The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by OLIVIA BT RAJATIN GILBERT Moe, 2020-06-14 10:14:20

JANNEVY PBL BM SIMPULAN BAHASA

PBL

Keywords: STAR1

PROJECT BASED LEARNING (PBL)

SIMPULAN
BAHASA

JANNEVY JUNNEY

SK.TANJUNG ARU 1 KOTA KINABALU
SABAH. 4 integriti.14.6.2020

PUTERI LILIN

Maksud: Tidak tahan terkena sinaran matahari

Contoh Ayat: Ibu Sarah puteri lilin kerana
dia tidak tahan terkena sinaran
matahari.

MULUT TEMPAYAN

Maksud: Seorang yang tidak boleh
menyimpan rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa yang memalukan
itu diketahui ramai kerana sikap Suzi
yang Mulut Tempayan

Maksud: Orang yang tidak tahu malu.

MUKA TEMBOK

Maksud:Seseorang yang tidak pandai
malu.

Contoh Ayat: Orang yang muka tembok
sahaja yang berani selalu meminjam
wang daripada orang lain.

LANGKAH KIRI

Maksud: Tidak bernasib baik

Contoh Ayat: Penjual itu langkah kiri kerana
dia datang ke rumah pelanggan untuk
menghantar sofa ketika lif rosak.

LANGKAH KANAN

Maksud: Bernasib baik

Contoh Ayat: Amalina langkah kanan
kerana ketika berkunjung ke gedung
membeli-belah itu,jualan murah sedang
diadakan.

IKUT JEJAK

Maksud: Mencontohi orang sebelumnya

Contoh Ayat: Siti ingin mengikut jejak
kakaknya menyambung pelajaran di
universiti luar Negara.

HIDUNG TINGGI

Maksud: Sombong atau angkuh

Contoh Ayat: Sikap Din yang hidung
tinggi itu menyebabkan kawan-
kawannya menjauhkan diri daripadanya.

HARGA MATI

Maksud: Harga tetap

Contoh Ayat: Semua kasut di kedai ini
dijual dengan harga mati.

BULAT KATA

Maksud: Sepakat
Contoh Ayat: Kalau kita BULAT
KATA,semua kerja menjadi mudah.

TANDA MATA

TANDA MATA

Maksud: Hadiah kenang-kenangan

Contoh Ayat: Jannesy menjahit baju
untuk neneknya sebagai TANDA MATA.

IRI HATI

Maksud: Perasaan dengki dan cemburu
terhadap orang lain.

Contoh Ayat: Adza iri hati terhadap
adiknya kerana dia merasa dirinya tidak
disayangi lagi selepas kehadiran adiknya.

ADA BAKAT

Maksud: Mempunyai kehebatan atau
perwatakan seperti seorang Tokoh.

Contoh Ayat: Adik Hassan mempunyai
bakat menyanyi kerana suaranya bagus
dan pernah memenangi pertandingan
menyanyi di peringkat Negeri.

GAJI BUTA

Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu
bersusah payah.

Contoh Ayat:Pak Cik Abu mendapat gaji
buta kerana dia selalu tidak datang kerja
dan sering memberi alasan kerana
malas.

CEPAT TANGAN.

CEPAT TANGAN

Maksud:Suka Mencuri.
Contoh Ayat: Adam Cepat tangan kerana
mencuri duit ibunya.

BATU API

Maksud Ayat:Orang yang suka
menghasut

Contoh Ayat: Ida seorang yang batu api
kerana dia suka menghasut orang lain.

ALAS PERUT

ALAS PERUT

Maksud: Makanan yang dimakan untuk
sementara waktu sebelum makan
makanan yang mengenyangkan

Contoh ayat: Carlson mengalas perut
dengan makan roti sementara
menunggu ibunya siap memasak untuk
makan tengahari.

KAKI BANGKU

Maksud: Tidak berkebolehan bermain
atau bersukan.

Contoh Ayat: Daniel kaki bangku kerana
dia tidak pandai bermain bola sepak.

KAKI AYAM

Maksud: Tidak memakai kasut atau
selipar

Contoh ayat: Haikal berkaki ayam pergi
ke kedai kerana seliparnya putus.

BANYAK MULUT

Maksud:seseorang yang banyak
bercakap.

Contoh Ayat: Jannedy seorang yang
banyak mulut kerana dia suka bercakap
tanpa berhenti.

BERAT TULANG

Maksud: Seseorang yang malas bekerja.

Contoh ayat: Jannesly berat tulang
kerana malas menyiapkan kerja
sekolahnya.

PROJECT BASED LEARNING

(PBL) BAHASA MELAYU

JANNEVY JUNNEY
4 INTEGRITI

SIMPULAN
BAHASA

14 JUN 2020


Click to View FlipBook Version