Perkongsian
Amalan Terbaik
NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)
Selaras dengan usaha untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan mempunyai nilai tambah dalam diri dan mampu berkongsi pengetahuan kepada khalayah, sebuah program yang menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan salah satu inisiatif bagi menggalakkan murid untuk membaca dan membudayakan amalan ini dalam kehidupan seharian. Sekolah telah dijadikan sebagai platform untuk menyemai budaya ini sepanjag masa. Justeru, pelibatan SMK Agama Miri dalam program ini telah disambut baik oleh warga sekolah dan memastikan setiap murid menyertai NILAM menerusi perekodan bahan bacaan dan penyediaan suasana pembelajaran yang mesra membaca. Menjadi tanggungjawab guru NILAM pula untuk memberikan penghargaan kepada murid yang aktif membaca dan kelas yang memurnikan ruang bilik darjah yang mesra budaya membaca.
:
NILAM
Objektif
Pelaksanaan
NILAM;
i. Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan guru dan murid di SMK Agama Miri.
ii. Menambah pengetahuan murid tentang isu semasa dan memberikan murid peluang untuk menambah jumlah serta koleksi bacaan.
iii. Memberikan penghargaan kepada murid yang terlibat dengan program bacaan.
iv. Menganugerahkan bintang kepada murid
yang layak dan mencapai sasaran jumlah
bacaan.
v. Melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan dan mampu berkongsi ilmu dan maklumat bahan bacaan dengan rakan- rakan yang lain.
NILAM
Sasaran Pelaksanaan dan Pelibatan NILAM
Pelaksanaan program ini melibatkan:
i. Guru-Guru SMK Agama Miri (Guru kelas)
ii. Murid SMK Agama Miri
iii. Pengurusan Pusat Sumber SMK Agama Miri
iv. Jawatankuasa NILAM SMK Agama Miri
v. Pustakawan SMK Agama Miri
vi. Ibu Bapa
NILAM
NILAM
Pengisian Agenda Program (NILAM)
Tempoh Pelaksanaan Program:
i. Sepanjang tahun.
ii. Pemberian penghargaan
menggunakan sistem penggal.
Pengisian Program:
i. Jom Baca 10 Minit
ii. Kem Membaca
iii. Anugerah NILAM
iv. Bicara Buku
v. Pertandingan Sudut NILAM kelas
vi. Penilaian Buku NILAM Terbaik
vii. SemarakIlmu
Impak Pelaksanaan NILAM
i. Murid dapat diberikan pengiktirafan untuk kerana aktif membaca dan merekodkan bahan bacaan.
ii. Murid dapat mengakses pelbagai bahan bacaan dan menambah ilmu pengetahuan tentang isu semasa.
iii. Murid dapat membudayakan amalan membaca sebagai tabiat positif dan memberikan manfaat kepada diri menerusi pengisian masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
iv. Guru dapat mengasah bakat dan melahirkan murid berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta bersaing secara sihat menerusi pelbagai program/ pertandingan berkaitan bacaan dan pengucapan awam.
NILAM
NILAM
KREATIVITI SUDUT BACAAN NILAM
S U D U T N I L A
M
KREATIVITI SUDUT BACAAN NILAM
NILAM
S U D U T N I L A
M
Kejayaan NILAM
SMK Agama Miri “BICARA BUKU”
NILAM
DAYANA QISTINA BINTI MOHAMAD HARISUDDIN
NAIB JOHAN
BICARA BUKU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
JOHAN NEGERI
BICARA BUKU
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022
K E J A Y A A N
NILAM
Kejayaan NILAM
SMK Agama Miri “TOKOH NILAM”
JOHAN
ANUGERAH NILAM
KATEGORI BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022
K E J A Y A A N