The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KARNIVAL GENESIS PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-18511752, 2024-05-05 04:45:43

BUKU PROGRAM K-GEN RBT

KARNIVAL GENESIS PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

DEWAN GEMILANG, UniKL BMI 7 MEI 2024 | SELASA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KARNIVAL GENESIS PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK [PBL] K-GenRBT #KitaSelangorRaya PPD Gombak 2024 ENCIK ZAINAL BIN ISMAIL PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PPD GOMBAK YAB DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


K A N D U N G A N Aturcara Ucapan Aluan Pengenalan Objektif Jawatankuasa Pelaksana Seindah Kata Semanis Bicara 1 2 3 4 5 6 7 Senarai Pempamer PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PPD GOMBAK YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR KARNIVAL GENESIS RBT 8 Penghargaan


A T U R C A R A 1 8.00 - 9.00 pagi Ceramah dari Persatuan Pengguna Siber Malaysia Sesi penghakiman sesi 1 9.00 - 9.30 pagi 9.30 - 10.30 pagi 10.30 - 11.00 pagi 11.00 - 12.00 tengahari 12.00 - 12.15 tengahari 12.15 - 1.00 petang Pendaftaran Persediaan booth pameran Promosi UniKL BMI Persembahan Selingan dan pertandingan Quizziz (TERBUKA) Sesi penghakiman sesi 2 Persembahan Selingan Lawatan YAB Dato’ Seri Menteri Besar ke booth/pameran Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor Bacaan doa Ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Gombak Ucapan perasmi penutup oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Gimik perasmian Pengumuman pemenang KARNIVAL GENESIS RBT


UCAPAN ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 2 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani, Salam Karomah Insaniah, Salam Anak Yang baik lagi Cerdik, Salam JPN Selangor sentiasa berkualiti dan terus unggul, Salam Gombak On Top. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor atas kesudian untuk meluangkan masa bersama-sama dengan warga PPD Gombak dalam Karnival Genesis Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Reka Bentuk dan Teknologi bagi tahun 2024 atau lebih dikenali sebagai KGenRBT. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat SWT kerana dengan izin dan inayahNya dapat berkumpul pada bulan Syawal dan hari ini bagi sama- sama meraikan anak-anak dari sekolah daerah Gombak yang telah membangunkan dan menghasilkan produk yang kreatif, inventif lagi inovatif. Maksud “Genesis” adalah satu titik permulaan atau asal usul sesuatu program. Pemilihan perkataan ini menunjukkan bahawasanya karnival pada hari ini merupakan satu titik tolak kepada program TVET yang lain, yang berimpak tinggi serta berupaya melahirkan generasi madani yang berdaya saing tinggi dalam merealisasikan agenda TVET menjadi pilihan utama kerjaya. Hadirin sekalian, karnival ini adalah satu pemuafakatan antara Sektor Pembelajaran, Sektor Pembangunan Murid, Persatuan Sukan Rekreasi dan Kebajikan PPD Gombak serta Panitia RBT Daerah. Kami sederap melangkah kearah menjadikan TVET pilihan pertama untuk kerjaya masa hadapan. Antara objektif karnival ini adalah untuk menyuburkan suasana pembelajaran abad 21 iaitu melalui amalan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBL). Selain daripada itu, program ini juga ingin menghargai projek dan hasil kerja murid melalui penganugerahan sijil pencapaian, hadiah dan sijil-sijil penyertaan kepada murid-murid justeru dapat meningkatkan prestasi PAJSK sekolah. Prrogram ini merupakan julang kalinya dianjurkan di daerah Gombak dan difahamkan belum pernah dianjurkan dimana-mana negeri lagi di Malaysia. Ini kerana fokus karnival ini adalah kepada mata Pelajaran RBT. RBT dilaksanakan di tahap 2 sekolah rendah hingga tingkatan 3 sahaja. Di saat banyak daerah yang memberi penekanan kepada subjek SPM, kami di PPD Gombak juga memberi fokus penting kepada murid menengah rendah. Ini kerana, mereka adalah foundation serta aset negara yang perlu kita bangunkan. Akhirul kalam, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga atas kehadiran dan sumbangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Saya juga, dikesempatan ini, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan karnival ini terutamanya kepada presiden UniKL, yang memberikan kerjasama padu kepada PPD Gombak, barisan AJK Pelaksana yang terdiri daripada barisan Timbalan PPD, SISC+ TVET, Jurulatih Utama RBT daerah Gombak dan guru-guru RBT daerah Gombak, kakitangan UniKL BMI, pempamer serta semua murid yang terlibat. Jazakumullah khairan kathira. Besar harapan saya, agar Karnival ini menjadi Genesis kepada program TVET yang mampu memberi perubahan kepada lanskap TVET negara dan menjadikan TVET pilihan kerjaya pertama pada masa akan datang. Semoga objektif program ini tercapai. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. ENCIK ZAINAL BIN ISMAIL PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK KARNIVAL GENESIS RBT


SEINDAH KATA, SEMANIS BICARA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu syabas saya ucapkan kepada warga PPD Gombak serta seluruh jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan majlis pada hari ini. Majlis ini amat signifikan khususnya dalam mengangkat agenda TVET dan mengaitkannya dengan kerjasama industri khususnya di Selangor. Saya secara peribadi sangat menyokong program ini untuk sama-sama menambah baik agenda TVET negara. Dalam merealisasikan slogan “TVET Menjadi Pilihan Pertama Untuk Kerjaya”, kerajaan negeri telah mengambil pelbagai inisiatif dalam membangunkan dan memperkukuh agenda TVET jauh mendahului negeri yang lain. Banyak perkara berkaitan dengan industri TVET, kecerdasan buatan (AI), ‘Chat GPT’, Revolusi Industri keempat (IR 4.0) dan teknologi terbaharu dikupas dengan penuh teliti dan diaplikasikan di semua sekolah Negeri Selangor. Sebagai sebuah negeri industri, Selangor mesti menjadi pemimpin TVET di Malaysia. Sehubungan itu, mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) adalah tunjang utama yang perlu diberi penekanan bagi mengembalikan aura industri untuk kejayaan TVET di Selangor. Mata Pelajaran RBT mula diperkenalkan seawal peringkat sekolah rendah yang bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan reka bentuk, nilai estetika dan teknologi dalam dunia pembuatan murid. Murid dapat membentuk kemahiran berkomunikasi dan mencetus idea untuk menghasilkan produk dan dapat menjadi seorang pereka bentuk yang membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Bagi merealisasikan harapan ini, pentadbir sekolah perlu memberi segala usaha, idea dan tenaga bagi memastikan mata Pelajaran RBT ini tidak dikesampingkan daripada mata Pelajaran teras yang lain. Mata Pelajaran ini mempunyai kekuatan sendiri dan mampu menarik minat murid kepada matapelajaran TVET yang lain di peringkat menengah atas. Kerajaan Selangor sedang merangka pelan pengajian terbaru untuk ditawarkan kepada rakyat Selangor menjelang tahun 2025. Pelan pengajian ini akan menumpukan kepada aspek pengukuhan program kecekapan Pendidikan TVET seperti yang dilaksanakan di negara seperti Jerman yang sesuai digunapakai di negeri ini seterusnya dapat menyediakan modal insan terbaik dari Selangor. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik minat graduan lepasan SPM dalam bidang TVET. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Program di bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas SMART Selangor yang menawarkan Latihan Kemahiran Berorentasikan Industri iaitu Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Kerjasama Pembangunan Modul Bersama konsultan dan indusrti TVET di negeri Selangor dapat membantu murid mempelajari secara spesifik keperluan di setiap industri seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk diserap bekerja dalam syarikat berkenaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Selangor akan menjadi pelengkap kepada usaha pelakasanaan Pelan Latihan Kemahiran Kebangsaan yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Persekutuan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Sesungguhnya kretiviti dan persaingan sihat dalam kalangan murid seperti ini harus diteruskan bagi melahirkan murid yang mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan. YAB DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 3 KARNIVAL GENESIS RBT


PENGENALAN Amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti dan kemenjadian murid. Hal ini bermakna proses menjadikan seseorang murid itu kompeten dan berdaya maju dalam abad 21 ini perlu dilakukan secara berterusan dan sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bagi memenuhi hal yang tersebut, Sektor Pembelajaran, Sektor Pembangunan Murid, Persatuan Sukan Rekreasi dan Kebajikan, PPD Gombak dengan Kerjasama Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Daerah merancang menganjurkan KARNIVAL GENESIS PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) K-GenRBT #KitaSelangorRaya PPD GOMBAK TAHUN 2024 bagi memberi peluang kepada murid merealisasikan aspek-aspek kemenjadian murid seperti yang disasarkan dalam aspirasi murid berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. KARNIVAL GENESIS RBT 4


O B J E K T I F Menyuburkan suasana pembelajaran abad 21 iaitu melalui amalan kaedah pembelajaran berasaskan projek di dalam kelas Menghargai projek dan hasil kerja murid melalui penganugerahan hadiah dan sijil-sijil penyertaan kepada murid-murid justeru dapat meningkatkan prestasi PAJSK sekolah Mengukuhkan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai yang telah dipelajari dalam mata pelajaran RBT 5 KARNIVAL GENESIS RBT


J A W A T A N K U A S A P E L A K S A N A Penasihat Encik Zainal bin Ismail Pengerusi Hajah Maizatul Hasniah binti Hasan Timbalan Pengerusi I Dr. Abd Aziz bin Ismail Timbalan Pengerusi II Encik Mohd Azman bin Osman Pengerusi Pengelola Puan Norliza binti Brahim Naib Pengerusi I Puan Izaziah binti Ismail Naib Pengerusi II Puan Latiffah binti Atalamit Naib Pengerusi III Puan Zainariah binti Mohd Nor Naib Pengerusi IV Puan Nurfaeeza binti Osman Penyelaras I Encik Mohd Rafiee bin Ishak Penyelaras II Encik Mohd Suhairi bin Nus Penolong Penyelaras Puan Norhayati binti Basimin Setiausaha Puan Junaidah binti Abd Rahman Bendahari Puan Norhasmera binti Zakari Floor Manager Puan Nadila binti Mohd Yusoff Ketua Seksyen Encik Amirul Asyraf bin Yahya (VIP/LO) Encik Muhammad Amir Asyraf bin Azmal (Showcase) Encik Khairee Baharum bin Dzulbahrin (Quizizz) Encik Zakaria bin Yusof (Pertandingan) Penyambut Tetamu Semua Timbalan PPD Encik Illias bin Hamat (SIP+) Encik Rijaludin bin Che Mat (SIP+) Encik Jeffree bin Dollah Humari (SIP+) Puan Norliza binti Brahim (Pengetua SMK Gombak Setia) Encik Mohd Rafiee bin Ishak (Penyelaras K-Gen RBT) Encik Ahmad Faizal B Che Adib (UniKL) Dr. Anis Nur Assila bin Rozmi (UniKL) KARNIVAL GENESIS RBT 6


7 Protokol: Puan Norliza binti Brahim (Pengetua SMK Gombak Setia) Puan Norhayati binti Basimin SISC+ TVET Pendaftaran: Puan Nurul Antielia Farhani binti Mohd Sapri Puan Nurul Ainie Afzan Binti Muhamad Rizal Jemputan: Puan Umi Kalthum binti Jimangin Puan Siti Amirah binti Mohammad Asri Teks Ucapan VIP: Puan Zainariah binti Mohd Nor Puan Nor Fazilah binti Othman Puan Khairatul Amaliyyah binti Abd Rahman Peralatan ICT & Siaraya: Encik Mohd Suhairi bin Nus Guru SMK Sungai Pusu UniKL BMI Persiapan Dewan dan Tapak Pameran: Encik Tg Zulkifli bin Tg Mahmood Encik Muhammad Aidil bin Rasli Encik Muhammad Rizal bin Zakaria Encik Mohammad Adhwa Aiman bin Mohd Noor Gimik dan Montaj Perasmian: Puan Noor Abidah binti Ismail Puan Suraya binti Che Mee Pengacara Majlis: Adik Nur Faqeehah binti Rosdi (Bahasa Inggeris) Adik Umairah Najwa binti Nasruddin (Bahasa Melayu) KARNIVAL GENESIS RBT Bacaan doa: Encik Muhammad Zamil Bin Saiful Nizam Buku Program: Cik Noorhaliza binti Baharuddin Puan Siti Mariani binti Ismail Puan Noor Abidah binti Ismail Puan Nadila binti Mohd Yusoff Media & Fotografi: Cik. Prarrthanaa a/p Dharmalingam Puan Norlihan binti Salim Sumbangan: Puan Norhayati binti Basimin Puan Umi Kalthum binti Jimangin Kain Rentang/Banner: Encik Mohd Suhairi bin Nus Puan Noor Abidah binti Ismail Puan Nadila binti Mohd Yusoff Makanan Peserta dan VIP: Cik Hasmalailie binti Yusoff Puan Noraini binti Awang Puan Rosliza binti Abdullah 4 orang peramu saji Penyediaan Sijil: Puan Nadila binti Mohd Yusoff Encik Khairee Baharum bin Dzulbahrin Hadiah dan Cenderahati: Cik Nadia binti Ahmad Safii Puan Noor Izzah binti Mohd Sukri Cik Noorhaliza binti Baharuddin Kebersihan: Puan Noor Abidah binti Ismail


J A W A T A N K U A S A P E L A K S A N A KARNIVAL GENESIS RBT Penyampaian Hadiah dan Sijil: Puan Tayibah binti Mahmud Puan Noryani binti Abd Razab 3 orang murid SMK Bandar Tasik Puteri Statistik: Cik Akid Walin binti Faizal Puan Amiera Suriani binti Abu Encik Muhamad Hafiizhuddin bin Mispari Dokumentasi: Puan Junaidah binti Abd Rahman Pengurusan Booth: Semua guru pengiring Hakim/ Juri: Encik Mohd Nizamuddin bin Samsudin (Ketua Juri) Ts. Dr. Nur ‘Ain binti Baharin (IPG Kampus Pendidikan Teknik) Dr. Mohd Shahril bin Rusman (UiTM) Ts. Dr. Zulkifli bin Mahmoodin (UniKL) Dr. Anis Nur Assila bin Rozmi (UniKL) Puan Norzaidah Abd Ghani (JPN Selangor) Encik Azra bin Osman (SMK Petaling) Encik Syed Ahmad Huzaimi bin Syed Mazlan (JUK) Puan Noor Arini Hanim binti Mat Tahir (JUK) 8


9 p e m p a m e r d a n p e n y u m b a n g KARNIVAL GENESIS RBT UniKL ASCO Edutech SMK Taman Keramat (SOS) Formula 1 SMK Taman Melawati Kolej Vokasional (ERT) Setapak Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) Malaysia Cyber Consumer Association SK Taman Malawati 2 (Kefahaman Melalui Reka Bentuk) SMK Bukit Rahman Putra (Perantis Industri Menengah Atas) Jawatankuasa Karnival GENESIS Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) K-GenRBT #KitaSelangorRaya PPD GOMBAK TAHUN 2024 dengan tulus ikhlas merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. PEMPAMER PENYUMBANG SEKALUNG PENGHARGAAN Ultico Sdn Bhd Edupro Enterprise Sri Prestasi Entprise Maju Didik Enterprise Southern Titan Engineering Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Pengetua SMK Seri Gombak PKP SMK Taman Desa 2


Click to View FlipBook Version