ISTILAH SAINS TAHUN 5
KEMANDIRIAN SPESIES Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya
RANTAI MAKANAN Hubungan makanan antara hidupan
PENGELUAR Tumbuhan hijau yang membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis
PENGGUNA Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIBAHARUI Sumber tenaga yang tidak boleh dijana kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan
JERUMUN Sarang buaya yang diperbuat daripada lumpur dan tumbuhan kering
HIBERNASI Tidur yang panjang menyebabkan haiwan kurang aktif dan dapat mengurangkan rasa lapar
ALKALI Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru Tidak menukarkan warna kertas litmus biru Biasanya rasa pahit apabila dirasa dengan lidah
MIGRASI Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
PENCARAN Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya
BIASAN CAHAYA Cahaya yang membelok dari arah asal sinaran apabila melalui air
PANTULAN CAHAYA Cahaya melantun balik apabila mengena satu permukaan seperti cermin
JIRIM Objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa
LITAR BERSIRI Litar ini mempunyai satu laluan untuk tenaga elektrik mengalir. Mentol disusun bersebelahan antara satu dengan lain dalam laluan yang sama
LITAR SELARI Litar ini mempunyai dua atau lebih laluan untuk tenaga elektrik mengalir. Mentol disusun secara dalam laluan yang berlainan
ASID Menukarkan warna kertas litmus biru ke merah Tidak menukarkan warna kertas litmus merah Biasanya rasa masam apabila dirasa dengan lidah
NEUTRAL Tidak menukarkan warna kertas litmus merah atau biru.Biasanya rasa yang pelbagai, iaitu tawar, manis dan masin
SUHU Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
PUTARAN BUMI Putaran Bumi adalah dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam. Tempoh yang diambil untuk satu putaran lengkap ialah 24 jam atau satu hari
PEREDARAN BUMI Peredaran Bumi mengelilingi matahari adalah dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam. Tempoh yang diambil untuk satu peredaran ialah 365 hari
SEKIAN… TERIMA KASIH SELAMAT BELAJAR…