KELUARGAKU SAYANG KELUARGAKU SAYANG
Keluarga itu, Sangat aku cintai, Sangat aku hargai. Keluarga itu, Mengajar aku erti kasih dan sayang, Mendidik aku menjadi insan yang berguna, Kenal pada tuhan yang esa. Keluarga itu, Adalah harta aku yang paling berharga, Kerana tidak ada nilai yang dapat menandinginya, Walaupun berjuta tahun mengumpul harta, Nilai itu masih tetap tidak dapat menandinginya.
Keluarga itu, Ada ibu yang penyayang, Ada ayah yang dedikasi, Ada kakak, abang dan adik-adik. Keluarga itu, Sentiasa berada di sisi aku, Sewaktu senang dan susah, Tertawa bersama sewaktu gembira, Menangis bersama sewaktu duka. Keluarga itu, Sangat aku cintai, Sangat aku hargai. Keluarga itu, Adalah keluarga aku yang bahagia.
Pengajaran 1) Kita perlulah menyayangi ahli keluarga kita. 2)Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat akan anakanaknya. 3)Anak-anak hendaklah menjaga air muka keluarga.