BAHASA MELAYU
TAHUN 1
TATABAHASA
KATA TANYA DAN AYAT TANYA
CIKGU FARIDAH
KATA TANYA DAN AYAT
TANYA
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan
sesuatu.
Kata tanya diikuti oleh “kah” apabila digunakan di awal ayat.
Kata tanya boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir
ayat.
Ayat tanya di akhiri dengan tanda soal (?)
Contoh :
1. Kata tanya di awal ayat ( Siapakah nama kamu? )
2. Kata tanya di tengah ayat (Kasut siapakah ini ? )
3. Kata tanya di akhir ayat ( Ini kasut siapa ? )
CONTOH-CONTOH KATA TANYA
Contoh:
Ke manakah@ Siapakah Mengapakah
Di manakah
Bilakah Kata tanya Kenapakah
Bagaimanakah Apakah
Berapakah
SIAPAKAH orang
Contoh ayat tanya
1. Siapakah yang bertugas hari ini?
2. Siapakah nama ibu kamu?
3. Siapakah yang mengambil pensel
saya?
APAKAH perkara benda
tempat Binatang
Contoh ayat tanya
1. Apakah yang sedang dibincangkan
oleh ayah dan ibu di dapur?
2. Apakah yang terdapat di dalam
kotak itu?
3. Apakah nama kucing kamu?
4. Apakah nama sekolah kamu?
BILAKAH masa
waktu
Contoh ayat tanya
1. Bilakah tarikh lahir kamu?
2. Bilakah kamu akan pulang ke
kampung?
3. Bilakah ayah akan pulang dari
pejabat?
BERAPAKAH bilangan
Contoh ayat tanya
1. Berapakah harga baju kurung itu?
2. Berapakah bayaran bil hospital itu?
3. Berapakah jumlah orang yang boleh
hadir ke rumah kamu?
KE MANAKAH Tempat
@
DI MANAKAH
Contoh ayat tanya
1. Ke manakah kamu hendak pergi?
2. Di manakah Aleesya tinggal?
LATIHAN PENGUKUHAN
Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul
1. ________ harga baju itu?
( Apakah / Berapakah )
2. _______ yang mengambil buku saya ?
( Siapakah / Bilakah )
3. _______ mereka akan pergi ke Pulau Tioman?
( Bilakah / Siapakah )
4. ________ kamu membeli air minuman itu?
( Di manakah / Ke manakah )
5. ________ adik kamu menangis ?
( Siapakah / Mengapakah )
BUKU TEKS MUKA
SURAT 94
Buku aktiviti muka
surat 21 dan 22