PROGRAM JELAJAH MASJID
Program Jelajah Masjid merupakan program di bawah anjuran Lajnah Kerohanian & Latihan KepimpinanAsrama dengan kerjasama guru-guru PIBA.
Program ini dijalankan untuk membawa murid keluar menghadiri program- program yang dianjurkan oleh masjid-masjid sekitar bandaraya Miri.
Program ini juga bertujuan untuk mengimarahkan masjid-masjid di luar sekolah dengan membawa murid mengikuti program yang dianjurkan secara lansung.
LAJNAH KEROHANIAN & LATIHAN KEPIMPINAN
Objektif Pelaksanaan Program Jelajah Masjid
Secara umumnya, tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan murid lelaki yang mencintai masjid dengan mengimarahkan masjid-masjid yang terdapat di sekitar bandaraya Miri.
Selain itu, ia juga merupakan satu usaha Lajnah Kerohanian & Latihan Kepimpinan Asrama untuk membawa murid-murid asrama mengikuti pelbagai jenis aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh masjid-masjid luar.
Justeru, berikut merupakan objektif utama Program Jelajah Masjid dilaksanakan di peringkat sekolah:
LAJNAH KEROHANIAN & LATIHAN KEPIMPINAN
1. Menambah ilmu pengetahuan murid melalui program-program masjid luar.
2. Melahirkan murid lelaki yang suka mengimarahkan masjid atau surau.
3. Melahirkan murid lelaki yang mencintai rumah ibadah dengan sentiasa menghadiri program-program yang diadakan di masjid atau surau sekitar rumah murid.
Sasaran Pelaksanaan dan Penglibatan Program Jelajah Masjid
Semua warden yang ditugaskan terlibat secara lansung di dalam program ini.
Semua guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (PIBA) yang ditugaskan juga terlibat secara lansung.
Semua murid lelaki asrama juga terlibat secara lansung di dalam program ini.
Sepanjang tahun 2022, 3 buah masjid telah dikunjungi oleh murid-murid SMK Agama Miri untuk mengikuti program anjuran masjid tersebut secara lansung.
Antara masjid tersebut ialah:
- Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Senadin - Masjid At Taqwa, Miri
- Masjid Darul Ehsan, Piasau
LAJNAH KEROHANIAN & LATIHAN KEPIMPINAN
Impak Pelaksanaan Program Jelajah Masjid
1) Melahirkan murid lelaki yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dengan mengikuti program-program kerohanian daripada masjid luar.
2) Melahirkan murid lelaki yang mencintai rumah ibadah seperti masjid dan surau.
4) Melahirkan murid yang suka mengimarahkan rumah ibadah seperti masjid atau surau dengan mengikuti program anjuran mereka dengan aktif.
5) Membiasakan murid lelaki dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dengan masyarakat luar agar dapat membina kemahiran insaniah yang lebih baik.
LAJNAH KEROHANIAN & LATIHAN KEPIMPINAN
P E
NGLIBATAN
LAJNAH KEROHANIAN & LATIHAN KEPIMPINAN
PENGLIBATAN GURU DAN MURID DALAM PROGRAM JELAJAH MASJID