The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasminmdyasin, 2024-03-18 23:33:21

BENGKEL LATIHAN PTK

BENGKEL LATIHAN PTK

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS BENGKEL LATIHAN PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA (PTK) MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)


DEFINISI TRANSISI Perubahan/Peralihan yang dilalui oleh setiap MBK dalam sesi persekolahan seterusnya ke alam pekerjaan KESAN TRANSISI KEPADA MBK Perubahan persekitaran akan memberi tekanan kepada perasaan dan emosi MBK BAGAIMANA MENGURANGKAN TEKANAN? Sokongan bersesuaian yang wajar diberikan bagi mengurangkan tekanan tersebut dan meningkatkan kesediaan MBK untuk menerima perubahan


TAFSIRAN PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA (PTK) MBK Program Transisi ke Kerjaya MBK merupakan: • program pembangunan kemahiran dan pembangunan sokongan MBK yang dilaksanakan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Program ini: • memberi sokongan psikologi, emosi dan minda untuk membantu MBK menyesuaikan diri dengan persekitaran, individu dan komuniti di sekolah, keluarga, tempat latihan dan tempat kerja. Program ini juga: • bertujuan menyedia dan menyokong proses transisi MBK ke arah menempuh alam pekerjaan dan alam dewasa termasuklah aspek kekeluargaan, sosial kemasyarakatan dan rekreasi berdasarkan keupayaan, kekuatan, minat dan potensi MBK setelah tamat persekolahan.


MATLAMAT PROGRAM memastikan MBK memperoleh bantuan dan sokongan untuk lebih bersedia dan dapat mengatasi halangan dari aspek kognitif, bahasa, komunikasi, emosi, tingkah laku dan perkembangan motor untuk lebih yakin diri dan mampu berdikari.


FOKUS PTK Tiga aspek penting: • Sokongan psikologi, emosi dan minda MBK untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, individu dan komuniti. • Memupuk keyakinan dan advokasi diri melalui soft-skill dan kemahiran sosial. • Pendedahan dan pengalaman secara hands-on di tempat kerja melalui program latihan industri (traineeship/ internship/ apprenticeship).


OBJEKTIF PTK • membina sikap berdikari • membina cara hidup sihat • mengurus diri apabila sakit • membina penampilan diri sesuai dengan masa dan keadaan • berdikari membeli keperluan diri & mempunyai mobiliti untuk melakukan aktiviti harian • menggunakan wang dengan betul • merancang dan mengurus kewangan harian • mengurus emosi dengan positif • bersedia menerima akibat dari tindakan yang diambil • membezakan tindakan yang betul dan salah • memahami keadaan situasi diri • menyedari dan memahami potensi diri • menerima keadaan diri dan bersikap positif • berani menyuarakan pandangan • tidak malu menyatakan masalah • meningkatkan kesedaran diri • membuat pilihan yang betul/ tepat • menjaga imej dan mengamalkan gaya hidup sihat • menjaga kebersihan dan keselamatan diri


OBJEKTIF PTK • membina dan mengeratkan hubungan • memahami hak diri dan tanggungjawab • membina hobi dan aktiviti rekreasi • menjalinkan persahabatan • memahami peraturan dan tanggungjawab menggunakan perkhidmatan/ kemudahan awam • mengenalpasti perubahan fizikal dalam kedewasaan • menjaga emosi pada peringkat dewasa • berinteraksi dengan baik mengikuti jantina dan umur • bertanggungjawab bila berkeluarga • memahami dan mengawal perasaan sendiri • memahami alam pekerjaan • mengenali potensi diri • membuat pilihan kerja yang tepat • mempunyai sikap dan tingkah laku yang sesuai di tempat kerja • membina kemahiran untuk temuduga • memahami peraturan di tempat kerja • mampu dan bersedia bekerja • menyertai latihan industri/ OJT (traineeship/internship/apprenticeship)


KAEDAH PELAKSANAAN ⚫ Penerapan transisi dilaksanakan melalui PdPc didalam bilik darjah/bengkel dan diselitkan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK). ⚫ Tempoh pelaksanaan dijalankan sepanjang sesi persekolahan bermula Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5 ⚫ Program transisi harus diberikan pendedahan kepada ibu bapa MBK serta mendapat sokongan dari pihak terbabit.


KEMAHIRAN KEHIDUPAN KEMAHIRAN ADVOKASI DIRI MEMBUDAYAKAN KEDEWASAAN KEMAHIRAN KERJAYA KESEDIAAN KERJAYA SOKONGAN DI TEMPAT KERJA (LATIHAN INDUSTRI & JOB COACH) MODUL PTK 1 2 3 4 5 6


PEMBAHAGIAN MODUL PTK Bil. Komponen Model Transisi ke Kerjaya Tingkatan dilaksanakan 1. Kemahiran Kehidupan Tingkatan Satu 2. Kemahiran Advokasi Diri Tingkatan Dua 3. Kemahiran Membudayakan Kehidupan Kedewasaan Tingkatan Tiga dan Lima 4. Kemahiran Kerjaya Tingkatan Empat dan Lima 5. Kesediaan Kerjaya Tingkatan Tiga, Empat dan Lima 6. Pembangunan sokongan di tempat kerja Tingkatan Empat dan Lima


Kemahiran Kehidupan Kemahiran Advokasi Dan Komunikasi Kemahiran Kehidupan Kedewasaan Kemahiran Kerjaya ▪ membina sikap berdikari ▪ berani menyuarakan pandangan ▪ membina hobi dan aktiviti rekreasi ▪ memahami alam pekerjaan ▪ mengurus diri apabila sakit ▪ menyedari dan memahami potensi diri ▪ bertanggungjawab bila berkeluarga ▪ mengenali potensi diri ▪ menjaga imej dan mengamalkan gaya hidup sihat ▪ menerima keadaan diri dan bersikap positif ▪ menjaga kebersihan dan keselamatan diri ▪ pilihan kerjaya yang tepat ▪ mengurus emosi dengan positif ▪ mengenali potensi diri ▪ mengenal pasti perubahan fizikal dalam kedewasaan ▪ membina tingkahlaku positif di tempat kerja ▪ membina penampilan diri sesuai dengan masa dan keadaan ▪ menjalinkan persahabatan ▪ berdikari membeli keperluan diri & mempunyai mobiliti untuk melakukan aktiviti harian ▪ mental dan fizikal bersedia ke alam pekerjaan CONTOH OBJEKTIF PTK DI APLIKASIKAN DALAM MODUL PTK


CONTOH RPH PTK MERENTAS KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 Std. Kandungan 3.1 : Amalan Adab di Rumah Std. Pembelajaran 3.1.1 : Menyatakan amalan adab di rumah EMK: PTK Modul 1 - Kemahiran Kehidupan Rasional: 7.1.4 (1.4) 7.1.4 : Pengurusan Kehidupan 1.4 : MBK memahami tentang adab sopan dan boleh menghormati serta mematuhi arahan ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua daripada mereka Kelak MBK boleh mengaplikasi adab sopan dalam pergaulan bersama-sama dengan rakan sekerja dan majikan Objektif Pada akhir pelajaran, murid boleh: i. menyatakan satu amalan adab di rumah dengan betul. ii. menyatakan sekurang-kurangnya tiga amalan adab di rumah dengan betul. Aktiviti 1. Murid menonton tayangan klip video situasi di rumah. 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang klip video yang ditonton. 3. Murid memilih amalan adab di rumah yang betul. 4. Murid menyatakan amalan adab di rumah. 5. Murid melakonkan semula/membuat simulasi.


Mula Pelantikan Jawatankuasa Program Transisi ke Kerjaya Pelaksanaan Modul 1. Kemahiran Kehidupan 2. Kemahiran Advokasi Diri 3. Kemahiran Membudayakan Kehidupan Kedewasaan 4. Kemahiran Kerjaya 5. Kesediaan Kerjaya 6. Sokongan di Tempat Kerja Penilaian Tahap Kemampuan Bekerja MBK Tinjauan Industri (Job Matching) Menyediakan Kertas Kerja Latihan Industri Kelulusan Ketua Jabatan Kelulusan PPD Menandatangani Perjanjian Persefahaman Pengoperasian ▪ Parents Consent, Penjadualan dll. Penempatan Latihan Industri Penilaian Pelaporan Tamat CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA Ya Tidak Ya Tidak


DRAF SURAT PEKELILING IKHTISAS


Click to View FlipBook Version