The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izatynur98, 2022-05-22 23:52:31

KISAH RAYA ANJEL

BUKU CERITA KANAK-KANAK

BUKU CERITA KANAK-KANAK (6-8 tahun)

KISAH RAYA ANJEL

Di sebuah desa, terdapat seorang kanak-kanak perempuan

anakberbangsa Cina bernama Anjel. Anjel merupakan
emas ibu bapanya. Anjel baru berpindah dari bandar

kerana mengikuti ibu bapanya ibu bapanya. Anjel
merupakan seorang anak tauke balak. Anjel juga berpindah

ke sekolah yang mempunyai kaum yang pelbagai.

2

Ini kali pertama Anjel berada di sekolah yang terdiri
daripada kaum Cina, Melayu dan India. Di sekolah, Anjel

berasa tidak selesa dan tidak seronok dengan suasana
baru di sekolahnya. Anjel pulang ke rumah dalam

keadaan muram dan meminta kepada ayahnya untuk
bertukar ke sekolah lamanya.

3

Ayah Anjel mengatakan bahawa Anjel akan merasa
seronok jika Anjel memiliki rakan-rakan. Anjel berkata
kepada ayahnya bahawa dia tidak suka memiliki rakan
baru dan dia merindui rakan di sekolah lamanya. Anjel

menunjukkan sikap yang tidak sopan dihadapan ibu
bapanya. Ibu bapa Anjel menggelengkan kepala melihat

sikap anak perempuannya.

4

Pada suatu hari, ketika waktu rehat di sekolah, Anjel
tidak dapat membeli makanan kerana dia tertinggal
wang saku pemberian ibunya. Anjel duduk di suatu sudut
meja dengan muka sedih. Ara dan Devi melihat Anjel
yang muram dan mendekati Anjel. Pada mulanya Anjel
malu untuk menceritakan masalahnya namun akhirnya

Anjel berkongsi masalahnya.

5

Disebabkan Anjel tertinggal wang sakunya, Devi dan Ara
telah menawarkan makanan mereka untuk dikongsi

bersama. Anjel berasa terharu dengan kebaikan Devi dan
Anjel. Disebabkan oleh kejadian itu, Anjel, Ara dan Devi
menjadi sahabat baik. Mereka akan sentiasa bersama
sama di sekolah dan bermain bersama pada waktu
petang. Anjel memberitahu ibu bapanya bahawa dia
sangat gembira.

6

Pada suatu hari di bulan Ramadan, Ara bercerita kepada
Devi dan Anjel tentang persiapannya untuk menyambut Hari

Raya Aidilfitri. Ara bercerita tentang kuih yang dibuatnya,
baju raya yang dijahit ibunya, dan Ara berkongsi

keterujaannya bersama Anjel dan Devi. Anjel berasa bosan
ketika setiap kali Ara menceritakan tentang persiapan
rayanya.

7

Anjel akan pergi ke tempat lain setiap kali Ara bercerita
tentang persiapan rayanya. Ara berasa hairan dengan
sikap Anjel. Ara bertanya kepada Anjel tentang adakah
dia tidak mahu berkawan lagi dengannya. Ara berasa
bahawa Anjel berubah sikap terhadapnya. Anjel
menunjukkan mukanya yang bosan ketika ditanya dan
berlalu pergi. Ara terkejut dengan tindakan Anjel.

8

Setelah ditanya berulang kali tentang perubahan sikap
Anjel, Anjel membuat pengakuan dan berkata kepada Ara

bahawa dia tidak minat dengan sambutan raya Ara
kerana menganggap ia membosankan dan tidak meriah

seperti Tahun Baru Cina. Anjel tidak berminat untuk
mendengar cerita Ara tentang persiapan rayanya. Dia
merasakan bahawa ia sesuatu yang tidak menarik dan
meminta Ara untuk tidak selalu bercerita tentangnya.

9

Ara terkejut dengan kata-kata Anjel. Ara berasa sedih
kerana merasakan dirinya tidak dihargai. Ara hanya ingin
berkongsi kegembiraannya dengan Anjel dan Devi. Namun
dia tidak sangka dengan reaksi Anjel. Ara kecewa dengan

sikap Anjel.

10

Ara berasa kecil hati dan menceritakan hal ini kepada
Devi. Devi mengatakan bahawa Anjel mungkin tidak

pernah merasai suasana sambutan hari raya kerana tidak
memiliki rakan yang berbangsa melayu. Devi meminta

untuk Ara bersabar dengan sikap Anjel. Devi berjanji untuk
membantu Ara dan Anjel untuk berbaik semula.

11

Devi mencadangkan kepada Ara untuk mengajak Anjel
merasai suasana sambutan hari raya. Devi yakin jika Anjel

merasai sendiri pengalaman membuat persiapan hari
raya, pasti Anjel akan gembira. Dalam diam, Devi dan Ara

telah merancang sesuatu tanpa pengetahuan Anjel
dengan harapan bahawa rancangan mereka akan

berhasil.

12

Pada suatu malam, Ara dan Devi pergi ke rumah Anjel dan
mengajak Anjel ke suatu tempat. Pada mulanya Anjel

menolak kerana sudah malam. Namun, setelah dipujuk,
Anjel bersetuju dengan izin kedua ibu bapanya. Ibu bapa
Anjel telah mengetahui tentang rancangan Devi dan Ara.

13

Ara dan Devi membawa Anjel ke rumah Ara. Di rumah Ara,
terdapat suasana yang sangat meriah. Ibu Ara sedang
membuat ketupat, ayah Ara pula sedang membakar
lemang manakala adik-adiknya sedang bermain bunga

api. Rumah Ara dihiasi dengan lampu kelap-kelip dan juga
pelita di sekitar kawasan rumahnya.

14

Anjel berasa teruja dengan suasana yang dilihatnya. Ara
dan Devi mengajak Anjel bermain bunga api. Anjel
kelihatan gembira. Dalam diam, Devi dan Ara turut
gembira kerana rancangan mereka telah berjaya.

15

Pada malam tersebut, Anjel menghabiskan masa dengan
melihat ibu Ara membuat ketupat. Anjel berasa sangat
teruja kerana ini kali pertama dia melihat dan merasai
ketupat.

16

Anjel, Devi dan Ara berasa sangat gembira. Anjel tidak
sangka bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat
menyeronokkan. Ini adalah kali pertama dia merasai
pengalaman sebegitu.

17

Pada pagi raya, Anjel memakai baju kurung pemberian
Ara. Anjel kelihatan sangat cantik. Anjel memohon maaf

kepada Ara diatas sikapnya yang tidak bertoleransi
dengan budaya Ara. Anjel sedar bahawa dia tidak patut

bertindak sebegitu sehingga mengecilkan hati Ara.

18

Ara juga meminta maaf kepada Anjel kerana mengatakan
bahawa Anjel sombong dan angkuh. Devi melihat kejadian

itu dengan gembira. Mereka bertiga saling berpelukan
dan berjanji untuk saling memahami diantara satu sama

lain.

19

Banyak gambar-gambar diambil semasa sambutan Hari
Raya di rumah Ara. Anjel mengatakan bahawa dia ingin
menyimpan gambar tersebut kerana ia adalah perkara

yang menggembirakan yang berlaku dalam hidupnya.

19

Sejak dari itu, Anjel akan menyambut sambutan Hari Raya
bersama Ara pada setiap tahun. Bukan itu sahaja, Anjel
dan Ara juga akan turut meraikan sambutan Deepavali
yang disambut Devi.

20

Nilai Murni

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, kita perlu
saling bertoleransi dan menghormati di antara satu
sama lain.

21


Click to View FlipBook Version