Perkongsian
Amalan Terbaik: Nota Poket
Nota poket ialah nota bersaiz kecil yang merangkumi catatan penting pembelajaran dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Selain daripada peta minda, ini adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mengingati kata kunci dan maklumat penting dalam sesuatu topik atau subtopik. Nota jenis ini tidak melibatkan maklumat terlalu banyak atau panjang bagi memudahkan proses untuk mengingati topik tersebut.
Sejak tahun 2016, JK Akademik SMKAMi telah mewajibkan amalah nota poket kepad semua murid SMKAMi dengan penglibatan menyeluruh untuk semua subjek
JK Akademik SMKAMi
JK Akademik SMKAMi
Cara Membuat Nota Poket
Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% kekuatan ingatan manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25%
Antara kelebihan membuat nota ialah:
o Menjimatkanmasauntukulangkajiringkas
terutamanya disaat akhir peperiksaan.
o Notasebagaitandakitatelahmemahamipelajaran
yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-
pati bagi matapelajaran berikut.
o Membezakandiantarafaktayangpentingdanyang
kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.
o Memudahkanprosesmengingat. Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik.
o Membacatekspelajaransecara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.
o Mendapatkefahamanyangmenyeluruh. o Notayagdibuatmestilahmengikutteks
dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat- pendapat ). Ini adalah kerana perkara- perkara ini perlu dihafal.
o Menggabungkansyarahanpensyarah dan teks.
o Membuatrujukanketikaperlu.
o Gunakanbukuataukertaskajangyang
baik . Sebaik-baiknya menggunakan
garisan-garisan berjalur.
o Pastikantulisanandajelas,terangdan
mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.
o Gunakanteknikmenggariskatakunci, simbol , ringkasan huruf dan gambar rajah jika perlu.
o Notayangdibuathendaklahringkasdan padat
65%
JK Akademik SMKAMi
Cara Membuat Nota Poket
Untuk membuat nota poket
yang baik, pelajar SMKAMi boleh mengikuti langkah- langkah berikut:
1. Pilih tajuk topik dan rujuk maklumat dalam buku teks.
2. Fahami kandungan topik secara umum untuk menentukan maklumat dan kata kunci penting.
3. Baca teks dan kemudian garis maklumat yang penting.
4. Fahamkan dan kaitan antara maklumat yang digariskan dengan nota asal.
5. Keluarkan maklumat dan salin pada kertas lain yang bersaiz kecil atau kertas A4 yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.
6. Susun fakta tersebut mengikut turutan supaya tidak terkeliru.
7. Gunakan warna dan kreativiti untuk mencantikkan nota tersebut.
8. Baca semula maklumat dan fahami nota yang telah ditulis.
9. Simpan nota tersebut dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
10. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses seperti mana di atas.
JK Akademik SMKAMi
Penguatkuasaan Nota Poket SMKAMI:
Menjadi satu kesalahan bagi pelajar SMKAMi sekiranya tidak membawa nota poket ketika :
o Menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik
o Aktiviti kokurikulum di luar sekolah
o Menghadiri lawatan dan aktiviti luar sekolah
o Semasa rehat bagi kegiatan di sekolah
o Semasa ‘outing’
o Dan lain-lain masa
yang dirasakan perlu
Semua panitia menengah rendah dan menengah atas SMKAMi telah giat menjalankan kempen-kempen untuk membudayakan amalan terbaik Nota Poket.
Ganjaran-ganjaran telah diberikan kepada pelajar-pelajar demi menyemarakkan budaya ini.
Alhamdulillah, amalan ini telah menjadi satu budaya positif yang telah memberi impak besar terhadap pencapaian pelajar.
JK Akademik SMKAMi
Impak Amalan Terbaik Nota Poket SMKAMi
JK Akademik SMKAMi
Semoga Amalan Nota Poket ini terus menjadi satu budaya yang berterusan untuk kecemerlangan pelajar di SMKA Miri.
I M P A K