The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzafirah, 2023-09-19 03:30:11

KATALOG PENERBIT CARTOON 2023

KATALOG PENERBIT CARTOON 2023

ISBN 978-967-2423-02-7 25 TAHUN JUBLI PERAK KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA 22 TAHUN PENUBUHAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA SUK MELAKA ZAMAN MILENIA 2000-2018 RM 70.00 ISBN 978-967-12078-8-8 ISBN 978-967-12078-8-8 RM 70.00 RM 70.00


SEJARAH MELAYU (SULALATUS SALATIN) CATATAN PERJALANAN : PERADABAN DAN MASYARAKAT ISLAM DI CHINA Sinopsis Synopsis “Hubaya-hubaya, dengarlah olehmu hai segala orang Melayu, barang siapa yang mendapat kitab (SEJARAH MELAYU) ini, maka janganlah engkau tolakkan atau engkau bantahi akan kitab yang serupa ini, kerana rupanya terlalu lain daripada yang engkau biasa melihat dan membaca. . . supaya bertambah-tambahlah akalnya dan ilmunya” (Abdullah Munsyi bin Abdul Kadir Munsyi, 1831). “This work, commonly known as THE MALAY ANNALS, is the most famous, distinctive and best of all Malay literary works” (Sir Richard Winstedt, 1969). “lt is not accidental that the SEJARAH MELAYU…is the most studied work written in the Malay language”. (K. S. Sandhu dan Paul Wheatley, 1983). “SEJARAH MELAYU, karya sejarah teragung dalam kesusasteraan klasik Melayu” (Teuku lskandar, 1995) . “. . karya ini amat penting bagi bangsa yang menjadi pokok persoalan dan sejarahnya, iaitu bangsa Melayu . . Antara karya yang terbesar di dunia. . dalam seluruh sastera Melayu, SULALAT AL-SALATINlah contoh terbaik, bahasa klasik yang canggih, luwes dan serba upaya. . ” (Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara, 1997). Buku ini merupakan lakaran pengalaman penulis mengenai catatan perjalanan atau travelogue mengenai sejarah peradaban dan masyarakat Islam di negara China. Perkara yang disentuh oleh penulis adalah mengenai keislaman di negara tersebut. Antara perkara-perkara menarik yang telah dirungkai oleh penulis adalah berkaitan dengan sejarah, tamadun, seni bina, tokoh, etnik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang dikaitkan dengan akar umbi sejarah peradaban Islam di negara tersebut iaitu sekitar abad ke-7 Masihi lagi. Buku ini memberikan gambaran dengan lebih jelas kepada pembaca untuk mengetahui dengan lebih meluas berkaitan dengan sejarah peradaban Islam, warisan atau peninggalan dalam berbagai bentuk artifak, kesan-kesan ketamadunan Islam dalam bentuk peralatan dan teknologi. Selain daripada itu juga, telah dikupas secara terperinci tokoh-tokoh yang banyak berjasa dalam proses pengembangan dan pembangunan Islam di negara China. Penulis juga membawa pembaca untuk sama-sama menghayati sisi-sisi kreativiti dan keindahan seni bina Islam yang telah wujud sejak zaman awal pengislaman di negara China selain daripada memahami budaya dan tradisi kumpulan minoriti umat Islam, etnik, budaya pemakanan dan sebagainya. Diselenggara oleh : Dr. Muhammad Yusoff Hashim ISBN 978-967-12078-5-7 Penulis oleh : Mohd Taib Haji Dora ISBN 978-967-15791-5-2 RM 45.00 RM 45.00 Sinopsis Synopsis


HUBUNGAN LUAR MALAYSIA BRITAIN ERA DR. MAHATHIR MOHAMAD 70 TAHUN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Sinopsis Synopsis Sinopsis Synopsis Ramai sarjana telah melakukan kajian tentang Dr. Mahathir Mohamad sama ada dalam negara mahupun luar negara. Banyak kajian dan penulisan menenai tokoh ini berkaitan pelbagai isu tetapi kurang memberi fokus dalam aspek hubungan luar Malaysia dengan Britain. Oleh itu, buku ini menghuraikan aspek hubungan luar Malaysia dengan Britain sekitar tahun 1981 hingga 1990 ketika era pentadbirannya dengan menumpukan beberapa isu yang melibatkan keduadua negara. Dr. Mahathir sudah tidak asing lagi di peringkat antarabangsa sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara mengkritik negara-negara Barat sehingga mereka melabelkan beliau sebagai anti-Barat. Bagi Malaysia, beliau adalah seorang pemimpin yang berbeza berbanding pemimpin terdahulu yang dilihat mempunyai tahap kebergantungan yang lebih tinggi terhadap Britain. Beliau juga mempunyai pandangan yang begitu kritis terhadap dunia Barat. Buku ini dibahagikan kepada lima bab, bermula dengan bab pertama bertajuk Buy British Last. Bab kedua memaparkan pengambilalihan Syarikat Guthrie. Seterusnya buku ini turut memaparkan tindakan Dr. Mahathir yang mengubah paradigma Malaysia ke Timur dalam bab ketiga bertajuk Pelaksanaan dan Implikasi Dasar Pandang ke Timur. Beberapa aspek penting yang melibatkan Britain secara tidak langsung tetapi memberi impak besar terhadap hubungan bilateral kedua-dua negara terkandung dalam bab keempat bertajuk Peranan Mahathir dalam Mencorakkan Hala Tuju Malaysia Terhadap Komanwel. Turut disentuh, Mahathir dan Dasar Apartheid dalam bab kelima di Afrika Selatan. 70 Tahun Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dapat disiapkan. Saya bagi pihak Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyelidik yang sudi berkongsi tulisan mereka bagi menjana perspektif akademik yang dapat memberi lakaran kewujudan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak KUIM yang memberi ruang penerbitkan buku ini. Harapan cetusan idea yang terhasil daripada artikel di jangka mampu menyebarkan pengetahuan yang berguna kepada seluruh lapisan masyakat dan juga diharap dapat memberi pencerahan kepada persoalan kewujudan Persekutuan Tanah Melayu serta menjadi rujukan generasi akan datang. Bab 1 memaparkan usaha pihak Inggeris menubuhkan Malayan Union. Bab 2 pula mengisahkan bagaimana pihak Inggeris mendapatkan persetujuan dari Raja-raja Melayu untuk menubuhkan Malayan Union dan telah membawa kepada penentangan oleh orang Melayu yang akhirnya penubuhan United Malays National Organisation (UMNO). Bab 3 reaksi masyarakat bukan Melayu terhadap penubuhan Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Kemuncak daripada rancangan penubuhan Malayan Union telah membawa kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 turut dihasilkan dalam Bab 4. Buku ini juga tidak melupakan perspektif dari sudut agama Islam yang dipaparkan dalam Bab 5. Bab 6 ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali membincangkan peranan Raja-raja Melayu sebelum, selepas penubuhan Malayan Union dan terbentuknya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Penulis oleh : Mohd Affendi Hj. Daud, Abd. Aziz A’zmi, Mohd Sufiean Hassan ISBN 978-967-15791-6-9 RM 28.00 Penulis oleh : Mohd Affendi Hj. Daud ISBN 978-967-17258-0-1 RM 28.00


Penulis oleh : Mohd Affendi Hj. Daud, Abd. Aziz A’zmi, Mohd Sufiean Hassan ISBN 978-967-2423-00-3 KEMELUT POLITIK AWAL TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 1957 - 1988 Sinopsis Synopsis Mengisahkan kehidupan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berasal bukan daripada golongan bangsawan atau aristokrat. Sebelum beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah dari keturunan aristokrat dan berpendidikan di London dalam jurusan undang-undang. Beliau diberi peluang untuk bertanding dan menang di kerusi parlimen Kota Setar Selatan, Kedah pada pilihan raya tahun 1964. Kemenangan ini tidak menjamin kedudukan beliau dalam parti UMNO. Pilihan raya pada tahun 1969 merupakan kejutan kepada karier politik beliau sebagai seorang ahli politik. Tewas dalam pilihan raya 1969, Dr. Mahathir telah mengkritik Tunku Abdul Rahman kerana tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran beliau. Tindakan disiplin terhadap Dr. Mahathir diambil dengan memecat beliau sebagai ahIi UMNO. Karier politik beliau terhenti seketika dan tersisih daripada UMNO. Kesempatan ini telah memberi ruang untuk Dr. Mahathir menulis sebuah buku bertajuk ‘Malay Dilemma’. Desakan terus berlaku supaya Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya Tunku mengambil keputusan meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak telah membuka pintu kepada Dr. Mahathir untuk kembali ke pangkuan UMNO dan bermula semula karier politik Dr. Mahathir. Seterusnya beliau menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan politik. Buku ini memaparkan pahit getir beliau melalui cabaran dan liku politik awal dalam mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat. RM 28.00 Penyunting oleh : Mohd Sufiean Hassan, Mohd Fadzil Mohd Idris, Siti Aishah Yahya ISBN 978-967-12078-7-1 ISU DAN CABARAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI MALAYSIA Sinopsis Synopsis Senario isu kekeluargaan islam Malaysia kini sedang mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Tuntutan keperluan hidup seharian dan tekanan bebanan menuntut kesabaran dan kefahaman yang tinggi dalam berkeluarga. Untuk mendalami dan menyelami masalah dan isu yang mendepani masyarakat dewasa ini Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Majlis Profesor Malaysia (MPN) mengambil inisiatif khususnya membincangkan dan menilai isu dan cabaran institusi dan sistem kekeluargaan Islam di Malaysia dengan menganjurkan program Dialog Isu dan Cabaran Institusi Kekeluargaan Islam Di Malaysia. Program dialog ini telah diterajui oleh KUIM dan MPN dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). KUIM yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta Milik Penuh Kerajaan Negeri Melaka telah diberikan peranan untuk menganjurkan program dialog ini khususnya untuk mendapatkan input dari para sarjana dan pihak yang terlibat secara langsung dalam menangani masalah kekeluargaan. RM 28.00


Penulis oleh : Abdul Mutalib Mohamed Azim, Mohd Sufiean Hassan ISBN 978-967-2423-05-8 Penulis oleh : Shahrina Romli, Taufiq A. Rashid, Mohd Sabree Nasri ISBN 978-967-2423-01-0 KAJIAN KUANTITATIF MENGGUNAKAN PERISIAN SPSS AMOS ISU - ISU PERUNDANGAN KELUARGA DI MALAYSIA Sinopsis Synopsis Sinopsis Synopsis Buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar atau penyelidik yang ingin menggunakan perisian AMOS sebagai alat untuk menganalisis data. Mungkin ramai antara pelajar mahupun penyelidik telah membelanjakan wang yang banyak bagi menghadiri pelbagai kursus atau bengkel analisis data, namun masih belum sepenuhnya memahami kaedah menganalisis data menggunakan AMOS. Buku ini sebagai panduan tambahan bagi memahami dengan lebih terperinci cara menganalisis data menggunakan perisian ini. Buku ini memberi penjelasan daripada mula pengenalan simbol-simbol sehinggalah membina Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modeling – SEM). Jika dilihat keseluruhan buku ini, terdapat banyak rajah atau gambar yang menunjukkan dengan terperinci langkah demi langkah untuk menjalankan analisis. Rajah atau gambar dalam buku ini telah ditangkap layar dari perisian SPSS AMOS bagi memudahkan pembaca untuk mendapatkan gambaran jelas. Kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada International Business Machines Corporation (IBM) Armonk, New York, yang telah memberikan keizinan menerbitkan dan menggunakan tangkap layar sistem perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan IBM SPSS Analysis of Moment Structures (AMOS). Oleh kerana perisian ini dalam Bahasa Inggeris, terjemahan istilah beberapa perkataan telah dilakukan ke dalam Bahasa Malaysia. Namun begitu, beberapa perkataan masih dikekalkan dalam Bahasa Inggeris supaya memudahkan pemahaman dan menepati istilah yang digunakan di dalam analisis SPSS dan AMOS. Buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar atau penyelidik yang ingin menggunakan perisian AMOS sebagai alat untuk menganalisis data. Mungkin ramai antara pelajar mahupun penyelidik telah membelanjakan wang yang banyak bagi menghadiri pelbagai kursus atau bengkel analisis data, namun masih belum sepenuhnya memahami kaedah menganalisis data menggunakan AMOS. Buku ini sebagai panduan tambahan bagi memahami dengan lebih terperinci cara menganalisis data menggunakan perisian ini. Buku ini memberi penjelasan daripada mula pengenalan simbol-simbol sehinggalah membina Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modeling – SEM). Jika dilihat keseluruhan buku ini, terdapat banyak rajah atau gambar yang menunjukkan dengan terperinci langkah demi langkah untuk menjalankan analisis. Rajah atau gambar dalam buku ini telah ditangkap layar dari perisian SPSS AMOS bagi memudahkan pembaca untuk mendapatkan gambaran jelas. Kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada International Business Machines Corporation (IBM) Armonk, New York, yang telah memberikan keizinan menerbitkan dan menggunakan tangkap layar sistem perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan IBM SPSS Analysis of Moment Structures (AMOS). Oleh kerana perisian ini dalam Bahasa Inggeris, terjemahan istilah beberapa perkataan telah dilakukan ke dalam Bahasa Malaysia. Namun begitu, beberapa perkataan masih dikekalkan dalam Bahasa Inggeris supaya memudahkan pemahaman dan menepati istilah yang digunakan di dalam analisis SPSS dan AMOS. RM 28.00 RM 28.00


Penulis oleh : Taufiq A. Rashid, Tuan Nurhafizah Abdul Aziz, Abd Aziz A’ zmi, Muhammad Hilmi Mat Johar ISBN 978-967-2423-01-0 MALAYSIA INDONESIA HUBUNGAN DARI ASPEK TENAGA KERJA Sinopsis Synopsis Kebergantungan tenaga kerja asing dalam jumlah yang besar boleh mengundang kepada isu keselamatan sekiranya tidak dipantau dengan teliti terutama dari sudut implikasi kepada masyarakat setempat. Dari perspektif Malaysia, konsep keselamatan dan kepentingan negara telah digunakan oleh kerajaan untuk mengawal, menyekat dan menggubal dasar-dasar yang sedia ada bagi menjelaskan perbezaan antara konsep politik dan konsep keselamatan negara. Manakala dari perspektif Indonesia, jumlah TKI yang semakin meningkat menyebabkan pemerintah memberikan perhatian khusus terhadap proses bagaimana TKI dipilih, bekerja dan menyesuaikan diri di negara tujuan. Hasilnya, banyak dasar awam ditetapkan bagi melindungi TKI dan hak-hak yang berkaitan di dalam sektor yang ditawarkan. Kupasan hubungan antara Malaysia dan Indonesia samada dalam bentuk diplomatik, geografi, sosial, ekonomi dan keselamatan juga dihuraikan bagi menjadikan penulisan ini dapat menjadi rujukan tambahan kepada pihak berkuasa, majikan, tenaga kerja asing khususnya dari Indonesia dan masyarakat seluruhnya. Buku ini direalisasikan adalah dari hasil perkongsian pengalaman dan sokongan ilmiah secara langsung oleh Mantan Sekretaris Jenderal Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (HAM) Republik Indonesia, Prof. Dr. Abdul Bari Azed. RM 28.00 Penulis oleh : Khairul Azhar Meerangani ISBN 978-967-17258-9-4 FIQH KEWARGANEGARAAN LANDSKAP BAHARU POLITIK MALAYSIA Sinopsis Synopsis Fiqh Kewarganegaraan merupakan gagasan fiqh baharu yang mewacanakan persoalan berkaitan warga sesebuah negara dan ikatan sosialnya dengan negara tersebut menurut perspektif Islam. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, agama dan budaya, perbahasan Fiqh Kewarganegaraan ini seharusnya lebih segar serta menyentuh kedudukan hak dan tanggungjawab seluruh warganya. Pelunasan hak ini dilihat sebagai asas penting dalam mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Di samping membicarakan persoalan hak, dimensi perbahasan Fiqh Kewarganegaraan juga seharusnya memfokuskan tanggungjawab setiap warga dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luaran mahupun dalaman. Warga Malaysia perlu melihat diri mereka sebagai entiti yang satu dalam menentang sebarang elemen perosak dan penggugat keharmonian tanpa mengira latar kaum dan agama. Pembinaan gagasan Fiqh Kewarganegaraan yang mengadunkan khazanah perbendaharaan fiqh dengan realiti semasa (waq’i) mampu menterjemahkan dinamika Islam dalam mendepani arus perubahan zaman. RM 28.00


Penulis oleh : Asnul Dahar Minghat Ruhizan Mohammad Yasin ISBN 978-967-2423-04-1 MODEL PENGUKURAN KELESTARIAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Sinopsis Synopsis Sektor pendidikan khususnya dalam pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) di Malaysia mengalami transformasi dalam pelbagai dimensi. Semua ini dilaksanakan demi melahirkan modal insan bertaraf global yang mempunyai daya saing tinggi dan berkemahiran. Pada 10 Jun 2010, Perdana Menteri telah membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10 2011-2015) di Dewan Rakyat. RMK10 yang bertemakan ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’ menggariskan program pembangunan lima tahun negara dan memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dalam tempoh berkenaan. Satu daripada lima teras strategik utama bagi mencapai objektif serta sasaran yang ditetapkan dalam RMK-10 ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Sewaktu menghuraikan teras strategik berkenaan, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai rancangan bagi meningkatkan kualiti pelajar serta mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional. Di negara maju seperti Jerman, pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di Malaysia, ia masih dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad. Andaian negatif ini haruslah disangkal kerana pendidikan teknikal dan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi pelajar merealisasikan potensi mereka. Sebelum ini, pendidikan vokasional dilihat tertinggal di belakang dalam arus perdana pendidikan negara, sekali gus memberi gambaran kedudukannya yang seolah-olah dipinggirkan. Oleh yang demikian agenda besar negara untuk mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional adalah satu langkah yang tepat. RM 28.00 Penulis oleh : Rahisam Ramli, Mohamad Fadzil Awang ISBN 978-967-14602-1-4 WAKAF PENDIDIKAN TINGGI “ Isu dan Prospek” Sinopsis Synopsis Sektor pendidikan khususnya dalam pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) di Malaysia mengalami transformasi dalam pelbagai dimensi. Semua ini dilaksanakan demi melahirkan modal insan bertaraf global yang mempunyai daya saing tinggi dan berkemahiran. Pada 10 Jun 2010, Perdana Menteri telah membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10 2011-2015) di Dewan Rakyat. RMK10 yang bertemakan ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’ menggariskan program pembangunan lima tahun negara dan memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dalam tempoh berkenaan. Satu daripada lima teras strategik utama bagi mencapai objektif serta sasaran yang ditetapkan dalam RMK-10 ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Sewaktu menghuraikan teras strategik berkenaan, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai rancangan bagi meningkatkan kualiti pelajar serta mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional. Di negara maju seperti Jerman, pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di Malaysia, ia masih dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad. Andaian negatif ini haruslah disangkal kerana pendidikan teknikal dan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi pelajar merealisasikan potensi mereka. Sebelum ini, pendidikan vokasional dilihat tertinggal di belakang dalam arus perdana pendidikan negara, sekali gus memberi gambaran kedudukannya yang seolah-olah dipinggirkan. Oleh yang demikian agenda besar negara untuk mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional adalah satu langkah yang tepat. RM 10.00


Penulis oleh : Khadijah Mohd Khambali @Hambali Adam Badhrulhisham ISBN 978-967-2423-21-8 KONSEP TRINITI MENURUT AGAMA KRISTIAN Sinopsis Synopsis Agama Kristian diketahui umum sebagai salah satu agama utama di dunia yang mempunyai jutaan penganut di seluruh dunia. Agama yang disandarkan kepada Jesus Christ atau Nabi Isa a.s ini yang kini berusia hampir dua ribu tahun telah mengalami pelbagai perkembangan sepanjang sejarah. Antara kepercayaan utama Kristian ialah akidah Triniti yang merangkumi Tuhan Bapa, tuhan Anak dan Roh Suci. Apakah yang dimaksudkan dengan Triniti? Adakah konsep seumpama ini boleh diterima di sisi Islam meskipun konsep ini cuba menekankan aspek kesatuan Tuhan? Karya ini cuba menyingkap asal usul kepercayaan Triniti yang menjadi tunjang faham ketuhanan menurut agama Kristian kini. Selain itu sejarah Paul juga disingkap secara tuntas sebagai individu yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin-doktrin utama Kristian seperti Triniti, pembatisan, universal dan sebagainya. RM 30.00 Penulis oleh : Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Mohd Hasrul Shuhari, Mohd Khairul Naim Che Nordin Adam Badhrulhisham ISBN 978-967-2423-21-8 DIMENSI ALAM GHAIB MENURUT AKIDAH ISLAM Sinopsis Synopsis Perkembangan corak pemikiran manusia seiring dengan perjalanan peradaban dunia menyaksikan pelbagai perubahan paradigma intelektual baik secara positif mahu pun negatif. Dunia moden kini menyaksikan kemunculan aliran pemikiran yang berkiblatkan rasional dan empiris secara ekstrem sehingga menolak kewujudan alam ghaib yang dianggap tidak releven lagi. Karya ini mengetengahkan beberapa perbahasan utama alam ghaib menurut perspektif Islam secara ilmiah bagi menonjolkan keunggulan akidah Islam sebagai satu sistem pegangan holistik yang berjaya menyatupadukan nas Illahi dengan intelektualisme manusia secara seiring sekaligus mengabsahkan kebenarannya sebagai jalan hidup yang sempurna. Antara isu yang dikupaskan termasuk soal penciptaan, malaikat, syaitan, syurga, neraka, hari kebangkitan, hari kiamat dan lain-lain RM 35.00


Penulis oleh : Abdul Rauf Ridzuan, Mohd Sufiean Hassan Hanita Hassan eISBN 978-967-2423-19-5 KOMUNIKASI KESIHATAN & MEDIA: MENDEPANI CABARAN KETIKA PANDEMIK Sinopsis Synopsis Komunikasi kesihatan memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menangani isu-isu kesihatan dan memulihara kesejahteraan masyarakat terutama di waktu pandemik COVID-19. Krisis akibat penularan wabak penyakit COVID-19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan malahan meningkatkan pelbagai isu seperti kemiskinan, keganasan rumah khusus terhadap wanita dan kanak-kanak, kemurungan, tekanan dan berleluasanya kadar jenayah. Semua ini secara tidak langsung menjejaskan kesejahteraan masyarakat dalam jangka masa pendek, sederhana mahupun jangka masa panjang. Tambahan pula, dalam era ledakan teknologi dan media sosial, kebanjiran maklumat berkaitan pandemik COVID-19 terlalu banyak sehingga masyarakat sukar membezakan maklumat benar dengan yang palsu. Media sosial dianggap kuasa besar kerana kekuatannya menyampaikan mesej merentas sempadan, masa dan tempat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia World Health Organisation (WHO) menggunakan terma infodemik bagi menggambarkan situasi ini. Apabila maklumat tidak sahih dan palsu dikongsi, ia boleh mencetus kegusaran dan cemas. Intipati yang dibangkitkan dalam isu kali ini termasuklah mengenai teknologi media dan pembelajaran atas talian, sikap pelajar memerangi pandemik, tekanan sewaktu PKP 1.0, perkhidmatan penghantaran, kandungan berbaur 3R di Twitter, kecelaruan keresahan, kemurungan barisan petugas hadapan kesihatan, peranan komunikasi spiritual, kesan media sosial kepada pelajar, analisis twitter dan aktiviti e-dagang sewaktu pandemic. RM 20.00 Penulis oleh : Khairul Azhar Meerangani, Izzah Nur Aida Zur Raffar Asma Wardah Surtahman eISBN 978-967-2423-22-5 KELESTARIAN PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA Sinopsis Synopsis Islam sebagai cara hidup (al-Din) telah memberi perubahan yang besar kepada peradaban manusia sejak dari penyebarannya lebih 1400 tahun yang lalu. Islam telah memandu manusia dari pelbagai zaman dan pelosok dunia untuk menempuhi pelbagai cabaran dan dimensi kehidupan. Umat Islam adalah satu ummah yang dipersaudarakan melalui akidah dan syariah serta menjalani kehidupan di dunia ini dalam kerangka ajaran yang sama. Walau bagaimanapun, penularan ideologi lain menyebabkan ramai umat Islam yang rapuh pegangan Islam telah melupakan ajaran yang sempurna ini. Keagungan dan kecemerlangan Islam tidak seharusnya terperap dalam kitab-kitab warisan, sebaliknya ia harus diterjemahkan melalui kajian-kajian moden dan diaplikasi dalam segenap aspek kehidupan. Justeru, kekayaan khazanah perbendaharaan warisan Islam ini perlu sentiasa dikaji dan diperkembangkan selaras dengan peredaran masa. Ini bagi memastikan intipati pengajian Islam itu kekal bersifat kontemporari dan relevan. Perkembangan teknologi yang berlaku pada hari ini membawa impak sosial yang hebat dalam aspek ketamadunan bangsa. Isu identiti bangsa dan warisan Islam semakin dipinggirkan terutamanya oleh golongan muda yang hanyut dibuai pesona budaya asing yang dibawa oleh Barat. Keprihatinan terhadap perubahan sosial yang melanda tamadun dan budaya warisan bangsa perlu sentiasa disuburkan menerusi pelbagai wasilah. RM 20.00


Penulis oleh : Oswald Timothy Edward Ahmad Nur Azam Ahmad Ridzuan eISBN 978-967-2423-23-2 INTRODUCTION TO INSURANCE AND TAKAFUL Sinopsis Synopsis Insurance and takaful is a highly regulated form of business because its characteristics include complexity, future provision and heavy reliance by the buying public on the integrity and financial security of the insurer. It may be viewed as a form of governmental consumer protection. The insurer and takaful operator are the trustees of the policyholder premium and they have to invest the premium and pay any loss that the policyholder may incur on the risk that has been transferred to the insurer or takaful operator. RM 20.00 Penulis oleh : Ali Gobaili Saged Syed Muhammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman ISBN GANGGUAN JIN DAN RAWATANNYA DARI ASPEK SAINS, PERUBATAN DAN AL-QURAN: KAJIAN AQLI DAN NAQLI Sinopsis Synopsis Rasukan merupakan sebahagian isu yang menimpa manusia terutamanya pada masa kini. Isu ini telah banyak diperkatakan dan disebut dalam al-Quran dan hadis termasuklah para saintis moden dan terdahulu. Syaitan telah berjanji untuk menyakiti anak Adam semenjak dari hari penciptaan Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari kiamat. Al-Quran menunjukkan jalan hidayah dan memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan cahaya kepada golongan mukmin agar mereka mampu kembali berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya SAW yang menjadi azimat dan pelindung daripada godaan syaitan. RM 35.00


Penulis oleh : Siti Salina Mustakim Othman Lebar ISBN 978-967-2423-07-2 USING EVALUATION MODELS TO DESIGN EDUCATIONAL EVALUATION FRAMEWORK Sinopsis Synopsis The provision of balance between theories and practical in assessment to improve on certain programme is crucial. Evaluation aims to measure the spirit of the ongoing program, to assess the innovation and initiative of the program, to enhance the efficiency of management of the programs, and to meet the needs of accountability. In line with the objective to fulfil the vision of the National Philosophy of Education towards the development of an all rounded students, Literature in Education was introduced and implemented in the year 2000 with the hope that the aesthetic side of the learners is addressed as described in the syllabus specification: “Language for aesthetic purposes enables learners to enjoy literary texts at a level suited to their language proficiency and develops in the them ability to express themselves creatively”. Contemporary Children’s Literature Programme was introduced and implemented in 2004 in primary schools, designed and developed by the Curriculum Development Division as an intensive reading program to improve English language teaching through the introduction of storybooks or children’s literature. The program is hoped to promote lifelong reading, not only to master the skills of literacy but also apply this mastery to achieve life-long learning. An evaluation using Model of Evaluation was implemented to investigate as to what extent the program has achieved the target of enhancing language proficiency through reading, respond to text, draw lessons and insights from slices of life, understand and appreciate other cultures, relate to events, characters and own life as well as expose students to models of good writing. RM 28.00 Penulis oleh : Siti Nasarah Ismail, Maizura Manshor eISBN 978-967-2423-25-6 KOMUNIKASI DALAM MEDIA SOSIAL Sinopsis Synopsis Buku ini membawa pembaca untuk menelusuri kupasan pelbagai bentuk komunikasi yang berlaku dalam media sosial. Penerbitan bab dalam buku ini bertujuan untuk menjadi panduan dan rujukan oleh ahli akademik, pelajar institut pengajian tinggi (kolej atau unversiti), khususnya mereka yang berada dalam bidang komunikasi dan media. Selain itu, secara umumnya, buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan dalam memantapkan perbincangan atau diskusi mengenai komunikasi dan media sosial. RM 20.00


Penulis oleh : Nur Afifah Fadzil, Adam Badhrulhisham Ahmad Faqih Ibrahim ISBN 978-967-2423-10-2 CITRA DAKWAH Sinopsis Synopsis Dakwah merupakan warisan para anbiya’ yang menjadi kewajipan seluruh umat Islam memikulnya. Berpandukan situasi dunia yang kian meruncing dengan pelbagai masalah, dakwah perlu dijalankan dengan dinamik yang lebih efisyen dan berkesan. Citra Dakwah menghimpunkan sejumlah makalah yang membincangkan hal ehwal dakwah khususnya di Malaysia dengan objektif memberi tasawur, idea dan cadangan pelaksanaan dakwah yang lebih berkesan dan menepati kehendak semasa RM 28.00 Penulis oleh : Mohd Afendi Hj. Daud, Mohd Sufiean Hassan, Abd Aziz A’zmi ISBN 978-967-2423-11-9 PERBANDINGAN DASAR LUAR MALAYSIA-BRITAIN ERA TUNKU ABDUL RAHMAN DENGAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Sinopsis Synopsis Belum ada kajian yang dilakukan membandingkan dasar luar Malaysia-Britain secara perbandingan di antara kedua-dua pemimpin ini. Buku ini menarik kerana memberi tumpuan kepada kedua-dua pemimpin ini yang sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa. Ada sarjana menyatakan Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang pro-Barat manakala Tun Dr. Mahathir pula dikenali sebagai seorang yang anti-Barat. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai latar belakang, pendidikan, pengalaman dan gaya kepimpinan yang berbeza. Ramai yang tahu kedua mereka ini tidak sependapat. Selepas mencapai kemerdekaan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dasar luar Malaysia-Britain condong ke barat terutama Britain. Selepas 24 tahun merdeka tampok pemerintahan telah diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir dan dasar luar Malaysia-Britain telah mula berubah tetapi tidak secara drastik. Ini menjadi satu kejutan kepada pihak Britain kerana selama ini menganggap Malaysia tidak akan berani mencabar Britain. Pada awal pentadbiran Tun Dr. Mahathir telah melaksanakan “Buy British Last” dan pada awalnya pihak Britain tidak memberi perhatian yang serius dengan tindakan Malaysia melaksanakan “Buy British Last”. Akhirnya ia menjadi satu igauan kepada pihak Britain kerana mengalami layanan yang berbeza dengan pemimpin sebelum ini. Layanan yang istimewa telah berubah dan Malaysia mahu Britain menghormati kemerdekaan Malaysia. RM 35.00


Penulis oleh : Mohd Azam bin Hj. Yahya ISBN 978-967-2423-12-6 PINJAMAN PERIBADI VS PEMBIAYAAN PERIBADI SERTA PENGAMALANNYA DI INSTITUSI-INSTITUSI PERBANKAN DI MALAYSIA Sinopsis Synopsis Mohd Azam b. Hj. Yahya dilahirkan di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka. Beliau berkelulusan sarjana muda Syariah Islamiyah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, Sarjana Syariah (Universiti Malaya) dan PhD Syariah (KUIM). Bertugas di KUIM sebagai pensyarah bermula tahun 2001 serta kini menjawat jawatan sebagai Dekan Institut Pengajian Siswazah dan menerajui jawatankuasa dana Wakaf KUIM. Pernah memegang beberapa jawatan sebelum ini iaitu Dekan Kuliyyah al-Dirasat al-Islamiyyah wal Arabiyyah, Dekan Akademi Pengajian Islam dan Dekan Asasi dan Pengajian Umum serta beberapa jawatan lain pada peringkat universiti. Beliau menulis buku ini untuk memberikan kefahaman dan gambaran secara santai dan berfakta mengenai konsep pinjaman dan pembiayaan peribadi yang dilaksanakan kini di institusi-institusi perbankan di Malaysia. Pembaca dapat mengetahui dan memahami secara tuntas mengenai konsep pinjaman dan pembiayaan peribadi kerana pengisiannya disertakan dengan contoh dan gambar rajah serta pembuktian-pembuktian terhadap pelaksanaannya. Justeru, buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan bermula pada peringkat menengah, universiti, ahli akademik, pengamal perbankan dan umum. RM 28.00 Penulis oleh : Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno ISBN 978-967-2423-13-3 KOMUNIKASI DAKWAH & MEDIA BAHARU Sinopsis Synopsis Buku Komunikasi Dakwah & Media Baharu ini diterbitkan hasil dari adunan idea, pembacaan, penelitian serta kajian yang telah disempurnakan. Ia membicarakan perihal komunikasi dakwah secara menyeluruh. Perkembangan ilmu dakwah serta pengintegrasian ilmu dakwah dan komunikasi. Elemen teras komunikasi dakwah turut dimuatkan dalam tulisan ini. Meliputi komunikator (daie), penerima (madu’), media serta mesej. Usai membicarakan elemen teras ini, penulis terus merungkai manhaj Rabbani dalam komunikasi dakwah iaitu al- hikmah, al-mau’izah alhasanah dan al-mujadalah al-husna. Menyedari hakikat bahawa media baharu dan dakwah tidak boleh dipisahkan. Justeru, buku ini turut menelusuri perkembangan media baharu serta apakah impak media baharu terhadap komunikasi dakwah. Hal ini berkait rapat dengan keredibiliti komunikator Islam ketika berbicara. Sifat amanah, keadilan, boleh dipercayai, beriman dan benar dihurai dengan mendalam. RM 30.00


Penulis oleh : Dr. Sayyid Buhar Musal Kassim Dr. Nur Shahidah Pa’ad ISBN 978-967-2423-10-2 ACCEPTANCE OF ISLAMIC FAITH A HOLISTIC GUIDELINE OF GLORIOUS AL-QURAN EPISTEMOLOGI DALAM FALSAFAH KEPIMPINAN PENDIDIKAN Sinopsis Synopsis Islam is mercy to the entire mankind, it is not only mercy and justice to the Muslims but it is also mercy and justice to the non-Muslims. Islam made it obligatory for every believer to safeguard the dignity and welfare of every religious people. Muslims must love, care and shower justice and mercy on every human irrespective of their religion. It is heartening to note that the acceptance of the Islamic faith has been a widespread phenomenon at every corner of the world. However, of grave concern is the fate of many Muslim converts or muallafs in the course of time particularly those who embrace Islam without proper understanding of Islam. Through research studies and actual cases reported by Islamic authorities, muallafs with weak faith at the time of conversion when left on their own without the follow-up of Islamic education will invariably revert to their respective former religions given the slightest obstacle in their new life. Many such cases have been reported while many more murtad (apostasy) cases have gone unnoticed. Islamic agencies and authorities while being aware of the need to implement follow-up education for muallafs are unable to cope with the multi-faceted and multifarious requirements of the large number of muallafs. Based on the research findings, this study concludes that a holistic approach is required to help Muslim converts sustain and strengthen their belief in Islam before, during, and after conversion. This book recommends steps and actions, which Islamic authorities and Islamic guides should adopt to yield the desired result of sustainable belief and acceptance of Islam as the only true way of life as decreed by Allah SWT, the Creator of the universe and mankind. Besides feelings of apprehension, uncertainty, and insecurity experienced by Muslim converts, this study also identified other common RM 28.00 problems a muallafs faces in his new life after conversion. Penulis oleh : Prof. Datuk Dr. Hj. Baharudin bin Hj. Puteh ISBN 978-967-2423-27-0 Sinopsis Synopsis Falsafah sering dianggap sebagai ilmu yang bersifat teori semata-mata dan oleh itu ia merupakan sebagai suatu perkara abstrak dan sukar untuk di amalkan. Anggapan seperti ini adalah tidak benar, sebenarnya, falsafah itu boleh menolong para guru dan pentadbir sekolah dalam menghadapi masalah-masalah yang pernah dihadapinya. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk memberi bimbingan dan pengetahuan asas kepada para siswa-siswi yang bakal menjadi guru, pendidik dan pensyarah supaya mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pendidikan dan tugastugas yang akan dilaksanakan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan kepimpinan di sekolah atau di Institusi pengajian tinggi kelak. Sasaran buku ini ialah untuk semua pelajar yang berminat di bidang pentadbiran pendidikan di peringkat siswazah dan pra-siswazah. Buku ini juga ditujukan khas untuk pelajar yang sedang mendalami bidang pentadbiran pendidikan. Kepada mereka yang sukar untuk mendapatkan bahan bacaan dan kegunaan dalam konteks tempatan, buku ini adalah sumbangan saya ke arah meningkatkan fahaman dan penguasaan ilmu dalam bidang pendidikan. Buku ini melengkapkan penulisan yang ditulis di bidang falsafah, perancangan, pentadbiran, kepimpinan dan tidak ketinggalan juga tentang serba sedikit perkembangan pendidikan khususnya dalam konteks negara kita Malaysia. Diharapkan buku ini dapat dijadikan bahan rujukan semua dan merupakan sumbangan ilmu ke arah meningkatkan keupayaan mereka selaku golongan masyarakat yang berilmu dan yang terasah mindanya. RM 30.00


Penulis oleh : Adam Badhrulhisham Khadijah Mohd Khambali@Hambali ISBN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KRISTIAN GABRIEL DAN JIBRIL Sinopsis Synopsis Malaikat Jibril memainkan peranan yang penting dalam akidah Islam. Selain dianggap sebagai penghulu bagi malaikat, Jibril juga merupakan malaikat yang ditugaskan untuk menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul. Manakala dalam tradisi Kristian, watak Jibril juga didapati wujud dengan nama Gabriel. Seperti mana Islam, Gabriel juga mempunyai peranan penting dalam kepercayaan dan pembentukan teologi Kristian. Meskipun ia wujud dalam kedua-dua agama, Islam dan Kristian masing-masing mempunyai pemahaman tersendiri terhadap Jibril dan Gabriel. Karya ilmiah ini mengupas analisis perbandingan antara keduanya menurut al-Quran dan Bible sekaligus membuka perspektif baharu dalam disiplin kajian perbandingan agama melalui skop ilmu kemalaikatan (angelology). RM 00.00 Penulis oleh : Ain Najwa Hidayah, Zalina Zakaria, Mohd Amri Abdullah ISBN PERSIJILAN HALAL PERMIS MAKANAN DI MALAYSIA PANDUAN DAN TIPS KEPADA INDUSTRI DAN AWAM Sinopsis Synopsis Buku ini dihasilkan bagi memberikan panduan kepada pelbagai pihak termasuklah pihak industri memahami dengan lebih jelas keperluan dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia ke atas premis makanan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Jabatan Kemajuan Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri yang dilantik sebagai pihak berkuasa berwibawa halal di negara ini. Buku ini mengandungi pengenalan asas tentang konsep halal dan Halālan Tayyiban, perkembangan pensijilan halal di Malaysia dalam perihal skim premis makanan, undang-undang dan peraturan khusus berkaitan premis makanan di negara ini, garis panduan dan standard berkaitan yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pengusaha premis makanan di negara ini. Sungguhpun sudah terdapat banyak buku tentang pensijilan halal di negara ini namun fokus kebanyakan buku-buku tersebut adalah tentang produk makanan atau minuman sahaja. Tidak banyak penulisan berbentuk buku yang boleh dirujuk tentang skim pensijilan halal premis makanan. Malah, buku ini telah mengulas pensijilan halal terkini menurut keperluan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020. RM 28.90


Penulis oleh : Nurkhamimi Zainuddin, Mohd Muzhafar Idrus, Haliza Harun, Fariza Puteh Behak, Noor Saazai Mat Saad, Ramiaida Darmi, Hazlina Abdullah, Hazleena Baharun, Nursyuhada’ Ab Wahab, Juliana Niza Ismail Adnan ISBN FRAMEWORK TO ENHANCE STUDENTS’ ENGLISH LANGUAGE PERFOMANCE Sinopsis Synopsis English is the second language of many countries, including Malaysia. It is a compulsory subject at all levels of the education system, including preschool, primary, secondary, and tertiary education. At tertiary level, Malaysian University English Test (MUET) is a mandatory requirement for admission and graduation for Malaysian public and private universities. However, the record shows that a number of students have not met this requirement and thus are not eligible to graduate. This issue has raised concern among educators of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) to unpack the factors that might have hindered students from successfully meeting the required band as well as factors that might have assisted some students to have achieved the target. RM 79.00 Penulis oleh : Mahyudin Daud, Ahmad Najib Abdullah, Shukeri Mohamad ISBN MENGHARMONI FANATIK MAZHAB DI MALAYSIA Sinopsis Synopsis Buku “Mengharmoni Fanatik Mazhab Di Malaysia - Pandangan Ilmuwan Al-Ash’ari Dan Al-Salafi” ini dihasilkan bertepatan dengan seruan harmoni yang ditawarkan oleh beberapa pihak ekoran pergeseran yang agak tajam di antara mazhab al-Ash’ari dan al-Salafi sejak kebelakangan ini bersabit isu akidah, fiqah dan tasawuf. Beberapa siri diskusi ilmiah ala debat yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang boleh disaksikan oleh siapa sahaja melalui aplikasi-aplikasi media sosial menjadi saksi kepada tajamnya pergeseran tersebut. Suasana seumpama ini dilihat tidak sihat lebih-lebih lagi kepada orang awam yang tidak tahu menahu tentang perbahasan ilmiah yang luas dan berkemungkinan boleh membawa kepada situasi yang lebih parah iaitu mengancam ketenteraman beragama di negara ini. Justeru buku ini cuba merungkaikan beberapa perkara berkaitan isu pengharmonian fanatik mazhab di negara ini. Persoalan akan dimulakan daripada definisi fanatik mazhab, mafhum fanatik mazhab di sisi ilmuwan yang mewakili al-Ash’ari dan al-Salafi, punca-punca berlakunya fanatik mazhab, implikasi fanatik mazhab kepada ketenteraman beragama di negara ini dan isu mengharmonikan konflik fanatik mazhab. Perbincangan buku ini diakhiri dengan beberapa solusi kepada isu mengharmonikan konflik fanatik mazhab yang disimpulkan oleh pihak editor berasaskan hasil dapatan kajian dan penilaian mendalam kepada setiap aspek yang berkaitan dalam negara ini khususnya keselamatan awam, masa depan beragama dan lain-lain. RM 00.00


RAWATAN KECELARUAN JIWA MELALUI KEFAHAMAN TAKDIR ULAMA MELAYU ISLAMISASI SENI MUZIK RM 00.00 RM 00.00 Sinopsis Synopsis Sinopsis Synopsis Era moden dan globalisasi menyaksikan begitu banyak pencapaian yang telah dicapai oleh manusia selaras dengan perkembangan teknologi yang kian pesat. Manusia seolah-olah telah mencapai kemuncak peradaban dengan pelbagai penemuan dan kejayaan yang dikecapi saban hari. Walau bagaimanapun seiring dengan kepesatan perkembangan dunia, ramai manusia masih terperangkap dengan masalah dalaman jiwa sehingga mengakibatkan kemurungan, depresi dan kecelaruan jiwa dalam kehidupan harian. Kepesatan perkembangan teknologi yang diterajui barat seolah-olah gagal menangani masalah asas ini. Justeru karya ini cuba mengetengahkan isu ini dengan berpandukan kepada elemen akidah yang penting iaitu takdir. Dalam Islam, kefahaman yang tepat berkenaan takdir berperanan sebagai pemandu kehidupan manusia bagi menjalani kehidupan dengan lebih tenang, sabar dan reda untuk terhindar dari segala permasalahan kec laruan jiwa. Antara pokok perbahasan karya ini ialah konsep takdir menurut Ahli Sunnah wal Jamaah khususnya ulama Melayu serta keterakitannya dengan masalah jiwa, realiti penyakit kecelaruan jiwa serta analisis kritikal kaedah perawatan jiwa menurut perspektif barat dan Islam. Corak perbincangan yang berfokus dan laras bahasa yang mudah berkenaan isu takdir dalam Islam menjadikan perbahasan karya ini mudah difahami dan dimanfaatkan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pada hari ini, sebahagian budaya hiburan termasuk seni muzik dilihat sudah mulai menyeleweng daripada matlamat asalnya iaitu untuk ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati dengan Penciptanya. Hal ini demikian kerana berlakunya percampuran dan pertembungan antara nilai-nilai murni dan unsur-unsur yang kurang sihat yang sering seiring dengan seni muzik. Walaupun diketahui umum bahawa kebanyakannya jelas bercanggah dan bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran dan adat-adat setempat yang diyakini dan difahami sebelum ini, namun dengan meresap masuknya pengaruh dan pemikiran Barat dalam minda masyarakat di negara ini menyebabkan ia dianggap suatu trend baru dan rasa kebanggaan kepada sesetengah pihak. Hasilnya, budaya hiburan yang dimanifestasikan pada hari ini, tidak banyak menyumbang ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang positif dan progresif. Sehubungan itu, usaha ke arah memperkasakan matlamat asal seni muzik seharusnya dilakukan dalam memastikan seni muzik tradisional dan moden dapat dinikmati oleh masyarakat Islam dengan penuh yakin di samping memperkaya hiburan yang bercorak alternatif. Antara langkah tersebut ialah dengan memperkenalkan konsep Islamisasi seni muzik sebagai langkah penyelesaian kreatif dan relevensinya menjadi hiburan alternatif masa kini. Penulis oleh : Faizuri Abd Latif, Che Zarrina Saari, Syarifah Basirah Syed Muhsin, Adam Badhrulhisham ISBN Penulis oleh : Dr Muhammed bin Yusof ISBN


Penulis oleh : Mohd Rifqi Remeli, Mohd Sufiean Hassan, Abdul Mutalib Mohamed Azim, Mohd Fadzil Mohd Idris ISBN 978-967-14602-8-3 Penulis oleh : Mohd Sabree Nasir Farrah Yazmin Aziz Norizan Samri ISBN 978-967-14602-7-6 PRODUK PELANCONGAN ISLAM, PENJANA EKONOMI WASATIYYAH NEGARA KEWANGAN ISLAM KONTEMPORARI “Modifikasi dan Pemerkasaan” RM 20.00 RM 20.00 ISBN 978-967-12078-4-0 PANDUAN PENULISAN TESIS GAYA KUIM RM 15.00


Fakulti Keilmuan Islam UNIMEL ISBN 978-967-17258-0-1 “Pengajian Islam sebagai teras disiplin ilmu” ISBN 978-967-14602-0-7 PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015 PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2016 RM 25.00 RM 50.00


“Pengajian Islam dalam Isu Kontemporari” ISBN 978-967-14602-0-7 “Kelestarian penyelidikan islam menerusi transformasi zaman” ISBN 978-967-15791-7-6 PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2016 PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2018 RM 50.00 RM 50.00 “Knowledge empowerment for sustainable human development” ISBN 978-967-14602-0-7 “Promoting socially prosperous nation through high impact ideas of discourse” ISBN 978-967-14602-0-7 PROCEEDING 1ST MELICOSS ‘17 PROCEEDING 1ST MELICOSS ‘17 RM 50.00 RM 50.00


Jilid 4 Institut Pengajian Siswazah Universiti Melaka ISSN 1823 - 9102 Jilid 5 Institut Pengajian Siswazah Universiti Melaka ISSN 1823 - 9102 JURNAL ILMI JURNAL ILMI JURNAL ILMI JURNAL ILMI RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 Jilid 6 Institut Pengajian Siswazah Universiti Melaka ISSN 1823 - 9102 Jilid 7 Institut Pengajian Siswazah Universiti Melaka ISSN 1823 - 9102


Jilid 1 (vol.1) Fakulti Sains Sosial Universiti Melaka ISSN 2462 - 1463 Jilid 2 (vol.1) Fakulti Sains Sosial Universiti Melaka ISSN 2462 - 1463 JURNAL SAINS SOSIAL JOURNAL OF BUSINESS INNOVATION JOURNAL OF BUSINESS INNOVATION JURNAL SAINS SOSIAL RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 Volume 1 (No.1) Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi Universiti Melaka ISSN 0128-3189 Volume 1 (No.2) Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi Universiti Melaka ISSN 0128-3189


Jilid 1 (vol. 1) Fakulti Keilmuan Islam Universiti Melaka ISSN 2504 - 8511 Jilid 2 (vol. 2) Fakulti Keilmuan Islam Universiti Melaka ISSN 2504 - 8511 JURNAL ULWAN JURNAL KESIDANG JURNAL KESIDANG JURNAL ULWAN RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 Jilid 1 (Vol.1) Fakulti Bahasa dan Pendidikan Universiti Melaka ISSN 2550-1674 Jilid 2 (Vol.2) Fakulti Bahasa dan Pendidikan Universiti Melaka ISSN 2550-1674


Click to View FlipBook Version