PERATURAN ASRAMA
1. PERATURAN AM ASRAMA
1.1. Penghuni-penghuni asrama hendaklah sentiasa berkelakuan baik,beradab,
taat,aktif dan bertanggungjawab semasa berada di dalam dan diluar
kawasan asrama.
1,2. Penghuni-penghuni mesti berpakaian bersih,kemas dan sopan serta
bersesuaian dengan satu-satu aktiviti yang dijalankan.
1.3. Setiap penghuni hendaklah mempunyai semangat kekitaan,bekerjasama,
bertole ransi serta menghormati semua keluarga asrama.
1.4. Semua penghuni mesti menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan
asrama dan bertanggungjawab menjaga harta benda asrama
1.5. Para penghuni mesti menghormati Tuan Pengetua,Penolong Kanan,
Penolong Kanan HEM,Warden,Penyelia Asrama,Guru-guru,AJK Asrama
dan semua penghuni asrama.
2. DISIPLIN ASRAMA
2.1 Jenis – jenis kesalahan dalam katogeri kumpulan A yang boleh
diambil tindakan disiplin.
2 . 1.1 Penyalahgunaan dadah
2 . 1.2 Penghisap / meyimpan rokok dan mancis.
2 . 1.3 memiliki senjata berbahaya.
2 . 1.4 Memiliki / meminum minuman keras
2 . 1.5 Mencuri /menyamum /merompak
2 . 1.6 Memeras ugut
2 . 1.7 Berjudi / menyimpan peralatan judi
2. 1.8 Bergaduh / bertumbuk
2. 1.9 Menghasut / mengejek.
2. 1.10 Menceroboh /mengintai kawasan Asrama Puteri / Putera
2. 1.11 Buly / ragging.
2. 1.12 Keluar asrama tanpa kebenaran
2 .1.13 Menyimpan gambar / menonton filem lucah
2 .1.14 Merosakan harta benda asrama
2 .1.15 Berpasangan / berkhalwat / membuat maksiat.
2 .1.16 Melakukan sesuatu yang berbahaya.
2. 1.17 Ponteng sekolah.
2. 1.18 Membawa telefon bimbit / tablet dan seumpamannya.
2. 1.19 Lain – lain kesalahan yang serius.
2.2 Tindakan kesalahan kumpulan A
4 . 2.1 Diserahkan kepada pihak polis / pihak berkuasa
4 . 2.2 Disingkir dari asrama
4. 2.3 Digantung Asrama
4 . 2.4 Membayar ganti rugi
4 . 2.5 Rotan
4 . 2.6 Dirampas
2.3. Jenis – jenis kesalahan dalam kumpulan B
2.3.1 Tidak hadir perjumpaan / perhimpunan rasmi
2.3.3 Tidak hadir sembahyang Jumaat / berjemaah
2.3.4 Ponteng kelas bimbingan / kelas agama
2.3.5 Pulang lewat dari masa yang ditetapkan
2.3.6 Biadap / tidak sopan
2.3.7 Menyalahgunakan kemudahan asrama
2.3.8 Tidak menjaga kebersihan bilik / bangunan / persekitaran asrama
2.3.9 Meludah merata – rata
2.3.10Membuang sampah merata – rata
2.3.11 Lewat pergi ke sekolah
2.3.12Tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan
2.3.13Merayau – rayau tanpa sebab pada waktu malam
2.3.14Menyimpan rambut panjang / misai / janggut / rambut berekor
2.3.15Melanggar peraturan dewan makan
2.3.16Menulis / menerima / menyimpan / bermain cinta
2.3.17Balik ke asrama semasa sesi persekolahan tanpa kebenaran warden
2.3.18Lain – lain kesalahan yang difikirkan munasabah
2.4 Tindakan kesalahan kumpulan B
2.4.1 Gantung dari asrama
2.4.2 Bayar gantirugi
2.4.3 Rotan
2.4.4 Lain – lain yang difikirkan patut dan sesuai
2.4.5 Jika kesalahan berulang - kali , tindakan buang asrama akan diambil.
3. PERATURAN DI KELAS BELAJAR / WAKTU BELAJAR
3.1 Dewan belajar hendaklah sentiasa bersih dan kemas
3.2 Aktiviti pembelajaran mesti dilakukan di tempat yang dibenarkan
sahaja
3.3 Mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan
3.4 Penghuni dilarang makan , membaca majalah , surat khabar atau
berbual- bual diwaktu belajar.
4. PERATURAN DI BILIK ASRAMA/ DORM
4.1 Bilik asrama hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
4.2 Tempat tidur hendaklah sentiasa dikemaskan dengan teratur.
.
4. 3 Tuala , kain, kasut tidak dibenarkan disangkut / disidai / diletakkan di
dalam bilik asrama. Kain hendaklah dijemur dijemur di tempat yang
disediakan.
4.4 Penghuni tidak dibenarkan membawa makanan atau makan di bilik
asrama.
4.5 Penghuni hendaklah tidur pada jam 11.30 malam dan semua lampu
hendaklah dipadamkan dan tidak dibenarkan berbual-bual.
4.6 Penghuni mesti bangun pada pukul 5.00 pagi
4.7 Penghuni tidak dibenarkan menampal / menggantung sebarang jenis
gambar dan membuat catatan di dinding , almari dan katil.
4.8 Penghuni tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama pada waktu
belajar / solat berjamaah di surau/ sewaktu sesi persekolahan.
4.9 Penghuni ditegah tidur tidur lebih daripada seorang sekatil.
4.10 Penghuni dilarang tidur di bilik dan katil penghuni lain
4.11 Pemasangan lilin,pelita dan ubat nyamuk tidak dibenarkan.
4.12 Penghuni terakhir yang keluar dari bilik asrama mesti mempastikan
suis lampu dan kipas ditutup.
5. PERATURAN AM DI DEWAN MAKAN / WAKTU MAKAN.
5.1 Semua penghuni dikehendaki berada di dewan makan pada waktu
yang ditetapkan.
5.2 Penghuni hendaklah berpakaian kemas dan memelihara kesopanan
diri ketika berada di dewan makanan.
5.3 Penghuni mesti beratur ketika mengambil makanan.
5.4 Pelajar hanya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan
untuknya sahaja dan tidak boleh bersifat tamak atau mengambil hak
pelajar lain.
5.5 Penghuni mesti makan bersama dan membaca doa sebelum dan
selepas makan.
5.6 Penghuni tidak dibenarkan berbual atau membaca semasa makan.
5.7 Penghuni bertanggungjawab menjaga kebersihan dewan makan (
termasuk meja makan, kerusi, tong sampah, sisa-sisa makanan
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah).
5.8 Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk peralatan dewan makan
seperti cawan dan pinggan mangkuk ke dalam asrama
5.9. Penghuni dilarang makan di luar dewan makan asrama. Setelah selesai
makan, penghuni mesti menyusun semula kerusi dan peralatan lain
yang telah digunakan.
6. PERATURAN SEMBAHYANG BERJEMAAH DI SURAU.
6.1 Penghuni hendaklah menjaga kebersihan surau dan peralatan di surau
6.2 Semua penghuni diwajibkan sembahyang berjemaah pada setiap
waktu.
6.3 Mempastikan suis lampu, kipas dan pintu surau ditutup setelah selesai
berjemaah
6.4 Surah Yassin dan kitab-kitab Al-Quran mestilah diletakkan di tempat
yang sempurna
6.5 Semua penghuni diwajibkan mengikuti aktiviti yang dijalankan di
surau. Tidak dibenarkan balik ke asrama tanpa kebenaran warden
atau pengawas bertugas
7. ETIKA BERPAKAIAN
1. Pakaian semasa Kelas Persediaan Belajar
Pelajar Lelaki : baju melayu
Pelajar Perempuan : Baju Kurung / jubah
2. Pakaian semasa di Surau / Masjid ( Solat Jumaat untuk Pelajar Lelaki sahaja)
1. Pelajar Lelaki : Berbaju Melayu / Jubah , berseluar panjang / Kain Pelikat
dan bersongkok / kopiah .
2. Pelajar Perempuan : Berbaju Kurung / bertelekung
3. Pakaian semasa beriadah / berada di luar kawasan asrama.
Pelajar Lelaki : Seluar Track sut panjang dan T-shirt .
Pelajar Perempuan : Baju Kurung, Seluar panjang , Tshirt lengan panjang
dan bertudung ( pakaian mesti longgar dan menutup
aurat )
4. Pakaian semasa berada di dalam kawasan asrama/ di luar bilik
- Pakaian mesti sopan dan menutup aurat terutama bagi pelajar perempuan.
- Pelajar lelaki tidak dibenarkan tidak berbaju atau berseluar pendek semasa
berada diluar bilik / dorm.
8. PERATURAN OUTING DAN BALIK BERMALAM
1. Untuk apa-apa juga urusan yang melibatkan penghuni perlu meninggalkan
asrama dikehendaki :
1.1 Mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/ PK HEM / Ketua Warden
/ Warden Asrama
1.2 Memakai pakaian Rasmi Asrama atau Pakaian Sekolah yang lengkap
beserta kasut.
1.3 Keluar bersama waris yang sah sahaja. Tidak dibenarkan
menumpang waris/ penjaga penghuni lain tanpa
kebenaran Warden Asrama.
2. Penghuni asrama perlu menyerahkan buku Keluar Masuk Asrama di
Pondok pengawal dan mendapatkan tandatangan
pengawal keselamatan semasa keluar dan masuk ke Asrama SMK
Sungai Besar.
3. Untuk urusan Keluar Bersama Penjaga atau Balik Bermalam penghuni
dikehendaki pulang sebelum jam 6.00 petang.
5. Semasa pulang ke asrama, Penghuni mesti berpakaian lengkap seperti
syarat yang telah ditetapkan .
6. Penghuni asrama tidak dibenarkan tinggal atau berada di asrama pada waktu
Minggu Balik Bermalam, penghuni wajib balik ke rumah masing-masing.
7. Kebenaran Outing hanya diberikan 2 kali dalam masa sebulan
9. PERATURAN WAKTU MELAWAT , OUTING DAN BALIK
BERMALAM
9.1. Hanya ibu bapa / penjaga / waris yang sah sahaja dibenarkan untuk
melawat pelajar-pelajar asrama.
9.2. Hari yang dibenarkan melawat hanya pada hari Sabtu , Ahad dan Cuti-cuti
umum sahaja.
9.3 Jika ada keperluan untuk berjumpa anak di luar waktu melawat, ibu bapa perlu
mendapatkan kebenaran daripada warden bertugas atau pengawal keselamatan
dan mengisi borang kebenaran di Pos Kawalan .
9.4. Untuk serahan barangan keperluan pelajar di luar waktu lawatan, ibu bapa /
penjaga hanya boleh menghantar di Pos Keselamatan dengan mengisi borang
serahan. Warden atau pengawal akan membuat serahan kepada pelajar.
9.5 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke bilik / dorm asrama tanpa
kebenaran.
9.6 Melawat atau membawa penghuni keluar pada waktu malam tidak dibenarkan
sama sekali tanpa kebenaran warden.
JADUAL WAKTU KELAS PERSEDIAAN BELAJAR .
HARI MASA
ISNIN 2.30 – 4.00 PTG 9.00 – 10.00 MLM
SELASA 2.30 – 4.00 PTG 9.00 – 10.00 MLM
RABU 2.30 – 4.00 PTG 9.00 – 10.00 MLM
KHAMIS 2.30 – 4.00 PTG 9.00 – 10.00 MLM
JUMAAT 2.30 – 4.00 PTG 9.00 – 10.00 MLM
SABTU 9.00 – 10.30 PAGI
AHAD GOTONG – ROYONG URUS DIRI
8.00 – 10.00 PAGI 9.00 – 10.00 MLM
CUTI UMUM 9.00 – 10.30 PAGI 9.00 – 10.00 MLM