SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SMKAMi
Setiap bidang telah diberikan peluang untuk mengembangkan bakat para pelajar SMKAMi. Oleh itu, Bidang kemanusiaan telah mengadakan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah untuk pelajar- pelajar SMKAMi.
Sudah menjadi budaya di setiap sekolah apabila tibanya bulan Ogos, pastinya rancangan dan program berkaitan sambutan kemerdekaan negara akan diadakan bagi memupuk semangat patriotik dan sifat cintakan negara dalam kalangan diri murid khususnya dan warga sekolah amnya.
BIDANG KEMANUSIAAN
KENAPA DILAKSANAKAN
Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar- besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke 65.
Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.
Justeru, berikut merupakan objektif utama Bulan Kebangsaan bagi tahun 2022 telah dilaksanakan di peringkat sekolah.
1.
Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sepanjang kehidupan mereka.
3.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan,
suasana dan semangat kemerdekaan. Melahirkan generasi yang menghayati erti perjuangan kemerdekaan.
BIDANG KEMANUSIAAN
PENGLIBATAN
Guru-guru bidang kemanusiaan telah memberi peluang kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, serta pelajar Tingkatan 6 Bawah 2022 untuk menyertai acara yang dipertandingkan.
Aktiviti Bulan Kebangsaan ini telah dirancang bermula 10 Ogos sehingga 16 September 2022 .
Setiap aktiviti ini telah dijalankan pada hari Rabu.
Penyelaras aktiviti akan memastikan setiap acara yang telah dijadualkan dapat dilaksanakan dalam masa yang telah diperuntukkan.
BIDANG KEMANUSIAAN
PELAKSANAAN
Terdapat 6 jenis acara yang telah
dipertandingkan sepanjang Bulan Kebangsaan berlangsung seperti berikut :
Poster Kemerdekaan
Penyelaras :
- Cikgu Aliza
- Cikgu Melissa Tarikh : 15 Ogos 2022
Sketsa Sejarah
Penyelaras :
- Cikgu Mohd Faizal
- Cikgu Siti Aminah Tarikh : 24 Ogos 2022
Pameran Kebudayaan
Penyelaras :
- Cikgu Aliza
- Cikgu Melissa Tarikh : 24 Ogos 2022
Explorace Geografi
Penyelaras :
- Cikgu Azlan
- Cikgu Hanif Tarikh : 24 Ogos 2022
Kuiz kenegaraan
Penyelaras :
- Cikgu Felix
Tarikh : 15 Oktober 2022
BIDANG KEMANUSIAAN
1.
Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah. Melahirkan generasi yang menghayati erti perjuangan kemerdekaan. Memupuk kerjasama serta semangat perpaduan di kalangan pelajar SMKAMi. Membantu pelajar dalam menguasai TP 6 dengan menghasilkan PBL melalui pertandingan sketsa sejarah. Membantu pelajar mengingat fakta sejarah dengan aktiviti yang menarik. Membantu pelajar-pelajar SPM mengulangkaji pelajaran dengan menyertai sketsa kemerdekaan.
5. 6.
2. 3.
4.
I M P A K
BIDANG KEMANUSIAAN