The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SMK Agama Miri, 2022-11-28 21:01:11

HARI BERTEMU WARIS

HARI BERTEMU WARIS
Hari Bertemu Waris merupakan program akademik tahunan yang telah lama dijalankan.
Namun, penularan COVID-19 menyebabkan program ini tertangguh selama dua tahun.
Pada tahun 2022, Hari Bertemu Waris dijalankan semula untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Kawasan sekolah dipenuhi dengan ibu bapa yang sanggup datang dari luar kawasan Miri seperti Bintulu , Lawas dan lain-lain semata- mata untuk mengetahui prestasi semasa anak-anak di dalam akademik.
JK Akademik SMKAMi


K U J R K I K A U k L a U d Me m S i M k K S A M M K i A 2 M 0 i 2 2
Objektif Program
Secara umumnya, program ini merupakan inisiatif pihak sekolah untuk membina rangkaian kerjasama antara guru dan ibu bapa / penjaga demi kecemerlangan murid baik dari segi akademik , kokurikulum mahupun sahsiah.
.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.
Justeru, berikut merupakan objektif utama Hari Bertemu Warid telah dilaksanakan di peringkat sekolah.
1. Membina permuafakatan di antara ibu bapa / penjaga demi kecemerlangan anak- anak.
2. Membincang masalah- masalah yang timbul di kalangan anak-anal dan mencari jalan penyelesaian bersama.
3. Meningkatkan pencapaian PBD dan GPS individu bagi pentaksiran yang akan datang.


Penglibatan
Hari Bertemu Waris telah dijalankan pada 30 Julai 2022 dan melibatkan semua guru sama ada secara langsung atau tidak lansung.
Semua ibu bapa murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5
dijemput hadir membincangkan
akademik anak masing- masing.
Aktiviti dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua dan YDP PIBG kemudian diikuti dengan perjumpaan Guru-Ibu Bapa sama ada di dewan Al-Khawarizmi ataupun bilik darjah.
Guru Kelas menyerahkan laporan PBD kepada Waris dan kemudian Waris dan pelajar berjumpa dengan guru-guru subjek masing- masing.
Bagi Waris yang tidak dapat hadir,pelajar akan berjumpa sendiri dengan guru masing- masing.
bagi prestasi
JK Akademik SMKAMi


JK Akademik SMKAMi
Kenapa Dilaksanakan?
Hari Bertemu Waris merupakan satu program yang memberi peluang kepada ibu bapa , guru dan pelajar untuk bersemuka bagi membincangan pretasi akademik pelajar.
Selain itu , ibu bapa boleh bertanya secara terus kepada guru tentang masalah anak sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah.
Melalui perjumpaan ini , hubungan silaturahim anta ibu bapa dan guru dapat ditingkatkan. Guru juga dapat mendengar masalah pelajar yang dihadapi di rumah .
Pihak sekolah yakin melalui program ini , semangat dan motivasi pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dapat disuntik apabila mereka melihat kesungguhan ibu bapa yang datang untuk berbincang dengan guru masing- masing.


Impak HARI BERTEMU WARIS
Semoga program Hari Bertemu Waris menjadi satu budaya yang berterusan untuk kecemerlangan pelajar di SMKA Miri.
I M P A K
JK Akademik SMKAMi



Click to View FlipBook Version