1 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAHASA MELAYU SPM (PELAJAR GALUS) KERTAS 1- BAHAGIAN 2 (30 markah) SET 1 Rajah di bawah ini berkaitan dengan amalan berjimat cermat. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah berjimat cermat kepada masyarakat. Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. RANGKA KARANGAN PENGENALAN Ayat Rangsangan 1 Berjimat cermat amalan yang baik. Ayat Rangsangan 2 Kita harus berjimat cermat dalam apa-apa juga perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan wang. Ayat Arahan Sebenarnya, banyak faedah yang kita peroleh jika kita berjimat cermat. FAEDAH BERJIMAT CERMAT MENAMBAH SIMPANAN MENGURANGKAN PERBELANJAAN BERSIKAP BERDIKARI MENGELAKKAN PEMBAZIRAN
2 ISI 1: MENGURANGKAN PERBELANJAAN Ayat Judul Salah satu faedah berjimat cermat ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan. Ayat Huraian Ayat Contoh Semasa membeli-belah, kita hendaklah membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan membeli barang yang lebih murah harganya. Sebagai contoh,_________________________________________ Ayat Penegas Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan perbelanjaan kita. ISI 2: MENAMBAH SIMPANAN Ayat Judul Amalan berjimat cermat juga dapat menambah simpanan kita. Ayat Huraian Ayat Contoh Hal ini demikian kerana apabila kita megurangkan perbelanjaan, wang yang kita jimatkan itu akan meningkatkan simpanan kita di bank, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sebagai contoh, ________________________________________ Ayat Penegas Tegasnya, wang simpanan akan kian bertambah sekiranya kita sentiasa menyimpan wang perbelanjaan yang telah kita jimatkan itu. ISI 3: MENGELAKKAN PEMBAZIRAN Ayat Judul Amalan berjimat cermat juga dapat mengelakkan pembaziran. Ayat Huraian Seseorang yang berjimat cermat sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. Ayat Contoh Sebagai contohnya, kita tidak akan berbelanja sewenangwenangnya semasa membeli-belah. Ayat Penegas Kita akan membeli barang-barang yang diperlukan sahaja. ISI 4: BERSIKAP BERDIKARI Ayat Judul Amalan berjimat cermat akan mendidik seseorang untuk berdikari. Ayat Huraian Ayat Contoh Dalam konteks pelajar sekolah, amalan pelajar menyimpan sebahagian daripada wang belanja sekolah mereka akan membolehkan mereka membeli barangan keperluan mereka sendiri tanpa mengharapkan wang ibu bapa. Sebagai contoh, ____________________________________ Ayat Penegas Sikap sedemikian memang terpuji kerana sedikit banyak akan meringankan beban yang terpaksa dipikul oleh ibu bapa mereka. PENUTUP Ayat Kesimpulan Amalan berjimat cermat perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ayat Penilaian/ayat penegasan Orang yang berjimat cermat tentunya akan dapat menguruskan halhal kewangannya dengan baik.
3 SET 2 Gambar foto di bawah menunjukkan beberapa usaha untuk memajukan sektor pertanian negara. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN KEMUDAHAN KREDIT PEMBABITAN GENERASI MUDA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JENTERA MODEN
4 RANGKA KARANGAN PENGENALAN Ayat Rangsangan 1 Sektor pertanian penting kepada Malaysia walaupun kerajaan kini lebih mengutamakan sektor perindustrian. Ayat Rangsangan 2 Hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, dan koko menyumbang kepada eksport negara manakala padi pula sumber makanan. Ayat Arahan Oleh itu, kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian. ISI 1: JENTERA MODEN Ayat Judul Antara langkahnya, ialah menggalakkan penggunaan jentera moden dalam pertanian. Ayat Huraian 1 Penggunaan jentera moden dapat mempercepat dan mempermudah proses pertanian, dari proses penanaman hinggalah proses penuaian. Ayat Huraian 2 Ayat Contoh Dengan itu, lebih banyak kawasan dapat diusahakan untuk meningkatkan produktiviti. Sebagai contoh, ____________________________________ Ayat Penegas Oleh itu, kerajaan patut memberikan bantuan kewangan kepada petani agar mereka dapat menggunakan jentera moden. ISI 2: PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Ayat Judul Kerajaan juga harus membuat penyelidikan dan pembangunan (P&P). Ayat Huraian Melalui P&P, baka tanaman yang lebih baik dapat dihasilkan. Ayat Contoh Sebagai contoh, P&P telah berjaya menghasilkan baka padi yang dapat matang lebih cepat dan lebih tinggi hasilnya. Ayat Penegas Dengan itu, hasil pertanian dapat ditingkatkan. ISI 3: KEMUDAHAN KREDIT Ayat Judul Kerajaan juga perlu memberikan kemudahan kredit kepada petanipetani. Ayat Huraian 1 Bantuan ini penting bagi membolehkan petani membeli peralatan yang sesuai demi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian mereka. Ayat Huraian 2 Ayat Contoh Kerajaan juga wajar melonggarkan syarat pinjaman agar semua petani memperoleh bantuan ini. Sebagai contoh, ___________________________________ Ayat Penegas Petani dapat meningkatkan hasil pertanian.
5 ISI 4: PEMBABITAN GENERASI MUDA Ayat Judul Demi memajukan sektor pertanian, kerajaan perlu menggalakkan pembabitan generasi muda. Ayat Huraian 1 Bagi anak-anak muda yang tidak mempunyai pekejaan tetap, mereka perlu diberi peluang untuk terlibat dalam sektor pertanian ini. Ayat Huraian 2 Ayat Contoh Mereka juga perlu diberi peluang untuk membuat pinjaman kewangan sebagai modal untuk memulakan kerjaya mereka dalam sektor pertanian. Sebagai contoh, _____________________________________ Ayat penegas Jelaslah bahawa sektor pertanian dapat menjana pendapatan kepada generasi muda. PENUTUP Ayat Kesimpulan Pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk memajukan sektor pertanian agar dapat seiring dengan bidang yang lain. Ayat Penilaian Hal ini penting supaya bekalan makanan negara sentiasa terjamin dan pergantungan pada bekalan makanan import dapat dikurangkan.
6 SET 3 Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara melestarikan warisan seni budaya. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha dapat dilakukan untuk melestarikan warisan seni budaya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Mewariskan kemahiran seni Pameran kebudayaan kepada anak-anak Persembahan kebudayaan di sekolah Lawatan kesenian USAHA-USAHA MELESTARIKAN WARISAN SENI BUDAYA
7 RANGKA KARANGAN PENDAHULUAN Setiap rakyat perlu mengenali warisan seni budaya masyarakat negara ini - menjadi lambang identiti diri rakyat Malaysia – usaha-usaha perlu diambil untuk melestarikan/mengekalkan warisan seni budaya. ISI-ISI RELEVAN ISI 1 : MEWARISKAN KEMAHIRAN SENI KEPADA ANAK-ANAK Mewariskan kemahiran seni kepada anak-anak – memupuk rasa cinta anak-anak kepada warisan seni budaya bangsa – memperkenalkan warisan permainan tradisional, muzik gamelan, ghazal, dikir barat, dan sebagainya – memberikan kesedaran tentang ketinggian nilai budaya dan warisan bangsa. ISI 2: IBU BAPA MEMBAWA ANAK-ANAK KE PAMERAN KEBUDAYAAN Tanggungjawab ibu bapa untuk menerapkan perasaan cinta anak-anak kepada budaya sendiri – membawa anak-anak ke pameran kebudayaan – anak-anak diajar supaya bersopan santun dalam tutur kata, tingkah laku, dan cara berpakaian – menghargai nilai warisan budaya. ISI 3 : PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI SEKOLAH Sekolah memainkan peranan sebagai tempat pengembangan wariasan budaya dalam kalangan pelajar – aktiviti seperti persembahan kebudayaan, kempen budi bahasa, dan permainan tradisional dengan kerjasama pihak kerajaan dan swasta dapat membantu pelajar menghayati seni budaya bangsa – mengadakan pertandingan aktiviti kesenian. ISI 4: MENGADAKAN LAWATAN KESENIAN Guru menerapkan unsur kebudayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran -aktiviti di luar bilik darjah seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke istana budaya – memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan menjaga warisan seni budaya – mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang warisan seni budaya. PENUTUP Semua pihak harus berganding bahu untuk melestarikan/mengekalkan warisan seni budaya – perlu dipertahankan agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
8 SET 4 Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Huraikan isu yang diperkatakan dalam catatan tersebut. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. RANGKA KARANGAN PENDAHULUAN Kes pembuangan bayi semakin meningkat- menimbulkan kebimbangan semua pihak – perlakuan seperti masyarakat zaman jahiliah ini tidak sewajarnya berlaku pada zaman moden – berlaku disebabkan beberapa faktor. ISI 1 : PENGHAYATAN AGAMA YANG TIDAK KUKUH Penghayatan agama yang tidak kukuh dalam jiwa remaja – sesetengah remaja bersikap menjauhkan diri daripada mendalami agama – ditambah dengan gambar-gambar lucah yang mengghairahkan, - dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam gejala tidak sihat ini – akhirnya malu dengan kehamilan tanpa nikah - menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku. ISI 2 : KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kebendaan – lupa tanggungjawab sebenar membina keluarga yang bahagia - tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mendengar masalah anak-anak – remaja mencari orang lain untuk meluahkan masalah mereka – tersilap pilih rakan menyebabkan berlakunya perzinaan dan pembuangan bayi. CATATAN HAKIMI 20 April 2011 Hari ini berita tentang pembuangan bayi tersiar lagi. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang dan tempat-tempat lain tanpa ada perasaan belas kasihan. Yang membimbangkan, kes-kes pembuangan bayi melibatkan remaja yang masih di bangku sekolah. Apakah silapnya? Sibuk benarkah ibu bapa hingga tidak dapat memantau pergaulan anak-anak remaja mereka? Mungkin kerana kurang penghayatan agama, remaja tersilap langkah. Langkah pencegahan yang lemah oleh pihak kerajaan juga mungkin menjadi salah satu faktor kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.
9 ISI 3 : LANGKAH PENCEGAHAN YANG LEMAH Langkah pencegahan yang lemah/kurang berat oleh pihak kerajaan juga menggalakkan kes pembuangan bayi – ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh – masalah penjagaan bayi diserahkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat – hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah – menyebabkan bilangan yang terlibat terus meningkat. PENUTUP Remaja tidak seharusnya dipersalahkan seratus peratus dalam isu ini – orang dewasa perlu mengambil inisiatif untuk mencegah kelakuan songsang remaja – masyarakat perlu bersikap menjaga tepi kain orang lain dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin meningkat.
10 SET 5 Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkahlangkah untuk menangani jenayah ragut. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MENANGANI JENAYAH RAGUT MEDIA MASSA HUKUMAN BERAT BERJALAN SECARA BERKUMPULAN RONDAAN POLIS
11 PENGENALAN Belakangan ini, jenayah ragut semakin meningkat. Sudah banyak kali jenayah ini menyebabkan kehilangan nyawa mangsanya. Beberapa langkah wajar diambil untuk menangani jenayah ragut. ISI 1 : MEDIA MASSA Antara langkahnya ialah mengadakan kempen pencegahan jenayah ragut di media massa. Televisyen dapat menyiarkan klip video tentang cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut. Stesen radio pula hendaklah kerap mengingatkan pendengarnya supaya berwaspada terhadap peragut. Surat khabar pula hendaklah menyiarkan rencana dan poster tentang jenayah ragut sebagai peringatan kepada orang ramai. Jelaslah, peranan media massa memang amat penting. ISI 2 : HUKUMAN BERAT Hukuman yang lebih berat dapat membendung jenayah ragut. Kini, hukuman untuk orang yang disabitkan dengan kesalahan meragut terlalu ringan. Sesetengah hukuman juga tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman yang berat pasti akan memberikan kesedaran dan peringatan kepada peragut. ISI 3: BERJALAN SECARA BERKUMPULAN Wanita hendaklah berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa ragut. Peragut selalunya bertindak terhadap wanita yang berjalan berseorangan. Jika berjalan secara berkumpulan, peragut akan teragak-agak untuk bertindak kerana mangsa akan diberikan bantuan oleh rakan-rakan mereka. Tindakan ini dapat mengurangkan risiko jenayah ragut. ISI 4 : RONDAAN POLIS Pihak polis juga harus menjalankan rondaan secara menyeluruh dan kerap. Hal ini demikian kerana jenayah ragut berlaku tanpa mengira waktu dan tempat. Jika rondaan kerap dilakukan, potensi untuk seseorang melakukan jenayah ragut akan dapat dibendung. Sekiranya berlaku kes ragut juga, bantuan daripada pihak polis dapat diberikan dengan pantas. PENUTUP Peragut biasanya menggunakan peluang yang ada/terhidang untuk melakukan jenayah. Oleh itu, orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa ragut.
11 PENGENALAN Belakangan ini, jenayah ragut semakin meningkat. Sudah banyak kali jenayah ini menyebabkan kehilangan nyawa mangsanya. Beberapa langkah wajar diambil untuk menangani jenayah ragut. ISI 1 : MEDIA MASSA Antara langkahnya ialah mengadakan kempen pencegahan jenayah ragut di media massa. Televisyen dapat menyiarkan klip video tentang cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut. Stesen radio pula hendaklah kerap mengingatkan pendengarnya supaya berwaspada terhadap peragut. Surat khabar pula hendaklah menyiarkan rencana dan poster tentang jenayah ragut sebagai peringatan kepada orang ramai. Jelaslah, peranan media massa memang amat penting. ISI 2 : HUKUMAN BERAT Hukuman yang lebih berat dapat membendung jenayah ragut. Kini, hukuman untuk orang yang disabitkan dengan kesalahan meragut terlalu ringan. Sesetengah hukuman juga tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman yang berat pasti akan memberikan kesedaran dan peringatan kepada peragut. ISI 3: BERJALAN SECARA BERKUMPULAN Wanita hendaklah berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa ragut. Peragut selalunya bertindak terhadap wanita yang berjalan berseorangan. Jika berjalan secara berkumpulan, peragut akan teragak-agak untuk bertindak kerana mangsa akan diberikan bantuan oleh rakan-rakan mereka. Tindakan ini dapat mengurangkan risiko jenayah ragut. ISI 4 : RONDAAN POLIS Pihak polis juga harus menjalankan rondaan secara menyeluruh dan kerap. Hal ini demikian kerana jenayah ragut berlaku tanpa mengira waktu dan tempat. Jika rondaan kerap dilakukan, potensi untuk seseorang melakukan jenayah ragut akan dapat dibendung. Sekiranya berlaku kes ragut juga, bantuan daripada pihak polis dapat diberikan dengan pantas. PENUTUP Peragut biasanya menggunakan peluang yang ada/terhidang untuk melakukan jenayah. Oleh itu, orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa ragut.
12 SET 1B – contoh latihan mengisi tempat-tempat kosong. Berjimat cermat ............................................................................... Kita harus berjimat cermat dalam ................................................................................................... terutama yang ................................................................................................................ Sebenarnya, banyak ............................................................................................. jika kita berjimat cermat. Faedah mengamalkan sikap berjimat cermat ialah kita dapat ......................................... ................................................................................................... Semasa membeli-belah, kita hendaklah .............................................................................. yang hendak kita beli dan membeli ........................................................................................................ Dengan cara ini, kita dapat................................................................................................................. Selain itu, amalan berjimat cermat juga dapat.......................................................... Hal ini demikian kerana, apabila kita mengurangkan perbelanjaan, wang ...................................... ................................................................... bak kata pepatah ................................................... ....................................... Tegasnya, wang simpanan akan ...................................................... sekiranya kita sentiasa ............................................................................................................ ............................................................................................................... Di samping itu, amalan berjimat cermat juga dapat ................................................. ................................................................................ Seseorang yang berjimat cermat sentiasa ..................................................................................... Sebagai contohnya, kita tidak akan .......................................................................................... semasa membeli-belah. Kita akan membeli barang-barang yang ........................................................................................... bagi mengelakkan ........................................................................................... Seterusnya, amalan berjimat cermat akan ............................................................... .......................................... Dalam konteks pelajar sekolah, amalan pelajar yang menyimpan ...................................................................................................................... akan membolehkan mereka membeli .............................................................................. tanpa mengharapkan ............................................................ Sikap sedemikian memang terpuji kerana sedikit banyak akan ................................................................. oleh ibu bapa mereka. Jelaslah bahawa amalan ini akan melahirkan insan yang berdikari. Kesimpulannya, amalan berjimat cermat perlu dipupuk dalam diri ........................................................................................................................................., bak kata pepatah ................................................................................................... Oleh itu, orang yang berjimat cermat tentunya akan dapat mengurus .............................................. .................................................................. dengan baik.
13 SET 5 B - contoh latihan melengkapkan perenggan. Belakangan ini, jenayah ragut......................................................................................... Sudah banyak kali jenayah ini menyebabkan.......................................................................... .................................. Oleh itu, beberapa .............................................................................. .................................................................jenayah ragut. Antara langkahnya ialah mengadakan kempen pencegahan jenayah ragut di ..................................................................... Media elektronik seperti televisyen dapat menyiarkan klip video tentang cara-cara mengelakkan .......................................................... daripada ........................................................................................................ Selain itu, pihak ..................................................................................... juga hendaklah kerap mengingatkan .......................................................supaya............................. terhadap peragut. Surat khabar pula hendaklah menyiarkan ......................................................tentang jenayah ragut sebagai .......................................... kepada orang ramai. Jelaslah bahawa, peranan media massa memang amat penting dalam ................................................................................................... ......................................................... Selain itu,................................................................ dapat membendung jenayah ragut. Kini, hukuman untuk .................................................................................... meragut terlalu ringan.Sesetengah hukuman juga ............................................................dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman ............................................................... pasti akan memberikan ............................................................................................... kepada peragut. Wanita juga hendaklah..................................................................................... untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa ragut.Peragut selalunya bertindak terhadap..................................................................................... Jika wanita berjalan secara berkumpulan, peragut akan..................................................... ..................................... kerana ......................................................................... oleh rakan-rakan mereka. Tindakan ini dapat mengurangkan risiko jenayah ragut. Seterusnya, pihak polis juga harus menjalankan rondaan secara .................................... .................................................................... Hal ini demikian kerana jenayah ragut berlaku tanpa ........................................................................ Jika rondaan kerap dilakukan, potensi untuk seseorang melakukan jenayah ragut akan dapat dibendung. Sekiranya berlaku kes ragut juga, bantuan daripada ................................................................................................. Kesimpulannya, peragut biasanya menggunakan ................................... /terhidang untuk melakukan jenayah. Oleh itu, orang ramai hendaklah ............................................................ ................................................... agar tidak menjadi mangsa ragut.