegahan Jenayah


Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah Program Celik Bahasa Program Bahasa Inggeris “Learn A Word Again” (LAWA) Latihan Hoki Bilik Darjah PAK-21 Program NILAM


Click to View FlipBook Version