The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK KAMPUNG RAJA-CM5 KPM-SK-PKHEM, 2023-10-30 10:22:19

Duta Sahsiah SKKR

Duta Sahsiah SKKR 2023

Keywords: Duta sahsiah

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RAJA TARIKH 31 OKTOBER 2023 MASA 07.30 PAGI – 09.00 PAGI DIRASMIKAN OLEH PN. HALIMAH BINTI UMAR GURU BESAR SK KAMPUNG RAJA EN. CHE ZAMRI BIN CHE HAMID PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH


Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah yang serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersamasama membentuk masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberi sokonganmoral. Oleh itu, marilah kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terusberleluasa. Katakan tidak kepada buli! Pesanan Khidmat Masyarakat TENTA Berkaitan BULI Pesanan Khidmat Masyarakat TENTA Berkaitan Gangguan Seksual


Pengerusi : PN. HALIMAH BINTI UMAR (Guru Besar) Naib Pengerusi 1 : EN. MOHAMAD SHAIFOLLAH BIN SOID (GPK HEM) Naib Pengerusi 2 :PN. RASH PAL KAUR A/P DARSHAN SINGH (GPK PENTADBIRAN) Naib Pengerusi 3 : EN. CHE MAD RIDUAN BIN CHE ISMAIL (GPK KOKURIKULUM) Setiausaha : EN. TASDIQI BIN MUSTAFA Bendahari : PN. NOOR AISHAH BT HASRAN Jawatankuasakerja : AJK Kerja TENTA


Tentatif Program TENTA MASA AKTIVITI 6.50 pagi Ketibaan para tetamu 6.55 pagi Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah 7.00 pagi Ketibaaan Pengetua/ Guru Besar 7.05 pagi Menyambut murid hadir ke sekolah 7.30 pagi Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Nyanyian Lagu Sekolah Ikrar Rukun Negara Bacaan doa Ucapan YDH Pegawai Perhubungan Sekplah (PPS) Ucapan YBrs Pengetua / Guru Besar Perlancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023 Sesi bergambar Jamuan 9.00 pagi Bersurai


TEKS DOA MALJIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 ِم ْ ي حِ َّ ِن الر ْحَ ْ َّ ِهللا الر ِم ْ ِس ب لَى َ ع ُ َّسالَم ال َ و ُ صالَة ال َّ َ َْْي و ِ َّق ت ُ لم ْ ِ ة ل َ ب ِ اق َ الع َ َْْي, و الَمِ َ الع بِ َ ر ُ هللِ د ْ م َ ْل ْ َ ا ٍ مد َّ َ ُم ُ َ َن ِدِ ي َ س ِ ه ِ لَى آل َ ع َ َْْي و ِ ع ْجَ ْ أَ ِ ه ِ اب َ صح ْ أَ َ و Dalam majlis penuh keberkatan ini kami menadah tangan penuh kesyukuran memohon pengharapan dan keredaan daripada-Mu, Semoga Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertempat di SMK Tun Syed Sheh Barakbah ini menjadi wadah untuk memartabatkan perpaduan dalam kalangan warga pendidikan, rakan strategik Polis DiRaja Malaysia dan juga masyarakat setempat . يََ يـا ق ـ و يـ ـا م ي ـتـ ن ـ ـ Kami memohon dari Mu ya Tuhan, kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan, dalam melaksanakan amanah yang besar dan tanggungjawab yang diberi taklifan, Semoga dengan itu, kami mampu menempa kecemerlangan bagi menaungi dunia pendidikan, mengangkat matlamat karamatul insan melalui pembentukan sahsiah, adab dan integriti yang menjadi tonggak ketuanan dan ketamadunan ke arah Malaysia Madani. َك ت َّ ن ِ إ َّ م ُ لل ه َ ْ َب ا و ُ ل ُ الْق ِ ه َذِ ن ه أَ َّ ُ لَم ْ َك ع ، ِ ت َّ ب َ لَي َُم َ َ ْت ع ع َ َم ت ْ اج َدِ ق ، الْت َ َ و لَى َ ْت ع َك ق ِ ت َ طَاع ، ت َ َك و ِ ت َ ْو َع لَى د َ َ ْت ع حد َّ َ َش و ، ِري ةِ َ ُ ْصر لَى ن َ َ ْت ع َد اه َ تع َ َك و ِ ت َ ع ِطَت اب َ ر َّ م ُ ه َّ ِق الل ِ ث َ فو ا َ ه ، ا َ ده َّ ُ و ْ م ِ أَد َ و ، ب ُ ا س َ ه ْدِ اه َ و ا َ لَه ، ب ْ الَ ََيْ ي ذِ َّ ِرَك ال ْ نو ِ ا ب َ ََلَه ْ ام َ و ا ْ و ا َ ه َ ر ْ و ُ د ُ ْ ص َح ْشر ا َ َك و ، ِ ب انِ َ ْْي ِض اْْلِ ْ ي َ ف ب . ِ


Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana kasihkan-Mu. Bertemu dan patuh pada-Mu. Bersatu memikul dakwah-Mu. Hati-hati ini telah berjanji setia. Mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan hati ini. Tunjukkan ia jalan yang sebenar. Limpahkan dengan cahaya Rabbani Mu. Yang tak pernah padam dan lapangkanlah dengan iman. د يــاَ ن دو ن و ــا مََي ن ا کـ ريـ ََيــ للان Perkenanlah doa kami, agar segala usaha yang kami lakukan selama ini, mampu membawa citra yang besar dan murni, mengangkat martrabat dan menjulang tinggi, dunia pendidikan yang kami cintai. Jadikan keikhlasan niat kami, sentiasa dijaga dan terpelihara di hati. Walaupun kami tahu ya Allah, banyak perkara mengundang resah, dilingkari ujian dan diselubungi mehnah. Semoga kesungguhan kami beroleh barakah, sepanjang hidup dipandu hidayah. Semoga semangat kerjasama yang kami tunjukkan menambah mawaddah disuntik rahmah. Menambahkan kasih sayang mendinginkan ammarah. Qalbu yang suci mengembalikan fitrah. يــاَرَحـمــــنََ و يــَاَرحـيــمَ رب ـنـَاَ ا ء ت ـن د ـا فـى الـ ن ـيـ ـا ح ـس ــن ـة و فـى ال خ ـر ة ح ـس ـن ـة و ق ـنـ ب ـا عـ ذ ا َ ـا ر الـن َ ص ، و ى للان عـل ـل ـى س ـيـــَ د نـ ن ا م م ـحـ ـد و عـل ـى ء ال ـه ص و ـح ـبـ ـهَ أ ج ـم ي ـع ـ ، وال َ ـح د ـم ن ـ لِل ب ر ال َ ـعــال ي ـم ـ .


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TEKS UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 PADA 31 OKTOBER 2023 (SELASA) 7.00 pagi – 9.30 pagi SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG


1 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. (Salutasi disediakan oleh urus setia) Hadirin yang dihormati, 1. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia serta keizinan-Nya, kita semua dapat hadir dan berhimpun bersempena dengan Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. 2. KPM sentiasa komited menangani isu disiplin khususnya yang berkaitan dengan nilai adab dan sahsiah. Justeru, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan surat arahan serta Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli dan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan sebagai panduan dalam menangani gejala buli secara lebih komprehensif dan sistematik. Syukur alhamdulillah, buku garis panduan ini telah dilancarkan pada 22 September 2023.


2 3. Teras kedua dalam Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM, menekankan aspek Karamah Insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Kita terus berusaha bagi mencapai hasrat ini dengan berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar perhatian penuh diberikan secara berterusan kepada murid dalam membentuk karakter yang harmonis, murid yang seimbang daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Sosial dan Intelektual (JERSI). 4. KPM juga mengharapkan melalui kerangka Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) yang menjadi slogan KPM, dapat membentuk karakter murid yang baik, beradab dan cerdik sebagaimana dihasratkan. Hal ini penting bagi memastikan anak-anak hari ini, benar-benar memenuhi aspirasi negara, yang akhirnya, dapat mewujudkan suasana harmonis dalam masyarakat dan negara. Jika anak-anak telah dibentuk dengan nilai Karamah Insaniah, saya yakin dan percaya bahawa anak-anak yang berada di hadapan saya ini, mampu berfikir dengan bijak dan celik akal dalam membentuk dan menanam sifat-sifat yang mulia dan terpuji serta mampu membangunkan potensi diri melalui minda, jiwa dan jasmani yang sihat secara menyeluruh. Anak yang baik


3 pastinya memberikan satu gambaran yang baik tentang ibu bapa mereka. Anak yang cerdik itu bagus tetapi anak yang baik lagi cerdik itu lebih bagus. Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak yang saya sayangi sekalian, 5. Dalam usaha menerapkan nilai Karamah Insaniah yang dapat melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik, KPM bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Pelibatan PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah merupakan satu intervensi dalam memastikan bahawa anak-anak tidak terjebak dengan salah laku atau pelanggaran disiplin yang boleh membawa kepada kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang. 6. Mendidik anak-anak dalam era moden yang penuh dengan cabaran, khususnya cabaran media sosial dan teknologi memerlukan warga guru memikirkan kaedah yang terbaik untuk menerapkan nilai karamah insaniah yang mencakupi kemahiran dalam pembangunan diri dan kemahiran interpersonal. Nilai-nilai seperti keberanian,


4 ketabahan, kepimpinan, keterampilan, kemahiran berkomunikasi dan kesabaran menjadi nilai penting untuk membentuk kemenjadian murid ABC. 7. Justeru, KPM mengambil inisiatif dengan melantik duta sahsiah yang terdiri daripada kalangan murid sendiri, yang sudah pasti lebih dekat dan mengenali antara satu sama lain, sebagai usaha membantu memberi kefahaman kepada rakan-rakan berkaitan kesan salah laku seperti buli dan salah laku seksual, sekali gus menjadi suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, saya amat berharap agar anak-anak semua, bukan sahaja cemerlang akademiknya, malahan mempunyai jati diri dengan karakter yang baik dan menjadi contoh kepada rakanrakan. Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak yang saya sayangi sekalian, 8. Pembentukan sahsiah yang baik dan moral diri yang tinggi sebenarnya bermula dari rumah dan diperkukuhkan lagi di sekolah oleh guru. Contoh teladan dan asuhan ibu bapa ditambah dengan didikan guru yang baik, sudah pasti akan membentuk nilai-nilai sahsiah yang tinggi. Contohnya, ibu bapa yang sentiasa menunjukkan teladan


5 yang baik akan selalu mengingatkan anak-anak agar menghormati guru, rakan dan mereka yang lebih dewasa. Jika berjumpa dengan guru atau yang lebih dewasa, ucap salam dan tunduk sebagai tanda hormat. Ibu bapa dan guru juga perlu mengingatkan anak-anak agar sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dan tidak memandang rendah sesama rakan. Jika dijadikan sebagai suatu amalan, maka secara tidak langsung nilainilai sahsiah yang baik ini akan menjadi sebahagian daripada kebiasaan cara hidup anak-anak. 9. Oleh itu, dalam membentuk keperibadian unggul karamah insaniah anak-anak ini, kerjasama secara bersepadu dan kolektif antara ibu bapa, guru, pemimpin sekolah dan masyarakat amatlah penting untuk membentuk karakter anak-anak yang baik dan tinggi sahsiahnya. Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak sekalian, 10. Peranan pemimpin murid sebagai duta atau ejen yang membantu sekolah dalam menangani isu salah laku seperti buli dan salah laku seksual, patut dihargai dan diberikan pengiktirafan.


6 11. Diharapkan program ini dapat memberikan bimbingan dan kesedaran kepada murid-murid akan matlamat pendidikan negara ke arah kemenjadian murid. Pembentukan karakter hendaklah bersesuaian dengan norma masyarakat kita demi melahirkan generasi masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang akademiknya malahan cemerlang sahsiahnya. 12. Selain itu, program ini juga penting sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid tentang aspek peraturan, undang-undang serta hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan. Program ini juga, merupakan medium bagi KPM dan PDRM menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran tentang gejala salah laku yang boleh membawa kepada kesalahan jenayah jika tidak dibendung lebih awal. 13. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang disasarkan serta memberikan impak tinggi kepada murid dengan adanya duta sahsiah yang dilantik dalam usaha membanteras gejala salah laku disiplin di sekolah.


7 14. Dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum WBT. - TAMAT – Kementerian Pendidikan Malaysia 31 Oktober 2023


PERINTAH PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 30 OKTOBER 2023 BIL. 33/2023 PERINTAH PASUKAN KHAS PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan rahmat dan izin-Nya jua, Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 dapat disempurnakan pada tahun ini.


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan program pada hari ini secara serentak di seluruh negara. Program yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Jom Ke Sekolah kini telah dijenamakan semula sejajar dengan konsep murid sebagai duta sahsiah. Objektif program ini adalah untuk memeta hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dengan melantik seorang murid di setiap sekolah sebagai Duta Sahsiah dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dilancarkan pada 22 September 2023 yang lalu. Duta Sahsiah yang dilantik oleh pihak sekolah ini, merupakan seorang pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan memperoleh pencapaian terbaik dari segi akademik, sahsiah dan sosial serta diyakini dapat menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain. Memetik pesanan daripada Saidina Ali R.A, “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemudapemudinya pada hari ini”. Kata-kata ini jelas menggambarkan bahawa generasi muda merupakan pewaris kepada kepimpinan negara suatu hari nanti. Justeru, pembinaan generasi pelapis yang mempunyai jati diri yang tinggi dan pegangan agama yang kukuh harus dipupuk bermula sejak awal usia.


PDRM menyedari bahawa ibu bapa dan guru-guru berhadapan dengan cabaran besar dalam mengawal tingkah laku anak-anak muda pada masa kini yang dilihat semakin terdedah kepada pelbagai cabaran dan dugaan. Jika dahulu para pelajar terlibat dalam salah laku disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, bergaduh, vandalisme dan buli namun, pada masa kini, ramai pelajar dikesan dan ditangkap atas kesalahan yang lebih serius. Justeru, saya berharap Duta-duta Sahsiah yang dilantik oleh pihak sekolah, dapat memainkan peranan sebagai pemantau atau pelapor kepada pihak sekolah khususnya bagi mengenal pasti keterlibatan para pelajar dalam kegiatan yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah serta undang-undang negara. Ingin saya kongsikan statistik jenayah indeks melibatkan pelajar sekolah di seluruh negara. Pada bulan Januari hingga September 2022, sebanyak 355 kes dengan 467 tangkapan telah direkodkan. Manakala bagi tempoh masa yang sama pada tahun ini pula, sebanyak 464 kes dengan 561 tangkapan telah dibuat oleh PDRM. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 109 kes dengan pertambahan tangkapan seramai 94 orang.


Manakala statistik jenayah narkotik pula menunjukkan sebanyak 136 kes dengan 136 tangkapan telah dicatatkan dari Januari hingga September 2022, berbanding 87 kes dan 87 tangkapan bagi tempoh yang sama pada tahun ini. Sungguh pun terdapat pengurangan dalam kes dan tangkapan yang dibuat pada tahun ini, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Pemantauan berterusan ke atas para pelajar dan anak-anak muda perlu dilakukan supaya mereka tidak terjerumus ke kancah penagihan kerana tidak dapat disangkal lagi bahawa najis dadah adalah “ibu” kepada segala perlakuan jenayah. PDRM amat prihatin tentang permasalahan sosial, salah laku dan jenayah dalam kalangan generasi muda, khususnya melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Atas rasa tanggungjawab yang tinggi, PDRM telah menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah di seluruh negara bagi mewujudkan komunikasi berterusan antara PDRM dengan pihak sekolah. Peranan dan fungsi PPS tidak hanya terhad dengan hadir ke sekolah apabila diundang oleh pihak pentadbir sekolah sahaja, tetapi juga mengumpul maklumat daripada pihak sekolah untuk diambil tindakan sekiranya perlu. Di samping itu, PPS turut berperanan melakukan rondaan atau lawatan secara berjadual di kawasan sekolah serta memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.


Menerusi mekanisme ini, hubungan akrab antara pihak sekolah dengan PPS yang dilantik menjadi semakin erat sekali gus mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kemenjadian para pelajar. Akhir kalam, besar harapan saya agar jalinan kerjasama antara KPM dan PDRM dapat diperkukuhkan lagi dengan pelantikan pelajar sebagai Duta Sahsiah di sekolah masing-masing. Diharapkan juga, para pelajar dapat menghindarkan diri daripada terbabit dalam sebarang perlakuan jenayah serta pelanggaran disiplin yang boleh merosakkan diri dan masa hadapan. Kepada para ibu bapa dan pihak sekolah pula, sentiasalah cakna kepada perkembangan semasa trend jenayah yang sentiasa berubah agar anak-anak serta para pelajar kita tidak sesekali terlibat sama ada sebagai pelaku atau menjadi mangsa jenayah. Sekian, terima kasih. (TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia


Click to View FlipBook Version