GURU MUDA
Pengenalan:
Berteraskan motto “Adab Cemerlang, Akademik Tebilang”, SMK Agama Miri terus- menerus berusaha dalam menambahbaik program-program sekolah yang sedia ada dan memperkenalkan program-program baharu bagi mencapai matlamat sekolah iaitu menghasilkan proses pembelajaran dan pengajaran yang holistik terutama dari segi adab dan kecemerlangan akademik.
JK Akademik SMKAMi
Oleh itu, unit Kurikulum SMK Agama Miri telah memperkenalkan satu program baharu iaitu Program Guru Muda yang memfokuskan kepada lima subjek SPM iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik dan Perniagaan. Diharap agar dengan program ini akan lebih memberi fokus dan impak positif kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Agama Miri di dalam kategori sederhana dan lemah bagi subjek-subjek tersebut.
Lokasi : Blok Kelas, Asrama, Dewan Makan, Pondok PIBG
Matlamat Program Guru Muda
Matlamat utama program Guru Muda ini adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar yang berada di dalam kategori sederhana dan lemah bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik dan Perniagaan. Subjek-subjek ini dikenalpasti sebagai subjek yang masih mempunyai ramai pelajar yang tidak dapat mencapai prestasi yang diingini. Oleh itu, pihak Kurikulum SMK Agama Miri telah menyediakan program khas dengan bantuan pelajar cemerlang subjek bagi membantu untuk meningkatkan prestasi sekaligus mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM.
Objektif
• Meningkatkan prestasi pelajar kategori lemah dan sederhana
dengan bimbingan guru muda.
• Mewujudkan budaya belajar yang sihat dan sikap saling bantu
membantu dalam pelajaran.
• Meningkatkan prestasi GPMP mata pelajaran yang terpilih. • Meningkatkan GPS sekolah.
K U J R K I K A U k L a U d Me m S i M k K S A M M K i A 2 M 0 i 2 2
PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya Program Guru Muda ini, pihak SMK Agama Miri dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah dapat membentuk pelajar yang berwawasan, bertanggungjawab, sentiasa menghargai dan sifat bangga dengan sekolah. Dengan berkat kerjasama, sokongan dan iltizam yang tinggi khususnya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Agama Miri dan semua warga SMK Agama Miri baik secara langsung atau tidak langsung akan dapat membantu kelancaran dan kejayaan program, terutamanya dalam menaikkan taraf pembelajran dan pengajaran di SMK Agama Miri demi kecemerlangan sahsiah dan akademik murid.
JK Akademik SMKAMi