TARIKH 9 - 13 JULAI 2023 TEMPAT KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
Bismilahirahmannirahim Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin kurnia-Nya jua dapat kita bersamasama menjayakan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2023/2024. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan serta mewujudkan pelajar yang matang, maju dan berkeyakinan terhadap diri sendiri serta gagah menghadapi pelbagai cabaran dalam era millenium ini. Tuan/ puan yang dihormati sekalian, Program Matrikulasi merupakan program persediaan prauniversiti yang disediakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 1999 hasil keputusan Jemaah Menteri pada ketika itu. Bermula dengan kolej pertama di Kolej Matrikulasi Melaka, kini bilangan kolej matrikulasi sudah mencapai angka 15 buah Kolej Matrikulasi disamping terdapat dua Kolej MARA yang menawarkan Program Matrikulasi KPM iaitu di Kuala Nerang dan Kulim. Bagi memastikan kecemerlangan pelajar di Program Matrikulasi KPM, Bahagian Matrikulasi merencanakan pelbagai usaha agar pelajar mampu berdaya saing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Para pensyarah yang dilantik adalah dalam kalangan yang terbaik, pakar dalam bidang masing-masing dan berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Bagi membentuk modal insan cemerlang, saya menyeru semua pelajar baharu untuk mengikuti kaedah pembelajaran yang diterapkan sebaik mungkin, bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dirancang serta mempertingkatkan kemahiran insaniah yang diperlukan sebelum melangkah ke alam universiti. Seluruh warga matrikulasi sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan dan bimbingan kepada semua pelajar bagi memastikan Program Matrikulasi terus unggul dengan menjana pelajar berkualiti bagi mengikuti kursus-kursus kritikal di IPT. Program Matrikulasi KPM adalah pembekal utama pelajar ke IPT dalam bidang Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) dan Perakaunan untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama. Sehingga kini, Program KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KPM
Matrikulasi KPM telah melahirkan hampir 500,000 orang bekas pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi sehingga ke peringkat antarabangsa. Tuan/ Puan yang dihormati, Pengajian di Program Matrikulasi pada sesi 2023/2024 ini dilihat telah kembali seperti tahun sebelum pandemik di mana kita sekarang berada di fasa endemik dengan sistem pendidikan kita telah kembali seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, persiapan rapi oleh KPM dan Bahagian Matrikulasi telah diatur dengan menetapkan garis panduan yang bersesuaian bagi memastikan kelangsungan pembelajaran pelajar di semua kolej matrikulasi berjalan dengan lancar. Dengan ini, saya menyeru para pelajar, pensyarah dan ibu bapa untuk bersama-sama mengorak langkah mendidik generasi baharu yang mendambakan ilmu pengetahuan agar mampu menjadi barisan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu Program Matrikulasi KPM Sesi 2023/2024. Tetapkan tekad dan gandakan usaha, semoga impian anak pelajar untuk berjaya ke menara gading, dan memperoleh segulung ijazah akan tercapai. Jadilah permata yang bernilai untuk agama, bangsa dan negara. Selamat Datang ke Program Matrikulasi KPM. Wabillah hitaufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh DR. HAJAH SHARIFFAH SEBRAN JAMILA SYED IMAM b/p Pengarah Timbalan Pengarah Sektor Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.... Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang lalu. Malah kejayaan tersebut juga telah melayakkan anak-anak pelajar meneruskan pengajian ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelajar-pelajar sewajarnya berasa amat bertuah kerana terpilih daripada beribu-ribu calon yang memohon. Gunakanlah peluang yang diberi ini untuk membina jati diri sebagai seorang bakal graduan yang berkualiti bagi meneruskan pengajian di universiti pilihan nanti. Saya cukup berbangga kerana anak-anak pelajar menyahut cabaran kami untuk bersama-sama merintis kejayaan cemerlang pada masa hadapan dengan mendaftarkan diri sebagai salah seorang warga baharu Program Matrikulasi bagi tahun 2023. Insya Allah, kami akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri anak didik sebagai cendiakawan yang berketerampilan, berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mempunyai sifat kepimpinan terpuji. Program Matrikulasi merupakan satu program berprestij yang telah dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, KPM sejak tahun 1999. Sehingga kini, kami telah berjaya melahir dan membekalkan lebih daripada 40,000 pelajar bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang kepada institut pengajian tinggi sama ada di dalam mahupun di luar negara. Program Matrikulasi merupakan satu usaha yang sistematik untuk mencungkil dan memperkembangkan potensi pelajar lulusan SPM bukan sahaja dari segi intelek malah dari segi sahsiah, emosi, jasmani, sosial dan rohani. Anak-anak pelajar akan terus digilap dan dicernakan secara optimum supaya terus berada dalam kategori pelajar yang cemerlang. Kecemerlangan dalam akademik menjadi keutamaan kami dan akan diperkukuh lagi dengan kecemerlangan sahsiah. Seiring dengan pembelajaran abad ke-21 yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, interaksi digital dilihat sebagai medan yang penting untuk pelajar berdaya saing di peringkat global. Akhir kata, TAHNIAH sekali lagi dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua anak-anak pelajar baharu Program Matrikulasi KPM tahun 2023. Tetapkan tekad dan gandakan usaha, semoga impian anak-anak pelajar untuk berjaya ke menara gading, dan memperoleh segulung Ijazah akan tercapai sebaik menamatkan pengajian di Program Matrikulasi. KATA ALU-ALUAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
Wabilla hitaufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabararakatuh. MOHAMAD SALLEH AHMAD Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia
JADUAL MINGGU PENGURUSAN PELAJAR 2023/2024
Penasihat : Tn. Mohamad Salleh bin Ahmad Pengerusi : Tn. Mohd Junaidi bin Abd Aziz Timb. Pengerusi : Shamshul Sakinah binti Hamzah Naib Pengerusi : Azman bin Yusof : Mhd Sofiyuddin bin Salleh : Zaidi bin Zakaria Setiausaha 1 : Mohd Syafiq bin Ghazali Setiausaha 2 : Ros Fareeza binti Rosly Pen. Setiausaha : Yusnita binti Yusof Bendahari : Rohaizad bin Ibrahim JK Semakan Dokumen Pelajar : Melisa a/p Charles Benedict JK Pendaftaran : Mohd Norshammil Aizil bin Selamat JK Data & Rekod Pelajar : Khairunnisa Akmal binti Abdl Azid JK Dokumentasi & Fotografi : Marzita binti Ismail JK Cenderamata : Suhaila Hanim binti Shaari JK Kolej Kediaman & Penyerahan Kunci : Mohammad Amir bin Harun JK Pembantu Fasilitator : Rosmaniza binti Ibrahim JK Peralatan & Logistik : Abdul Baset bin Abdullah JK Persiapan Tempat : Aiman Fikri bin Jamaludin JK Siaraya : Harliyana binti Yahaya JK Lalulintas : Zamsyaril bin Halib JK Pengacaraan & Taklimat : Dr. Norrosni binti Shaari JAWATANKUASA KERJA MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2023/2024
JK LDK : Dr. Muhammad Sodbir bin Hamzah JK Kad Matrik : Hafizah binti Mubara JK Pengumpulan Dokumen : Pelajar Siti Fatimah binti Halim JK Penentuan Jurusan & : Modul Rosnani binti Che Ahmad JK Penyediaan Teks & Brosur : Program Vinarti binti Mahmud JK Pemantauan & : Penambahbaikan MPPB Irwan bin Mamat JK Majlis Ikrar Pelajar : Anita a/p Kanestion JK Majlis Perasmian Penutupan : MPPB Siti Munirah binti Mohamed JK Laman Web : Hasni binti Abdul Ghani JK Jadual Waktu : Izliyana binti Ismail JK Gerai Jualan : Dzul Bahar bin Ahmad JK Kewangan : Fuzlina Murni binti Pazail
Program Matrikulasi KPM telah diwujudkan pada awal tahun 1999. Ia merupakan program persediaan bagi pelajar lulusan SPM untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. Semua lulusan program matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017. *Rujuk fail PDF untuk Surat Pekeliling Kelayakan Sijil Matrikulasi (Lampiran fail PDF) https://drive.google.com/file/d/1KQyxHK1z-rShNyIufodHaWrepAxVzMQD/view?usp=sharing Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) mula dibina pada tahun 2001 di Mukim Temin, daerah Kubang Pasu, Kedah dengan keluasan kawasan sebanyak 76.8 ekar. Terletak satu km dari pekan Changlun di Jalan Changlun-Kodiang. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Mac 2003. Sesi pertama bermula pada 5 April 2003 dengan pengambilan pelajar seramai 1360 orang pelajar. Kolej Matrikulasi Kedah juga menerima pengiktirafan dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015. PENGENALAN PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
MOTO Kualiti Menjana Kecemerlangan VISI KMK pelaksana terunggul Program Matrikulasi di Malaysia MISI KMK beriltizam menyediakan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing untuk universiti di dalam dan luar negara melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kearah memenuhi aspirasi negara. MOTO, VISI, MISI & DASAR KUALITI DASAR KUALITI KMK beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti di dalam pengurusan hal ehwal akademik, pelajar dan pembangunan staf bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan system pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan secara berterusan.
1. Jurusan Sains: a) Sains Hayat b) Sains Fizikal c) Sains Komputer 2. Jurusan Perakaunan Mata Pelajaran Teras Dalam Program Matrikulasi KPM 1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi 5. Sains Komputer 6. Perakaunan 7. Ekonomi 8. Pengurusan Perniagaan Kursus Wajib dalam Program Matrikulasi KPM 1. Bahasa Inggeris 2. Pengajian Am Matrikulasi 3. Pendidikan Islam/Moral 4. Kokurikulum JURUSAN DALAM PROGRAM MATRIKULASI KPM DI KMK
MALAYSIA Semua Universiti Awam (UA) AUSTRALIA Australian National University University of Sydney Monash University University of Queensland University of Melbourne University of Adelaide University of New South Wales UNITED KINGDOM King’s College London University College London University of Bristol University of Manchester University of Birmingham University of Nottingham University of Sheffield NEW ZEALAND University of Auckland University of Canterbury University of Otago Lincoln University Massey University University of Waikato Victoria University of Wellington JEPUN University Kyoto PENGIKTIRAFAN PROGRAM MATRIKULASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
SDS SEM 1 (PSPM1) 2021/2022 2022/2023 PNGS I STATUS KMK % KMK % 4 L 405 26.1 339 34.3 3.50 - 3.99 762 49.1 482 48.8 3.00 - 3.49 355 22.9 146 14.8 2.50 - 2.99 27 1.7 19 1.9 2.00 - 2.49 2 0.1 1 0.1 1.50 - 1.99 G 0 0.0 0 0.0 1.00 - 1.49 0 0.0 0 0.0 0 - 0.99 0 0.0 0 0.0 JUMLAH 1551 100.0 987 100.0 % LULUS KMK 100.00 100.00 % LULUS BMKPM 99.99 100.00 MIN PNG KMK 3.67 3.74 MIN PNG BMKPM 3.68 3.72 PERAKAUAN (PSPM1) 2021/2022 2022/2023 PNGS I STATUS KMK % KMK % 4 L 168 29.9 122 43.7 3.50 - 3.99 258 46.0 133 47.7 3.00 - 3.49 121 21.6 20 7.2 2.50 - 2.99 14 2.5 4 1.4 2.00 - 2.49 0 0.0 0 0.0 1.50 - 1.99 G 0 0.0 0 0.0 1.00 - 1.49 0 0.0 0 0.0 0 - 0.99 0 0.0 0 0.0 JUMLAH 561 100.0 279 100.0 % LULUS KMK 100.00 100.00 % LULUS BMKPM 100.00 100.00 MIN PNG KMK 3.69 3.82 MIN PNG BMKPM 3.73 3.77 ANALISIS KEPUTUSAN PSPM PELAJAR
AKTIVITI PELAJAR KMK Minggu pengurusan pelajar baharu (MPPB) Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Watikah Pelantikan JPP, PRD & PAL Leaders Program Idea Bina Negara Kursus Keterampilan JPP Kembara Akademik & Kerjaya Minggu pengurusan pelajar baharu (MPPB)
AKTIVITI PELAJAR KMK Kursus Keterampilan JPP Kursus Kepemimpinan JPP Peringkat Kebangsaan Kem Remaja Sihat Harapan Negara Kursus Pemantapan Disiplin Program Kembara Ilmu & Penanda Aras ke KMPk Program Pemikiran Strategik :Minda Keselamatan Melalui Permainan Papan
AKTIVITI PELAJAR KMK Latihan Pengungsian (Fire Drill) Majlis Anugerah Pelajar PNGS 4.00 Hari Terbuka Heart Of KMK Ihya’ Ramadhan Bersama Yadim & Medic Mesir dan Iftar Perdana Matriculation STEM Comic Challenge (MASTECC) Kebangsaan Program Strategi Tepat Prestasi Meningkat
BLOK ASRAMA KAFETERIA DOBI KOMPLEKS SUKAN SERAMBI PELAJAR KOPERASI MESIN ATM POS MINI DEWAN MAHAWANGSA KEMUDAHAN DAN PRASARANA
DEWAN KULIAH BILIK TUTORAN PUSAT SUMBER MAKMAL SAINS MAKMAL KOMPUTER SMART CLASSROOM PRASARANA PdP
https://www.youtube.com/watch?v=6FzBIQCjqhs Allah selamat Sultan Mahkota Berpanjangan usia di atas Takhta Memelihara ugama Nabi kita Negeri Kedah serata-rata https://www.youtube.com/watch?v=6mXkM7zcPt4 Di sini lahirnya sebuah cita-cita Menjunjung misi negara tercinta Demi bangsa dan agama Menjadi harapan kita bersama... Kelahiranmu satu kemegahan Berbudi bahasa wadah kebangaan Nilai murni menjadi amalan Dihayati segenap lapisan... Sains teknologi menjadi sandaran Berilmu, bermaklumat dan berwawasan Pemangkin tingkatkan modal insan sahut cabaran Dunia tanpa sempadan... Kolej Matrikulasi Kedah Perjuangkan bangsa bermaruah Jati diri hadapi saingan Kualiti Menjana Kecemerlangan... Sains teknologi menjadi sandaran Berilmu, bermaklumat dan berwawasan Pemangkin tingkatkan modal insan sahut cabaran Dunia tanpa sempadan... https://www.youtube.com/watch?v=5rGvOU60OP4 (Klik link untuk melihat profil kolej)
SOALAN 1 Bilakah Program Matrikulasi KPM ditubuhkan dan apakah keistimewaannya? JAWAPAN 1 Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah: a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan. c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017). d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar. e) Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi.
*Rujuk fail PDF untuk soalan-soalan lain (Soalan 1-46) (Lampiran Fail PDF) https://drive.google.com/file/d/16rgW6hEAZgbH8q3NLdZUOcbk7Rkwo q0z/view?usp=drive_link 04-9286100 04-9242186 www.kmk.matrik.edu.my [email protected] Kolej Matrikulasi Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia 06010 Changlun, Kedah. SOALAN LAZIM HUBUNGI KAMI