Zon Selamat
Bertepatan dengan Program Keselamatan Makanan (ProKEM) Dapur Asrama anjuran KPM, maka diilhamkan zon selamat. ProKEM Dapur Asrama dibangunkan bagi menambahbaik Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di dapur asrama sekolah/institusi. Ia bertujuan bagi menggariskan keperluan kebersihan dan keselamatan makanan yang lebih bersistem melalui amalan kebersihan baik (GHP) dalam memastikan tahap
keselamatan makanan yang disediakan di dapur asrama / institusi adalah bersih dan selamat. Ia bagi meningkatkan sistem yang sedia ada dari segi jaminan keselamatan makanan dan melindungi murid/pelajar/penghuni terhadap bahaya pencemaran makanan disepanjang rantaian penyediaan makanan.
LAJNAH 3K
Objektif Pelaksanaan;
i. •Sebagai rujukan kepada pengusaha dapur asrama
sekolah dan institusi bagi mematuhi kehendak PPKM 2009 dalam penerimaan bahan mentah, penyimpanan, pengendalian, penyediaan dan penghidangan makanan supaya selamat dan terjamin kebersihannya.
ii. Sebagai asas amalan kebersihan baik (GHP) di dapur asrama.
iii. Menggurangkan kejadian keracunan makanan melalui
amalan kebersihan baik (GHP)
LAJNAH 3K
Sasaran Pelaksanaan dan Penglibatan;
Bahagian Keselamatan Makanan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan Projek rintis bermula pada Julai 2019 melibatkan 31 buah dapur asrama sekolah harian di bawah KPM. Projek ini akan diperluas disemua dapur asrama sekolah dan institusi pada tahun 2020
Sasaran Program ini melibatkan :
i. Pengurusan pihak
Asrama SMK
Agama Miri
ii. Warden - warden
SMK Agama Miri
iii. Pelajar SMK
Agama Miri
LAJNAH 3K
Zon Biru–
Meja makan dan meja penyediaan makanan
LAJNAH 3K
Zon Kuning – Kawasan Persediaan Makanan dan bilik persalinan
LAJNAH 3K
Zon Hijau – Peralatan dan Perkakasan
LAJNAH 3K
Zon Merah –
Kawasan kotor seperti tandas dan kawasan bahan mentah
LAJNAH 3K