The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SMK Agama Miri, 2022-11-28 21:27:53

PENGUNGSIAN BANGUNAN

PENGUNGSIAN BANGUNAN
Selesa dan selamat itu ungkapan ulung yang sering keluar dari hati penghuni sekolah. Bangunan sekolah yang selesa adalah idaman setiap warga yang menghuni bangunan. Umumnya sekolah merupakan landasan pertama untuk menimba ilmu baik disekolah rendah mahupun menengah. Suasana yang ceria, bersih dan selamat memberikan keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid. Tidak adil jika sesebuah sekolah cemerlang dari segi penilaian akademik tetapi keceriaan dan keselamatan penghuni sekolah ditahap yang rendah.
Oleh itu, pihak SMKAMi dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Miri mengadakan program Pengungsian bangunan sebagai langkah persediaan pencegahan kebakaran yang efektif dan mempunyai kaedah menangani semasa kecemasan iaitu laluan kecemasan, tempat berhimpun, alatan pemadam kebakaran terutama di kawasan bangunan yang melibatkan makmal-makmal dewan makan dan asrama yang terdedah kepada risiko kebakaran.
LAJNAH KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN(3K)


LAJNAH KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN(3K)
Objektif Pelaksanaan Pengungsian Bangunan
i. Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya Kebakaran.
ii. Menguji keberkesanan peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan dan alat-alat pemadam api sama ada berfungsi dengan baik atau tidak.
iii. Memastikan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan oleh warga sekolah.
iv. Memastikan murid dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat apabila berlaku kecemasan atau kebakaran.
v. Membiasakan warga sekolah dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan diri.
vi. Melatih warga sekolah dengan kemahiran memeriksa dan melapor apabila berlakunya kecemasan.


Sasaran
Pengungsian Bangunan
Pelaksanaan program ini melibatkan:
i. Pengurusan Asrama SMK Agama Miri
ii. Lembaga Warden SMK Agama Miri
iii. Jawatankuasa 3K SMK Agama Miri
iv. Guru penasihat Kadet Bomba SMK Agama Miri
v. Murid Asrama SMK Agama Miri
vi. Jambatan Bomba dan Penyelamat, Miri
Tempoh Pelaksanaan Pengunsian Bangunan
Program ini merupakan satu program yang wajib dilakukan sekali setahun untuk menyalurkan informasi tentang cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau kes-kes kecemasan yang lain. Antara aktiviti yang dilakukan ialah:
i. Proses pengungsian bangunan
ii. Demonstrasi penggunaan alat pemadam
api dan jentera
iii. Taklimat Khas Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia
LAJNAH KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN(3K)


Impak Pengungsian Bangunan
i. Program ini dapat meningkatkan kepekaan warga sekolah terhadap elemen keselamatan.
ii. Progran ini memberikan pengalaman dan pengetahuan laluan dan tempat berkumpul yang selamat bagi murid-murid untuk menyelamatkan diri.
iii. Murid dapat mematuhi masa dan akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.
iv. Murid dilatih untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan
berlaku.
LAJNAH KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN(3K)


Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Jambatan Bomba dan Penyelamat Daerah Miri atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.
P E N G H A R G A A N
LAJNAH KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN(3K)


Click to View FlipBook Version