The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM10623 Siti Fatimah Anis Binti Abu Seman, 2023-06-24 08:29:00

KESANTUNAN BERBAHASA

FLIPBOOK

KESANTUNAN BERBAHASA SITI FATIMAH ANIS BINTI ABU SEMAN -BMMB1144-


Pengenalan Gaya kesantunan berbahasa Kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa Isu kesantunan berbahasa Rumusan Rujukan ISI KANDUNGAN


Pengenalan Kesantunan berbahasa merujuk kepada kesopanan dan kehalusan seseorang dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Penggunaan bahasa yang tidak kasar dan tepat juga menjamin keberkesanan suatu interaksi sosial kerana pihak penutur dan penerima masing-masing tidak menyakiti antara satu sama lain. Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.


GAYA KESANTUNAN BERBAHASA Gaya kesantunan berbahasa ialah penyampaian idea, pendapat perasaan dan emosi perlu menggunakan pelbagai variasi atau langgam bahasa. Setiap orang juga mempunyai gaya dan cara tersendiri kerana bahasa disifatkan sebagai kreatif. Gaya-gaya ini pula merupakan corak seni berbahasa atau retorik untuk menimbulkan kesan tertentu dalam komunikasi.


Gaya Kesantunan Berbahasa Bahasa terbalik Bahasa kiasan Peribahasa Pengurusan air muka Pantun Bahasa sapaan


BAHASA TERBALIK "Lewatnya kamu harini. Nanti esok datanglah lagi lewat" , kata Cikgu Ayu kepada Ahmad "lain kali ponteng lagi sekolah ye" ,kata ibu kepada abang yang gagal dalam ujian peperiksaan. Bahasa terbalik merupakan bahasa yang berlawanan daripada apa yang diperkatakan. Bahasa terbalik digunakan biasanya untuk menyampaikan maksud tersirat. Melalui bahasa terbalik, orang biasanya sudah dapat memahami apa yang ingin kita sampaikan CONTOH:


BAHASA KIASAN Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya dengan perkara lain sama ada menyebutkan bandingan secara langsung atau tidak. Penggunaan bahasa kiasan untuk mengelakkan perkara yang tidak manis disebut terus terang contoh kiasan yang menyebutkan bandingan secara langsung: contoh kiasan tanpa bandingan: 1. matanya merah seperti sebiji saga 1. marahnya bernyala-nyala


Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi makna tertentu. Peribahasa terbahagi kepada dua iaitu peribahasa makna selapis dan peribahasa berlapis. Peribahasa makna selapis ialah peribahasa yang mempunyai makna yang dapat difahami secara mudah, terus dan cepat selepas membacanya. Contohnya, bidalan, pepatah, lidah pendeta dan perbilangan. Peribahasa makna berlapis pula peribahasa yang mempunyai gambaran lain bagi menggambarkan maksudnya. Contoh peribahasa makna berlapis ialah kiasan, simpulan bahasa, perumpamaan serta tamsil dan ibarat Peribahasa


JENIS-JENIS PERIBAHASA PEPATAH SIMPULAN BAHASA KATA-KATA HIKMAT PERBANDINGAN PERUMPAMAAN BIDALAN


1 2 kata kata hikmat Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita. Katakata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam contoh: masa itu emas,bahasa jiwa bangsa , kata mesti dikota Pepatah Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat kata yang berulang di dalamnya yang berfungsi sebagai penegasan atau unsur-unsur yang memberi pengajaran contoh: kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang


3 4 Perbandingan perbandingan merupakan sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan contoh: adil seperti hakim, berat macam batu, cepat macam kilat Bidalan Bidalan ialah perkataan-perkataan yang mempunyai pengertian tertentu di sebalik katakata itu yang berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia. Bidalan juga ungkapan pendek yang melekat di mulut orang contoh: air yang tenang jangan disangka tiada buaya, ada udang dibalik batu


5 6 Simpulan bahasa peribahasa yang paling ringkas kerana terdiri daripada dua perkataan. simpulan bahasa membawa makna berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya contoh: ada hati yang bermaksud ada kemahuan Perumpamaan Perumpamaan adalah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberikan makna khas dan berlainan daripada apa yang dikatakan atau ditulis, atau yang membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain contoh: umpama layang-layang putus tali yang bermaksud putus harapan berserah pada takdir


PANTUN pantun adalah satu jenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada dua baris pertama sebagai pembayang dan baris seterusnya sebagai maksud. Secara ringkas ia terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya pantun terdiri daripada pantun nasihat, pantun jenaka, pantun teka teki, pantun kasih sayang, pantun usik mengusik dan pantun agama pantun berfungsi sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.


CONTOH PANTUN NASIHAT Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah, Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.


pengurusan air muka penutur menjaga mimik muka semasa berkomunikasi demi menjaga perasaan orang yang mendengar air muka dikaitkan dengan maruah diri kerana apa yang tersirat di hati tersurat di wajah talam dua muka muka tembok tebal muka penggunaan simpulan bahasa berkaitan air muka 1. 2. 3.


kesantunan berbahasa banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk menegur atau menyapa seseorang dalam acara rasmi atau tidak bahasa sapaan mesti digunakan dengan tepat dan betul agar tifak menggores hati dan perasaan pendengar BAHASA SAPAAN


Pembahagian bentuk sapaan mengikut pangkat dan status seseorang : gelaran pergaulan formal gelaran warisan gelaran kurniaan kerajaan gelaran kurniaan ikhtisas gelaran keagamaan


gelaran pergaulan formal pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau si penyapa tidak kenal antara satu sama lain contoh : tuan, encik, cik, saudari gelaran yang diwarisi seseorang sejak kelahirannya contoh : tengku, tungku, wan , syed tuanku, engku gelaran warisan


gelaran kurniaan kerajaan gelaran yang dihadiahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa contoh: Tun, Tan Sri, Puan Sri, Datin Paduka gelaran yang diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik contoh: Doktor, Profesor, Jeneral, Cikgu, Ustaz, Ustazah gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan bagi masyarakat Melayu yang beragama islam, terdapat gelaran tertentu yang bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan contoh: Tuan Haji, Tuan Hajah, Pak Lebai


bahasa sapaan keluarga kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku dan keluarga turun-temuran. penggunaan bahasa sapaan juga mencerminkan kedudukan seseorang dalam susunan kekeluargaan contoh : ayah,abi,walid,ibu,umi, andak, mak teh along,angah,acik, nenek,opah, tok wan, mak lang, pak lang dan sebagainya


Kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa


sistem bahasa BINAAN KATA 1 2 3 4 EJAAN DAN TANDA BACA SEBUTAN DAN INTONASI BINAAN AYAT


KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BINAAN KATA kata ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas serta mempunyai makna dalam bahasa Melayu. penggunaan sesuatu kata mestilah digunakan mengikut kesantunan berbahasa yang betul agar tidak menimbulkan salah faham dan ketidaksopanan contoh kesantunan berbahasa dalam binaan kata : lelaki itu sudah berkahwin. kata "lelaki" digunakan untuk menggambarkan bahawa dia ialah manusia kucing jantan itu sudah mati. kata "jantan" pula digunakan untuk binatang. 1. 2.


contoh kesantunan berbahasa dalam binaan ayat Faisal sudah mati sebulan yang lalu Faisal sudah pulang ke Rahmatullah sebulan yang lalu setiap petang kami menunggang basikal setiap petang kami mengayuh basikal


Ejaan adalah aturan tentang cara menuliskan bahasa dengan menggunakan huruf, kata dan tanda baca sebagai sarananya tanda baca adalah simbol yang tidak berhubungan dengan suara, kata frasa pada suatu bahasa, melainkan berperanan untuk menunjukkan struktur dan organisasi pada suatu tulisan dan juga intonasi serta jeda yang dapat diamati sewaktu pembacaan ejaan & tanda baca


Tanda Tanya (?) Tanda tanya dipakai pada akhir kalimat tanya. Contoh: mana pen saya? beberapa contoh tanda baca dan fungsinya Tanda Hubung (-) Tanda hubung menyambung suku-suku kata dasar yang terpisah oleh pergantian baris. Contoh: begitulah caracara membuat kek Tanda Titik (.) Tanda titik dipakai pada akhir kalimat yang bukan pertanyaan atau seruan. Contoh ibu sedang sarapan 1 2 3


aneh awet calon lapor pola kekecualian vokal contoh ejaan aleh-alih kampong-kampung pikol-pikul suloh-suluh beneh-benih pola keselarasan vokal 1 2


sebutan ialah cara atau bagaimana sesuatu perkataan diucapkan sebutan dalam bahasa Melayu berasaskan sistem sebutan baku sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja CONTOH: bela (pelihara) bela (mempertahankan) semak (kawasan belukar) semak (periksa) perang (warna) perang (pergaduhan besar) sebutan


intonasi intonasi ialah nada naik turun dalam sesuatu ayat. intonasi akan berbeza mengikut jenis ayat yang digunakan dalam penulisan pula, intonasi digambarkan melalui penggunaan tanda baca intonasi pengucapan dapat dilaht melalui: ayat penyata- adik tengah rehat (nada rendah) ayat tanya- dimanakah dia tidur? ayat perintah- berdiri sekarang (nada tinggi dan tegas) ayat seruan- wow, hebat! (intonasi digambarkan dengan tanda seruan) 1. 2. 3. 4.


ISU KESANTUNAN BERBAHASA


isu bahasa isu budaya isu sosial ISU KESANTUNAN BERBAHASA


ISU BAHASA kecelaruan bahasa berlaku disebabkan penggunaan bahasa yang banyak hal ini kerana penduduk di Malaysia hampir menguasai tiga bahasa disebabkan kepelbagaian kaum yang wujud oleh itu, individu perlu berfikir sejenak semasa berkomunikasi kerana mengalami kecelaruan 1. kecelaruan bahasa penggunaan bahasa yang salah akan menyinggung perasaan orang lain dan berlaku salah faham contohnya penggunaan kata-kata kesat dalam menegur orang lain seperti bodoh, gemuk, lembab Selain itu, penggunaan hujah yang bersifat 2. penggunaan bahasa yang salah agresif turut menyebabkan penggunaan bahasa kurang sopan dan menyakiti orang lain


ISU BUDAYA negara kita terdiri daripada penduduk berbilang kaum . oleh itu, kita mesti memahami adat dan budaya mereka agar tidak menyentuh sensitif kaum mereka Komunikasi yang melibatkan silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza ISU PENGARUH BUDAYA BARAT individu pada masa kini banyak dan gemar menggunakan bahasa-bahasa yang dicampurkan dengan Bahasa Inggeris kerana terpengaruh budaya barat Hal ini menimbulkan isu kesantunan berbahasa kerana perkara ini menghakiskan adat berbudi bahasa orang cenderung menggunakan bahasa yang bercampur dan tidak sopan


ISU SOSIAL PENGARUH MEDIA SOSIAL media sosial merupakan antara medium yang digunakan untuk menyampaikan dan meluahkan perasaan. Namun begitu, pembawaan emosi semasa menyuarakan pendapat dan perasaan di media sosial menyebabkan penggunaan bahasa pasar dan kata-kata kesat. Perkara ini sememangnya tidak mencerminkan identiti orangMelayu yang mengamalkan kesantunan bahasa


j e n i s m e d i a s o s i a l W h a t s A p p F a c e b o o k T wit t e r instagram


JENIS-JENIS PENYALAHGUNAAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) BAHASA LUCAH penggunaan bahasa lucah memang kerap digunakan di media sosial bahasa lucah telah menyebabkab berlaku pencemaran terhadap Bahasa Melayu dan menghakis kesopanan berbahasa masyarakat penulisan menggunakan bahasa lucah membuatkan seseorang berasa malu untuk membaca apa yang disiarkan dalam media sosial orang tersebut. penggunaan bahasa ringkas kerap digunakan oleh semua orang tidak kira golongan tua atau muda boleh menyebabkan komunikasi terganggu apabila salah eja ataupun menggunakan bahasa rigkasan yang jarang digunakan oleh orang ramai.


penggunaan bahasa slaga Bahasa slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, dan tidak standard. Bahasa ini telah mencemarkan kebakuan Bahasa Melayu standard dan menyebabkan hilang kesantunan dalam berkomunikasi Digunakan oleh golongan remaja apabila berkomunikasi dengan sesama mereka kerana bahasa tersebut hanya difahami oleh kelompok mereka sahaja Masyarakat lain yang tidak berpengalaman tidak akan memahami apa yang disampaikan melalui bahasa slanga jadi, komunikasi tidak berjaya. Contoh : Usha, Skodeng, Rembat, Derr, Kantoi dan lain-lain


LANGKAH MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA mendidik anak-anak sejak kecil lagi tentang keperibadian dan kesantunan dalam berkomunikasi menunjukkan teladan yang baik 01 IBU BAPA 04 tingkatkan program dan amalan berbudi bahasa di sekolah penekanan terhadap pendidikan moral yang mendalam PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN 03 02 PERANAN KERAJAAN menganjurkan lebih banyak ceramah dan kempen kesedaran tentang kesantunan berbahasa siarkan iklan iklan berkaitan kepentingan kesantunan berbahasa siarkan nilai murni yang didapati setelah sesuatu drama telah habis PERANAN MEDIA MASSA


RUMUSAN Rumusannya, terdapat pelbagai isu dalam kesantunan berbahasa. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama memainkan peranan masing-masing untuk membentung halangan dan isu kesantunan berbahasa daripada berleluasa dari masa ke masa agar setiap komunikasi yang disampaikan berjaya mencapai matlamatnya sendiri. Dengan keberkesanan suatu komunikasi, hidup semua masyarakat akan aman dan terjamin kerana tidak berlaku buruk sangka dan perselisihan faham antara satu sama lain. Kesantunan bahasa juga perlulah diaplikasikan dalam komunikasi seharian agar indentiti kita sebagai bangsa Melayu juga dipandang tinggi.


RUJUKAN Asmah Haji Omar. (2000). Wacana Perbincangan Perbahasan dan Perundingan. Bahasa dan Pustaka GAYA KESANTUNAN BERBAHASA - Flip eBook Pages 1-24 | AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com. Retrieved June 16, 2023, from https://anyflip.com/pwvva/hfir/basic Clatan yongchee. (2013, August 11). Kesantunan berbahasa (3). https://www.slideshare.net/Gunyongchee/kesantunan-berbahasa-3 ISU KESANTUNAN BERBAHASA. (n.d.). Prezi.com. Retrieved June 16, 2023, from https://prezi.com/p/1rqjnapqcbgw/isu-kesantunan-berbahasa/


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version