The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sue_ss, 2021-03-12 08:15:08

HANG JEBAT DAN TUN FATIMAH

HANG JEBAT DAN TUN FATIMAH

HANG JEBAT
DAN

TUN FATIMAH

Norziana

© BRAINMAX ENTERPRISE

BRAINMAX ENTERPRISE
No. 39, Jalan 5/149G
Taman Sri Endah
57000 Sri Petaling
Kuala Lumpur
Tel : +603-9057 7982

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku
ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang
boleh dipergunakan lagi atau diubahsuai dalam sebarang
bentuk atau cara, sama ada secara elektronik, mekanikal,
penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada penerbit.

© BRAINMAX ENTERPRISE
Cetakan pertama 2009

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-
dalam-Penerbitan

Norziana
Hang Jebat dan Tun Fatimah / Norziana.
(Siri bacaan Program Nilam)
ISBN 978-967-5187-25-4 (set)
ISBN 978-967-5187-27-8
1. Malay fiction. I. Judul. II. Siri.
899.2333

SETELAH lama dalam perjalanan,
akhirnya Hang Jebat tiba di Negeri
Pahang Riau. Setelah merayau-
rayau di sebuah pekan, masuklah Hang
Jebat di sebuah kedai. Di kedai itu Hang
Jebat telah bertemu dengan seorang
lelaki. Lelaki itu merupakan pemilik kedai
menjual barangan berbentuk lukisan dan
arca kayu.

“Apakah barang yang ingin tuan
hamba beli dari kedai hamba ini?” tanya
pemilik kedai yang bernama Tepok itu

“Oh, hamba sekadar melihat-lihat
saja,” ujar Hang Jebat. “Memang cantik
arca dan lukisan di kedai tuan hamba ini.”

“Terima kasih!” balas Tepok. “Err,
boleh hamba bertanya lagi?”

arca - patung yang menyerupai orang atau sesuatu

1

2

“Hmm, silakan! Tanyalah apa saja
yang tuan hamba mahu tahu dari
hamba,” ujar Hang Jebat.

“Maafkan hamba jika soalan hamba
ini tidak menyenangkan hati tuan
hamba.”

“Ya, kenapa? Apakah soalan yang
hendak tuan hamba tanyakan itu?”
tanya Hang Jebat sambil tersenyum
mesra.

“Tubuh tuan hamba ini sangat tegap
dan pagan. Hamba rasa, tuan hamba ini
seorang pendekar yang handal,” ujar
Tepok ingin akan kepastian.

“Memang hamba seorang pendekar
tetapi tidaklah sehandal mana,” jawab
Hang Jebat merendah diri sambil
matanya memandang ke sekeliling kedai

pagan - kuat
pendekar - orang yang pandai bersilat, pahlawan

3

4

Tepok. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah
lukisan seorang lelaki yang badannya
kurus melidi.

“Siapakah yang melukis gambar
lelaki kurus itu?” tanya Hang Jebat sam-
bil menudingkan jarinya ke arah lukisan
tersebut.

“Oh, gambar lelaki itu dilukis oleh
seorang pelukis tua,” ujar Tepok.

“Cantik tetapi kenapa dia melukis
gambar seorang lelaki yang kurus
kedengking begitu? Kenapa dia tak
lukis lelaki yang kacak, segak dan tegap
macam hamba?” soal Hang Jebat lagi.

Tepok tersenyum kecil.

“Kenapa tuan hamba tersenyum
pula?” tanya Hang Jebat.

melidi - badan yang kurus
kedengking - terlalu kurus

5

“Tuan hamba janganlah menghina
lelaki kurus di dalam gambar itu.
Sebenarnya, dia ialah sultan negeri ini.
Namanya Sultan Zainal Abidin Shah,”
ujar Tepok.

“Sultan Zainal Abidin Shah? Sultan
negeri ini?” Hang Jebat segera melo-
pong. “Kenapa badannya terlalu kurus?
Barangkali dia tak cukup makan atau
kurang membuat latihan, sebab itulah
badannya begitu. Kalau mahukan badan
tegap macam hamba, seseorang itu
mesti selalu mengadakan latihan jas-
mani seperti angkat berat, berlari, berse-
nam, dan melompat. Mungkin sultan
negeri ini pemalas agaknya.”

“Jangan cakap sembarangan orang
muda!” balas Tepok seolah-olah meng-
ingatkan. “Kalau didengar dek pengawal

melopong - mulut ternganga

6

istana, tentu tuan hamba akan dihukum
pancung.”

“Oh maafkan hamba!” ujar Hang
Jebat menyedari kelancangan mulut-
nya. “Hamba bukan berniat nak meng-
hina sultan negeri ini. Sebenarnya,
hamba berkata perkara yang benar.”

“Tak apalah! Lain kali tuan hamba
jangan cakap begitu lagi,” balas Tepok.
“Walaupun Sultan Zainal Abidin Shah
kurus, tetapi baginda mempunyai se-
orang puteri yang sangat jelita. Nama-
nya Tun Fatimah,” tambahnya lagi sambil
tersenyum bangga.

“Tun Fatimah?” sekali lagi mulut
Hang Jebat melopong.

“Ya, itulah nama puteri baginda.
Orangnya sangat cantik tiada tolok

kelancangan - celupar, biadap

7

8

bandingnya,” balas Tepok lagi.

Hang Jebat terdiam sambil mem-
bayangkan kejelitaan wajah Tun Fatimah
sebagaimana yang dikatakan oleh
pekedai itu tadi.

“Apa yang tuan hamba menungkan
tu?” tiba-tiba Tepok bertanya lagi.

“Errrr, tak ada apa-apa!” ujar Hang
Jebat.

“Takkan tak ada apa-apa!” balas
Tepok. “Barangkali tuan hamba sedang
membayangkan kejelitaan wajah Tun
Fatimah agaknya!” duga Tepok lagi.

“Eh, bagaimana tuan hamba tahu
yang hamba sedang memikirkan ten-
tang kejelitaan Tun Fatimah itu? Barang-
kali tuan hamba ini ahli nujum?” soal
Hang Jebat.

ahli nujum - orang yang pandai meramal sesuatu

9

“Tidak! Hamba sekadar menduga
saja,” balas Tepok sambil tersenyum.

“Err, adakah puteri itu juga kurus
macam ayahandanya juga?” soal Hang
Jebat tiba-tiba.

“Entahlah! Hamba tak tahu!” jawab
Tepok.

“Kalau tak tahu bagaimana tuan
hamba tahu pula yang wajahnya cantik
dan jelita?”

“Hamba dengar cakap orang saja,”
jawab Tepok.

Hang Jebat menggeleng-gelengkan
kepalanya. “Barangkali puteri itu juga
kurus kedengking macam ayahandanya
juga!” ujar Hang Jebat lagi.

“Kalau tuan hamba nak tahu, tuan
hamba pergilah ke istana,” usul Tepok.

10

“Hmm, bagus juga cadangan tuan
hamba itu,” ujar Hang Jebat sambil
tersenyum. “Tetapi bolehkah hamba
pergi ke istana?”

“Boleh!” jawab Tepok. “Tuan hamba
mestilah mempunyai alasan yang baik
untuk ke sana. Tuan hamba boleh men-
cabar pendekar-pendekar yang ada di
istana supaya beradu ketangkasan
bermain senjata dengan tuan hamba.
Waktu itu hamba pasti tuan hamba
dapat melihat Tun Fatimah.”

“Cadangan tuan hamba itu memang
bagus tetapi biarlah hamba fikirkan
dahulu,” jawab Hang Jebat.

Kemudian, Hang Jebat pun mening-
galkan kedai Tepok. Setelah menge-
maskan barang-barangnya, dia pun
pulang ke Bandar Melaka. Sebaik-baik

beradu - bertanding
ketangkasan - kepantasan, kecekapan

11

sahaja tiba di desanya, dengan segera
Hang Jebat mengutuskan sepucuk surat
ke istana Sultan Zainal Abidin Shah,
Sultan Negeri Pahang Riau. Isi surat itu
meminta supaya baginda sultan menye-
diakan pendekar yang paling handal
dalam negeri itu untuk mengadu
ketangkasan bermain senjata dan pen-
cak silat dengannya.

Beberapa hari kemudian, Hang
Jebat menerima surat balas dari istana
Sultan Zainal Abidin Shah. Baginda
menerima pelawaan tersebut. Baginda
juga telah menetapkan tarikh per-
lawanan itu diadakan.

Pada hari yang ditetapkan, Hang
Jebat pergi ke istana Sultan Zainal
Abidin Shah di Negeri Pahang Riau
untuk menunaikan cabarannya. Sewaktu
dia tiba, orang ramai sudah memenuhi

pencak - kepandaian mempertahankan diri

12

gelanggang - tempat pertarungan
13

gelanggang silat di hadapan balairung
seri. Baginda Sultan Zainal Abidin Shah
bersama-sama Tun Fatimah juga turut
menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebaik-baik sahaja tiba di gelang-
gang silat itu, Hang Jebat pun mem-
perkenalkan dirinya kepada Sultan
Zainal Abidin Shah. Selepas itu, Sultan
Zainal Abidin Shah pula memperkenal-
kan Hang Jebat kepada Tun Fatimah,
pembesar negeri, hulubalang istana dan
juga pendekar yang bakal menen-
tangnya, iaitu Pendekar Hang Perkasa.
Hang Jebat mendapati memang benar
tubuh Sultan Zainal Abidin Shah kurus
kedengking tetapi tubuh Tun Fatimah
sangat ramping.

Tidak lama kemudian, perlawanan
pun dimulakan. Hang Jebat dan

gelanggang - tempat pertarungan
ramping - bahagian pinggang yang kecil

14

Pendekar Hang Perkasa masuk ke dalam
gelanggang silat untuk mempamerkan
kehandalan masing-masing. Di dalam
perlawanan itu ternyatalah Hang Jebat
lebih handal. Tanpa menggunakan
sebarang senjata dia mampu mengalah-
kan Pendekar Hang Perkasa yang meng-
gunakan sebilah keris lok tujuh.

Baginda Sultan Zainal Abidin Shah
dan Tun Fatimah sangat kagum akan
kehandalan dan ketangkasan Hang
Jebat mempertahankan dirinya dari-
pada serangan Pendekar Hang Perkasa.
Dengan kemenangan tersebut Hang
Jebat telah dilantik menjadi Ketua
Panglima oleh Sultan Zainal Abidin
Shah. Namun Hang Jebat telah menolak
pelantikan tersebut.

“Kenapa kamu menolak pelantikan

lok - kelok atau liku pada mata keris

15

16

itu, Hang Jebat? Bukankah inilah
kedudukan yang paling diinginkan oleh
semua orang di dalam dunia ini?” tanya
Sultan Zainal Abidin Shah kehairanan.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun.
Sembah patik harap diampun!” ujar
Hang Jebat sambil menjunjung duli.
“Patik boleh menerima pelantikan
tuanku itu tetapi dengan satu syarat!”

“Apakah syaratnya wahai pendekar
yang handal?” tanya Sultan Zainal
Abidin Shah.

“Sebelum patik menerima pelan-
tikan tuanku, izinkan patik mengahwini
puteri tuanku iaitu Tun Fatimah,” ujar
Hang Jebat dengan beraninya.

Sultan Zainal Abidin Shah terkedu
dengan syarat tersebut. Terkelip-kelip
matanya memandang wajah Tun Fatimah

17

di sisinya. “Apa kata anakanda dengan
syarat tersebut?” tanya baginda kepada
Tun Fatimah.

“Anakanda menurut apa saja kepu-
tusan ayahanda tapi ayahanda tanyalah
pendekar itu kenapa dia meletakkan
syarat begitu? Kenapa dia tidak meneri-
ma saja pelantikan itu tanpa berkahwin
dengan anakanda?” ujar Tun Fatimah.

Sultan Zainal Abidin Shah meng-
angguk-anggukkan kepala tanda ber-
setuju dengan pendapat Tun Fatimah.

“Wahai pendekar yang handal! Sila
jelaskan kenapa kamu mahu berkahwin
dengan anakanda beta dan kenapa
kamu tak mahu menerima pelantikan ini
sebelum berkahwin?”

“Ampun tuanku!” ujar Hang Jebat.
“Tujuan patik mencabar dan menyertai
pertandingan ini adalah semata-mata

18

19

untuk menguji tahap ketangkasan yang
dimiliki oleh pendekar di negeri ini saja.
Patik ingin tahu sejauh manakah kehan-
dalan dan ketangkasan mereka supaya
dapat menjaga keselamatan diri tuanku
dan puteri tuanku serta kerajaan ini dari-
pada ancaman musuh. Sekarang patik
sudah tahu bahawa pendekar yang
tuanku miliki tidak berapa handal dan
mudah dikalahkan. Jadi, jika patik dikah-
winkan dengan Tun Fatimah, dapatlah
patik menjaga keselamatannya setiap
masa. Patik juga dapat menjaga kesela-
matan diri tuanku dan kerajaan tuanku
ini sepanjang masa daripada sebarang
ancaman musuh,” jelas Hang Jebat pan-
jang lebar.

Sultan Zainal Abidin Shah
memikirkan tentang jawapan Hang
Jebat itu. Apa yang dikatakan oleh Hang
Jebat benar belaka. Baginda juga
berasa tidak rugi jika mengambil Hang

20

21

Jebat sebagai menantu kerana pen-
dekar itu sangat handal dan mampu
menjaga keselamatan Tun Fatimah dari-
pada sebarang ancaman. Hang Jebat
juga mampu menjaga keselamatan
baginda dan juga kerajaan baginda
dengan kehandalan yang dimilikinya.

“Bagaimana pendapat tuanku?”
tanya Hang Jebat.

“Beta bersetuju dengan permintaan
kamu itu,” ujar Sultan Zainal Abidin Shah
sambil tersenyum.

“Bagaimana dengan anakanda
tuanku Tun Fatimah? Adakah baginda
juga bersetuju berkahwin dengan patik?”
tanya Hang Jebat lagi.

“Beta bersetuju berkahwin dengan
kamu,” jawab Tun Fatimah.

22


Click to View FlipBook Version