The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL NEGARAKU HARIDEV AL VIJENDRAN 4 KREATIF - HARIDEV A_L VIJENDRAN Moe

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-57408133, 2021-09-27 17:31:19

BUKU SKRAP DIGITAL NEGARAKU HARIDEV AL VIJENDRAN 4 KREATIF - HARIDEV A_L VIJENDRAN Moe

BUKU SKRAP DIGITAL NEGARAKU HARIDEV AL VIJENDRAN 4 KREATIF - HARIDEV A_L VIJENDRAN Moe

SK METHODIST LAKI-LAKI KL

BUKU SKRAP
DIGITAL

NEGARAKU

HARIDEV A/L VIJENDRAN
4 KREATIF

JALUR

GEMILANG

MAKSUD
NAMA

JALUR GEMILANG

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan
putih. Ia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama yang
dianuti oleh seluruh rakyat dari setiap negeri di negara ini dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Bendera
Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara negara dan rakyat Malaysia dalam semua
bidang, serta kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan
imej negara.

ASAL USUL
PENCIPTA

JALUR GEMILANG

JALUR GEMILANG telah dicipta oleh Mohamed bin Hamzah pada tahun 1947.

Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1918 di Singapura.

Beliau telah diminta oleh Dato' Onn Ja'afar untuk mencipta bendera dan
menyertai pertandingan tersebut.

Pada 23 Februari 1950, bendera rekaan beliau telah dipilih dan mendapat
perkenaan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Rekaan beliau dipilih kerana mengandungi unsur-unsur perlambangan Islam,
Raja dan perpaduan.

Setelah itu, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan
rekaan beliau.

Akhirnya, pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera Jalur Gemilang
dikibarkan di Istana Selangor.

FAKTA

JALUR GEMILANG

Maksud Warna Dan Lambang Pada Jalur Gemilang

BIRU TUA - melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi
negara.

KUNING - adalah warna Diraja. Ia melambangkan kedaulatan Raja-Raja
Melayu Berperlembangan serta mendorong dan menghormati lunas-lunas
perlembangan dan falsafah Rukun Negara.

MERAH - gagah berani dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan
dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

PUTIH - kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan
ketahanan rakyat yang beradab dan berkeperibadian malaysia.

14 JALUR - 14 jalur merah dan putih melintang yang sama dalam
persekutuan bagi 13 buah negeri anggota (iaitu Kedah, Pahang, Kelantan,
Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, terengganu, Sarawak, Pulau
Pinang, Sabah, Melaka) dan wilayah Persekutuan (WP kuala Lumpur, WP
Putrajaya dan WP Labuan).

BULAN SABIT - melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan dan
negara.

BINTANG 14 BUCU - melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan.

PENGHARGAAN

Melalui peluang keemasan ini, saya Haridev a/l Vijendran dari kelas 4 Kreatif ingin mengucapkan jutaan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru bimbingan saya dan juga merupakan guru
matematik kelas saya iaitu Cikgu Che Wan Mohd Farid Bin Che Wan Azman, Cikgu Mohamad Taqiyuddin Bin
Ahmad Fikri dan En Tuan Sukiman kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sehingga tersiapnya buku
skrap digital sejarah ini.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan daripada buku skrap digital yang telah saya hasilkan iaitu yang
berkaitan dengan Jalur Gemilang, saya dapat mengenali siapakah Pencipta Bendera Malaysia dan maksud
pada setiap ciri-ciri di bendera Malaysia. Selain itu saya juga mendapat peluang untuk mempelajari cara
membuat buku skrap digital ini melalui menggunakan Aplikasi Canva. Buku skrap digital ini juga telah
menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi saya dan saya berharap pencapaian saya dalam
matapelajaran ini akan bertambah baik. Semoga pertandingan seperti ini akan terus dijalankan untuk masa
akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan sejarah pelajar-pelajar.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan pada ahli keluarga saya yang banyak membantu saya
menyiapkan buku skrap digital ini.

Akhir kata, sekali lagi ingin saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menghasilkan buku skrap digital ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam buku skrap digital ini. Sekian
terima kasih.


Click to View FlipBook Version