RANGKA PENGAJARAN
TEKNIK MENGUMPAN BOLA
TAMPAR (TGFU)
BENTUK PERMAINAN (GAME
FORM)
• Murid dibahagikan mengikut kumpulan seramai 3 orang satu kumpulan dan
diberi peluang bermain dengan penerokaan sendiri.
• Satu orang murid memegang gelung dengan tinggi di tengah. Pemain
yang berjaya membaling bola masuk ke gelung dikira mendapat satu mata.
Pelbagaikan ketinggian gelung.
• Permainan di lakukan selama 30 minit
APRESIASI PERMAINAN (GAME
APPRECIATION)
• Murid-murid harus memahami konsep permainan dan juga peraturan
semasa bermain
• masa untuk murid bermain hingga mampu mencapai objektif permainan
dengan baik menjadi pengukur keseronokan atau kesusahan permainan itu.
Sebagai contoh, selagi setiap murid tidak mampu memasukkan bole ke
dalam gelung dengan ketinggian yang berbeza itu dengan baik, maka
masa permainan perlu ditambah sedikit asalkan murid dapat mencapai
objektif permainan.
KESEDARAN TAKTIKAL (TAKTIKAL
AWERENESS)
• Selepas tamat aktiviti permainan yg dijalankan, guru akan memberikan
pendekatan taktikal yang betul bagi memastikan murid dapat
mengenalpasti kesalahan yg dilakukan dan akan membetulkannya.
MEMBUAT KEPUTUSAN (DECISION
MAKING)
• Kebolehan membuat keputusan dalam masa yang singkat, tepat dan
pantas. Sebagai contoh, selepas diberikan taklimat oleh guru, murid
akhirnya dapat mengenal pasti cara yang betul untuk mengumpan seperti
mengikut lajak apabila bola hendak dilepaskan.
PERLAKSANAAN KEMAHIRAN
(SKILL EXECUTION)
• Apabila kemahiran sudah dikenalpasti maka murid-murid harus bersedia
mempersembahkan kemahiran yang dipelajari untuk ditunjukkan hasilnya
kepada guru dengan cara yang betul.
PRESTASI (ACHIEVEMENT)
• Pencapaian diukur berdasarkan potensi murid-murid menggunakan
kemahiran dan respon yang bersesuaian dengan situasi semasa di dalam
permainan.