ETNIK
KADAZANDUSUN DI
MALAYSIA
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) AMIRA ALIA NATASHA BINTI NOR HISAM (F1036)
2) NUR AZWANEE IZAILA BINTI CHE MAHMOD (F1033)
3) SITI MARIAM BINTI HUSAIN (F1023)
4) NURUL FARAH IZATY BINTI ZAMRI (F1073)
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur
kepada Ilahi dengan limpah rahmat yang
dianugerahkan kepada saya dan rakan-rakan
seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih dan penghargaan ini kepada
pensyarah kami, En. Abdul Rahman atas tunjuk ajar
yang telah diberikan untuk kami menghabiskan
tugasan ini dengan sukses sekali. Selain itu, saya juga
mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan,
Nur Azwanee Izaila Binti Che Mahmod, Siti Mariam Binti
Husain dan Nurul Farah Izaty Binti Zamri atas
kerjasama yang diberikan. Ucapan penghargaan ini
juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang lain
terutamanya rakan sekelas, DKA1A yang telah
memberikan beberapa ilmu untuk diperkongsikan
kepada kami. Sokongan mereka juga amat penting
untuk kami supaya tidak mudah patah semangat walau
apa juga cabaran yang kami hadapi. Ahir sekali, saya
ingin berterima kasih kepada sesiapa yang terlibat
dalam pembikinan e-folio ini secara langsung atau
secara tidak langsung.
LATAR BELAKANG
Kaum Kadazandusun juga dikenali sebagai
bangsa Mamasok Sabah atau bangsa
Mamasok Kadazan-Dusun merupakan
kumpulan kaum bumiputera asal yang
terbesar di Sabah.
Mamasok beerti orang asal ataupun orang
asli.
Satu kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu
Bangsa Kadazan dan Bangsa Dusun di
Borneo yang digabungkan menjadi satu
kumpulan kaum atau etnik.
Etnik Kadazan-Dusun telah diiktiraf sebagai
etnik masyarakat orang asal Borneo Utara
(Sabah) dengan warisan dan budaya yang
didokumenkan oleh United Nations
Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.
Kadazan-Dusun turut diiktiraf sebagai
kumpulan Pribumi asal di Sabah yang
mempunyai hak istimewa tersendiri dari hak
tanah, sungai sehingga penjagaan adat
resam.
PENEMPATAN
Biro Banci Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N.
Census Bureau) melporkan bahawa pada tahun 1998,
terdapat kira-kira 610,000 orang atau 60% jumlah
penduduk di Sabah ialah orang Kadazandusun.
Banci ini mengambil kira orang Kadazandusun yang
beragama Kristian, Islam dan berkepercayaan
animisme.
Terdapat pengkaji mengatakan bahawa orang
Kadazandusun hanya ditemui di bumi Sabah sahaja.
Lokasi tempat tinggal mereka tertumpu di sekitar
kawasan pantai barat, utara dan kawasan
pedalaman.
Kaum Kadazandusun bergerak dari pantai ke
pedalaman bagi mengelakkan seragan orang Sulu
dan Bajau.
BAHASA
Bahasa Kadazandusun merupakan
bahasa Malayo-Polinesia yang
dituturkan di Sabah.
Pada asalnya, bahasa Kadazan
(Tanga'ara) adalah bahagian daripada
bahasa di dalam Bahasa Kadazan-
Dusun.
Bahasa Dusun juga mempunyai
banyak gaya dalam percakapan
melalui gaya sub-etnik Dusun.
Perbezaannya hanya terletak pada
sebutan dan penggunaan konsonan
serta vokal pada sesetengah
perkataan.
Kaum Kadazan kerap menggunakan
konsonan V, Z dan L dalam pertuturan
seharian, sementara kaum Dusun yang
lain seperti Liwan dan Bundu pula lebih
kerap menggunakan konsonan W, Y
dan R dalam pertuturan seharian.
Contohnya "naawi"(Dusun) dan "naavi"
(Kadazan) yang bermaksud "habis",
"tagayo"(Dusun) dan "tagazo"
(Kadazan) yang bermaksud "besar" dan
juga "karaja"(Dusun) dan "kalaja"
(Kadazan) yang bermaksud "kerja".
BAHASA
BAHASA BAHASA BAHASA
DUSUN
MELAYU KADAZAN
Aw
asi
Khaba
r baik Ava
si
Terima
kasih Kotohu
adan Poun
sikou
Saya tidak Au zou
kalati Amu oku
karati
faham
Saya rin
dukan Hangadon zou Lumang
ad oku
kamu
dika
diau
Siapa
nama Lisai nga
an nu? Isai nga
ran nu?
kamu?
Pio hoog
o dino? Pio toro
go diti?
Berapa
harga
nya?
Apa kh
abar Onu ab
al nu? Nunu ta
bar nu?
kamu?
Aina di
mana? Nonggo
zi Aina? Siongo
i Aina?
KEBUDAYAAN
Makanan tradisional
Hivana Hinava merupakan hidangan tradisional
bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah.
Ia membawa maksud hidangan yang
dimasak tanpa menggunakan api.
Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar
yang dicampurkan bersama biji buah
bambangan yang diparut.
Bahan lain seperti cili merah, halia,
bawang merah, limau kapas dan garam
juga dicampurkan.
Selain ikan, ia juga boleh digantikan
dengan udang atau sotong bagi
menyediakan hidangan ini.
Noonsom Noomsom antara makanan tradisi yang
Tuhau popular bagi masyarakat
Kadazandusun.
Ia merupakan sejenis jeruk yang terdiri
daripada beberapa jenis nomsoon.
Antara nomoon yang popular adalah
Nomsoon Sada (ikan), Nomsoon
Bambangan (buah) dan Nomsoon
Tuhau (ulam/sayuran).
Tuhau dalam Bahasa Kadazan
merupakan sejenis sayur beraroma yang
berasal dari keluarga Zingiberaceae.
Ia mempunyai bau serta rasa yang agak
masam dan seakan – akan halia.
Tuhau merupakan sejenis tumbuhan
yang dijadikan sebagai hidangan
tradisional masyarakat Kadazan.
Tuhau juga dikenali dengan nama
saintifiknya E.coccinea.
Ia banyak terdapat di kawasan
Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah.
KEBUDAYAAN
Pakaian tradisional
Pakaian Tradisional Suku Kaum
Kadazan Penampang dikenali sebagai
'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum
wanita.
'Sinuangga' dilengkapi dengan perhiasan
ikatan pinggang yang dipanggil
'Himpogot' (logam perak/ dua lilitan pada
bahagian atas dan bawah perhiasan di
pinggang) dan 'Tangkong' (logam
tembaga/ tiga lilitan).
Sinuangga
'Gaung' dipakai untuk para kaum lelaki.
'Gaung'(dihiasi dengan renda
keemasan&butang betawi) dengan topi
yang dinamakan 'Siga' (tanjak dari kain
dastar yang ditenun), ia juga disertakan
dengan 'Sandangon' (hiasan dripda daun
palma hanya dipakai ketika
mempersembahkan tarian Sumazau)
yang dipakaikan secara menyilang pada
tubuh badan.
Gaung
KEBUDAYAAN
Adat resam
Perkahwinan Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa
Merisik bertanggungjawab memilih bakal isteri
anak lelakinya.
Meminang Setelah peminangan diterima oleh pihak
keluarga perempuan, majlis perkahwinan
akan dilakukan pada masa yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan
lazimnya dilakukan pada waktu malam di
rumah pengantin perempuan.
Pada malam pertama si suami harus
bermalam di rumah keluarga isterinya dan
kemudiannya pasangan pengentin ini akan
diarak ke rumah keluarga lelaki dan
perempuan selama tiga kali berturut-turut.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki
melantik seorang tua yang bukan terdiri
daripada keluarga terdekat lelaki
berkenaan.
Segala urusan merisik mesti dibuat pada
waktu pagi.
Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu
bapa perempuan yang hendak dipinang
itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa
perempuan itu sudah tidak ada.
Risikan pertama dilakukan untuk
mengetahui sama ada perempuan berada
dalam proses risikan orang lain atau dia
sedang dalam pertunangan.
Apabila ibu bapa perempuan mendapati
risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka
akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki
datang membawa cincin pusaka. Cincin itu
juga digelar 'cincin menanti mimpi'.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan.
Pertama, mimpi baik, ini bererti risikan itu
boleh diteruskan kepada proses peminangan.
Kedua, mimpi buruk yang boleh diperbetulkan
dengan bererti, proses pertunangan boleh
diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus
membayar sugit kepanasan mimpi kepada
orang yang bermimpi itu.
Ketiga, mimpi buruk yang beerti proses risikan
itu berhenti setakat itu sahaja dan
perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
KEBUDAYAAN
Perayaan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai
meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh
semua kaum lain Sabah.
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau
Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan
ini hanya pada 30 dan 31 Mei.
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan
Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai
Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber
kepada kewujudan.
Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan
nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "tanpa padi, tiada
kehidupan".
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini
merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" iaitu semangat padi.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai
menuai padi.
Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh
Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun
1960 lagi.
KEBUDAYAAN
Alat muzik tradisional
Gong Gong merupakan tulang belakang dalam
kebanyakan arena permainan muzik dan
ianyadigunakan dalam hampir kesemua
upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama
berbeza-beza mengikut keperluan
masyarakat setempat.
Gong boleh didapati di seluruh negeri
Sabah danmempunyai nilai yang tinggi.
Ia juga digunakan sebagaihantaran
berian, upacara kepercayaan animisme,
isyarat dan perayaan pesta-pesta
menuai.
Sompoton Sompoton dibuat daripada sebiji buah
Kulintangan labu yang kering dengan lapan batang
paip buluh yang disusun dalam dua
lapisan.
Salah satu daripada paip ini tidak
mempunyai bunyi dan berfungsi untuk
memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut
labu, sipemainboleh menghasilkan satu
bunyian harmoni yang merdu.
Pada mulanya, alat ini diperkenalkan di
barat Sabah oleh suku kaum Brunei
tetapi secara tradisional.
ianya juga digunakan oleh suku kaum
Bajau dan beberapa suku
Dusun/Kadazan.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-
majlis dan perayaan seperti majlis
perkahwinan dan upacara keagamaan,
di mana ianya diiringi oleh gong-gong
tradisional.
Setiap daripadanya mengeluarkan
bunyi-bunyianyang berbeza-beza
apabila dipukul.
KEBUDAYAAN
Tarian tradisional
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan
menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat
dan mengubati penyakit.
Tarian ini adalah berasal daripada cara burung helang
terbang dan ditiru oleh petani-petani Kadazandusun yang
sedang duduk berehat di sebuah pondok yang dipanggil
'Suhap (Tangara)/ Sulap (Liwan)' oleh warga tempatan selepas
penat bekerja menguruskan padi-padi mereka.
Irama Sumazau adalah perlahan.
Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang.
Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki
berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan
mengikut irama.
Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun
naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan secara berpasangan lelaki-
perempuan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta
Kaamatan.
SUMBER RUJUKAN
https://www.scribd.com/doc/55065844/
Alat-Muzik-Tradisional-Kaum-
Kadazandusun
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-
Dusun
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2
012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-
dusun.html
http://mohammadia5193.blogspot.com/2
019/05/sejarah-dan-perkembangan-
etnik.html
http://chillgideon.blogspot.com/
TERIMA KASIH