SET 4 SOALAN 6 Bincangkan faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyah pada abad ke- 19 hingga abad ke-20 Masihi.
Pendahuluan Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh suku bangsa pengembara yang berasal dari wilayah Asia Tengah. Sulaiman Syah telah memimpin sukunya meyelamatkan diri dari serangan bangsa Mongol. Mereka telah pergi ke arah barat meminta perlindungan daripada Jalal ad-Din. Selepas kematian Sulaiman, anaknya bernama Ertoghul telah mengambil alih pemerintahan ayahnya dan setelah kematian Ertoghul, pemerintahan telah diwariskan kepada puteranya Osman. Bermula pada saat inilah wujudnya sebuah kerajaan di namakan Kerajaan Uthmaniyyah. Kerajaan ini mendapat nama sempena daripada nama ketua Turki iaitu Osman yang di anggap perintis pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah.
Faktor Dalaman 1.Kelemahan pemerintahan • Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kemerosotan dan kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. • Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa. Ini membuka peluang dan rang kepada golongan elit politik merebut kuasa demi kepentingan peribadi. • Kelemahan Kepimpinan menyebabkan kerajaan dikuasai isteri, ibu sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana. • Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila Ketidakmampuan Khalifah dan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan semakin nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan sosial. • Pejuang nasionalisme menganggap ketidakmampuan empayar Turki Uthmaniyah menghadapi Barat berpunca dari sistem pemerintahan dan kekuasaan mutlak khalifah. Muncul golongan yang mengkritik amalan autokrasi institusi sultan (khalifah). Golongan Uthmani Muda lantang mengkritik monopoli kuasa sultan dan mendesak pelaksanaan sistem parlimen yang lebih menepati sistem syura. • Wilayah kekuasaan yang sangat luas merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan Eropah merumitkan lagi keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan tidak teratur. Wilayah yang luas ini didiami oleh pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan kecekapan pentadbiran.
2. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama • Kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama 1914-1918 dengan menjadi sekutu Jerman. Dalam peperangan ini Turki Uthmaniyah menderita akibat kekalahan teruk. Sebenarya kekalahan ini telah dirancang melalui parajurit anggota freemason (pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah. • Penjajahan Barat ke atas dunia Islam selepas Perang Dunia Pertama dan penguasaannya ke atas Turki Uthmaniyah merupakan satu tamparan hebat dan lebih bahaya dari serangan Tartar ke atas Baghdad pada zaman Abbasiyah Kerana Tartar meskipun mengalahkan orang Islam, mereka pula beramai-ramai menganuti Islam selepas itu. • Kekalahan Turki Uthmaniyah membawa kehancuran terhadap sistem pemerintahan Islam yang meroboh keyakinan dan moral umat Islam. Malah ia adalah punca kekacauan politik, krisis kerohanian dan intelektual dalam dunia Islam.
3. Kelemahan sistem ketenteraan • Pembubaran pasukan elit tentera Janissari (Inskhisariyah) oleh Sultan Mahmud II pada awal abad ke-19M memberi impak negatif berpanjangan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Tentera Janissari merupakan tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah dan kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan. • Reformasi ketenteraan Nizam-i-Cedid ala Barat oleh Sultan Mahmud II tidak berjaya menghasilkan kekuatan tentera, malah kekuatan tentera Turki Uthmaniyah semakin lemah sedangkan kekuatan tentera Eropah semakin meningkat. • Pemodenan militer tidak diseimbangi dengan peningkatan disiplin, ilmu dan teknologi ketenteraan menyebabkan Kerajaan Turki Uthmaniyah tidak mampu berhadapan dengan persenjataan Barat yang lebih maju di medan perang. • Muncul pegawal-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting dalam komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal.
4. Peranan Turki Muda • Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20M membawa kepada kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Era kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah masih mampu bertahan. • Namun, era regim Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan membubarkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah. • Sekularisme menjadi prinsip utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam yang dinaungi oleh khalifah.
5 Gerakan Anti Uthmaniyah • Campur tangan zionis antarabangsa dan freemason (pertubuhan Yahudi) yang bermula sejak abad ke-lOM lagi akhimya membawa kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutama di bawah gerakan Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan (The Committee of Union and Progress - CUP) pimpinan anggota terkemukanya, Anwar Pasha, Tal at Pasha, Jamal Pasha, Helida Edib dan Mustafa Kamal Pasha. • CUP diasaskan oleh bangsa Yahudi Dunama dan Rusia yang kebanyakannya lulusan sekolah Kristian di Eropah. • Bangsa Yahudi mempunyai misi mendapatkan bumi Palestin tetapi terhalang oleh tindakan khalifah-khalifah turki Uthmaniyah yang enggan menyerahkannya. Kurusu, seorang peguam Yahudi, wakil peribadi kepada Theodore Herzl, pemimpin utama zionis bersumpah untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. • Ahli kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah selepas penyingkiran Sultan Abdul Flamid I. Sejajar dengan tuntutan zionisme, kumpulan Turki Muda (Young Turks) berjuang atas landasan nasionalisme Turanian (Pan Turanianisme) di mana mereka berpendapat bahawa bangsa Turki lebih unggul darpada bangsa-bangsa lain. Seruan in menyebabkan Turki terpencil daripada dunia Islam yang lain. • Perdebatan politik dan sosial seringkali terjadi antara golongan-golongan elit politik yang menginginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.
6 Gerakan nasionalisme Arab • Bermula abad ke- 18M hingga awal abad ke-20M, berlaku pergolakan di kalangan bangs Arab di al-Jazirah yang tidak mahu mengiktiraf kerajaan Turki Uthmaniyah. Selain dipengaruhi agenda Barat, bangsa Arab bertindak demikian kerana mereka mula menyedari kelemahan dan kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah. • British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan Sharif Hussain di Hijaz agar bangkit menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di Arabia. • British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan kelayakan bangsa Arab berbanding bangsa Turki dalam isu kepimpinan umat Islam global. Berlaku Kebangkitan Arab pada tahun 1916. • Syarif Hussain berjaya membentuk sebuah wilayah (Saudi Arabia) yang bebas dari pengaruh dan penguasaan Turki Uthmaniyah. Tetapi akhirnya beliau diusir ke Jordan dan mengasaskan sebuah kerajaan baharu dengan sokongan British iaitu kerajaan Bani Hashim Jordan (The Hashimite Kingdom of Jordan). • Elemen ketidaksetiaan bangsa Arab, bahkan menjadi tali barut Barat menyumbang kepada kemerosotan penguasaan Turki Uthmaniyah terhadap dunia Islam.
7 Perkembangan bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan • Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan Barat ditubuhkan dalam wilayah Turki Uthmaniyah. Ia menjadikan anak-anak umat Islam semakin jauh daripada ajaran Islam malah lebih dekat kepada budaya Kristian. Mereka akhirnya takjub kepada Tamadun Barat dan kurang selesa dengan Tamadun Timur. Sekolah-sekolah moden dengan kurikulum, buku teks, guru-guru yang mendapat galakan missionari member kesan yang cukup hebat terhadap minda umat Islam dari segi kecenderungan kepada ilmu Eropah. • Penghantaran para pelajar ke Eropah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terutama dalam bidang pengajian sastera dan sains sosial telah membentuk pemikiran, nilai dan tingkahlaku baharu terhadap agama, nasionalisme dan reformasi politik ala Barat. Contohnya Ziya Gokalp (1875-1924) bapa nasionalisme Turki merupakan pemuja tamadun Barat. Nasionalis Mustafa Kamal Attaturk (1881- 1934) berjaya melaksanakan misi penghapusan institusi khilafah, pengaruh keagamaan dan menggantikannya dengan sistem sekularisme dan nasionalisme.
8 Kelemahan ekonomi • Penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah, mereka terpaksa menanggung beban hutang yang dipinjam dari bank-bank riba bropah. Contohnya, pada era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), kerajaan Turki Uthmaniyah berhutang sebanyak RM200 juta pound sterling. • Korupsi, pemborosan dan kekalahan berterusan di medan perang semakin menjejaskan dana kerajaan Turki Uthmaniyah. Pendapatan negara semakin berkurangan sementara perbelanjaan semakin besar terutama membiayai kos peperangan. • Perkembangan sistem ekonomi kapitalis Barat turut menyebabkan ekonomi Turki Uthmaniyah jauh ketinggalan. Kerajaan akhirnya menghadapi masalah dalaman sebagai kesan pertumbuhan perdagangan dan ekonomi antarabangsa. Kemampuan kerajaan untuk memenuhi keperluan dalam negara mulai leman ketika bangsa Eropah telah mengembangkan struktur kekuatan ekonomi dan kewangan untuk kepentingan mereka sendiri. • Kelemahan ekonomi turut didorong ledakan jumlah penduduk yang bertambah dua kali ganda. • Ini telah menjadi salah satu punca sehingga kerajaan Turki Uthmaniyah tidak dapat bertahan sehingga mereka terpaksa melepaskan wilayah yang pernah dikuasai umat Islam seperti Palestin, Syria dan Jordan ke tangan penjajah. • Kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bergantung kepada Barat bag mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal perbelanjaan bag pembangunan negara. • Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerahkan badan dan nyawa negara Islam itu kepada kuasa Barat apabila berlakunya kesulitan.
Faktor Luaran • Kebangkitan dan persaigan Kuasa Barat turut menjadi faktor mempercepatkan kejatuhan dan kehancuran empayar Turki Uthmaniyah. • Gerakan Renainsans melahirkan perubahan besar dalam sejarah dunia laitu kebangkitan Eropah dan kemunduran dunia Islam khususnya empayar Turki Uthmnaiyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan dan teknologi mendorong berlakunya imperialisme Barat ke dunia Islam yang sedang melalui fasa kelemahan. • Peperangan demi peperangan dengan kuasa Eropah yang berakhir dengan kekalahan telah memperlihatkan ketidakmampuan kerajaan Turki Uthmaniyah mempertahankan wilayah penguasaannya. Hal in dapat dilihat melalui Perang Balkan pada 1912-1913 yang membawa kerugian besar kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. • Perdamaian melalui siri-siri perjanjian dengan kuasa Eropah akhirnya telah membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. • Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik kuasa Barat untuk memecahbelahkan kerajaan Turk Uthmaniyah. Anggapan kuasa-kuasa Barat bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyah akan tewas apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914. • Penyatuan bangsa Eropah menentang Turk Uthmaniyah dan berjaya menawan Hungry, kota Budapest, Transilvania dan beberapa wilayah lain telah melemahkan autoriti Turk Uthmaniyah di rantau Balkan. Kegagalan mempertahan wilayah luar ini menyerlahkan kemerosotan kuasa Turki Uthmaniyah. • Pengaruh luar nyata menjadi punca penting kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas Zaman Gelap.
Kesimpulan 1. Pengakhiran mutlak kerajaan Turki Uthmaniyah berlaku selepas Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan republik pada tahun 1924. 2. Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan dengan cara berkesan. 3. Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah memberi impak negatif kepada dunia Islam secara menyeluruh terutama apabila berhadapan dengan dasar imperialisme Barat. 4. Situasi ini telah menyumbangkan kepada keruntuhan kesatuan politik mat Islam dan wujudnya tahaman kebangsaan sempit iaitu kebangsaan Turki dan diikuti oleh kebangsaan Arab. Suatu kefahaman yang mengembalikan semula semangat assabiyah jahiliah sebelum Islam.