The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by OLIVIA BT RAJATIN GILBERT Moe, 2020-06-12 09:37:30

PBL SIMPULAN BAHASA NAZHAN FURQAN 4I

PBL SIMPULAN BAHASA NAZHAN FURQAN 4I

Keywords: STAR1

PBL BAHASA MELAYU TAHUN 4
SIMPULAN BAHASA

NAMA: NAZHAN FURQAN BIN YOHAN KURNIAWAN
KELAS: 4 INTEGRITI

SEKOLAH: SK TANJUNG ARU 1

GAMBAR MENYIAPKAN TUGASAN

ADA HATI

Maksud: Ada keinginan.

Contoh ayat:
Bob ada hati hendak makan satu
pinggan nasi lagi walaupun dia sudah
makan dua pinggan nasi.

BUTA HURUF

Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

Contoh ayat:
Nenek Ali memintanya untuk membaca surat
yang dia dapat kerana nenek Ali buta huruf.

CAHAYA MATA

Maksud: Anak.

Contoh ayat:
Ali tidak dapat tidur kerana cahaya matanya
menangis sepanjang malam.

CAKAR AYAM

Maksud: Tulisan tidak kemas.

Contoh ayat:
Samad dimarahi oleh cikgunya kerana
tulisannya seperti cakar ayam.

DARAH PANAS

Maksud: Cepat marah.

Contoh ayat:
Ahmad tidak menyenangi sifat darah panas
kawannya itu yang kadang kala tidak
bersebab.

DUIT KOPI

Maksud: Rasuah, wang yang diberikan
seseorang dalam usaha mendapatkan
sesuatu.

Contoh ayat:
Abu dimasukkan ke penjara kerana dia telah
menerima duit kopi daripada kontraktor
syarikat tempat dia bekerja.

DURIAN RUNTUH

Maksud: Mendapat keuntungan dengan tiba-
tiba.

Contoh ayat:
Pak Atan yang mendapat durian runtuh baru-
baru ini berbelanja besar membeli perabot
baru untuk rumahnya.

FIKIRAN BUNTU

Maksud: Tidak dapat memikirkan sesuatu
kerana tiada idea.

Contoh ayat:
Muthusamy tidak dapat menyiapkan kerja
yang diarahkan oleh majikannya kerana
fikiran buntu.

GIGI AIR

Maksud: Bahagian tepi air laut, sungai atau
tasik yang sampai ke pantai atau tebing.

Contoh ayat:
Pemandangan di gigi air Pantai Tanjung Aru
itu sangat indah.

GOYANG KAKI

Maksud: Bersenang-senang tanpa perlu
bekerja.

Contoh ayat:
Hafiey goyang kaki kerana telah memenangi
duit RM1juta dari pertandingan rekacipta
yang dia pernah sertai.

HANCUR HATI

Maksud: Terlalu sedih.

Contoh ayat:
Hancur hati Jalil kerana kedua orang tuanya
tidak berkenan dengan pilihan hatinya.

HARI JADI

Maksud: Hari lahir ke dunia.

Contoh ayat:
Keluarga saya telah membuat kejutan untuk
menyambut hari jadi saya pada 30 April yang
lalu.

JANTUNG HATI

Maksud: Kekasih atau orang yang disayangi.

Contoh ayat:
Aris dan Ara adalah jantung hati Tok Aki.

KAKI AYAM

Maksud: Tidak memakai kasut atau selipar.

Contoh ayat:
Jamil berkaki ayam ketika bermain di halaman
rumahnya.

KAMPUNG HALAMAN

Maksud: Kampung tempat dilahirkan dan
dibesarkan.

Contoh ayat:
Imah sangat rindu akan kampung halamannya
kerana di situlah dia dilahir dan dibesarkan.

LANGKAH SERIBU

Maksud: Cabut lari kerana takut.

Contoh ayat:
Razali langkah seribu kerana dikejar oleh
kawannya di sekolah.

MATA DUITAN

Maksud: Orang yang gila atau tamakkan
wang.

Contoh ayat:
Encik Karim yang mata duitan itu telah
meninggalkan keluarganya semata-mata untuk
bersama perempuan yang kaya.

PUTERI LILIN

Maksud: Perempuan yang tidak tahan cuaca
panas.

Contoh ayat:
Khayla seorang puteri lilin kerana dia tidak
tahan dengan cuaca panas.

RINGAN TULANG

Maksud: Rajin bekerja.

Contoh ayat:
Encik Yohan berasa sangat bertuah kerana
mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

ULAT BUKU

Maksud: Orang yang rajin membaca buku
tidak kira di mana-mana jua dia berada.

Contoh ayat:
Nafisa seorang ulat buku menjadikan dia
sangat pandai dalam apa jua matapelajaran.

“JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN
DAPAT SAGUNYA.

TERIMA KASIH

NAZHAN FURQAN BIN YOHAN KURNIAWAN
4 INTEGRITI


Click to View FlipBook Version