The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH RAYA ANJEL
KARYA NUR IZZAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izatynur98, 2022-06-01 12:19:46

KISAH RAYA ANJEL

KISAH RAYA ANJEL
KARYA NUR IZZAT

BUKU CERITA KANAK-KANAK (6-8 tahun)

KISAH RAYA ANJEL

Di sebuah desa, terdapat seorang kanak-kanak
perempuan berbangsa Cina bernama Anjel. Anjel
merupakan anak emas ibu bapanya. Anjel baru
berpindah dari bandar kerana mengikuti ibu
bapanya. Anjel merupakan seorang anak tauke
balak. Anjel juga berpindah ke sekolah yang
mempunyai kaum yang pelbagai.

2

Ini kali pertama Anjel berada di sekolah yang terdiri
daripada kaum Cina, Melayu dan India. Di sekolah,
Anjel berasa tidak selesa dan tidak seronok dengan
suasana baru di sekolahnya. Anjel pulang ke rumah
dalam keadaan muram dan meminta kepada
ayahnya untuk bertukar ke sekolah lamanya.

3

Ayah Anjel mengatakan bahawa Anjel akan merasa
seronok jika Anjel memiliki rakan-rakan. Anjel
berkata kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
memiliki rakan baru dan dia merindui rakan di
sekolah lamanya. Anjel menunjukkan sikap yang
tidak sopan dihadapan ibu bapanya. Ibu bapa Anjel
menggelengkan kepala melihat sikap anak
perempuannya.

4

Pada suatu hari, ketika waktu rehat di sekolah,
Anjel tidak dapat membeli makanan kerana dia
tertinggal wang saku pemberian ibunya. Anjel
duduk di suatu sudut meja dengan muka sedih. Ara
dan Devi melihat Anjel yang muram dan mendekati
Anjel. Pada mulanya Anjel malu untuk
menceritakan masalahnya namun akhirnya Anjel
berkongsi masalahnya.

5

Disebabkan Anjel tertinggal wang sakunya, Devi dan
Ara telah menawarkan makanan mereka untuk
dikongsi bersama. Anjel berasa terharu dengan
kebaikan Devi dan Ara. Disebabkan oleh kejadian itu,
Anjel, Ara dan Devi menjadi sahabat baik. Mereka
akan sentiasa bersama- sama di sekolah dan
bermain bersama pada waktu petang. Anjel
memberitahu ibu bapanya bahawa dia sangat
gembira.

6

Pada suatu hari di bulan Ramadan, Ara bercerita
kepada Devi dan Anjel tentang persiapannya untuk
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ara bercerita tentang
kuih yang dibuatnya, baju raya yang dijahit ibunya,
dan Ara berkongsi keterujaannya bersama Anjel dan
Devi. Anjel berasa bosan ketika setiap kali Ara
menceritakan tentang persiapan rayanya.

7

Anjel akan pergi ke tempat lain setiap kali Ara
bercerita tentang persiapan rayanya. Ara berasa
hairan dengan sikap Anjel. Ara bertanya kepada
Anjel tentang adakah dia tidak mahu berkawan lagi
dengannya. Ara berasa bahawa Anjel berubah sikap
terhadapnya. Anjel menunjukkan mukanya yang
bosan ketika ditanya dan berlalu pergi. Ara terkejut
dengan tindakan Anjel.

8

Setelah ditanya berulang kali tentang perubahan
sikap Anjel, Anjel membuat pengakuan dan berkata
kepada Ara bahawa dia tidak minat dengan
sambutan raya Ara kerana menganggap ia
membosankan dan tidak meriah seperti Tahun Baru
Cina. Anjel tidak berminat untuk mendengar cerita
Ara tentang persiapan rayanya. Dia merasakan
bahawa ia sesuatu yang tidak menarik dan meminta
Ara untuk tidak selalu bercerita tentangnya.

9

Ara terkejut dengan kata-kata Anjel. Ara berasa
sedih kerana merasakan dirinya tidak dihargai. Ara
hanya ingin berkongsi kegembiraannya dengan Anjel
dan Devi. Namun dia tidak sangka dengan reaksi
Anjel. Ara kecewa dengan sikap Anjel.

10

Ara berasa kecil hati dan menceritakan hal ini
kepada Devi. Devi mengatakan bahawa Anjel
mungkin tidak pernah merasai suasana sambutan
hari raya kerana tidak memiliki rakan yang
berbangsa Melayu. Devi meminta untuk Ara bersabar
dengan sikap Anjel. Devi berjanji untuk membantu
Ara dan Anjel untuk berbaik semula.

11

Devi mencadangkan kepada Ara untuk mengajak
Anjel merasai suasana sambutan hari raya. Devi
yakin jika Anjel merasai sendiri pengalaman
membuat persiapan hari raya, pasti Anjel akan
gembira. Dalam diam, Devi dan Ara telah merancang
sesuatu tanpa pengetahuan Anjel dengan harapan
bahawa rancangan mereka akan berhasil.

12

Pada suatu malam, Ara dan Devi pergi ke rumah
Anjel dan mengajak Anjel ke suatu tempat. Pada
mulanya Anjel menolak kerana sudah malam.
Namun, setelah dipujuk, Anjel bersetuju dengan izin
kedua ibu bapanya. Ibu bapa Anjel telah mengetahui
tentang rancangan Devi dan Ara.

13

Ara dan Devi membawa Anjel ke rumah Ara. Di
rumah Ara, terdapat suasana yang sangat meriah.
Ibu Ara sedang membuat ketupat, ayah Ara pula
sedang membakar lemang manakala adik-adiknya
sedang bermain bunga api. Rumah Ara dihiasi
dengan lampu kelap-kelip dan juga pelita di sekitar
kawasan rumahnya.

14

Anjel berasa teruja dengan suasana yang dilihatnya.
Ara dan Devi mengajak Anjel bermain bunga api.
Anjel kelihatan gembira. Dalam diam, Devi dan Ara
turut gembira kerana rancangan mereka telah
berjaya.

15

Pada malam tersebut, Anjel menghabiskan masa
dengan melihat ibu Ara membuat ketupat. Anjel
berasa sangat teruja kerana ini kali pertama dia
melihat dan merasai ketupat.

16

Anjel, Devi dan Ara berasa sangat gembira. Anjel
tidak sangka bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri
sangat menyeronokkan. Ini adalah kali pertama dia
merasai pengalaman sebegitu.

17

Pada pagi raya, Anjel memakai baju kurung
pemberian Ara. Anjel kelihatan sangat cantik. Anjel
memohon maaf kepada Ara diatas sikapnya yang
tidak bertoleransi dengan budaya Ara. Anjel sedar
bahawa dia tidak patut bertindak sebegitu sehingga
mengecilkan hati Ara.

18

Ara juga meminta maaf kepada Anjel kerana
mengatakan bahawa Anjel sombong dan angkuh.
Devi melihat kejadian itu dengan gembira. Mereka
bertiga saling berpelukan dan berjanji untuk saling
memahami diantara satu sama lain.

19

Banyak gambar-gambar diambil semasa sambutan
Hari Raya di rumah Ara. Anjel mengatakan bahawa
dia ingin menyimpan gambar tersebut kerana ia
adalah perkara yang menggembirakan yang berlaku
dalam hidupnya.

20

Sejak dari itu, Anjel akan menyambut sambutan
Hari Raya bersama Ara pada setiap tahun. Bukan
itu sahaja, Anjel dan Ara juga akan turut
meraikan sambutan Deepavali yang disambut
Devi.

21

Nilai Murni

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, kita perlu
saling bertoleransi dan menghormati di antara satu
sama lain.

22


Click to View FlipBook Version