QIAMULLAIL 2022
Pengenalan:
Qiamullail adalah bangun satu pertiga malam untuk melaksanakan ibadah-ibadah kepada Allah .
Di samping ibadah fardhu yang ditunaikan setiap hari dengan qiamullail ini kita dapat membentuk jiwa dan rohani lebih mantap. Anatara ibadah yang dilaksanakan adalah berzikir,membaca Al-Quran, Solat Sunat tahajjud,Solat Sunat Taubat,Solat Sunat Tasbih dan Solat Sunat Witir.
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM & JK PENGURUSAN ASRAMA
Tujuan
Tujuan Qiamullail adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T.
Dalam erti kata lain, mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, jauhi maksiat dan sebagainya.
Justeru, berikut merupakan objektif utama Qiamullail 2022 yang dilaksanakan oleh pelajar asrama:
.1.Melatih pelajar untuk mendekatkan diri kepada Allah.
2. Memupuk pelajar sentiasa mengamalkan solat sunat
3. Mendedahkan kepada pelajar cara menunaikan solat sunat yang dilakukan semasa qiamullail.
4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin terutama dalam solat.
5.Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar.
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM & JK PENGURUSAN ASRAMA
Penglibatan
Qiamullail ini adalah melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan .
Waktu dilaksanakan adalah bermula jam :00 pagi sehingga :00 pagi.
Pelajar yang ditugaskan untuk
mengendalikan Qiamullail akan memastikan program yang telah dijadualkan dapat dilaksanakan dalam masa yang telah ditetapkan.Warden dan guru PIBA yang bertugas akan memantau agar perjalanan program ini berjalan dengan lancer.
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM & JK PENGURUSAN ASRAMA
Kelebihan Qiamullail
Dengan melazimi qiamullail, itu menandakan kita sedang berusaha menjadi hamba yang baik dengan beriman kepada Allah SWT. Selain menunaikan kewajipan lima waktu, mendirikan solat-solat sunat juga akan meningkatkan iman kita kepadaNya.Semakin istiqamah dalam melakukan qiamullail, semakin tinggi darjat kita di sisi Allah dan semakin dekat kita denganNya. Ini kerana tidak semua orang mendapat kedudukan ini di sisi Allah lantaran tidak mampu untuk bangun malam di tengah malam dan berqiamulail.Pada tengah malam, suasana sepi dan hening lebih tenang untuk beribadah memandangkan kebanyakan orang sedang lena diulit mimpi. Oleh itu ibadah dapat dilakukan dengan lebih khusyuk.Dengan nikmat kesihatan yang diberikan. Berapa ramai di antara kita yang terlupa bahawa tubuh badan yang sihat dan mampu bangun malam untuk beribadat adalah salah satu nikmat yang tidak dimilik oleh semua.Golongan yang kerap berjaga malam untuk melakukan qiamullail akan dihadiakan dengan rezeki yang melimpah-ruah dan tidak disangka-sangka.Melakukan qiamullail akan menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa kepadaNya. Bahkan lebih berasa takut untuk melakukan kesalahan dan dosa. Pada waktu siang kita sibuk dengan urusan seharian. Malam hari adalah masa dan peluang yang sesuai untuk ‘berjumpa’ dengan Allah SWT secara lebih khusyuk dan bersungguh. Keseronokan itu membuatkan kita berasa lebih mahu untuk melakukannya lagi pada masa akan dating.
Jika kita hanya fikirkan bahawa tidur adalah lebih seronok daripada beribadah malam, maka pasti berasa berat untuk melaksanakannya.
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM & JK PENGURUSAN ASRAMA
Melahirkan pelajar yang berdisiplin dalam menepati masa.
Melahirkan pelajar yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
Melahirkan pelajar yang berjiwa pemimpin dalam menguruskan dan mengendalikan program
I M P A K
dengan baik.
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM & JK PENGURUSAN ASRAMA