KEMPEN JOM BERSELAWAT 2022
Sahsiah yang baik menggambarkan kemenjadian pelajar Muslim. Kecemerlangan pelajar bukan hanya dilihat pada kecemerlangan akademik sahaja, tetapi kecemerlangan sahsiah juga diberi keutamaan. Pelajar muslim yang cemerlang sahsiah mampu melakukan amalan-amalan sunat tanpa disuruh dan dipaksa. Amalan sunat seperti berselawat adalah antara amalan yang mempengaruhi pembentukan sahsiah pelajar muslim.
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
Kenapa dilaksanakan
Secara umumnya, Kempen Jom Berselawat merupakan satu kempen yang dijalankan di sekolah melibatkan semua warga SMKAMi yang beragama Islam bagi menyemarakkan lagi cinta kepada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam .
Selain itu, ia juga merupakan satu usaha yang dijalankan oleh guru-guru PIBA untuk membentuk sahsiah pelajar yang mentaati perintah Allah dengan cara mencintai Rasulullah .
Justeru, berikut merupakan objektif utama Kempen Jom Berselawat telah dilaksanakan di peringkat sekolah.
1. Mengalakkan pelajar mencintai dan mengingati Rasulullah dengan cara berselawat.
2. Allah SWT menuntut kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Tambahan pula, ia merupakan jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT.
3. Membentuk sahsiah pelajar yang tinggi dengan melakukan amalan-amalan sunat tanpa disuruh atau dipaksa .
4. Pelajar yang istiqomah berselawat diberikan penghargaan berupa hadiah sebuah tasbih digital .
Penglibatan
Bidang Pendidikan Islam telah menjalankan Kempen Jom Berselawat ini yang melibatkan semua warga SMKAMi terutamanya pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 .
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
Pelaksanaan
Kempen Jom Selawat dijalankan sepanjang tahun.
Poster Kempen Jom Berselawat telah diedarkan di setiap kelas .
Puan Norfaizah Binti Abu Yahma
( Penolong Kanan Kokurikulum ) telah menyampaikan kuliah dhuha bertajuk fadhilat selawat kepada para pelajar di surauAl-Falahin .
Borang rekod Selawat 100 kali sehari telah diedarkan di dalam kelas masing- masing untuk pelajar – pelajar rekodkan .
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
Amalan Berselawat 100 Kali Sehari telah membentuk sahsiah pelajar yang berkualiti dan cemerlang dalam membentuk kemenjadian pelajar – pelajar .
Dengan berselawat dapat membentuk pelajar yang cinta dan mengingati peribadi Rasulullah disamping mendekatkan diri pada Allah dan mematuhi segala perintah Allah .
I M P A K
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM